Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

“PEMBELIAN ALATAN BAGI PANITIA PJK”


TUJUAN/PENGENALAN
Pengenalan merupakan perkara asas dan pertama dalam penghasilan kertas kerja. Dalam
pengenalan, penulis akan memperkenalkan program ataupun aktiviti yang akan dilakukan. Selain
itu, pengenalan juga bertujuan untuk memaklumkan kepada pembaca tentang kepentingan
program yang ingin diadakan. Jadi, pengenalan yang baik haruslah mempunyai nama projek yang
ingin dijalankan. Selain nama projek, adalah penting bagi penulis untuk membuat ulasan dan
penerangan tentang projek yang akan dijalankan dalam pengenalan sesebuah kertas kerja. Di
samping itu, pengenalan yang baik juga sewajarnya mengandungi kepentingan projek yang akan
diadakan. Hal ini sangat penting dalam memastikan pembaca terutamanya penaja untuk
memastikan penaja jelas tentang kepentingan projek tersebut. Dengan ini, penaja akan berasa
yakin untuk menaja projek yang akan dijalankan.
OBJEKTIF
Objektif merupakan matlamat projek yang akan dijalankan. Dalam kata lain, objektif mengandungi
perkara-perkara yang ingin dicapai dalam projek yang ingin kita jalankan. Objektif sangat penting
untuk dimuatkan dalam kertas kerja untuk memastikan pembaca tahu tentang matlamat projek
tersebut. Di samping itu juga, pembaca akan tahu tentang perkara-perkara yang akan dicapai
daripada projek yang akan dijalankan melalui objektif dalam kertas kerja tersebut. Objektif yang
baik haruslah mempunyai satu perkara yang sangat penting iaitu target ataupun matlamat projek
itu. Sebagai contoh jika kita ingin mengadakan majlis sambutan hari raya Aidilfitri peringkat IPG
Kampus Perlis. Matlamatnya adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga IPG
Kampus Perlis. Matlamat ini harus dilihat dengan jelas oleh pembaca supaya pembaca
mengetahui bahawa projek yang akan kita jalankan itu mempunyai kebaikan dan tidak sia-sia.

SASARAN

• Siapa?
• Bilangan? (termasuk urusetia)
• Jumlah Peserta (Pelajar) : Lelaki? | Perempuan?
• Lampirkan senarai peserta

Nota: Sertakan Senarai Peserta dimukasurat yang baharu (seperti contoh jadual di bawah)
lengkap dengan nama penuh, no. matriks, kod program dan bahagian.

PELAKSANAAN

Tarikh: Cth. 2 September 2013 (Isnin) / 2 hingga 7 September 2014


Masa: Cth. 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Alamat jika perlu (Jika ada peta disertakan)

SUMBER KEWANGAN & PERBELANJAAN

Sila nyatakan sumber kewangan yang digunakan sama ada dari PCG, SUWA, PIBG, KUM,
Pembangunan BOG serta. Jika menggunakan duit PCG dan SUWA sila dapatkan baki
peruntukan

1|Page
Sumber Kewangan Jumlah
PCG – WAJIB – P.Jasmani RM3,450.97
PCG – WAJIB – P.Kesihatan RM3,576.75
RM 7,027.72

Anggaran Perbelanjaan Jumlah


BOLA TAMPAR 15BIJI X RM 74.94 RM1124.00
BOLA SEPAK 10BIJI X RM73.90 RM739.00
SHUTTLCOCK 10DRUM X RM49.90 RM499.00
EXCERSICE MATE 4PCS X RM73.90 RM295.60
BADMIBTON HAD GRIP 10PCS X RM69.00 RM690.00
NET BOLA TAMPAR 1 SET X RM75.00 RM75.00
BOLA JARING 5 BIJI X RM63.00 RM315.00
FRIESBEE 5PCS X RM29.90 RM149.50
GLOVE SOFTBALL 6SET X RM145.00 RM870.00
MATCHBALL RUBBER 5PCS X RM18.50 RM92.50
RESISTANCE BAND LATEX 4 X RM58.50 RM234.00
MONOPOLY 4SET X RM59.90 RM239.60
CHESS SET 4SET X RM28.50 RM114.00
JUMLAH RM5953.20
PENUTUPAN / KESIMPULAN

Contoh: Diharap pihak fakulti dapat mempertimbangkan dan meluluskan kertas kerja program
______ ini, seterusnya mendapat bantuan kewangan untuk menjayakan program ini. Program
ini akan memberi manfaat kepada pelajar untuk modal insan dimasa akan datang. Disamping
itu juga diharap program ini akan mencapai sasaran, matlamat dan objektifnya. Setinggi
penghargaan diucapkan kepada pihak faklulti (kata kata penutup ini boleh diubah mengikut
kesesuaian program):
Disediakan oleh Disokong oleh Diluluskan oleh

……………………………… ………………………………….. …………………………………..


JENNIFER ASING
Ketua Panitia / Ketua Bidang Penolong Kanan Pengetua Cemerlang
SM St. Michael Penampang SM St. Michael Penampang SM St. Michael Penampang

Contoh kertas kerja asas untuk mendapatkan kelulusan kewangan bagi program /
aktiviti Panatia. Bagi program dan aktiviti yang berskala besar dan melibatkan
banyak pihak, penyedia kertas kerja boleh menambah perkara seperti,
jawatankuasa, jadual/tentatif, senarai nama, dan anggaran kos perbelanjaan
terperinci.

2|Page

Anda mungkin juga menyukai