Anda di halaman 1dari 4

KISAH TELADAN : KELDAI DENGAN SERIGALA

Pada suatu pagi,seekor keldai pergi meragut rumput di sebuah padang rumput yang
luas.Ia meragut rumput dengan gembira kerana rumput di situ sunguh
segar.Lagipun
tiada haiwan lain di di situ,jadiia dapat meragut rumput dengan senang hati.
Oh,beruntung sungguh aku hari ini!Setelah kenyang, keldai mamandang
sekeliling,tiba-tiba ia ternampak seekor serigala yang kelaparansedang menuju ke
arahnya.Apakah yang harus aku buat sekarang? Kalau aku lari,tentu serigala itu Berjaya
mengejar aku,rungut keldai yang ketakutan itu.Tiba-tiba keldai mendapat idea. Keldai
memberanikan diri. Ia berpura-pura berjalan dengan selamba kea rah seringala.
Apakah yang sedang berlaku?Mengapa kamu tidak lai sebaiksahaja ternampak aku?tanya
serigala yang kehairanan.Tiada gunanya aku lari kerana kamu tetap akan buru dan menangkap
aku.Akhirnya aku akan jadi makanan kamu juga.Kata keldai dengan berani.
Betul juga cakap kamu.Kalau kamu terlepas hari ini,esok atau lusa kamu akan jadi mangsa
aku juga,kata serigala.Tapi tiada seronok kalau aku dapat tangkap kamu dengan mudah.Kan
lebih seronok kita main kejar-kejar.Kalau aku Berjaya tangkap kamu,aku akan memakan
kamu
Baiklah,aku setuju dengan cadangan kamu,Kata keldai,tapi sebelum kita main kejar-
kejar,aku mahu meminta pertolongan kamu.Boleh kah kamu tolong buangkan serpihan duri di
dalam kuku kaki belakan aku.
Ya,sudah tentu aku akan tolong kamu!Kata serigala.Keldai pun menghuluhkan kaki
belakangnya ke arah serigala.Ketika serigala cuba memegang kakinya dan menunduk untuk
mencabut duri tersebut,keldai pun menendang muka serigala dendang kuat.
Aaaaaahhhhhhh!Jerit serigala dengan kuatnya.Disebabkan tendangan keldai itu amat
kuat,serigala mengalami kecederaan yang teruk.Hidungnya berdarah dan beberapa batang
giginya.Akhirnya ia diri dengan kesakitan yang amat sangat.Lain kali ku akan tangkap kamu
dan makan kamu!jerit serigala dengan marah.
KISAH TELADAN : ANJING DENGAN BAYANG-
BAYANGNYA
Ketika perniaga daging itu sibuk melayan pelangagnnya,anjing liar itu segera
melompat menghampiri bangku penjual daging lalu menyambar
sepotong
daging.kemudian,ia segera melarikan diri.
Eh,anjing yang jahat!Berani kaumencuri daging aku!Jerit perniaga daging dengan
marah sambil mengejar anjing liar dengan pisau pemotong dagingnya.Namun anjing
liar itu berlari terlalu pantas dan penjual daging tdak dapat mengejarnya.
Anjing liar itu berlari sekuat hatinya sehinggalah ia tiba di sebatang
sungai.Setelah pasti keselamatannya terjamin,ia berhenti dengan termengah-
mengah.
Anjing melalui sebuah titi untuk menyeberangi sungai,Ketika ia menjenguk ke
dalam sungai,ia berasa sunguhterkejut apabila melihat seekor anjing lain sedang
menggoggong sepotong daging yang lebih besar.Ia tidak tahu bahawa itu adalah
bayang-bayangnya sendiri.Aku mesti mendapatkan dagingnya itu, fikir anjing liar
itu.

Tanpa berfikir panjang,ia pun menyalak kepada anjing yang dilihatnya di dalam
sungai itu.Namun malang baginya,sebaik sahaja ia membuka mulutnya,daging yang
sedang digonggong itu terjatuh ke dalam sungai.
Ahhhbodohnya aku!Aku sepatutnya bersyukur dengan makanan yang aku
ada.Bersikap tamak hanyalah merugi kan diri sendirirungut si anjing liar
itu.Ahitnya anjing liar terpaksa pulang dalam kelaparan.

KISAH TELADAN : sang kancil dengan monyet

Pada suatu pagi, Sang Kancil pergi mencari makanan. Sang Kancil ternampak
sebatang pokok jambu. Sang Kancil terliur hendak makan buah jambu. Di atas pokok
jambu itu, tinggal seekor monyet. Sang Kancil lalu meminta pada Sang Monyet,
"Wahai Sang Monyet, berikanlah aku sebiji jambu!"

Tetapi Sang Monyet enggan memberikan buah jambu kepada Sang Kancil.
"Kalau engkau mahu makan, engkau panjatlah sendiri," Sang Monyet berkata
dengan sombong. Sang Kancil mendapat suatu akal. Sang Kancil membaling monyet
itu dengan sebatang kayu kecil.

Apalagi! Marahlah Sang Monyet. Sang Monyet memetik


beberapa biji jambu. Sang Monyet segera membaling jambu itu
ke arah Sang Kancil. Namun, Sang Kancil pandai mengelak. "Ha!
Ha! Ha!" Sang Kancil ketawa. Sang Kancil sangat gembira.
"Engkau kena tipu," kata Sang Kancil kepada Sang Monyet. Sang
Monyet terdiam apabila mendengar Sang Kancil berkata
begitu."Sekarang aku dapat makan buah jambu," ujar Sang
Kancil. Sang Kancil segera makan buah jambu itu. "Pandai
sungguh Sang Kancil memperdayakan aku," kata Sang Monyet di dalam hatinya.
Sang Monyet berasa malu.

Anda mungkin juga menyukai