Anda di halaman 1dari 3

BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN (L) 2016

KISAH ASHABUL FIL


Assalamualaikum w.b.t. yang dihormati pengacara majlis, barisan hakim yang arif
lagi bijaksana seterusnya hadirin yang dirahmati Allah .
Mari dengarkan ... kisah teladan
Ashabul Fil buat pedoman
Ya rakan-rakan,
Ashabul Fil ertinya Tentera Bergajah.
Terdapat sebuah negeri di utara Yaman sering menjadi tumpuan ramai. Negeri itu
adalah Mekah. Gabenor Yaman pula bernama Abrahah . Kaabah dibina di kota
Mekah menjadi sebutan dan dimuliakan. Abrahah sangat cemburu pada Kaabah.
Timbul rasa cemburu dijiwa
Di alihkan pula perhatian ramai
Lantas Abrahah membina gereja
Tempatnya di Sana sana.
Gereja pertama Al-Qalis namanya. Namun usahanya sia-sia belaka. Orang ramai
tetap mengunjungi Kaabah.
Firman Allah Taala:


Mafhumnya : "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan
bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau
menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)".
(Al-Baqarah, ayat 120)
Kawan-kawan, hati mesti tulus. Cemburu perlu dihapus. Kejayaan atlet
Paralimpik menghadiahkan 3 pingat emas kepada negara wajar dicontohi
.bukan dicemburui
Kawan-kawan,
Abrahah juga telah menulis surat kepada Raja An-Najasyi bagi menyatakan
kehebatan gerejanya. Bagaikan memprotes, seorang lelaki telah membuang najis di
dalam gereja tersebut.
Abrahah bertambah marah kerana gerejanya dikotori dengan najis.
1

BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN (L) 2016

Abrahah memanggil bala tentera


ke Kota Mekah siap sedia
meruntuh Kaa'bah niat utama
menunggang gajah menuju ke sana.
Firman Allah Taala:


Mafhumnya : Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara
yang lebih baik "
(Surah Fussilat, ayat 34)
Kawan-kawan,
Balasla keburukan dengan kebaikan. Fenomena Islamic State (IS)
memberi tanggapan negative kepada Islam.
Tentera Abrahah tanpa berlengah
Merampas harta penduduk Mekah
Lantas mereka menuju ke Kaabah
Abdul Mutalib mulai resah
Dayung perahu hingga muara
Berhenti perahu ditepi titi
Usah majuusah mara
Beliau merayu sepenuh hati

Syair

Pantun

Abdul Muttalib berkata :


Wahai Abrahah, Tolonglah batalkan hajatmu. Kaabah adalah milik Allah. Ia adalah
tempat yang aman. Percayalah, kami berjanji untuk menyerahkan 1/3 harta
penduduk Mekah kepadamu.. Keputusan Abrahah tetap tidak berganjak.
Berulangkali Abrahah sudah diingatkan.
Firman Allah Taala:


Mafhumnya : Dan (ingatlah) ketika kami jadikan rumah itu (Baitullah)
tempat berkumpul dan tempat yang aman) - Surah Al-Baqarah ayat 125

Rakan-rakan,
Islam menuntut kita menjaga kesucian tempat-tempat ibadah. Trend
bernikah di masjid terus menjadi pilihan .Namunnn. Jagalah adabnya.

Abrahah dan Ashabul Fil melangkah takbur


2

BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN (L) 2016

Namunsiapa yang takbur pasti lebur


Kerana angkuh.. Abrahah dan tenteranya ,
dilempar batu-batu kecil , keras dan panas
Oleh burung-burung Ababil
Kerana angkuh tubuh hancur bersepai
Bagaikan daun-daun dimakan ulat
Kerana.. Tiada yang lebih hebat
Selain kuasa yang Esa.

sajak

Firman Allah Taala:


Maksudnya : (Dan Allah mengutus burung-burung Ababil kepada mereka)
surah Al-Fiil ayat 3

Ya rakan-rakan,
Ikut hati.. mati, ikut rasa binasa. Pengharaman Pokemon Go yang
melalai dan memudaratkan diri sendiri perlu dipatuhi.

Abrahah turut cedera parah. Namun, dia sempat kembali ke Yaman .Akhirnya dia
juga mati seperti bala tenteranya . Selepas peristiwa itu , maka lahirlah Nabi
Muhammad pembawa cahaya kebenaran.
Kaabah tetap dilindungi Allah
Biar pun gagah tentera bergajah
Sehebat mana kedudukan kita
Semua kembali pada Yang Esa.

Sekian. Wabillahittaufik walhidayah Wassalamualaikum WBH

Anda mungkin juga menyukai