Anda di halaman 1dari 2

Isnin 12 Julai 2021

Bertuahnya Kita
Bina ayat
Sebagai rakyat Malaysia, kita amat
bertuah. Pelbagai keistimewaan diberikan
kepada kita. Keistimewaan tersebut
termasuklah kemudahan perubatan.
Negara kita menyediakan pelbagai
kemudahan seperti klinik dan hospital.
Kemudahan tersebut disediakan di desa
dan di kota. Dengan adanya kemudahan
tersebut, rakyat Malaysia mudah untuk
mendapatkan rawatan.
Caj yang dikenakan untuk
mendapatkan rawatan adalah berbeza
bagi warganegara dan bukan
warganegara. Caj amat rendah bagi warga
negara dan lebih mahal bagi bukan
warganegara.
Kita seharusnya bersyukur dengan
kemudahan yang disediakan. Selain itu,
kita perlu menghargai nikmat yang
diberikan dan menyayangi negara kita.

Anda mungkin juga menyukai