Anda di halaman 1dari 3

Anjing Dengan Bayang-Bayangnya.

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia diucapkan kepada tuan pengerusi majlis,

barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru besar guru-guru dan rakan-rakan

yang saya kasihi sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah cerita saya yang bertajuk

Anjing Dengan Bayang-Bayangnya. Pada suatu hari seorang peniaga daging sibuk

melayan pelanggannya, seekor anjing liar segera melompat menghampiri bangku

penjual daging lalu menyambar sepotong daging. Kemudian, ia segera melarikan diri.

‘’Eh, anjing yang jahat! Berani kau mencuri daging aku!’’Jerit peniaga daging dengan

marah sambil mengejar anjing liar dengan pisau pemotong dagingnya. Namun anjing

liar itu berlari terlalu pantas dan penjual daging tidak dapat mengejarnya.

Anjing liar itu berlari sekuat hatinya sehinggalah ia tiba di sebatang sungai.

Setelah pasti keselamatannya terjamin, ia berhenti dengan termengah-mengah.

‘’Anjing melalui sebuah titi untuk menyeberangi sungai, Ketika ia menjenguk ke dalam

sungai, ia berasa sungguh terkejut, apabila melihat seekor anjing lain sedang

menggoggong sepotong daging yang lebih besar. Ia tidak tahu bahawa itu adalah

bayang-bayangnya sendiri. ‘Aku mesti mendapatkan dagingnya itu,’ fikir anjing liar itu.

Tanpa berfikir panjang, ia pun menyalak kepada anjing yang dilihatnya di dalam sungai

itu. Namun malang baginya,sebaik sahaja ia membuka mulutnya, daging yang sedang

digonggong itu terjatuh ke dalam sungai. ‘’Ahhh…bodohnya aku! Aku sepatutnya

bersyukur dengan makanan yang aku ada. Bersikap tamak hanyalah merugikan diri

sendiri…’’rungut si anjing liar itu. Akhirnya anjing liar terpaksa pulang dalam kelaparan.

Oleh itu kawan-kawan pengajaran yang kita perolehi daripada cerita saya tadi ialah, kita

janganlah bersikap tamak kerana ia akan merugikan diri sendiri. Sekian dan terima kasih.
LABAH-LABAH BUNCIT
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia diucapkan kepada tuan pengerusi majlis,
barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru besar, guru-guru dan rakan-rakan
yang saya kasihi sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah cerita saya yang bertajuk
Labah-labah buncit. Dalam sebuah belukar tinggal seekor labah-labah. Sarangnya
lebih besar daripada sarang labah-labah lain. Dahulu bapanya yang membuat sarang
itu. Kemudian ia menambah di sekeliling sarang itu. Labah-labah itu selalu berlari
dengan pantas dari tengah ke tepi sarang. Ia menangkap mangsanya. Binatang yang
ditangkap segera dimakan. Badannya semakin hari semakin besar. Perutnya buncit. Ia
memang kuat makan. Perutnya sentiasa berasa lapar.

Pada suatu hari, datang dua ekor labah-labah. Satu dari arah timur dan satu lagi
dari arah barat. Kedua-dua labah-labah mahu menjemput labah-labah buncit makan
kenduri. Kenduri itu diadakan pada waktu yang sama. Labah-labah buncit menjadi
serba salah, kerana ia ingin sangat menghadiri kedua-dua kenduri itu.. Labah-labah
buncit mendapat akal. Ia meminta kerjasama jiran-jirannya. Labah-labah buncit
memberi tali kepada 2 ekor labah-labah. “pergilah kamu ke tempat 2 kenduri yang akan
diadakan nanti, sesiapa yang makan dahulu tarik tali itu, dan saya akan datang dengan
segera” kata labah-labah buncit itu.. Tali itu diikatkan pada perutnya supaya tidak
terlepas. Kedua-dua labah-labah itu pun pergi. Apabila jamuan dihidang, labah-labah
pertama pun menarik tali dari arah timur. Pada masa yang sama labah-labah kedua
menarik tali dari arah barat pula. Sayangnya Labah-labah buncit tidak dapat bergerak
ke barat dan juga tidak dapat bergerak ke timur kerana Ia tidak sempat membuka ikatan
perutnya. Kedua-dua labah-labah yang memegang tali itu terus menarik tali masing-
masing. Perut labah-labah buncit semakin tercerut lalu pengsan.

Selepas kenduri 2 ekor labah-labah tadi pun pulang. Mereka mendapati labah-
labah buncit pengsan. Mereka cuba membuka tali yang tercerut di perut labah-labah
buncit. Sayangnya mereka tidak dapat membuka ikatan itu. Beberapa hari kemudian
labah-labah buncit sedar dari pengsan. Ia berjaya membuka ikatan di perutnya. Sejak
itu ia tidak hiraukan makan. Perutnya tidak berasa lapar seperti selalu. Pinggangnya
pun ramping bekas kena cerut. Hingga sekarang pinggang labah-labah kecil dan
ramping. Sekian sahaja cerita daripada saya. Sekian dan terima kasih.
Keldai dengan serigala.
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia diucapkan kepada tuan pengerusi majlis,
barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru besar guru-guru dan rakan-rakan
yang saya kasihi sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah cerita saya yang bertajuk
Keldai dengan serigala. Pada suatu pagi,seekor keldai pergi meragut rumput di
sebuah padang rumput yang luas.Ia meragut rumput dengan gembira kerana rumput di
situ sunguh segar. Lagipun tiada haiwan lain di situ, jadi ia dapat meragut rumput
dengan senang hati. ‘’Oh, beruntung sungguh aku hari ini!’’ Setelah kenyang, keldai
mamandang sekeliling, tiba-tiba ia ternampak seekor serigala yang kelaparan sedang
menuju ke arahnya….“Apakah yang harus aku buat sekarang? Kalau aku lari, tentu
serigala itu berjaya mengejar aku,” rungut keldai yang ketakutan itu. Tiba-tiba keldai
mendapat idea. Keldai memberanikan diri. Ia berpura-pura berjalan dengan selamba ke
arah seringala. “Apakah yang sedang berlaku? Mengapa kamu tidak lari sebaik sahaja
ternampak aku?’’tanya serigala yang kehairanan. “Tiada gunanya aku lari kerana kamu
tetap akan buru dan menangkap aku. Akhirnya aku akan jadi makanan kamu juga.’’Kata
keldai dengan berani. ‘’Betul juga cakap kamu. Kalau kamu terlepas hari ini, esok atau
lusa kamu akan jadi mangsa aku juga,’’kata serigala.’’ Tapi tiada seronok kalau aku
dapat tangkap kamu dengan mudah. Kan lebih seronok kita main kejar-kejar. Kalau
aku Berjaya tangkap kamu, aku akan memakan kamu…’’kata serigala. ‘’Baiklah,aku
setuju dengan cadangan kamu,’’Kata keldai,’ ’tapi sebelum kita main kejar-kejar, aku
mahu meminta pertolongan kamu. Boleh kah kamu tolong buangkan serpihan duri di
dalam kuku kaki belakan aku.’’ Kata keldai lagi. “Ya,sudah tentu aku akan tolong
kamu!’’Kata serigala. Keldai pun menghulurkan kaki belakangnya ke arah serigala.
Ketika serigala cuba memegang kakinya dan menunduk untuk mencabut duri tersebut,
keldai pun menendang muka serigala dendang sekuat hati. ‘’Aaaaaahhhhhhh!’’Jerit
serigala dengan kuatnya. Disebabkan tendangan keldai itu amat kuat, serigala
mengalami kecederaan yang teruk. Hidungnya berdarah dan beberapa batang giginya
patah. Akhirnya ia lari dengan kesakitan yang amat sangat.’’Lain kali ku akan tangkap
kamu dan makan kamu!’’jerit serigala dengan marah.

Disebabkan kebijaksanaan keldai itu tadi, keldai telah terselamat dari menjadi
santapan serigala. Oleh itu kawan-kawan pengajaran yang kita perolehi daripada cerita
saya tadi ialah, janganlah suka mengambil kesempatan terhadap kelemahan orang lain.
Sekian dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai