Anda di halaman 1dari 5

SK.

PASOH 3(F), BATU KIKIR, NEGERI SEMBILAN

CERITA TAHAP 1:

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABAROKHATHU DAN SELAMAT


SEJAHTERA.

Kisah Tiga penggembara

Yang terlena sedar-sedarkan, yang tersedar buka- bukakan mata dan telinga . Yang

mendengar fikir fikirkan…

Tersebutlah kisah tiga orang sahabat, Kendi, Buyung dan Awang yang sedang

mengembara. Mereka membawa bekalan makanan seperti beras, daging, susu dan

buah-buahan. Apabila penat berjalan ,mereka berhenti dan memasak makanan. Jika

bertemu kampung, mereka akan singgah membeli makanan untuk dibuat bekal

dalam perjalanan.

Pada suatu hari, mereka tiba di kawasan hutan tebal. Di kawasan itu mereka tidak

bertemu dusun atau kampung. Mereka berhenti dan berehat di bawah sebatang

pokok ara yang rendang. Bekalan makanan pula telah habis. Ketiga-tiga sahabat ini

kelaparan dan terus bersandar di bawah pokok ara.

1
Kendi mengeluh bersendirian dengan mengurut-gurut perutnya, “ kalaulah ada nasi

sekawah ingin dihabiskannya. Begitu juga Buyung sambil mengurut, perut

mengharapkan sepuluh ekorkan ayam panggang yang ingin dihabiskan.

Awang terus menasihati kedua rakannya, jangan terlalu tamak dan bercakap

besar . Baginya , kalau ada nasi sepinggan pun sudah cukup. Kendi dan Buyung

tertawa mendengar kata-kata Awang,

“Dengan nasi sepinggan, mana boleh kenyang? Perut kita tersangatlah lapar!” ejek

Kendi. Buyung mengangguk tanda bersetuju dengan pendapat Kendi.

Perbualan mereka didengar oleh pokok ara. Pokok itu bersimpati apabila

mendengar keluhan ketiga-tiga pengembara tersebut lalu menggugurkan tiga helai

daun.

Bubb! Kendi, Buyung dan Awang terdengar bunyi seperti benda terjatuh. Mereka

segera mencari benda tersebut dicelah-celah semak. Masing-masing menuju ke

arah yang berlainan. Kendi menjerit kehairanan kerana terdapat sekawah nasi

yang masih berwap. Tanpa berfikir panjang lalu dia menyuap nasi itu dengan

lahapnya.

2
Tiba-tiba Buyung pula melaung dari arah timur mengatakan ada ayam panggang

sepuluh ekor. Serta-merta meleleh air liurnya. Seleranya terbuka. Dengan pantas

dia mengambil ayam yang paling besar lalu makan dengan gelojohnya.

Melihatkan Kendi dan Buyung telah mendapat makanan, Awang semakin pantas

meredah semak. Ketika Awang menyelak daun di celah-celah semak, dia

ternampak sepinggan nasi berlauk yang terhidang. Awang tersenyum dan

mengucapkan syukur kerana mendapat rezeki. Dia makan dengan tenang.

Ingat kawan-kawan, kita patut bersyukur dengan rezeki yang diberi.

Selepas makan, Awang rasa segar. Dia berehat semula di bawah pokok ara sambil

memerhatikan Kendi dan Buyung yang sedang meratah makanannya. Kendi

bersendawa kerana kenyangan. Nasi di dalam kawah masih banyak. Dia tidak

mampu menghabiskan nasi itu.

“Kenapa kamu tidak habiskan kami?” tiba-tiba nasi di dalam kawah itu bertanya

kepada Kendi. Kendi menyatakan tidak mampu menghabiskannya.

“Bukankah kamu telah berjanji akan menghabiskan kami sekawah?” Tanya nasi itu

lagi.

3
Kendi tidak mampu menjawab dan hampir terlelap. Tiba-tiba nasi itu berkumpul

dan mengejar Kendi. Kawah itu menyerkup kepala Kendi dan nasi-nasi itu

menggigit tubuh Kendi. Kendi menjerit meminta tolong.

Buyung juga kekenyangan. Dia cuma dapat menghabiskan seekor ayam sahaja.

Sembilan ekor ayam lagi terbiar di tempat pemanggang. Oleh kerana terlalu

banyak makan, tekaknya berasa loya. Melihat baki ayam-ayam panggang itu, dia

berasa muak dan hendak muntah. Buyung segera mencampakkan ayam-ayam itu

ke dalam semak. Ingat kawan-kawan , jangan membazir. Membazir itu

amalan syaitan.

Ayam-ayam panggang mulai berang dengan sikap Buyung yang membazir itu.

Tiba-tiba muncul sembilan ekor ayam jantan dari celah-celah semak di kawasan

itu. Mereka meluru ke arah Buyung. Ayam-ayam itu mematuk dan menggeletek

tubuh Buyung. Buyung melompat-lompat sambil meminta tolong.

Awang bagaikan bermimpi melihat gelagat rakan-rakannya. Kendi terpekik dan

terlolong. Buyung pula melompat-lompat dan berguling-guling di atas tanah.

4
Awang tidak dapat berbuat apa-apa. Dia seperti terpukau melihat kejadian itu.

Akhirnya Kendi dan Buyung mati. Tinggallah Awang seorang diri. Dia

meneruskan semula perjalanannya.

Ingat kawan-kawan, kita jangan sombong dan tamak ketika makan.

Makan, biarlah berpada-pada dan tidak membazir. Orang tamak selalu rugi, tau

kawan-kawan. Dengar pantun ini,

Dalam semak ada duri.

Orang tamak selalu rugi.

Sekian terima kasih

( Cikgu Aisha Beevi Bt Zainal Abdin -SK.Pasoh3 (F)

Adaptasi daripada Dewan Pelajar. Disember 1989.

Anda mungkin juga menyukai