Anda di halaman 1dari 6

SKPU3 (KURA-KURA & MONYET)

KURA-KURA DAN MONYET


Di dalam sebuah hutan yang tebal, ada sebatang anak sungai. Berhampiran anak sungai itu, tinggal seekor kura-kura. Kura-kura itu berasa sangat sunyi. Pada suatu hari, sedang kura-kura berjalan di sekitar anak sungai, kura-kura ternampak seekor monyet. Monyet itu sedang menangis di bawah sebatang pokok. Kenapa kamu menangis monyet? kata kura -kura. eeeeeewaaaaaa..huuuuuaaaaaaa.., durieeee.waaaaaahuuuuu..aaaaaa. Kasihankaki monyet saki t. Biar aku tolong cabutkan duri itu.. kata kura -kura , lalu mencabut duri tersebut. Terima kasih kura-kura.. Kata monyetMonyet melompat -lompat gembira kerana duri di kakinya telah tercabut.. Wah, gembira betul si monyetmaklumlah..monyet la h katakan..haish haish haish..sabar aje lah. Sejak hari itu, kura-kura dan monyet berkawan baik. Mereka makan bersama-sama, main bersama-sama, tidur bersamasama..pendek kata semua mereka lakukan bersama-sama kaki aku tercucuk

Pada suatu hari, sedang mereka bermain-main ditepi sungai, tiba-tiba!!! Monyet menjerit sekuat hatinya uuuuaaaakkkkkuuuu..aaakkkk Jerit si monyet.

SKPU3 (KURA-KURA & MONYET)

Ehh!! Kenapa dengan kau ni monyet? Tanya si kura -kura yang terkejut mendengarkan jeritan monyet yang kuat itu. Kura-kuratengok lah di sana tutengok lah..tengok lahuuuuaaaakkuuuaaakkkk Jawab si monyet terlompat -lompat. Mana dia monyet?? Aku tak nampak pun?? kepada si monyet. Tu..di sana tu..di sana tu jawab si monyet lagi..sambil terus melompat- lompat dengan lebih tinggi. Maklum lahmonyet la katakan Tanpa berlengah lagi, monyet terus terjun ke dalam sungai. Ehh!!!! kata si kura -kura. Kura-kura bertanya

Terkejutlah sekali

lagi

si kura-kura

melihatkan respon si monyet yang terjun secara tiba-tiba itu. Monyet terus menarik pokok pisang itu dengan sekuat-kuat

hatinya..memang gelojoh perilaku si monyet ni..kan kawan-kawan?? Iiiiissssshhhiyyaaaarrrggghhh..beratnya pokok pisang ni.. Apa punya kawan lah kau ni kura -kurabukan nak tolong pun Kata si Monyet lagi. Aku dah tolong kau la tadi monyetkan aku da tolong tengok-tengok kan kau dan tolong doa kan kau selamat tadi monyet.. Jawab si kura-kura. Apa kau nak buat dengan pokok pisang ni monyet? Kau nak main rakit-rakit ya?? Kata si kura-kura, aisshhhkau ni kura -kurajanganlah berfikiran cetek..kalau kita main rakit, nanti karam, siapa yang susah? Tak boleh main air waktu -waktu

SKPU3 (KURA-KURA & MONYET)

macam ni kura-kura..ingat pesan orang tua..Air ketika cetek menjadi kawandah banyak, menjadi lawan nanti. Kata si monyet dengan panjang lebar. monyetmonyet..aku kan kura -kura..dah tentu la

aku pandai

berenang.kau lupa ke monyet ?. balas si kura -kura eh ehterlupa pulak aku yang kau ni kura -kura la kura-kura jawab monyet sambil tergaru-garu.. ehapa la nak main rakitaku nak tanam pokok ni la kura-kura sambung si monyet. oohhh..nak tanam. Kata si kura -kura. iya lah kura-kura..pokok ni nampaknya masih subur..ada akarnya lagi..daunnya pun masih hijaukalau kita tanam, mesti pokok ni hidup subur nanti.. Kata monyet lagi. Bijak la kau ni monyet hurmmdah ada buahnya nanti, boleh la kita makan bersama-sama kawan kita yang lain. Cadang si kura -kura.

Pada ketika itu, akal jahat monyet pun timbul. Lalu, berbisik-bisik hati si monyet. Ala monyettakkan nak makan ramai -ramai kotgajah lagi, burung lagi, mana cukup..? si monyet mula rasa tidak selesa dengan cadangan kura-kura tadi. Tapi, monyet malu untuk berterus terang. Lalu, monyet yang tamak pun mencari helah.

SKPU3 (KURA-KURA & MONYET)

Jeng jeng jeng Kura -kura, aku rasa kita bahagi dua saja lah pokok pisang ni. Kalau dah berbuah nanti, kau buat lah apa-apa yang kau suka dengan buah pisang tu. Jemput semua kawan-kawan pun tidak mengapa cadang si monyet yang tamak. Engkau ambil la pangkal nya, aku pulak ambil pucuknya..setuju? kata si monyet lagi. hurmmikut kau lah monyet. Baik kata kau, baik lah kata aku Jawab kura-kura jujur. Monyet pun membawa pucuk pisang itu kembali ke rumahnya. haisshhxsabar nak tengok pokok pisang ini berbuah. Boleh la aku berparti pisang nanti. Makan semuanya sendiri. Fikir monyet.

Selang beberapa hari, si monyet mula gelisah. Kawan-kawan nak tahu kenapa? Mana kan tidaknya. Pucuk pokok pisang yang ditanamnya, tidak menunjukkan tanda-tanda akan hidup subur. Malah semakin layu. Jangan kan semakin tinggi, berbuahmalah daun-daunnya yang sedia ada juga mula berwarna kuning dan mati. Berlainan pula dengan kura-kura. Pokok pisangnya mula mencambahkan pucuk yang baru dan subur. Kura-kura menegur si monyet. Monyet, monyet. Kenapa kamu kelihatan muram? sapa si kura -kura. Hai kura-kura. Pokok pisang aku dah mati. Tak dapat lah aku merasa buah pisang yang sedap tu. Balas monyet.

SKPU3 (KURA-KURA & MONYET)

kesian kau monyet. Tapi tak mengapa. Janganlah kau sedih. Aku datang ni nak ajak kau ke rumah. Kenduri pokok pisang aku. Marilah. Kawan-kawan yang lain pun aku dah jemput kata kura-kura. wahhbaiknya hati kau ni kura -kura. Pisang yang sedikit pun kau jemput rakan-rakan kita yang lain datang berkongsi kata monyet. amboi ..amboi..amboimonyet. Mestilah. Kita kena berkongsi rezeki yang kita ada, walau pun sedikit. Esok-esok, waktu kita dalam kesempitan, pasti ada yang menolong. Lagi pun, kalau tamak-tamak, kita akan rugi. Balas kura-kura.

Mendengarkan jawapan kura-kura yang bersahaja itu, monyet menjadi malu dan menyesal akan perbuatannya yang cuba menipu kura-kura. Malah, dia menangis kerana sikapnya yang mementingkan diri dan tamak.

Akhirnya,

monyet

meminta

maaf

kepada kura-kura atas segala

perbuatannya. Kura-kura yang tenang pun memaafkan monyet. Mereka terus menjadi kawan baik sampai lah ke hari ini.

Begitu lah kawan-kawan, kisah haiwan yang boleh menjadi tauladan kepada kita. Kita perlulah jujur dan ikhlas dalam persahabatan. Orang yang tamak, selalu nya akan rugi, seperti mana si monyet dalam cerita saya tadi. Hindari lah sifat tamak dan kedekut, kerana ia akan merugikan diri kita sendiri.

SKPU3 (KURA-KURA & MONYET)

Kawan-kawan, tahu tak mengapa pokok pisang monyet tadi mati? Kawan-kawan, monyet tidak tahu yang pokok pisang tidak boleh hidup tanpa akar. Betul kan kawan-kawan?

Itu lah penting nya ilmu kan kawan-kawan? Kita akan ketinggalan jauh jika hanya melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir dan berusaha mempelajarinya. Bukan sahaja English Education ye kawan-kawan. Semua ilmu pun perlu kita pelajari. Sekian.

Terima kasih kepada semua yang sudi mendengar cerita saya. Jumpa lagi

Anda mungkin juga menyukai