Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN KAJANG

KATEGORI : PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1

IBU SERIGALA YANG BIJAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai, kawan-kawan! Hari ini saya hendak bercerita.
Kawan-kawan hendak dengar cerita saya? Tapi sebelum itu dengarlah dendangan saya.

Pak Mat ke sawah menaiki kereta


Pergi ke sawah untuk membajak
Wahai kawan dengarlah cerita
Cerita bertajuk Ibu Serigala Yang Bijak

Kawan- kawan, keluarga serigala dan rusa bersahabat baik. Walaupun serigala dari jenis
karnivor dan rusa dari pula dari kumpulan herbivor mereka tetap bersahabat baik.
Pelikkan. Tapi kawan-kawan tiada yang pelik dalam alam ciptaan Tuhan Yang Maha
Berkuasa ini. Kawan-kawan nak tahu kenapa mereka boleh bersahabat baik? Sebenarnya
rusa pernah menolong melepaskan anak serigala yang terperangkap di celah-celah kayu.
Sejak hari itu serigala amat terhutang budi kepada Si Rusa. Baguskan sikap serigala itu
kan kawan-kawan. Dia bukan seperti melepaskan anjing tersepit.

Pada suatu hari, keluarga serigala mengajak rusa bersiar-siar di pinggir hutan. Di
hutan ini ada seorang lelaki yang suka memburu. Selain berburu dia juga akan memasang
jerat. Banyaklah haiwan yang menjadi mangsa pemburu ini.Tanpa disedari oleh mereka
pemburu ini sudah lama mengintip Si Rusa . Tetapi belum rezeki dia untuk mendapatkan
rusa. Ketika sedang berburu, dia telah ternampak Si Rusa. Apa lagi pemburu ini
menembak Si Rusa. Panggg!! Malangnya tembakan itu tidak mengenai sasaran.
Terkejutlah Si Rusa dan Serigala. Mereka pun melarikan diri sekuat hati sehingga tiba di
sebatang jalan yang mempunyai dua simpang. Satu simpang jalannya telah disekat
dengan longgokan kayu manakala simpang yang satu lagi elok dan seperti laluan
kebiasaan.
Cuba kawan-kawan teka simpang mana yang akan mereka lalui? Jalan yang elok atau
yang mempunyai halangan? Eeeem , mesti jalan yang elokkan. Betul tak? Kalau kawan
-kawan berada dalam situasi ini, jalan yang mana kawan -kawan akan pilih? Mestilah jalan
yang elokkan sebab mudah untuk menyelamatkan dirikan. Betul tak? Ya, kawan- kawan
itulah jalan yang dipilih oleh rusa.

Anak Serigala mengajak ibunya mengikut laluan Si Rusa. Dalam keadaan sangat
mencemaskan itu ibu serigala sempat berfikir sejenak. Dia menyuruh anaknya mengikut
simpang yang mempunyai halangan. Anak serigala menjadi hairan tetapi dia tetap
mengikut kata ibunya. Ingat tu kawan- kawan kita mesti ikut kata ibu kerana ibu kita lebih
dulu makan garam dari kita. Eh! kawan-kawan tahu ke maksud ungkapan ini? Tak tahu.
Tak apa biar saya beritahu. Maksudnya ialah orang yang memiliki banyak pengalaman.
Seperti datuk dan nenek kita lah. Lalu serigala dan anaknya segera meluru ke simpang
yang mempunyai halangan itu.

Ketika berlari menyelamatkan diri keluarga serigala sekali menemui timbunan kayu
di hadapan. Pergerakan mereka terhalang. Anak serigala berasa sangat takut.“Ibu
bagaimana kita hendak menyelamatkan diri? Saya takut ibu. Saya takut ibu. Saya tidak
mahu ditangkap oleh pemburu ibu” itulah rintihan anak serigala itu.Kasihankan
kawan-kawan.

Dalam keadaan yang cemas itu tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suara
pemburu itu,” Ha ha ha ha ha mana mau lari ha? Pemburu itu cuba menangkap anak
serigala. Apa lagi ibu serigala berusaha melawan demi menyelamatkan anaknya

Tiba- tiba mereka dikejutkan suatu bunyi yang kuat diikut dengan jeritan rusa.
Mendengar sahaja bunyi itu pemburu itu melepaskan serigala dan anaknya lalu berlari ke
arah bunyi tersebut. Bunyi tersebut datangnya dari simpang yang jalannya elok
kawan-kawan. Rupa-rupanya rusa telah masuk ke dalam perangkap. Pemburu itu berasa
sangat gembira. “Alhamdullilah ya Allah. Ada rezeki keluargaku untuk menikmati daging
rusa yang lazat ini,” kata Si Pemburu itu dengan penuh kegembiraan.

Barulah serigala tahu bahawa pemburu sengaja membuat halangan pada jalan itu
supaya haiwan-haiwan lain akan memilih jalan yang elok. Namun jalan yang elok itu
rupa-rupanya perangkap. Itulah taktik pemburu yang bijak itu. Mujurlah emak serigala
dapat menghidu helah pemburu itu. Dia berasa bersyukur kerana telah selamat tetapi
berasa sedih kerana kehilangan rusa.

Rawan sungguh hati serigala,


Sahabat karib kini telah tiada,
Rasa bersalah terhadap Si Rusa yang malang
Tapi apakan daya sudah nasib Si Rusa yang tidak berdaya

Kasihan sungguh Si Rusa, nasibnya memang malang.

Baiklah kawan-kawan apa pengajaran yang boleh kita daripada cerita ini?
1. Apabila berlaku kecemasan janganlah cepat panik tetapi kita perlu bertenang untuk
membuat keputusan.
2. Janganlah kita membuat keputusan terburu-buru tetapi perlu menilai terlebih dahulu
supaya tidak membuat keputusan yang salah

Sekian,terima kasih,

Sumber : Majalah Teman Pintar

Anda mungkin juga menyukai