Anda di halaman 1dari 30

GMGF 3013

PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

TAJUK TUGASAN
PELABURAN AWAM : MEX HIGHWAY

PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM


GMGF 3013

DISEDIAKAN UNTUK
PUAN KHATIJAH BINTI MOHD KUDUS

DISEDIAKAN OLEH

NO MATRIK NAMA
236108 NUR HIDAYAH BINTI RAZMI
236147 SITI HAZIQAH BINTI MANSOR

236108,236147
GMGF 3013
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

BAHAGIAN 1:

PENGENALAN

DIRI

236108,236147
GMGF 3013
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM
PELAJAR 1

Nama : NUR HIDAYAH BINTI RAZMI

No Kad Matrik : 236108

Nama dan Kod Kursus : GMGF 3013 PENGURUSAN & ANALISIS

PELABURAN AWAM

Pensyarah : PUAN KHATIJAH BINTI MOHD KUDUS

PELAJAR 2

Nama : SITI HAZIQAH BINTI MANSOR

No Kad Matrik : 236147

Nama dan Kod Kursus : GMGF 3013 PENGURUSAN & ANALISIS

PELABURAN AWAM

Pensyarah : PUAN KHATIJAH BINTI MOHD KUDUS

236108,236147
GMGF 3013
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

BAHAGIAN 2 :

PENGENALAN

PILIHAN TAJUK

236108,236147
GMGF 3013
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM
1.0 PENGENALAN

Pengurusan pelaburan awam berkait dengan persekitaran ekonomi yang wujud dalam

sesebuah negara di mana pengurusan pelaburan awam yang baik dapat merangsang

perkembangan aktiviti ekonomi serta sosial dan seterusnya akan menentukan keupayaan

kerajaan untuk melaksanakan aktiviti pelaburannya. Pengurusan pelaburan awam berkait

rapat dengan aktiviti pelaburan yang dilaksanakan oleh kerajaan di mana pengurusan ini

bertujuan untuk memastikan setiap organisasi kerajaan sama ada di peringkat persekutuan

atau negeri mematuhi prosedur penting untuk melaksanakan projek dan polisi pelaburan yang

ditetapkan kerajaan. Projek pelaburan awam diuruskan oleh organisasi kerajaan tertentu

sama ada di peringkat negeri atau persekutuan. Di peringkat negeri, pelaksanaan pelaburan

awam dikendalikan melalui pengawasan dan pengurusan agensi kerajaan seperti Unit

Perancangan Ekonomi Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jawatankuasa-Jawatankuasa

tertentu. Manakala diperingkat pusat melibatkan Kementerian dan agensi tertentu seperti

Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Perdagangan Antarabangsa

dan Perindustrian, Unit Perancangan Ekonomi Pusat dan kementerian lain yang berkaitan.

Kamus Dewan edisi keempat (2007), mentakrifkan pengurusan sebagai mengurus

sesuatu seperti perihal mengurus syarikat, badan perniagaan, persatuan dan sebagainya.

Manakala, pelaburan pula didefinisikan sebagai sejumlah wang atau modal yang dilaburkan

dalam sesuatu urusniaga dan penanaman modal. Dengan kata lain, pelaburan merupakan

sesuatu yang dibeli dengan harapan akan mendapat keuntungan yang berlipat ganda.

Seterusnya, Kamus Dewan edisi keempat (2007), juga menghuraikan awam adalah sesuatu

yang berkaitan dengan masyarakat, orang kebanyakan atau orang ramai secara

keseluruhannya.

236108,236147
GMGF 3013
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM
Dari sudut ekonomi pula, pelaburan awam ialah perbelanjaan modal awam yang

diusahakan untuk memperoleh sesuatu faedah yang diharapkan diperoleh selama beberapa

tahun pada masa hadapan. Tujuan pelaburan awam untuk memaksimumkan kebajikan

masyarakat melalui pengeluaran barangan dan perkhidmatan awam. Menurut Wan Abdul

Aziz (2004), setiap kerajaan yang tertubuh walaupun berbeza pandangan dari sudut ideologi

politik, mereka perlu melaksanakan tanggungjawab yang sama iaitu memenuhi kehendak

sosial, ekonomi dan politik di dalam Negara.

Pentadbiran Negara perlu berlandaskan kepada kebajikan orang awam dimana rakyat

yang memberi mandat untuk mengurus tadbir Negara. Kerajaan bertanggungjawab untuk

memastikan peningkatan ekonomi negara berada dalam keadaan yang baik. Apabila

peningkatan ekonomi negara baik, maka keperluan hidup orang awam akan berada

diperingkat yang memuaskan dan ia akan menyebabkan jurang taraf hidup rakyat menjadi

kecil. Secara langsung ia juga dapat meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat Ia berbeza

dengan pelaburan yang dilakukan oleh pihak swasta di mana pelaburan yang dilaksanakan

hanya bermotifkan keuntungan material semata-mata. Contohnya, pelaburan dalam bidang

pendidikan membolehkan masyarakat bandar dan desa menikmati kemudahan dan

perkhidmatan pendidikan seperti sekolah, kolej, perpustakaan dan universiti yang lebih

sempurna bagi meningkatkan modal insan dan kualiti hidup.

236108,236147
GMGF 3013
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM
2.0 LEBUHRAYA KUALA LUMPUR – PUTRAJAYA (MEX)

Lebuhraya Maju (MEX) (sebelum ini dikenali sebagai Lebuhraya Kuala Lumpur-

Putrajaya (KLPE) dan Lebuhraya Khusus KL-KLIA). Ia merupakan sebuah lebuhraya di

Kuala Lumpur dan Selangor, Malaysia. Lebuhraya sepanjang 26 km (16 batu) yang mana

menghubungkan pusat bandar raya Kuala Lumpur dengan Putrajaya, dan seterusnya pada

masa akan datang ia bakal dipanjangkan sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala

Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor . Projek ini dicadangkan pada tahun 1995, tetapi telah

digantung pada tahun 1997 berikutan Krisis Kewangan Asia 1997. Projek ini dihidupkan

semula pada tahun 6 Disember 2004 dan siap pada 5 Disember 2007. Laluan utama lebuh

raya kini dibuka pada lalu lintas bermula 13 Disember 2007. Pada Mei 2008, Konsortium

Lapangan Terjaya Sdn Bhd (KLT) bertukar nama kepada Maju Expressway Sdn Bhd

sementara Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya diubah namanya kepada Lebuhraya Maju

(Wikipedia).

MEX dikendalikan oleh Maju Expressway Sdn Bhd (MESB), syarikat konsesi yang

telah diberi tempoh konsesi selama 33 tahun untuk mengendalikan lebuhraya dua hala dan

tiga lorong ini. Perjanjian konsesi dibuat pada 22 Oktober 1997 dan seterusnya perjanjian

konsesi ini ditambah pada 21 Disember 2006 (Laporan Tahunan LLM, 2015).Kos pelaburan

untuk pembinaan Lebuhraya Mex adalah sebanyak RM 1.3 billion manakala kos pembinaan

Lebuhraya Mex ini adalah sebanyak RM 1.26 billion dan kos tanah sebanyak RM 537 Juta.

Kos operasi pula adalah sebanyak RM 133 million bermula dari awal pembinaan sehingga

kini. Dalam memperluaskan Lebuh raya sepanjang 26km dalam fasa pertama, Mex

merupakan pautan laluan tercepat dan terpendek kerana sebelum pembukaan Lebuhraya

Mex , ia memerlukan lebih dari 60 minit memandu di lebuhraya lain untuk sampai ke

Putrajaya dari Bandar Kuala Lumpur. Sekarang di MEX, perjalanan ini mengambil masa

236108,236147
GMGF 3013
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM
kurang dari 30 minit, atau setengah masa perjalanan sebelumnya. Dengan pembukaannya,

MEX telah membuka satu bab baru dalam sejarah komunikasi jalan raya dan perjalanan

lebuh raya di Malaysia. Ia juga telah mencatatkan satu kejayaan dalam evolusi lebuh raya di

negara ini. Selesai pada 5 Disember 2007, MEX adalah lebuh raya yang dikendalikan oleh

akses dengan lima persimpangan iaitu Kampung Pandan, Salak Selatan, Kuchai Lama, Bukit

Jalil dan Putrajaya Utama (Laman Web Mex Expressway). Perjanjian yang dibuat antara

Syarikat Maju Expressway dengan pihak kerajaan adalah perjanjian konsesi. Objektif

pembinaan Leburaya Mex ini untuk mewujudkan laluan penghubung di antara Kuala Lumpur

ke Putrajaya, Cyberjaya dan KLIA. Selain itu, untuk meningkatkan keselesaan kepada

pengguna lebuhraya dan terdapatnya laluan alternatif dan boleh menggalakkan pertumbuhan

ekonomi setempat. Terdapat beberapa strategi masa depan untuk projek Lebuhraya Mex ini.

Antaranya ialah member perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna lebuhraya. Selain itu,

dapat mempertingkatkan kualiti penyenggaraan dan pengurusan asset lebuhraya untuk

memastikan penyeggaraan lebuhraya dan pengurusan asset lebuhraya sentiasa dalam keadaan

baik. Seterusnya, dapat memperkasakan operasi lebuhraya bagi memastikan keselamatan dan

keselesaan pengguna di lebuhraya Mex ini.

236108,236147
GMGF 3013
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

JAJARAN LEBUHRAYA KUALA LUMPUR – PUTRAJAYA (MEX)

236108,236147
GMGF 3013
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM
3.0 ISU YANG TERLIBAT

Pencapaian output dalam pembinaan Lebuhraya Mex untuk menambahbaik dan

melengkapkan sistem rangkaian perhubungan darat. Selain itu, untuk mengurangkan kadar

kemalangan yang semakin membimbangkan di Malaysia. Menurut Laporan Tahunan

Lembaga Leburaya Malaysia Bagi Tahun 2015 menyatakan bahawa outcome sasaran

sebanyak 20 kemalangan yang merangkumi satu juta kenderaan. Sebaliknya , pencapaian

outcome sebenar melibatkan sebanyak 275 kemalangan yang merangkumi 23,830 918

kenderaan/km pada tahun 2009, dan meningkat pada tahun 2011 yang melibatkan sebanyak

402 kemalangan yang merangkumi 32,865 760 kenderaan/km dan menurun sedikit pada

tahun 2013 sebanyak 397 kemalangan yang merangkumi 38,618 954 kenderaan/km ( Laporan

Tahunan LLM,2015) ~ Rujuk Graf 1.

Graf 1 : Kadar Kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur- Putrajaya (MEX) 2008-2013

236108,236147
GMGF 3013
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM
4.0 CADANGAN

Berdasarkan kajian mendalam yang dilakukan oleh Unit Rekonstruksi Kemalangan

(Crash Reconstruction Unit) MIROS, memandu secara berbahaya, memandu dengan laju dan

kepenatan adalah punca-punca utama berlakunya kemalangan. Faktor-faktor kemalangan ini

ada dinyatakan secara terperinci didalam Jadual 5. Berdasarkan faktor-faktor ini Pelan

Keselamatan Jalan Raya Malaysia (2014-2020) telah merangka satu Pelan Keselamatan Jalan

Raya Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia

(PDRM), Kementerian Kesihatan, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan agensi-agensi kerajaan yang

lain serta pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan. Langkah yang

diambil dalam merangka Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 serta

pelaksanaannya adalah berpandukan Tindakan Sedekad Global yang menekankan keperluan

program-program keselamatan jalan raya. (Laman Web Miros).

Jadual 5: Punca-Punca Kemalangan

236108,236147
GMGF 3013
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM
Di dalam kerangka kerja Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia yang selari dengan

Tindakan Sedekad Global, aktiviti-aktiviti bagi mencapai sasaran akan dilaksanakan

berdasarkan lima Tonggak Strategik seperti berikut:

 Tonggak Strategik 1 – Pengurusan Keselamatan Jalan Raya

 Tonggak Strategik 2 – Mobiliti dan Jalan Raya Yang Lebih Selamat

 Tonggak Strategik 3 – Kenderaan Yang Lebih Selamat

 Tonggak Strategik 4 – Pengguna Jalan Raya Yang Lebih Selamat

 Tonggak Strategik 5 – Pengurusan Pasca Kemalangan

Tonggak Strategik 1 – Pengurusan Keselamatan Jalan Raya

Di dalam Tonggak Strategik 1, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) selaku agensi

peneraju akan merangka dan menyelaras pelaksanaan program-program keselamatan jalan

raya serta pelan-pelan tindakan.

Program keselamatan penghadang jalan

Objek-objek berbahaya seperti pokok dan tiang di tepi jalan boleh mendatangkan kecederaan

serius kepada pengguna jalan raya. Penghadang jalan mampu mengelakkan perkara ini

daripada berlaku. Di bawah program ini, penghadang jalan yang sesuai akan dibina bagi

memastikan ianya berfungsi dengan berkesan dan bukannya mendatangkan bahaya kepada

pengguna jalan raya

Program Audit Keselamatan Jalan Raya

Audit Keselamatan Jalan Raya merupakan teknik baharu kejuruteraan jalan raya yang

digunakan bagi mengenal pasti masalah keselamatan yang bakal berlaku di peringkat

perancangan dan rekabentuk sesuatu projek. Sekiranya diguna pakai ke atas jalan raya yang
236108,236147
GMGF 3013
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM
sedia ada, Audit Keselamatan Jalan Raya mampu mengenal pasti kawasan-kawasan yang

berpotensi mendatangkan bahaya sebelum ianya menjadi kawasan kerap berlaku kemalangan.

Audit Keselamatan Jalan Raya ini akan dijalankan di seluruh negara.

Tonggak Strategik 2 – Mobiliti dan Jalan Raya Yang Lebih Selamat

Tonggak Strategik 2 menegaskan bahawa mobiliti bukan hanya berkisar tentang

kemudahcapaian (accessibility) tetapi yang lebih pentingnya, perlu menitikberatkan aspek

keselamatan jalan raya. Oleh itu, keselamatan jalan raya perlu diambil kira semasa tahap

perancangan dan rekabentuk infrastruktur jalan raya.

Program keselamatan penghadang jalan

Objek-objek berbahaya seperti pokok dan tiang di tepi jalan boleh mendatangkan kecederaan

serius kepada pengguna jalan raya. Penghadang jalan mampu mengelakkan perkara ini

daripada berlaku. Di bawah program ini, penghadang jalan yang sesuai akan dibina bagi

memastikan ianya berfungsi dengan berkesan dan bukannya mendatangkan bahaya kepada

pengguna jalan raya.

Program Audit Keselamatan Jalan Raya

Audit Keselamatan Jalan Raya merupakan teknik baharu kejuruteraan jalan raya yang

digunakan bagi mengenal pasti masalah keselamatan yang bakal berlaku di peringkat

perancangan dan rekabentuk sesuatu projek. Sekiranya diguna pakai ke atas jalan raya yang

sedia ada, Audit Keselamatan Jalan Raya mampu mengenal pasti kawasan-kawasan yang

berpotensi mendatangkan bahaya sebelum ianya menjadi kawasan kerap berlaku kemalangan.

Audit Keselamatan Jalan Raya ini akan dijalankan di seluruh negara.

Tonggak Strategik 3 – Kenderaan Yang Lebih Selamat

236108,236147
GMGF 3013
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM
Di bawah Tonggak Strategik 3, tumpuan akan diberikan terhadap penggunaan teknologi

keselamatan kenderaan yang lebih baik bagi keselamatan pasif dan keselamatan aktif. Ini

akan dilakukan melalui gabungan keseragaman di antara piawaian-piawaian antarabangsa

yang relevan dengan insentif serta skim maklumat pengguna bagi mempercepatkan peralihan

kepada teknologi baharu bagi menambah baik keselamatan kenderaan.

Analisa terhadap kekurangan peruntukan undang-undang semasa

Program ini akan meningkatkan perlindungan terhadap pembeli dan pemilik kenderaan.

Analisa ini akan merangkumi aspek pembuatan komponen kenderaan, penggunaan komponen

pada kenderaan sehingga pelupusan kenderaan. MIROS serta agensi keselamatan jalan raya

yang berkaitan akan menjalankan penyelidikan dan kajian mendalam tentang Situational and

Gap Analysis dan Regulatory Impact Assessment bagi memastikan eko-sistem permotoran

yang sihat.

Program penilaian tahap keselamatan kenderaan

Program ini akan dapat membangunkan satu pangkalan data keselamatan kenderaan bagi

perbandingan tahap keselamatan mengikut pengeluar dan jenis kenderaan. Pembangunan

makmal perlanggaran yang menyeluruh adalah aktiviti utama bagi program penilaian

keselamatan kenderaan. Kemudahan makmal perlanggaran ini telah dibangunkan oleh

MIROS dan telah mula beroperasi sejak Mei 2012. Ia juga telah diiktiraf sebagai kemudahan

makmal perlanggaran bagi menjalankan kemudahan kemalangan berskala penuh program

penilaian kenderaan baru di rantau ASEAN. New Car Assessment Programme (NCAP) akan

memberi penarafan bintang keselamatan untuk kereta baru berdasarkan prestasi keselamatan

dalam ujian perlanggaran. Program ini adalah berasaskan pengguna dan akan membantu

pengguna untuk memilih kereta yang lebih baik berdasarkan penggredan keselamatan.

Tonggak Strategik 4 – Pengguna Jalan Raya Yang Lebih Selamat

236108,236147
GMGF 3013
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM
Tonggak Strategik 4 memberi penekanan terhadap penambahbaikan tingkah laku

penggunapengguna jalan raya. Program-program menyeluruh bagi memperbaiki tingkah laku

pengguna jalan raya dicadangkan di bawah Tonggak Strategik ini. Tujuannya ialah bagi

meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan piawaian, dengan diiringi kesedaran

masyarakat serta program-program pendidikan bagi memupuk budaya mementingkan

keselamatan jalan raya di kalangan pengguna jalan raya.

Sistem hukuman yang lebih berat melalui Sistem Demerit KEJARA

Sistem Demerit KEJARA akan dinilai semula bagi memastikan keberkesanannya. Penilaian

ini akan merangkumi sistem insurans bagi menghukum pemandu yang kerap melanggar

peraturan lalu lintas dan memberi ganjaran kepada pemandu-pemandu yang berhemah serta

merangkumi proses memperbaharui lesen memandu. Contohnya, peningkatan nilai saman

bagi kesalahan-kesalahan memandu secara merbahaya.

Khidmat masyarakat bagi pesalah lalu lintas

Program ini merupakan kaedah alternatif bagi memberi hukuman terhadap pengguna-

pengguna jalan raya yang kerap melakukan kesalahan-kesalahan lalu lintas. Melalui program

ini, mereka dikehendaki melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat. Pesalahlaku-pesalahlaku

lalu lintas yang dikenakan saman juga dikehendaki menjelaskan bayaran saman di samping

memenuhi jangka masa khidmat masyarakat yang telah ditetapkan ke atas mereka.

Tonggak Strategik 5 – Pengurusan Pasca Kemalangan

236108,236147
GMGF 3013
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM
Tonggak Strategik ini memberi penekanan terhadap penambahbaikan tindak balas kecemasan

pasca kemalangan. Aspek utama yang ditekankan adalah bantuan kecemasan serta sistem-

sistem lain yang diperlukan di dalam memberikan pertolongan yang sewajarnya, serta

pemulihan jangka panjang mangsa-mangsa kemalangan.

Komuniti First Responder

Program ini bertujuan memberi latihan dan pengetahuan asas bantuan pertolongan

cemaskepada masyarakat sebagai pihak pertama yang bertindak memberi bantuan kepada

mangsa-mangsa kemalangan jalan raya. Program ini menekankan perlunya memberi bantuan

dalam tempoh golden hour kepada mangsa-mangsa kemalangan sejurus selepas berlakunya

kemalangan, iaitu ketika menunggu kehadiran ambulans ke tempat kemalangan. Kejayaan

program ini bergantung kepada penglibatan masyarakat setempat di dalam menghulurkan

bantuan kecemasan.

Penambahbaikan masa tindak balas kecemasan

Program ini akan merangka satu sistem penjagaan pra-hospital, termasuk proses

mengeluarkan mangsa kemalangan dari kenderaan selepas perlanggaran dan pelaksanaan satu

nombor panggilan kecemasan bagi seluruh negara yang diteruskan daripada amalan-amalan

yang sedia ada. Program ini bertujuan menambah baik

jangka masa tindak balas kecemasan agar setanding dengan amalan terbaik di dunia.

236108,236147
GMGF 3013
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

BAHAGIAN 3 :

PERBINCANGAN

236108,236147
GMGF 3013
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM
5.0 TAKSONOMI PELABURAN

Dalam projek pelaburan awam yang dibincangkan, pelaburan untuk membina Lebuhraya

Maju (MEX) melibatkan projek pelaburan jenis penambahan. Projek ini diklasifikasikan

kepada projek pelaburan penambahan kerana projek yang dibangun dan dibina adalah

memberi tambahan kepada projek yang sedia ada untuk meningkatkan kapasiti serta

keupayaan sesuatu projek untuk kegunaan masyarakat. Projek pelaburan awam dilaksanakan

untuk mencapai matlamat-matlamat pembangunan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Misalnya Rancangan Malaysia Pertama (RMP) adalah bertujuan untuk:

 mencapai kadar pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi

 mengurangkan pengangguran

 menyamaratakan agihan pendapatan dan kekayaan

Matlamat-matlamat ini telah ditetapkan namum ia berubah mengikut rancangan Malaysia

yang akan ditetapkan. Projek Pelaburan Awam terbahagi kepada 2, iaitu

 Pelaburan Awam Langsung

 Pelaburan Awam Tak Langsung

236108,236147
GMGF 3013
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM
Pelaburan Awam Langsung

Pelaburan langsung ialah sebarang bentuk aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh kerajaan

secara langsung untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan awam. Projek pelaburan ini

adalah untuk memberi kemudan untuk semua rakyat. Selain itu projek ini dijalankan bagi

memenuhi keperluan hidup rakyat di Malaysia. Antara Contoh projek pelaburan langsung

adalah hospital kerajaan dan klinik 1 Malaysia.

Pelaburan Awam Tak Langsung

Pelaburan tak langsung melibatkan aktiviti pelaburan kerajaan secara tak langsung samada

melalui pelaburan ekuiti atau fizikal. Penyertaan kerajaan dalam aktiviti-aktiviti pelaburan

adalah melalui syarikat-syarikat di mana kerajaan mempunyai kepentingan tertentu. Antara

contoh projek pelaburan awam tak langsung ialah Khazanah Nasional, Petrolium Nasional

(PETRONAS) dan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Tren Pelaburan Awam

236108,236147
GMGF 3013
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM
6.0 PERKHIDMATAN LEBUHRAYA MEX

1. KESELAMATAN PENGGUNA

Dari awal lagi, Maju Expressway Sdn Bhd (MESB) berhasrat agar MEX perlu

mendapat tahap keselamatan dan keselesaan tertinggi bagi pengguna Lebuhraya. MESB telah

memasang pelbagai ciri keselamatan di Lebuhraya termasuk Sistem Kawalan Lalu Lintas dan

Pengawasan Lalu Lintas (TCSS) yang terdiri daripada kamera pengesan kenderaan dan

kamera litar tertutup (CCTV). Pusat TCSS mempunyai pautan langsung kepada Pihak

Berkuasa Kecemasan setempat untuk memudahkan bantuan segera sekiranya berlaku

kecemasan. Ia juga boleh membekalkan media dengan status lalu lintas semasa di MEX

untuk penyebaran segera kepada orang ramai.

MEX Ronda adalah sebuah peronda lebuh raya yang sentiasa bersedia membantu

pemandu yang memerlukan bantuan di Lebuhraya seperti semasa kerosakan kenderaan. Ciri

keselamatan lain adalah telefon kecemasan dan Tanda Mesej Variable di sepanjang MEX.

MEX juga menyediakan perkhidmatan patroli keselamatan berdedikasi selama 24 jam.

Dikawal selia oleh anggota keselamatan profesional yang terlatih, perkhidmatan peronda

keselamatan ini disediakan bersama MEX dan di Kawasan Rehat dan Perkhidmatan.

Terutamanya, keseluruhan Lebuhraya diterangi sepenuhnya pada waktu malam yang

menyumbang kepada keselesaan dan keselamatan (Laman Web Mex Expressway).

236108,236147
GMGF 3013
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM
2. KESELESAAN PENGGUNA

Dua Kawasan Rehat dan kawasan khidmat yang terdapat hotspot WiFi telah direka secara

giat untuk menawarkan pengguna peluang yang tidak dapat dilepaskan untuk keselesaan

perjalanan mereka. Bangunan-bangunan di Kawasan Rehat dan kawasan khidmat

mempamerkan seni bina vernakular dan kemudahan yang beroperasi termasuk kedai-kedai

makanan dan minuman, gerai kemudahan, kemudahan dan surau. Kemudahan tambahan,

yang dijangka untuk pembangunan di setiap Kawasan Rehat dan kawasan khidmat, adalah

Mesin Teller Automatik (ATM), Pusat Maklumat, stesen minyak, taman permainan kanak-

kanak dan wakaf (gazebo) dalam seni bina tradisional. Untuk mewujudkan suasana kampung

yang mesra dan mesra di Malaysia, Kawasan Rehat dan Perkhidmatan bersifat landskap.

7.0 KESAN KEPADA KAWASAN SETEMPAT

1. Peluang Pelaburan Meningkat

Pembinaan Lebuhraya Mex memberi impak yang besar kepada penduduk setempat.

Kewujudan Lebuhraya Mex dapat meningkatkan sosioekonomi penduduk kerana peluang

pelaburan semakin meningkat. Ini dapat menghasilkan ekonomi setempat dan negara

berkembang maju. Buktinya, jumlah pelaburan tempatan sektor perkilangan pada tahun

236108,236147
GMGF 3013
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM
2004 sehinggan 2008 sebanyak RM 1.00 billion manakala semakin meningkat sebanyak

RM4.4 billion. Ini menunjukkan bahawa kadar pelaburan yang tinggi di kawasan Cyberjaya,

Pandan, Bukit Jalil dan tempat-tempat lain yang berhampiran ( Laporan Tahunan LLM,2015)

~ Rujuk Jadual 2

Jadual 2 : Jumlah Pelaburan di Sekitar Lebuhraya Kuala Lumpur -Putrajaya(MEX)

2. Peluang Pekerjaan Meningkat

Apabila pelaburan meningkat maka tenaga kerja manusia amat diperlukan seiring dengan

perkembangan ekonomi setempat. Ini membolehkan taraf hidup penduduk setempat

semakin baik. Buktinya, peluang pekerjaan di kilang-kilang perusahaan setempat

menggunakan sebanyak 5,512 potensi guna tenaga pada tahun 2004 sehingga 2008, dan

meningkat sebanyak 11,102 potensi guna tenaga pada tahun 2009 sehingga 2013 setelah

pembinaan Lebuhraya Mex. Peluang pekerjaan yang banyak dapat memberikan faedah

terutamanya kepada penduduk setempat ( Laporan Tahunan LLM,2015) ~ Rujuk Jadual 3

236108,236147
GMGF 3013
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

Jadual 3 : Jumlah Potensi Guna Tenaga di Lebuhraya Kuala Lumpur –Putrajaya

(MEX)

3. Nilai Hartanah Meningkat

Pembinaan Lebuhraya Mex dapat meningkatkan aktiviti ekonomi dan menyebabkan nilai

hartanah di kawasan berhampiran Lebuhraya Mex semakin meningkat. Ini dibuktikan

bahawa purata harga seunit rumah di Cyberjaya meningkat kepada RM 850,000.00 pada

tahun 2012 berbanding RM 360,000.00 pada tahun 2004 sehingga 2008. Contohnya,

harga seunit pejabat di Bukit Jalil meningkat dari RM 490,000.00 pada tahun 2004

sehingga 2008 kepada RM 920,000.00 pada tahun 2012. Ini menunjukkan nilai hartanah

telah meningkat dari tahun ke tahun di kawasan sekitar Lebuhraya MEX kerana tumpuan

aktiviti ekonomi ( Laporan Tahunan LLM,2015) ~ Rujuk Jadual 4.

236108,236147
GMGF 3013
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

Jadual 4: Anggaran Peningktan Harga Tanah Di Sekitar Leburaya Kuala Lumpur –

Putrajaya (MEX)

GAMBAR-GAMBAR SEMASA PEMBINAAN


236108,236147
GMGF 3013
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

236108,236147
GMGF 3013
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

236108,236147
GMGF 3013
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

BAHAGIAN 4:

KESIMPULAN

236108,236147
GMGF 3013
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM
8.0 KESIMPULAN

Berdasarkan kepada analisis dan pemerhatian didapati bahawa secara keseluruhan

pembinaan Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX) ini telah memberikan faedah dan

manfaat kepada pengguna melalui jaringan sistem lebuhraya. Pembinaan lebuhraya ini telah

menyediakan suatu bentuk kemudahan kepada pengguna jalanraya dari Bandar Kuala

Lumpur sehingga Putrajaya dan mampu menangani masalah kesesakan lalulintas terutama

pada waktu puncak dan memudahkan perjalanan trafik yang lancar. Dengan wujudnya

pembinaan lebuhraya ini, ianya telah membantu meningkatkan produktiviti dari sudut

ekonomi serta mampu menjana pendapatan yang lebih baik dan lumayan kepada sektor

perusahaan kecil, sederhana dan besar. Malahan, peluang pekerjaan juga dapat diwujudkan

untuk mencapai faedah kepada penduduk setempat semasa pembinaan lebuh raya

berlangsung dan selepas ianya beroperasi.

Kesimpulannya, pelaburan awam merupakan elemen terpenting bagi sesebuah Negara untuk

meningkatkan pertumbuhan ekonomi serta pembangunan sosial. Hal ini kerana, matlamat

pelaburan awam bersifat menyeluruh demi mencapai kemakmuran sesebuah negara malahan

pertumbuhan ekonomi yang baik secara langsung dapat meningkatkan kualiti kehidupan

masyarakat. Kebajikan masyarakat awam yang dilaksanakan adalah untuk memperoleh hasil

dan sesuatu faedah yang diharapkan selama beberapa tahun pada masa hadapan. Misalnya,

melalui pelaburan awam dalam rangkaian lebuh raya MEX ini membolehkan masyarakat

menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang sempurna disamping mampu menjana

pertumbuhan ekonomi sesebuah kawasan.

236108,236147
GMGF 3013
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

BAHAGIAN 5:

RUJUKAN &

LAMPIRAN

236108,236147
GMGF 3013
PENGURUSAN DAN ANALISIS PELABURAN AWAM

9.0 RUJUKAN

Buku

1. Heinrich HW, Petersen D (1980) Industrial Accident Prevention: A Safety

Management Approach. McGraw-Hill, New York.


2. Kamus Dewan edisi keempat (2007).
3. Laporan Tahunan & Penyata Kewangan Lembaga Lebuhraya Malaysia Bagi

Tahun 2015,Laporan Prestasi , M/S 41-46

Laman Web

1. Laman Web Mex Express http://www.mex.com.my/about-mex/


2. Laman Web Miros https://www.miros.gov.my/- Malaysian Institute of Road Safety

Research (MIROS)- Unit Rekonstruksi Kemalangan (Crash Reconstruction Unit).


3. Saiful Bakhri Mohd Annuar. saiful@mex.com.my. Jabatan Komunikasi Korporat
MAJU EXPRESSWAY SDN BHD

4. WHO (2009) Global Status Report on Road Safety. 20 Avenue Appia, Geneva 27.
[Cited 16 November 2014]. Available from:
www.who.int/violence_injuiry_prevention

5. Wikipedia https://ms.wikipedia.org/wiki/Lebuhraya_Maju - 04/09/2018

10.0 LAMPIRAN

- Rujuk di sebelah

236108,236147

Anda mungkin juga menyukai