Anda di halaman 1dari 26

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA KEMAMAN

DIPLOMA TEKNOLOGI KEJUTERAAN ELEKTRIK (OPERASI LOJI)

(SEMESTER 4 / SESI JAN-JUN 2020)


GAJET DAN KESAN PENGGUNAANYA TERHADAP HUBUNGAN KOMUNIKASI : SATU
KAJIAN MENURUT PANDANGAN ISLAM
DUS 30032
ISLAM KONTEMPORARI
NAMA AHLI KUMPULAN
AHMAD ZUHAIRI BIN WAHIDUDIN
MUHAMMAD AFIF BIN AHMAD NAZRI
MUHAMMAD AZRI BIN ADNAN
MUHAMMAD ARIF SAHIDAN BIN AB WAHAB
PENGHARGA
AN
• Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh, setinggi-tinggi kesyukuran
Kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kami menyiapkan Kerja
Kursus ini dengan sempurna. Walaupun Dunia dilanda musibah Penyakit virus
COVID 19 dan di Negara kita sendiri iaitu Malaysia juga terkena tempias penyakit
ini, tetapi ia tidak menjadi masalah besar untuk kami menyiapkan tugasan ini.
Sehubungan itu, moga Malaysia dan Negara lain (satu Dunia) sembuh dari
penyakit Virus ini. Namun begitu kami tetap berusaha mencari dari pelbagai
sumber hasil tugasan Kami ini disiapkan atas usaha keras kerjasama Ahli
Kumpulan. Disini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustazah
Juzaniah Binti Hasan yang mengajar dan mendidik kami dalam mata pelajaran ini.
Semoga Allah merahmati Ustazah. Kami juga amat berbangga kerana dapat
menyiapkan tugasan ini pada tepat pada waktunya. Akhir sekali, kami juga ingin
berterima kasih kepada pihak MARA dan KKTM Kemaman kerana menerima kami
sebagai pelajar pada sesi Julai 2018 hingga Jun 2021. Kami amat menghargai
peluang ini sebagai pelajar MARA, dan kami Berjanji akan menjadi orang yang
berguna kepada negara akan datang dan berjaya dalam bidang kerjaya kami.
ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk menjelaskan sejauh manakah gajet ini dapat
mempengaruhi hubungan komunikasi sosial dengan menurut kepada pandangan
Islam dan mengetahui langkah mengatasi dengan hasil dapatan kajian yang telah
kami lakukan.
PENDAHULU DEFINISI
AN TUGASAN

BAB 1 :
PENGENALAN
TAJUK OBJEKTIF
TUGASAN TUGASAN
1.1
PENDAHULUAN
• Dewasa ini, perkembangan teknologi terus berkembang. Hal ini kerana
perkembangan teknologi akan berjalan sesuai perkembangan ilmu pengetahuan
yang semakin tinggi.
• Tablet dan smartphone ialah gadget yang paling banyak digunakan saat ini karena
ukurannya yang kecil, mudah di bawa kemana-mana sehingga orang menganggap
nya lebih praktis. Dibawah ini terdapat beberapa contoh tablet dan smartphone
• Namun kalangan pertengahan juga sudah dapat memiliki sebuah tablet dan
smartphone kerana semakin bersaing nya di pasaran untuk meletakkan harga
gadget semakin ekonomik
• Kerana itu banyak produk-produk baru yang menawarkan gadget dengan harga
yang cukup murah. Karena itu lah sekarang orang dengan mudah untuk memilki
sebuah gadget.
• Tidak hairan juga permainan yang dimainkan anak zaman sekarang berbeza
dengan dahulunya.
1.2 DEFINISI
TUGASAN

• Penggunaan gajet ini juga amat berkait rapat dengan aplikasi yang terdapat di
dalam gajet tersebut. Contohnya aplikasi yang sentiasa digunakan adalah aplikasi
media sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp, Telegram, Twitter dan
banyak lagi.
• hubungan komunikasi sosial adalah amat penting untuk dijaga dan dipelihara
oleh setiap individu masing-masing. Namun ramai lagi masih tidak menjaga
batasan yang telah disyariatkan leh Islam khususnya terhadap golongan wanita.
• Hal ini kerana nilai wanita di sisi Islam itu amatlah tinggi untuk memelihara
kesucian dan kehormatan mereka.
1.3 TAJUK
TUGASAN

• Tajuk tugasan yang perlu dikaji ialah Gajet dan Kesan Penggunaannya Terhadap
Hubungan Komunikasi Sosial : Satu Kajian menurut Pandangan Islam. Berdasarkan
tajuk tugasan ini kami telah menghususkan terhadap golongan wanita. Amat
penting untuk dibahaskan dari segi teknologi yang semakin berkembang ini
dengan kesan yang boleh mengakibatkan hubungan komunikasi sama ada dari
sudut yang positif atau negatif. Semestinya penggunaan gajet ini mempunyai
kelebihan dan kekurangan terhadap diri kita ini, bergantung kepada bagaimana
cara kita menggunakanya. Jika kita seorang yang bijak dalam penggunaan gadget
ini, mungkin implikasi-implikasi yang negatif dapat dielakkan dalam hubungan
komunikasi. Setiap perbahasan ini perlu dikaitkan dengan pandangan Islam.
1.4 OBJEKTIF
TUGASAN

• Tugasan ini mempunyai dua objektif yang utama iaitu


• mengkaji penggunaan gajet ini dan kesan
penggunaan gajet ini terhadap hubungan komunikasi dalam
kalangan wanita. Tugasan ini
• haruslah bersandarkan dengan satu kajian menurut
pandangan Islam.
BAB 2 : PERNYATAAN MASALAH

• Dalam kajian ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana


penggunaan gajet ini dapat memberi kesan terhadap
hubungan komunikasi sosial dalam kalangan wanita. Selain
itu juga kajian ini dijalankan adalah untuk melihat bagaimana
Islam meletakkan nilai kehormatan wanita ini dengan cara
menjaga batas-batasan dalam hubungankomunikasi ini.
1. Analisis 2. Penyelidikan Laman
dokumen Web

BAB 3 : KAEDAH
KAJIAN

3. 4. Temu Bual
Rujukan
1. ANALISIS DOKUMEN

• Kami telah menjalankan analisis dokumen dengan menggunakan kertas kerja


Suaranita yang bertajuk “ Panduan Aplikasi Media Sosial Dalam Kalangan Wanita
Dari Perspektif Islam”. Dalam kertas kerja ini kami telah memperolehi pelbagai
maklumat yang berguna. Hal ini kerana dokumen yang kami perolehi ini
merupakan Buletin Harian Wanita Universiti Kebangsaan Malaysia. Penulis telah
melakukan analisis yang terperinci untuk mengaitkan penggunaan gajet dan
hubungan komunikasi sosial.
• Kami telah menganalisis maklumat yang didapati dalam buku tersebut dengan
baik. Kami mengeluarkan fakta-fakta penting yang berkaitan dengan kajian saya.
Isi-isi yang telah kami kumpul dipersembahkan dalam hasil kajian kami.
2. PENYELIDIKAN LAMAN WEB

Saya telah membuat penyelidikan dengan melayari Internet dan mencari


laman-laman web yang berkaitan dengan kajian saya secara terperinci.
Laman-laman web seperti Wikipedia dan blog-blog para penulis amat
membantu saya dalam kajian saya. Melalui kemudahan Internet, saya
dapat mencari maklumat yang diperlukan dalam masa yang singkat.
Contoh laman wab yang saya layari adalah seperti berikut :
• Laman Web Islamika
• Scribd
3. RUJUKAN

Kami telah melakukan rujukan terhadap artikel yang terdapat pada Blog Majalah Mingguan
Wanita yang menghuraikan permasalahan yang dihadapi oleh wanita seperti ibu apabila
terpaksa menghadapi suami yang obsess terhadap gajet ini. Dalam kajian ini kami melihat
bahawa pentingnya untuk seorang wanita ini seperti isteri untuk tampil mengingatkan para
suami agar mengurangkan penggunaan gajet supaya implikasi negatif terhadap hubungan
komunikasi antara suami dan isteri tidak terbantut. Dalam artikel tersebut ada
menceritakan kesan terhadap wanita iaitu isteri apabila suami obses terhadap gajet. Hal ini
amat berkait rapat dengan kajian yang kami lakukan ini disamping untuk melihat kepada
sudut yang negatif wanita apabila menggunakan gajet ini, tetapi terdapat kebaikan pada
sudut kekeluargaan. Kami telah mengeluarkan fakta-fakta penting yang berkaitan dengan
kajian saya. Isi-isi yang telah kami kumpul dipersembahkan dalam hasil kajian kami.
4. TEMU BUAL

Kami telah bertemu bual dengan beberapa orang kenalan kami, yang kami anggap
sebagai orang yang berpendidikan tinggi dan berusia dari kami untuk memberi pendapat
tentang kajian yang sedang kami lakukan ini. Antara orang yang kami telah bertemu bual
ialah bekas seorang graduan ijazah sarjana muda di Universiti Malaya yang bernama
Noraini. Kami telah mendapat maklumat serta fakta yang berkaitan dengan kajian yang
sedang kami lakukan ini. Noraini telah menerangkan serba sedikit tentang penggunaan
gajet yang boleh mempengaruhi kehidupan seharian kita ini khususnya terhadap wanita.
Selain itu juga kami telah bertemu bual dengan seorang bekas seorang graduan ijazah
sarjana muda di Universiti Puta Malaysia iaitu Farah. Farah telah menceritakan serba
sedikit tentang batas-batasan penggunaan gajet ini dalam kalangan wanita. Maklumat ini
amat penting untuk kami perolehi agar kajian ini dapat dibuktikan.
1. Analisis 2. Penyelidikan Laman
dokumen Web

BAB 4 : DAPATAN
KAJIAN

3. 4. Temu Bual
Rujukan
DAPATAN KAJIAN DARI ANALISIS
DOKUMEN :
Contoh artikel :

Sudah ramai yang menyedari impak negatif terhadap pengguna yang terlalu obses dengan
media sosial seperti krisis rumahtangga, isu memfitnah, mengumpat, menunjuk-nunjuk dan
seumpamanya. Saya pernah mendengar luahan perasaan daripada seorang isteri yang
berasa dirinya diabaikan oleh suami kerana suaminya asyik berwhatsapp malah lebih
menyedihkan suaminya ada kekasih gelap melalui FB. Saya juga pernah berhadapan dengan
isteri yang mendapati suaminya menjalin hubungan dengan isteri orang menerusi skype.
Anak-anak juga kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa kerana ibu dan bapa lebih
kerap mendampingi gajet-gajet mereka berbanding duduk berhadapan muka, memeluk dan
berinteraksi dengan anak-anak. Begitu juga dengan anak-anak yang lebih banyak
menghabiskan masa dengan gajet-gajet mereka sehingga tidak mendengar kata ibu bapa,
anti sosial, tidak mahu berinteraksi di alam realiti malah asyik tenggelam dalam dunia fantasi
yang direka oleh mereka sendiri serta teruja dengan games dan FB. Dari perspektif wanita
pula, ramai wanita yang kurang menjaga auratnya dalam laman sosial, ada juga yang suka
menunjuk-nunjuk kekayaan, kecantikan dan kebahagiaan. Tidak kurang juga yang suka
menebar fitnah, memburuk-burukkan orang lain dan menjalin hubungan dengan bekas
kekasih yang ditemui semula dalam laman sosial setelah bertahun-tahun terpisah. Kita tidak
dapat menjangkakan apakah yang akan berlaku kepada kehidupan manusia pada masa
DAPATAN KAJIAN DARI PENYELIDIKAN
LAMAN WEB :
1. Berlebihan dalam bersosial
Apa yang menjadi kerisauan di sini adalah bagaimana kita menjaga batas-batas
pergaulan di laman social? Khususnya para wanita. Jika kita perhatikan di laman
sosial sekarang, ramai di kalangan wanita kurang cakna mengenai batas
pergaulan. Lihat sahaja di dalam Facebook, berapa banyak para wanita membalas
komen di status lelaki. Itu belum kira kandungan komen tersebut. Ada juga yang
menggunakan kata-kata yang kurang sedap didengar. Belum lagi menyentuh isu
pergaulan di dalam kumpulan yang dicipta melalui aplikasi Whatsapp, Wechat dan
seumpamanya. Kebanyakannya wanita yang terlalu mengabaikan batas-batas
pergaulan.
2. Tonjol kecantikan
Firman Allah s.w.t. kepada seluruh wanita yang beriman,
“Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menjaga pandangan mereka
(daripada perkara yang diharamkan dan memelihara kehormatan mereka, serta janganlah mereka
menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup
belahan leher baju dengan tudung mereka.” (Surah An-Nur, ayat 31)
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berpandangan bahawa muka bukanlah sebahagian daripada aurat. Tiada ulama yang
mengatakan muka adalah aurat. Kecuali apa yang 19direkodkan oleh Imam Ahmad. Namun kesahihannya
tidak diketahui dan sebahagian ulama mazhab ulama mazhab Syafie sependapat dengannya.
3. Ghibah dan fitnah
Firman Allah s.w.t. bermaksud:
“Hai orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang jahat membawa berita, periksalah dengan
saksama supaya kamu jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu
menyesal di atas perbuatanmu itu.” (Surah Al-Hujurat, ayat 6)
Menggunakan media sosial adalah harus. Mungkin juga jatuh kepada haram jika disalahguna. Pengguna
haruslah mengikut adab dan akhlak yang Islam anjurkan. Mengumpat, berbohong dan memfitnah dalam
media sosial adalah sangat dilarang oleh agama kita. Jadi, berhati-hatilah berkongsi maklumat mahupun
berkomunikasi di laman sosial.
DAPATAN KAJIAN DARI
RUJUKAN:
Pada penerangan kami di kaedah kajian, kami telah menceritakan bagaimana penggunaan gajet dalam rumah
tangga boleh mendatangkan kesan terhadap wanita terutama golongan ibu dan kesannya apabila suami juga
turut obsess menggunakan aplikasi di dalam gajet itu sendiri. Berikut adalah kesan yang dialami oleh isteri.
Kesannya pada isteri :
• Sentuhan jasmani (Kemesraan kurang. Suami lebih banyak masa pegang gajet berbanding pegang isteri.
• Sentuhan rohani (Isteri kurang bimbingan rohani. Sebab hati suami dah menjadi keras. Tidak mampu
memberi bimbingan kata-kata rohani kepada isteri dan anak-anak. Sebab suami sendiri tidak betul dan kurang
penghayatan rohani di dalam jiwanya.)
• Sentuhan Emosi (Hubungan mesra dan kekeluargaan menjadi kurang. Suami lebih stress kepada isu dan
masalah yang ditumpunya pada bahan-bahan dalam gajet.)
• Sentuhan Intelek (Kurang majlis Ilmu di rumah. Suami tidak membudayakan aktiviti berbincang mengenai
sesuatu yang bersifat ilmu duniawi dan ukhrawi Bersama isteri dan juga anak-anak.)
DAPATAN KAJIAN TEMU BUAL :
BAB 5 : CADANGAN
PENYELESAIAN@PENAMBAHBAIKAN
• 1. Menjaga aurat.
Aurat wanita hanya boleh didedahkan kepada mahramnya sahaja. Wanita perlu tahu batas aurat masing-masing
sebagaimana firman Allah (surah al-Nur :31) ;
Maksudnya : Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh merekakecuali yang zahir daripadanya dan
hendaklah menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala”
Pendedahan aurat dalam media sosial seperti mempamerkan tubuh yang seksi, pakaian yang menjolok mata (nipis
dan ketat) dan rupa paras yang menawan boleh mengundang bahaya kepada diri wanita itu sendiri. Wanita perlu
sedar mendedahkan aurat adalah berdosa di sisi Allah s.w.t. Wanita juga perlu mengingatkan diri dengan ciri-ciri
pakaian menurut Islam yang mendidik wanita supaya memakai pakaian yang longgar, tebal, tiada daya tarikan, tidak
menyerupai pakaian lelaki, tidak menyerupai pakaian orang bukan Islam dan tidak dipakai kerana bermegah-megah.
• 2. Tidak mendedahkan diri dalam bahaya
Mendedahkan diri dalam bahaya berlaku seandainya seseorang pengguna post dalam media sosial mengenai dirinya
secara peribadi seperti mengatakan, ‘bosannya duduk sorangsorang’, ‘saya sunyi tiada rakan sekarang ini’, saya
sedang memandu sorang-sorang nak ke rumah mak dari Kajang ke Kampung Melayu Subang’, ‘sunyinya bila suami
tiada di rumah’, dan lainlain. Kenyataan seperti ini boleh mengundang bahaya kerana akan ada pihak-pihak yang
mengambil kesempatan. Kes rompak, ragut, rogol dan pecah rumah mungkin berlaku. Islam melarang umatnya
mendedahkan diri dalam bahaya sebagaimana fi rman Allah s.w.t (surah al-Baqarah : 195):
Maksudnya : Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.
3. Tidak menabur fitnah
Firman Allah s.w.t (surah al-Baqarah :191) ada menyatakan bahawa memfi tnah adalah lebih buruk daripada membunuh. Ini kerana
amalan memfi tnah itu adalah sesuatu yang boleh merosakkan hubungan baik sesama manusia dan akhirnya boleh merosakkan
kesejahteraan hidup bermasyarakat. Dalam konteks media, fi tnah adalah merujuk kepada segala bentuk mesej yang bertujuan
menyebarkan sesuatu yang palsu. Larangan berhubung dengan berita yang berunsurkan fi tnah ini dapat juga dilihat dalam Ordinan
Fitnah 1957, undang-undang ini melarang warganegara memfi tnah satu sama lain. Fitnah atau defamation ditakrifkan sebagai satu
pengucapan ataupun penerbitan yang menyebabkan seseorang itu dibenci, dikeji atau dihina atau yang boleh menyebabkan seseorang
dipulaukan ataupun menjatuhkan maruahnya dalam kalangan ahli masyarakat yang berfi kiran waras dan yang membawa ataupun
memungkinkan 26kesan buruk ke atas pekerjaan atau perniagaannya. Perkara ini amat perlu diberikan perhatian serius oleh umat Islam
supaya tidak sewenang-wenangnya menyebarkan fi tnah atau cerita yang belum dipastikan kebenarannya apatah lagi cerita palsu. Islam
mengajar kita supaya menyelidik terlebih dahulu sesuatu berita yang sampai kepada kita, bukannya percaya secara membuta tuli
sebagaimana fi rman Allah s.w.t (surah alHujurat ayat 6) :
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu seorang fasik membawa satu berita, maka selidikilah (untuk
menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diinginidengan sebab kejahilan
kamu (mengenainya)- sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.
• 4. Tidak mengumpat
Dalam media sosial kerap berlaku amalan mengumpat seperti membincangkan mengenai keburukan, mendedahkan keaiban dan
kelemahan orang lain. Islam melarang keras amalan mengumpat. Mengumpat menurut Al-Ghazali ialah menyebut sesuatu yang tidak
disukai oleh orang yang diumpat jika dia mendengarnya meskipun yang diperkatakan itu adalah sesuatu yang benar seperti
menceritakan kekurangan dirinya, perbuatannya, perkataannya, tanah airnya, keturunannya atau apa-apa sahaja yang berkaitan
dengannya. Larangan mengumpat jelas terdapat dalam al-Quran (al-Hujurat 49 : 12) : Maksudnya : Janganlah setengah kamu
mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian
keadaan mengumpat) maka sudah tentu kami jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertaqwalah kamu
kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi maha Mengasihani. Ibn Kathir dan Fakhr al-Razi dalam menghuraikan ayat di atas
menjelaskan bahawa Islam melarang umatnya mengumpat kerana perbuatan mengumpat itu tergolong sebagai salah satu bentuk
penganiayaan atau kezaliman dari sudut maruah. Amalan suka mengumpat bukan sahaja boleh mendedahkan keburukan orang yang
diumpat tetapi sebenarnya boleh mendedahkan keburukan si pengumpat itu sendiri.
•5. Tidak menunjuk-nunjuk
• Ada dalam kalangan wanita yang post gambar dalam media sosial menunjuk-nunjuk kebahagiaan, kekayaan, kecantikan dan seumpamanya.
Pada asalnya sekadar ingin memperkenalkan diri setelah lama tidak berjumpa di alam realiti. Akhirnya mempamerkan segalanya mengenai
diri yang baik-baik sahaja termasuklah menghantar gambar yang paling cantik, kediaman yang terbaik, kehidupan suami isteri yang romantik
dan anak-anak yang berjaya dalam pelajaran. Wanita perlu ingatkan diri masing-masing bahawa kekayaan yang kita miliki bukan milik kekal
kita. Anak-anak yang berjaya dalam pelajaran pun bukan tanda kehebatan kita sebagai ibu. Romantiknya kita dengan suami yang dipost dalam
media sosial itu pun bukan bahagia sebenar yang dapat diukur dengan mata kasar atau belum tentu kekal hingga hujung nyawa.
Justeru itu, wanita perlu sentiasa mengingatkan diri agar bersederhana dalam segala hal. Jika terlintas di dalam hati untuk menunjuknunjuk
kehebatan maka beristighfarlah. Rasulullah s.a.w mengingatkan umatnya supaya tidak bersifat riya’, takabbur dan menunjuk-nunjuk ;
Maksudnya : Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya perasaan takabbur walaupun sebesar zarrah (Hadis riwayat Muslim).
• Islam amat memandang berat penggunaan masa. Islam menggalakkan umatnya menghargai masa malah Islam menggambarkan umat yang
tidak menghargai masa adalah insan yang rugi sebagaimana fi rman Allah s.w.t (Surah al-Asr:1-3);
• Maksudnya : Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih.
6. Tidak membuang masa
Ramai pengguna media sosial tidak menghargai masa. Mereka sanggup menghabiskan masa berjam-jam duduk di hadapan komputer, telefon
pintar, tablet dan sebagainya melayari laman sosial. Ada juga dalam kalangan mereka yang lalai sehingga tertinggal solat dan mengabaikan
tanggungjawab terhadap isteri, suami atau anak-anak. Islam tidak pernah mendidik umatnya begitu. Nampaknya ramai umat Islam teruja dan
telah hanyut dalam dunia maya yang direka cipta oleh golongan anti Islam. Mereka telah berjaya melalaikan umat Islam daripada
melaksanakan tanggungjawab terhadap Tuhan, bangsa, keluarga dan negara. Umat Islam akan rugi kerana tidak menghargai masa dalam
kehidupan sementara di dunia ini. Umat Islam telah lupa bahawa kehidupan di dunia ini adalah tempat untuk mengumpul pahala dan mendapat
ganjaran baik di akhirat kelak. Malah umat Islam juga telah lupa bahawa Islam mengajar kita berlumba-lumba melakukan kebaikan sebanyak
mungkin supaya tuaian hasil di akhirat kelak boleh menempatkan kita ke dalam syurgaNya yang kekal abadi.
7. Jadikan media sosial sebagai medium penyebaran ilmu yang bermanfaat

• Setiap muslim adalah da’ie yang berperanan menyampaikan dakwah Islamiah kerana hukum berdakwah
adalah fardu ain iaitu wajib ke atas setiap individu yang beriman. Media sosial adalah merupakan salah satu
medium penyebaran dakwah selain ceramah, usrah dan nasihat. Individu muslim digalakkan menyampaikan
ilmu Islam agar dapat dikongsikan bersama secara maya. Pendekatan ini mungkin lebih berkesan berbanding
dakwah yang dilakukan secara berhadapan muka. Ini bertepatan dengan pesanan Rasulullah s.a.w ;
“Sampaikan daripada ku walau pun sepotong ayat” (Hadis riwayat al-Bukhari). Pelbagai ajaran Islam boleh
disebarkan melalui media sosial yang boleh mendorong umat Islam melakukan kebaikan seperti tolong-
menolong, meningkatkan ibadah, menghayati sirah Rasulullah, menghayati makna ayat-ayat al-Quran,
memahami hadis nabi, berbuat kebajikan sesama insan dan macam-macam lagi yang merangkumi pelbagai
aspek kehidupan manusia termasuklah aspek politik, sosial, ekonomi dan kekeluargaan.
PENUTUP

• Kesimpulan
Kesimpulannya, semua kesan penggunaan gajet terhadap hubungan komunikasi sosial dalam
kalangan wanita dinyatakan tadi membuktikan bahawa gajet juga dapat mengubah kehidupan
seharian kita sebagai umat Islam. Oleh itu kita sebagai umat Islam haruslah sentiasa nasihat-
menasihati dan mengingati saudara seislam kita agar lebih berhati-hati dalam menggunakan
teknologi gajet ini yang semakin hari semakin canggih dan kecanggihan ini menyebabkan kita
semua lalai dan lebih mengikutkan hawa nafsu dalam melakukan setiap tindakan. Golongan remaja
wanita juga hendaklah bijak untuk menilai penggunaan media sosial yang terdapat di dalam gajet
ini agar tidak mudah menggunakannya kearah yang tidak baik. Hal seperti ini sedikit sebanyak
dapat membantu kita untuk mengurangkan masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat umu di
luar sana. Sudah sampai masanya semua pihak merenung dan memahami bahawa gajet yang
serba canggih ini akan terus wujud dan digunakan oleh masyarakat sejagat.
RUJUKA
N:

• https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/10/340635
/remaja-kanak-kanak-ketagihan-internet-serius
• http://islamika.com.my/2018/02/23/penggunaan-media-sosial
-benarkah-wanita-mudah-dipengaruhi/
• https://www.mingguanwanita.my/berkepit-dengan-gajet-24-ja
m-keluarga-boleh-hilang-kemesraan-dan-kasih-sayang/
• http://akusukagadget.blogspot.com/2012/02/apa-itu-gadgetg
adjet.html

Anda mungkin juga menyukai