Anda di halaman 1dari 4

BERKAWAN BIAR BERIBU

Alkisah sebuah hutan, tinggallah binatang-binatang yang hidup


bermuafakat antara satu sama lain. Mereka saling tolong-menolong
antara satu sama lain dan sentiasa hidup di dalam keadaan yang
aman dan damai.

Pada suatu hari, tupai ingin mengadakan majlis hari jadi di


rumahnya. Beberapa hari sebelum itu, ia telah sibuk melakukan
persiapan untuk meraikan ulang tahun kelahirannya itu. Kad-kad
jemputan juga telah diedarkan kepada isi hutan. Lagi pun si tupai
sudah lama tidak bertemu dengan sahabat-sahabatnya dan ia amat
merindui mereka. Si tupai teringin sekali untuk berjumpa dengan
mereka dan bertukar-tukar pendapat.

Apabila tiba hari tersebut, si tupai kelihtan amat sibuk


membersihkan halaman rumahnya dan menyusun kerusi meja.
Daun-daun kering yang berselerakan di halaman rumahnya itu
disapu dan dibakarnya. Setelah berpuas membersihkan halaman
rumahnya, si tupai berkata di dalam hatinya, "sekarang semuanya
dah bersih, dan sekarang tiba masanya untuk aku menyiapkan
hidangan untuk para tetamu pula".

Dengan bantuan keluarga si tupai dalam menyediakan hidangan


untuk sahabat-sahabatnya, si tupai pun mengeluarkan dan
menghidangkan makanan yang siap dimasak itu di atas meja.
Bermacam -macam jenis makanan yang dihidangkan oleh si tupai.
Tanpa disedari si tupai yang sibuk menghidangkan makanan di
halaman rumah, ada sepasang mata yang sedang mengintainya dari
atas pokok. Setiap kali tupai membawa makanan dari dapur, setiap
kali itulah seekor monyet di atas pokok itu akan menjadi gelisah.
Sebenarnya si monyet itu memang terkenal dengan sikapnya yang
tidak suka bergaul dengan binatang lain dan suka mencuri. Si monyet
menunggu peluang sehingga tupai itu siap menghidangkan makanan.
Apabila si tupai masuk ke dalam rumahnya, monyet cepat-cepat
turun dari pokok tempat persembunyiaannya. Kemudian dengan
pantas sekali si monyet itu mencuri makanan yang ada di atas meja
dan lari semula di belakang pokok melihat bagaimanakah reaksi tupai
seterusnya.

Namun, si monyet tidak menyedari bahawa segala perbuatannya itu


sedang diperhatikan oleh si tupai dari dalam rumah. Si tupai berkata
bersendirian, "oh, si monyet rupanya yang mencuri makanan aku
ini". Nanti tahulah aku ajar dia".

Dengan tidak membuang masa, si tupai mengambil alat penyembur


dan menyemburkannya ke atas ke semua makanan yang terhidang di
atas meja tersebut. Sambil bersiul-siul, ia melirik ke pandangan ke
arah tempat persembunyian monyet.

Monyet terkejut besar, "apalah agaknya yang disemburkan oleh


tupai"? Sudah tentu dia menyemburkan racun. Tentunya makanan
aku juga sudah dicampurkan dengan racun. Aku tidak bodoh. Aku
tidak mahu mati kerana si tupai, "kata si monyet tegas".

Si monyet terus membuang makanan-makanan yang masih di


tangannya itu. "Mujur aku tidak sempat makan apa-apa. Dengan
tergesa-gesa, ia meninggalkan tempat tersebut. "Baguslah sekarang
monyet sudah pergi, tentu ia marah kalau tahu yang aku hanya
menyemburkan air biasa, "kata tupai tersenyum puas".

Tupai berasa amat gembira kerana hari ini ia berjaya mengenakan


monyet itu. Sambil tersenyum, ia menantikan kedatangan para
tetamu dengan semangat sekali.
Tidak lama kemudian, kelihatan kawan-kawan tupai datang
membawa hadiah untuk tupai. Apabila semuanya telah berkumpul,
masing-masing sibuk bertanya mengenai si monyet. Tupai
menceritakan segala yang berlaku pada kawan-kawannya itu.
Mereka tertawa keriangan mendengar kisah monyet itu ditipu.

Gajah yang sedang sibuk makan berkata, "biarkan dia tahu


bagaimana seksanya hidup tanpa kawan-kawan dan sering ditipu
begini".

Tiba-tiba mereka melihat monyet datang dengan wajah yang


muram. Ia terus mendapatkan tupai dan meminta maaf kerana
mencuri makanan. Begitu juga dengan kawan-kawan yang lain.
Monyet berjanji untuk tidak mencuri lagi dan tidak akan
mengasingkan diri dari kawan-kawan yang lain.

Semenjak dari itu, si monyet menjadi kawan yang paling baik dan
sering membuat kawan-kawannya terhibur dengan telatahnya dan
sikapnya yang suka berjenaka.
PENGAJARAN

Kita haruslah sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain


tanpa mengira bangsa, agama dan kaum dalam kehidupan ini.
Kita haruslah berbuat baik sesama sendiri supaya tidak
membawa kesusahan kepada diri sendiri da juga orang lain.
Janganlah sesekali mengamalkan perbuatan negatif seperti
mencuri kerana ianya merupakan perbuatan yang tidak
bermoral dan mengundang masalah.

Anda mungkin juga menyukai