Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE JABATAN PENYIARAN MELAKA DAN

KOMPLEKS HANG TUAH MELAKA.


1.0

2.0

3.0

PENDAHULUAN
1.1
Program Lawatan Sambil Belajar ini merupakan satu aktiviti yang
bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang
sejarah penubuhan RTM Melaka dan Kompleks Hang Tuah ini. Di
samping itu murid juga berpeluang untuk menimba ilmu pengetahuan
mengenai teknologi penyiaran dan proses kerjanya sehingga setiap
informasi atau sesebuah program yang disiarkan dapat disampaikan
kepada semua pendengar.Aktiviti ini melibatkan 40 orang murid Tahun
4,5, 6 dan disertai oleh 4 orang guru pengiring. Dengan adanya
program seperti ini ia dapat menyediakan pendekatan proses
pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus
dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid,.Selain itu,
lawatan sambil belajar ini juga selaras dengan Kementerian Pelajaran
Malaysia yang mahukan setiap murid menghadiri aktiviti luar bilik
darjah yang sesuai untuk memberikan pemahaman dan pengetahuan
yang berkaitan.
MATLAMAT
2.1
Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang
cemerlang, beriman, berakhlak mulia dan berketerampilan selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan tranformasi
kerajaan dalam bidang pendidikan.
OBJEKTIF
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5

4.0

Mendedahkan murid-murid kepada sejarah penubuhan RTM Melaka


dan Kompleks Hang Tuah.
Menimba pengetahuan baru mengenai teknologi penyiaran radio.
Menyediakan diri murid peluang untuk mendapat
pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah dan menjadikan
pembelajaran dan pengalaman yang lebih bermakna dan menarik.
Memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi dan
berinteraksi dengan masyarakat.
Membentuk tingkah laku dan sikap murid untuk lebih berdaya saing

JAWATANKUASA KERJA
4.1
Pengerusi
: En Abbas B. Juki
4.2
Penyelaras 1
: Pn Lamah Bt Saleh
4.3
Penyelaras 2
: En Abdullah B Amat
4.4
Penyelaras 3
: En Arzaman B Ali
4.5
Penyelaras Program
: En Mohamad Rizan B Mohd Akil
4.6
Pembantu Penyelaras Program : En Hamizan B Salim
4.7
Bendahari
: Pn Sariaah Bt Chuyu @ Salleh
4.8
Displin & Kawalan murid : En Khairuddin B Hashim
4.9
Jurugambar
: En Hamizan B Salim
4.10 Dokumentasi
: En Mohamad Rizan B Mohd Akil

5.0
6.0
7.0

8.0

9.0

TARIKH LAWATAN
5.1
14 April 2015
TEMPAT LAWATAN
6.1
Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka
6.2
Kompleks Hang Tuah, Melaka.
KUMPULAN SASARAN
7.1
Murid Tahap 2 ( Pelajaran Sejarah )
7.2
Pengawas Pusat Sumber Sekolah
7.3
Pembaca NILAM terbanyak
ATURCARA PROGRAM LAWATAN
8.1
Disediakan oleh pihak Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka
8.30 pagi
: Bertolak dari sekolah
9.30 pagi
: Tiba di Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka
9.45 pagi
: Taklimat Program oleh Pegawai Bertugas
10.00 pagi
: Lawatan
12.00 pagi
: Rehat - Makan Tengahari
1.00 pagi
: Solat Zohor di Masjid Al Azim
2.00 tghr
: Tiba di Kompleks Hang Tuah
4.00 tghr
: Solat Asar di Masjid Jamek Mukim Hang Tuah
5.00 ptg
: Bergerak Pulang
ANGGARAN PERBELANJAAN
Bi
l
1
2
3
4
5

10.0
11.0

Perkara

Perbelanjaan

Jumlah ( RM )

Sewa Bas
Makan Tengahari
Tiket Kompleks Hang Tuah
Minum Petang
Dokumentasi

RM 250.00
44 x RM 5.00
40 x RM 2.00
44 x RM 2.00
RM 10.00
Jumlah Besar

250.00
220.00
80.00
88.00
10.00
648.00

SUMBER KEWANGAN
10.1 Panitia Sejarah
10.2 Pusat Sumber Sekolah
PENUTUP
11.1 Pihak kami berharap agar objektif lawatan sambil belajar ini dapat
direalisasikan dengan sebaik-baiknya. Diharap juga murid-murid dapat
mewarisi amalan lawatan sambil belajar yang baik dan berfaedah serta
dapat melahirkan pemimpin yang berkaliber dan dapat menerajui
generasi muda yang akan datang dalam menghadapi cabara-cabaran
alaf baru. Akhir sekali diharapkan lawatan sambil belajar ini mendapat
keberkatan daripada Allah S.W.T.

Disediakan Oleh ;

Anda mungkin juga menyukai