Anda di halaman 1dari 2

Aku Sebuah Kereta

Aku ialah sebuah kereta. Jenama aku ialah Proton Wira. Aku merupakan kereta
buatan Malaysia. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Shah Alam,
Selangor.
Warna badanku merah dan berkilat. Badan aku diperbuat daripada besi
yang keras dan berkualiti tinggi. Aku dipasang dengan empat tayar yang cantik.
Aku boleh dinaiki oleh lima penumpang.Aku menggunakan kelajuan teknologi
Jepun yang canggih.
Setelah siap diperiksa dan diluluskan aku dihantar ke sebuah kedai kereta
yang terletak di Negeri Melaka. Aku dihantar menaiki sebuah lori kontena khas
bersama rakan-rakan aku yang lain. Setibanya di Melaka, aku dihantar ke Pusat
kenderaan Proton. Aku dipamerkan di setiap galeri jualan kereta.Oleh sebab aku
kereta baharu,aku dipamerkan dibahagian hadapan galeri. Aku juga dijual
dengan harga yang berpatutan. Sesiapa yang membeli aku akan menerima
potongan harga.
Pada suatu hari, galeri aku didatangi oleh seorang lelaki. Dia ingin mencari
sebuah kereta baharu. Aku dipilih untuk dipandu uji. Aku dibawa ke jalan raya
untuk menguji ketahanan badan ku. Akhirnya , dia bersetuju membeli aku. Tuan
aku yang baharu bernama Encik Khairi. Setelah siap, aku dibawa pulang ke
rumahnya. Aku berasa sangat gembira kerana kini aku mempunyai tuan yang
baharu.
Encik Khairi memandu aku dengan berhemah. Dia tidak memandu laju. Dia
juga mematuhi undang-undang pemanduan jalan raya. Pada setiap hari Sabtu
atau Ahad, dia akan membawa aku ke kedai mencuci kereta. Dia sentiasa
mengelap badanku supaya bersih. Bahagian dalam badan aku juga dijaga
dengan bersih. Setiap hari, dia membawa aku bersiar-siar di merata-rata
tempat. Aku juga dibawa ke pejabat setiap hari. Dia gembira kerana aku sangat
canggih dan enjinku berkualiti.
Aku bersyukur mempunyai tuan seperti Encik Khairi yang cermat. Aku juga
berasa gembira dan bangga dapat berkhidmat untuk tuan aku. Aku berharap
agar dapat terus berkhidmat lebih lama lagi dengan Encik Khairi . Itu lah kisahku
sebagai sebuah kereta.

Anda mungkin juga menyukai