Anda di halaman 1dari 3

KETAQWAAN MARYAM

Pendahuluan
Lagu:
Assalamualaikum pembuka bicara,
Terima kasih pengerusi majlis,
Barisan hakim yang arif bijaksana,
Ketaqwaan Maryam tajuk bicaranya
Dengarkan cerita saya buat renungan kita semua..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Isi 1
Huraian

Ayat AQ

Huraian

Pengajaran
Isu semasa

Isi 2

Hadirin sekalian,
Maryam adalah ibu kepada Nabi Isa a.s dan dia merupakan anak saudara
kepada Nabi Zakaria. Pada suatu hari, ketika Maryam sedang beribadat
kepada Allah, datanglah malaikat Jibril menjelma sebagai pemuda yang
sangat tampan.
Kawan-kawan nak tahu, apa yang disampaikan oleh jibril?
Firman Allah dalam surah Maryam ayat ke-19:

Maksudnya: Sesungguhnya Aku hanyalah utusan Tuhanmu, untuk


menyampaikan anugerah seorang anak lelaki yang suci.
Maryam terkejut seraya bertanya Bagaimana mungkin aku mendapatkan
anak, sedangkan aku belum berkahwin?
Jibril pun menjawab: Apabila Allah menghendaki sesuatu itu terjadi,
maka jadilah ia. Malaikat Jibril pun berlalu meninggalkan Maryam yang
kebingungan.
Ingatlah kawan-kawan, Allah itu bersifat maha berkuasa.
Lihat sahajalah kejadian gempa bumi yang melanda Ranau pada tahun
lalu. Allahuakhbar..Tak terduga siapapun.

Hadirin yang dihormati,


1

Huraian

Ayat AQ

Huraian
(Lagu anak
nabi kita)
Pengajaran
Isu semasa

Isi 3
Huraian

Ayat AQ

Huraian

Pengajaran
Isu semasa

Isi 4
Huraian

Maryam melarikan diri dari Baitulmaqdis ke Annashirah bagi


mengelakkan diri daripada terjumpa dengan orang ramai. Masyarakat
mesti mencemuhnya melakukan zina kerana dia belum berkahwin.
Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah Maryam ayat 22
Maka Maryam mengandung, lalu ia mengasingkan diri dengan
kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh.
Di padang pasir yang kering kontang,
Maryam menahan sakit, seorang diri,
Di teduhan kurma menjadi saksi,
Lahirnya Isa junjungan mulia.
Kawan-kawan, marilah kita menghargai pengorbanan ibu yang bersusah
payah melahirkan kita. Sakitnya hanya tuhan yang tahu.
Namun, apa yang menyedihkan sekarang, statistik pengabaian anak-anak
terhadap ibubapa semakin meningkat saban hari. Masyaallah.
Hadirin dan hadirat,
Tibalah masa..Maryam disuruh pulang ke kampong halamannya.
Kepada Allah Maryam berdoa,
Lagu di
Ditabahkan hati menghadapi kaumnya,
pondok kecil
Agar dirinya dan anaknya dipelihara,
Pulanglah Maryam mengendong bayinya.
Seperti yang diduga, masyarakat terkejut apabila melihat Maryam
mempunyai anak. Semua orang mengerumuni Maryam dan anaknya. Lalu
mereka pun berkata:
Wahai Maryam! Sesungguhnya Engkau telah melakukan suatu perkara
yang sangat mungkar. Surah Maryam ayat 27.
Seperti yang disampaikan oleh Jibril, Maryam hanya menunjukkan isyarat
bahawa beliau sedang bernazar puasa dan tidak akan bercakap dengan
sesiapa pun.
Tahukah kawan-kawan, memfitnah seseorang tanpa usul periksa akan
mengundang kemurkaan Allah.
Pada era globalisasi kini, kita boleh melihat banyak berlaku
penyalahgunaan dan penyebaran fitnah di Facebook, Youtube, Instagram
dan Blog yang mana boleh memecahbelahkan ummah. Jadi elakkanlah diri
kita dari terjebak dengan perkara tersebut.

Hadirin sekalian,
Ketika Maryam dicemuh, dia hanya mendiamkan diri. Dengan kuasa Allah
Nabi Isa yang masih bayi itu tiba-tiba berkata seperti dalam surah Maryam
2

ayat 30:
Ayat AQ

Huraian

Pengajaran
Isu semasa

Maksudnya: Sesungguhnya Aku ini hamba Allah. Dia telah memberi


kepadaku kitan Injil dan menjadikan aku seorang Nabi.
Nabi Isa berkata lagi, Aku diperintahkan mendirikan solat dan
menunaikan zakat selagi aku masih hidup. Aku akan berbakti kepada
ibuku dan tidaklah aku dijadikan sebagai orang yang sombong.
Kawan-kawan mendirikan solat, menunaikan zakat serta berbakti kepada
ibubapa merupakan satu kewajipan bagi seorang muslim.
AlhamdulillahProgram Kem Bestari Solat yang dilaksanakan di sekolah
juga turut memberikan pendedahan tentang kewajipan mendirikan solat.

Penutup
Kata-kata yang dilontarkan oleh Nabi Isa telah membersihkan fitnah terhadap ibunya.
Maryam adalah perempuan yang suci, mereka yang memfitnah kembali menghormati
Maryam dan anaknya. Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita semua.
Kisah istimewa telah dipaparkan, jadikan ia sebagai pedoman. Terima kasih hadirin sekalian,
mengundur diri, ampun kesalahan.
Sebelum kaki melangkah pergi, sebelum kata menutup bicara. Izinkan saya menyampaikan
serangkap pantun.
Kalau ada sumur di lading,
Bolehlah saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Inshaallah kita jumpa lagi.
Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai