Anda di halaman 1dari 5

World Christianity II - Rev Christopher Lee

Laporan Sejarah Gereja


oleh Welson Gusop, MTS Program

Sejarah Gereja Calvary Charismatic Centre Kota Kinabalu

Sejarah Gereja Calvary Charismatic Centre


Penting kita melihat sejarah ringkas gereja Calvary Charismatic Centre Singapore kerana
identiti dan amalan-amalan yang ada di gereja CCC Sabah merupakan warisan dari gereja
asal
ini.

Kelahiran rasmi CCC Singapore ialah pada 16hb Oktober 1977 di Hotel Mandarin, Orchard
Road, Singapura. Lima puluh tiga (53) orang hadir kebaktian pertama yang bermula jam 2.00
petang, hasil promosi melalui iklan dalam akhbar tempatan. Roh Kudus telah mendorong
Evangelist Rick Seaward untuk memulakan 'Pelayanan Hotel' ini yang bertumbuh sehingga
satu organisasi gereja terbentuk. Matlamat utama adalah menjangkau mereka yang tidak
datang gereja. Gereja baru ini bergerak dengan prinsip 'neutral' dan 'trans-denominational';
membuka ruang bagi Kristen 'charismatics' yang terpaksa meninggalkan gereja asal mereka
dan tidak ada tempat beribadah, belajar dan latihan. Carta di bawah menunjukkan
pertumbuhan gereja CCC Singapore dalam masa 12 tahun.

Pada mulanya gereja menggunakan nama 'Calvary Charismatic Fellowship' tetapi kemudian
menukarnya kepada 'Calvary Charismatic Centre (CCC)' pada tahun 1978. Sebelas tahun
kemudian (1999), menukar lagi nama gereja kepada 'Victory Family Centre (VFC)' sehingga
hari ini.

Lima Teras Pelayanan CCC Singapore


Gereja pertama bertumbuh dengan begitu cepat dan banyak keperluan pelayanan harus
ditunai. Hasil dari keperluan-keperluan pelayanan inilah gereja pertama telah membentuk 5
pelayanan teras utama untuk memastikan gereja tetap bertumbuh dan semua keperluan
pelayanan dapat dipenuhi. Lima teras pelayanan inilah yang menjadi DNA bagi gereja-gereja
VFC/CCC di seluruh dunia sekarang.

Mission Faith Pledge: Merupakan dana untuk perbelanjaan program misi dan penginjilan.
Selain dari Persepuluhan dan Pemberian Kasih, anggota gereja juga dicabar untuk mengambil
bahagian menjangkau jiwa-jiwa yang hilang bermula di Singapore hinggalah ke seluruh
dunia. Jumlah kutipan tahun pertama adalah S606.50 dan telah diguna untuk misi dan
penginjilan Sis Pam Seaward di Nepal, 1978. Semua gereja VFC/CCC di seluruh dunia
mempraktikkan MFP.

Christian Development Program (CDP): Merupakan bahan-bahan pengajaran Alkitab yang


telah direkabentuk oleh gereja sendiri untuk digunapakai dalam pelayanan Cell Group.
Syllabus ini merangkumi semua tahap kerohanian bermula dari Asas-Asas Iman hinggalah
pelajaran khas bagi Pemimpin dan Pastor. Ada 3 matlamat utama yang dicapai iaitu:-
1. Pengetahuan Alkitab (Life in the Word - LIW)
2. Penglibatan dalam Pelayanan - Ministry Involvement
3. Pembinaan Peribadi - Personal Development

Gideonite Programme: Merupakan program membentuk 'Gideonite'; satu team misi dan
penginjilan. Ahli-ahli team ini adalah jemaat gereja yang menerima panggilan Tuhan untuk
melakukan misi di luar Singapura selama 1 atau 2 tahun. Mereka akan dilatih dan diberikan
World Christianity II - Rev Christopher Lee
Laporan Sejarah Gereja
oleh Welson Gusop, MTS Program

sasaran untuk melakukan misi dan penginjilan. Selepas dilatih beberapa bulan, mereka akan
pergi ke negara-negara luar dan melaksanakan penanaman gereja. Gideonite pertama
ditubuhkan pada 1982 dan dihantar ke Johor Bahru. Menurut lapuran misi 2013, lebih 10,000
gereja VFC/CCC telah ditanam di seluruh dunia melalui program ini.
Asia Theological Centre (ATC): Merupakan sekolah Alkitab/Seminary milik penuh VFC
Singapore untuk melatih pemimpin-pemimpin gereja untuk memikul tanggungjawap
pelayanan dalam negera dan luar negara. ATC menawarkan program undergrduate dan
graduate degree. Nama asalnya adalah Asia Theological Centre for Evangelism & Mission
(ACTCEM) dan principal pertama adalah Pastor Fred Mendoza pada tahun 1982.

Sejarah Gereja Calvary Charismatic Centre Kota Kinabalu, Sabah


Berdasarkan sejarah penanaman gereja (church planting timeline) rasmi VFC, CCC Kota
Kinabalu dimulakan pada tahun 1982. Rev. Abeysekera mencatat bahawa CCC Kota
Kinabalu telah dimulakan pada bulan September 1982 oleh Bro Alphonsus Oon, staff
sepenuh masa pertama CCC Singapore. Pada masa yang sama, Sis Susan Tang memulakan
CCC Tawau.

Penghormatan harus diberikan kepada Pastor Susan Tang. Dia adalah pelayan pertama
Assemblies of God of Malaysia yang menjawap panggilan menanam gereja di Sabah. Dia
bertugas dengan Calvary Church di Damansara, Petaling Jaya dibawah kepimpinan Rev
Prince Gunaratnam dan datang ke Kota Kinabalu pada awal 1980-an. Dia memulakan
pelajaran Alkitab untuk beberapa pelajar dari Semananjung Malaysia yang belajar di sekitar
Kota Kinabalu. Pada masa yang sama, dia merasa beban untuk memulakan satu gereja di
Tawau dan akhirnya berjaya menanam satu gereja.

Usaha-usaha menanam gereja baru oleh Pastor Susan di Sabah tidak mendapat sokongan
sepenuhnya dari gereja yang menghantarnya. Pastor Rick Seaward membuat keputusan
membantu pelayanannya tanpa ada syarat-syarat. Pastor Susan berulang alik diantara Kota
Kinabalu dan Tawau sehingga satu masa dia merasa pelayanan seperti itu sangat
memanatkan. Dia membuat keputusan menyerahkan pelayanan di Kota Kinabalu kepada
CCC
Singapura. Gerejanya di Tawau bertumbuh dengan cepat dan fokusnya ditumpuhkan kepada
CCC Tawau. Bro Alphonsus Oon dari CCC Singapura datang ke Kota Kinabalu untuk
meneruskan pelayanan yang dimulakan oleh Pastor Susan. Bro Alphonsus membawa
bersamanya satu team Gideonite yang menolong pertumbuhan gereja dengan mendadak.
Antara jemaat pertama gereja CCC Kota Kinabalu adalah Bro Michael Chai, Bro William
Hee, Sis Belinda Hee, Bro Eric Fung & Sis Angela Fung. Kebaktian bahasa Cina (Mandarin)
dimulakan oleh Sis Teh Mui Kem pada tahun 1984 apabila gereja membuat kebaktian di
Sunny Garden diikuti oleh kebaktian Bahasa Malaysia pada tahun 1985 oleh Bro Paul
Liberatus apabila gereja berbakti di Kolombong, Inanam.

Premise Kebaktian
Berdasarkan laporan-laporan lama, Bro Alphonsus Oon telah meneruskan pelayanan Pastor
Susan Tang mulakan dan bertumbung dengan cepat. Kebaktian pertama telah dibuat di kedai
Gardenia, di mana Tong Hing Supermarket sekarang ini beroperasi. Pada tahun 1984, gereja
berpindah ke satu kedai di Sunny Garden, Mile 2 Jalan Tuaran, kemudian berpindah lagi ke
satu kedai di Kolombong, Inanam pada awal 1985. Pada tahun 1988, gereja terpaksa
berpindah ke ruang yang lebih besar di Karamunsing Warehouse dimana Chan Furniture
World Christianity II - Rev Christopher Lee
Laporan Sejarah Gereja
oleh Welson Gusop, MTS Program

sekarang beroperasi. Tuhan Allah memberkati gereja dalam jumlah jemaat dan kewangan
sehingga pada tahun 1993, Boon Pang Theatre di Tanjung Aru telah dibeli dan dijadikan
pusat pelayanan dan pentadbiran gereja CCC Kota Kinabalu sehingga hari ini.

Peralihan Kepimpinan Gereja


Pertumbuhan gereja yang begitu cepat terjadi kerana Tuhan Allah membuat gereja-Nya
berumbuh seperti Firman-Nya "Aku menanam, Apolos menyiram, tetapi Allah yang memberi
pertumbuhan. (7) Karena itu yang penting bukanlah yang menanam atau yang menyiram,
melainkan Allah yang memberi pertumbuhan. (8) Baik yang menanam maupun yang
menyiram adalah sama; dan masing-masing akan menerima upahnya sesuai dengan
pekerjaannya sendiri." (1 Ko 3:6-8). Tuhan Allah yang berkuasa pastinya memberkati
hamba-hamba-Nya yang berusaha berkerja keras dengan pengorbanan menjalankan
tanggungjawap memimpin gereja. Pada peringkat permulaan, CCC Kota Kinabalu adalah
dibawah kepimpinan Pastor Alphonsus Oon (19821984), kemudian disusuli oleh Pastor
Danny Han (1984-1985). Kemudian Pastor Oon kembali lagi untuk satu jangkamasa yang
singkat bila Pastor Han kembali ke Singapura. Pada tahun 1987, Pastor Timothy Chia
mengambil alih kepimpinan gereja dan telah membawa pembangunan yang sangat pesat
terutama sekali menanam banyak gereja baru diseluruh Sabah dan telah memulakan pusat
latihan seperti Gideonite. Dalam pentadbiran Pastor Timothy lah, banyak gereja-gereja baru
Bahasa Malaysia dimulakan di luar bandar Kota Kinabalu. (Keratan Calvary Charismatic
Centre Mission Report - 1998? Tahun tidak dapat dipastikan). Pastor Alan Dass kemudian
datang mengganti dia pada tahun 1990 dan setakat ini menjadi Senior Pastor paling lama
dalam sejarah gereja iaitu 14 tahun (1990-2003). Dia terpaksa berpindah ke Singapura dan
menyerahkan kepimpinan gereja kepada orang tempatan pertama iaitu Pastor Eric Foo (2003-
2006). Pada tahun 2007, bapa kepada pengasas gereja CCC iaitu Rev Dr Fred Seaward
mengambil alih kepimpinan dan telah memperkenalkan perubahan besar kepada gereja
terutama sekali dalam bidang pentadbiran, kewangan dan operasi sehingga sekarang ini.

Selain daripada hamba-hamba Tuhan Allah ini, ramai lagi nama-nama yang telah secara
langsung membawa pertumbuhan kepada gereja terutama sekali pada tahun-tahun permulaan.
Antaranya Bro Casey Ng, Bro John Hensen, Bro Timothy Knight, Bro Richard Martin, Bro
Peter Chng, Bro Michael Tan, Bro Simon Cheong dan lain lain lagi.

Penanaman Gereja-Gereja Kebaktian Bahasa Malaysia


Kebaktian English merupakan tulang belakang gereja dari segi kepimpinan, kewangan dan
pengurusan. Walau bagaimanapun, ini tidak berkembang ke tempat lain dan meneruskan
semua aktiviti pelayanan di CCC Tanjung Aru. Perlipat gandaan gereja berlaku diluar
kawasan bandar Kota Kinabalu melalui usaha-usaha penginjilan dari kebaktian Bahasa
Malaysia.

Penghormatan harus diberikan kepada Pastor Paul Liberatus yang telah memulakan kebaktian
Bahasa Malaysia dibawah CCC Kota Kinabalu. Dia berasal dari Kg Limbahau, Papar pada
tahun 1954 dari keluarga Roman Catholic yang taat kepada ajaran gereja. Ketika dia masih
kecil, dia sangat tertarik kepada hal-hal rohani. Dia dengan taat setia menghadiri semua mass
dan menurut ajaran gereja dengan penuh hormat. Apabila dia mencapai umur 21 tahun, dia
mengalami masalah tekanan dan insomnia - hanya dapat tidur 1 jam sehari. Dia berdoa and
minta pertolongan Tuhan Allah dan pada tahun 1975 sementara sendirian dalam biliknya, dia
telah mengalami lawatan Allah dan hadirat-Nya memenuhi biliknya. Biliknya penuh dengan
World Christianity II - Rev Christopher Lee
Laporan Sejarah Gereja
oleh Welson Gusop, MTS Program

bunyi yang sangat indah dan bermula dari sinilah hidup dia berubah; hatinya penuh sukacita,
dipenuhi oleh Roh Kudus dan mula berkata-kata dengan bahasa yang dia sendiri tidak
fahami. Itulah permulaan hidup baru bagi dia dari seorang yang pendiam, pemalu menjadi
seorang yang bersemangat, berapi-api melayani Tuhan Yesus, menginjil - mengongsikan
kebaikan Tuhan kepada dia. Dia mula menginjili keluarganya dan ramai yang bertobat.

Pada awal tahun 1980-an, semasa berkerja di Hospital Queen Elizabeth, dia begitu giat dan
setia mengongsikan berita baik dan hasilnya, ramai orang berkumpul di rumannya; berdoa
dan belajar Alkitab bersama. Selepas dia di 'excommunicated' oleh gereja RC, dia merasa
perlu melayani dibawah sebuah gereja dan pada tahun 1985, dia mula melayani dibawah
CCC Kota Kinabalu - lahirlah kebaktian Bahasa Malaysia. Ketika itu, Pastor Oon menjaga
pelayanan kebaktian English dan Cina, manakala Pastor Paul diberi kuasa penuh menjaga
kebaktian BM. Antara jemaatnya yang awal dan masih aktif sehingga hari ini adalah Bro
Francis Mujim, Bro Sintai Odol, Bro Francis Nonoi, Pastor George Ng, Bro Simon Ital.

Kebaktian BM mula berkembang dan melakukan banyak penginjilan di luar bandar. Hasilnya
banyak gereja-gereja baru dimulakan. CCC Papar ditanam pada 1985, kemudian diikuti CCC
Sinsuran, Tambunan, juga dalam tahun yang sama. Carta di bawah - CCC Mission Report
2007/2008.

Penutup
VFC Singapore dan CCC Kota Kinabalu hari ini adalah hasil dari penggilan khusus Tuhan
Allah dalam hidup pengasas gereja Bro Rick Seaward. Tuhan telah memanggil dia,
membolehkan dia dan membekalkan dia untuk melakukan visi yang Tuhan letakkan dalam
hati/hidupnya.
Gereja CCC Kota Kinabalu sekarang ini adalah gereja yang progressif, stabil dan organisasi
yang kukuh. Gereja ini telah mencapai banyak kejayaan dan beroperasi berdasarkan prinsip
misi '3-Selfs' iaitu Self-Supporting, Self-Governing & Self-Propagating.

Puji Tuhan!!!

Bibliography
Abeysekera, Fred G, The History of the Assemblies of God of Singapore (Singapore:
Abundant Press, 1991)

Hunt, Robert, Lee Kam Hing, Roxborough, John (ed) Christianity in Malaysia - A
Denominational History (Selangor: Pelanduk Publications, 1992)

Victory Family Centre Singapore, Mission Report 2013 - Serving the Nation (Singapore:
VFC,
2013)

Victory Family Centre Singapore, Mission Report 2007/2008 - Celebrating 30 Years of


Missions (Singapore: VFC, 2013)

Victory Family Centre Singapore 30th Anniversary (Singapore: VFC, 2007)


World Christianity II - Rev Christopher Lee
Laporan Sejarah Gereja
oleh Welson Gusop, MTS Program

Interview (Internet) dengan Rev Chan Nam Chen pada 22 October 2013. Dia bertugas di CCC Kota Kinabalu
pada 1990 dan telah bercerita dengan Rev Susan Tang. Rev Chan sekarang ini sedang membuat PhD di Fuller
Theological Seminary, USA.
Interview dengan Pastor Cornelius Wong pada 21 October 2013. Dia adalah salah seorang anggota gereja yang
mula-mula pada tahun 1983 dibawah pelayanan Bro Alphonsus Oon. Kini dia melayani CCC Metro KK. 16
Interview dengan Pastor Thomas Chi pada 29 October 2013. Dia adalah salah seorang jemaat pertama kebaktian
bahasa Cina dan anggota Church Council dan berbakti di CCC Inanam
Ibid, 'Ps Thomas Chi'
Interview with Bro Steven Lee, Administrator & Church Council Member
Interview 'Ps Thomas Chi'
Interview dengan Bro Simon Ital pada 22 October 2013. Mengingat kembali penglibatannya dalam gereja
CCC Kota Kinabalu pada tahun 1986. Dia merupakan salah seorang ahli Church Council
Interview dengan Pastor Paul Liberatus pada 17 October 2013 di Putera Jaya, Telipok, 7.30-9.30pm. Nota: Dia
ingat tahun 1985 sebagai permulaan tetapi pada masa yang sama dia menyebut berkerjasama dengan
Pastor Oon. Laporan bertulis menyebut Pastor Oon melayani dari 1982-1984. Semasa interview dengan Pastor
Thomas, dia ada menyebut bahawa Pastor Oon kembali ke CCC KK selepas Pastor Danny Han pindah ke
Singapura. Jadi, tahun 1985 adalah tahun rasmi permulaan kebaktian BM CCC KK
Interview dengan Bro Sintai Odol pada 5 November 2013 di Kg Kauluan, Tuaran. Dia masih aktif menolong
pelayanan di CCC Karamunsing

Anda mungkin juga menyukai