Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum, Selamat pagi dan salam keluarga Malaysia

kepada yang dihormati juruacara majlis yang petah berbicara, penjaga

masa yang setia mengadili masa, barisan panel hakim yang arif lagi

bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang sudi mendengar cerita ini.

Pada pagi ini saya akan menyampaikan cerita yang bertajuk “Kura kura

dan Monyet ”

Masuk kampung dari gapura,

Jalan menunduk hati berdebar;

Kisah monyet dan kekura,

Jadikan pedoman buat iktibar.

Pada zaman dahulu, bersahabatlah seekor kura-kura dengan

seekor monyet. Kura-kura suka bercucuk tanam sedang kawannya pula

asyik merayau dari pokok ke pokok kerana mencari makanan.

Setelah lama menunggu, buah pisang tanaman kura-kura masak dan

berusahalah kura-kura untuk memetiknya tetapi gagal. Maklum sajalah

kura-kura tidak boleh memanjat, apatah lagi memetik buah pisang.

Nampaknya buah pisang semakin ranum, kura kura pula semakin


kelaparan.

Rupa buah pisang yang kuning keemasan, dan semakin hari semakin

banyak buah pisang yang keemasan bak kilauan emas.

Fikir kura-kura di hutan ini, tiada yang lain selain kura-kura dan si

Monyet yang suka bergayut itu. Mahu atau tidak, demi menyelamatkan

buah pisang daripada terus masak di atas pokok, Lalu ia meminta tolong

pada monyet.

Apalagi, kesukaan sangatlah monyet mendapat makanan

kegemarannya ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Sang monyet

terus memanjat pokok pisang sehingga tidak menghiraukan kura-kura

yang asyik menungggu di bawah pokok bersama kulit-kulit pisang yang

dibuang oleh monyet.

Ish ish ish, sampai hati monyet. Monyet seperti kacang lupakan

kulit, kura-kura yang menanam pokok pisang, tetapi monyet pula yang

kekenyangan makan buahnya tanpa mempedulikan kura-kura di bawah.


Kura-kura yang hilang sabar akan sikap monyet telah menanam

duri-duri di bawah pokok pisang untuk mengajar kawannya yang

mementingkan diri sendiri itu.

Apabila monyet sudah kekenyangan makan pisang, turunlah

monyet ke bawah. Alangkah terkejutnya monyet Sebaik melompat

turun, kaki monyet tertusuk duri tajam dan mengaduh kesakitan.

“Aduh, sakitnya kaki aku! ”

Akibat amarahnya kepada kura-kura, monyet menghempaskan

kura-kura ke atas tanah, namun kura-kura tidak merasa sakit kerana

cengkerangnya keras.

Kura kura memberitahu monyet bahawa dia hanya boleh mati

kerana air, dek kerana monyet yang tidak sedar ditiupu itupun memikul

kura-kura ke tepi sungai lalu mencampakkan kura-kura ke dalam air.

Monyet berpuas hati sambil ketawa mengilai-ngilai. Hatinya begitu puas


melihat badan kura-kura tenggelam. Beberapa ketika kemudian, kura-

kura timbul semula di hadapannya lalu mengucapkan terima kasih kerana

dihantar ke tempat kegemarannya, iaitu air.

Ya, kawan-kawan begitulah tadi kisah dua ekor haiwan yang

bersahabat baik, tetapi bergaduh dek kerana makanan. Sebagai

pengajaran dari cerita tadi;

1. Kita mestilah saling membantu antara satu sama lain.

2. Kita tidak boleh memandang rendah kepada seseorang hanya

kerana kekurangannya., kerana disebalik kekurangan seseorang

ada kelebihan yang kita tidak tahu.

3. Berbuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai