Anda di halaman 1dari 2

Terima kasih puan pengerusi majlis.

Para hakim yang arif lagi bijaksana , guru-


guru dan kawan-kawan yang saya hormati sekelian. Pada hari ini , saya akan
menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “ Singa dan Arnab:”

Aum…aummmm… kawan-kawan pernah tak mendengar bunyi itu?

Haaa… itulah bunyi Sang Singa siraja rimba.

Mari kawan dengar-dengarkan , cerita teladan saya sampaikan, yang baik


jadikan pedoman, yang buruk jadikan sempadan.

Ceritanya begini kawan-kawan.

Suatu masa dahulu,ada seekor singa sudah beberapa hari berburu tanpa
berjaya menangkap apa-apa untuk dimakan.

“Nampak… seperti aku akan kelaparan “ fikirnya Sang singa.

Pada suatu pagi, singa terjaga daripada tidur. Ia berasa sangat lapar. Dari
semalam ia tidak makan apa-apa.

"Hari ini aku mesti mendapatkan makanan, jika tidak aku akan mati kelaparan,"
fikir sang singa.

Sang Singa pun keluar mencari makanan. Ia ingin memburu haiwan. Setelah
penat meredah hutan dan belukar, tiada seekor haiwan pun ditemuinya. Singa
menuju pula ke arah sebatang sungai. Ia berhenti seketika di sungai itu untuk
minum air.

Selepas itu, singa duduk di tepi sungai untuk menghilangkan penat.(aksi) Tiba-
tiba ia ternampak seekor arnab keluar dari lubangnya. Singa menghampiri arnab
itu. Kedatangannya tidak disedari oleh arnab. Singa terus menangkap arnab.

"Tolong! Tolong! Jangan bunuh saya! jerit arnab.

"Kamu akan menjadi hidangan saya hari ini,hahahahahaha, “ kata singa sambil
tertawa.
Pada ketika itu, seekor rusa sedang melalui kawasan itu. Arnab dan singa
ternampak rusa itu. Arnab mendapat satu akal untuk melepaskan diri.

"Wahai tuan, adakah tuan akan kenyang jika tuan makan saya kerana badan
saya terlalu kecil. Cuba tuan tengok rusa itu. Badannya lebih besar. Jika tuan
tangkap rusa itu, tentu tuan dapat makan sepuas-puasnya. Lagi pun rusa itu
agak gemuk dan dagingnya sedap berbanding daging saya," kata arnab.

Singa terdiam mendengar kata-kata arnab.


"Tentulah daging rusa lebih sedap daripada daging arnab." fikir singa.

Singa pun melepaskan arnab. Ia terus mengejar rusa. Apabila ternampak


singa, rusa terus melarikan diri.(taktaktak) Ia lari dan bersembunyi di dalam
hutan. Singa terus mengejar rusa itu dengan pantas.(akakakaka) Lama-
kelamaan singa berasa sangat letih. Perutnya juga sakit kerana terlalu lapar.
Ia berasa kecewa kerana tidak dapat menangkap rusa itu.

“Alangkah bodohnya aku” kata singa dengan perut yang berbunyi. Ia juga
menyesal kerana melepaskan arnab. Disebabkan sikapnya yang tamak, singa
tidak berjaya memperoleh sebarang makanan.

haaa.. Bagaimana kawan-kawan ,seronokkan cerita saya?

Pengajaran dari cerita tadi, ialah :Jangan tamak , atau nanti kamu akan
kehilangan segala-galanya. Bak kata pepatah: Burung terbang dipipiskan lada.
Mendengar guruh di langit , air di tempayan dicurahkan. Orang tamak selalu
rugi, seperti anjing dengan bayang-bayang.

kedua: Kita mestilah berfikir dan bertindak dengan cepat , supaya kita dapat
melepaskan diri , dari segala mara bahaya.Taktaktaktak

Daun durian daun selasih.


sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai