Anda di halaman 1dari 5

(Pantun)

Melati kuntum tumbuh melata,

Sayang merbah di pohon cemara,

Assalamualaikum mulanya kata,

Saya sembah pembuka bicara.

Kawan-kawan harini Harraz nak bercerita tentang kisah Ketaqwaan Maryam.

Kawan-kawan kenal tak siapa Maryam?

Maryam Binti Imran ialah satu-satunya wanita yang disebut namanya dalam Al-

Quran, malah Allah mengabdikan namanya sebagai nama surah.

Ibu Maryam yang bernama Hannah dikatakan tidak mempunyai anak setelah lama

berkahwin. Namun dengan izin Allah S.W.T, Hannah hamil dan dia bernazar akan

menyerahkan anaknya apabila dilahirkan untuk berkhidmat di Baitulmaqdis.

Seperti firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 35,

Ertinya : “Ingatlah ketika isteri Imran berkata “Ya tuhanku, sesungguhnya

aku bernazar kandunganku kelak menjadi hamba yang mengabdi diri kepada

Mu, maka terimalah nazarku”


Ingatlah kawan-kawan,

Allah bersifat Qudrah

Allah berkuasa menghidupkan

Allah berkuasa mematikan

Allah berkuasa atas setiap yang berlaku atas muka bumi ini.

Mutakhir ini, kita dapat lihat bukti kekuasaan Allah dengan tersebarnya

koronavirus yang dilihat menjadi ancaman penduduk seluruh dunia. Musibah

yang Allah turunkan menerusi penyakit atau wabak yang bahaya tidak ada

sesiapa yang mampu untuk menghapuskannya melainkan dengan izin Allah

S.W.T.

Kehidupan Maryam sukar sejak dari kecil sehingga dewasa. Demi menunaikan

nazar ibu bapanya, Maryam telah berkhidmat di Baitulmaqdis dalam kalangan

kaum lelaki.

Kehidupan jauh dari keluarga,

Kerana nazar sanggup menghadapnya,

Cemuhan kecaman diterima,

Tetap berpegang teguh pada –Nya.

Meskipun begitu, semua ujian ini ditanganinya dengan keyakinan sepenuhnya

kepada Allah.
Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an surat Ali ‘Imran ayat 43:

Ertinya: “Hai Maryam, taatlah kepada Tuhanmu, sujud dan ruku'lah bersama
orang-orang yang ruku’.q

Kawan-kawan, hebatkan peribadi Maryam?

MasyaAllah,

Ya Allah, jadikanlah peribadiku sebaik-baik peribadinya. Amin

Kawan-kawan,

Allah mengangkat martabat seorang wanita. Wanita diberi peranan yang

besar dan penting dalam pentadbiran negara pada hari ini.

Kawan-kawan,

Pohon senduduk baru ditanam,

Jatuh ditimpa sebatang dahan,

Terpilih wanita sekalian alam,

Siti Maryam menjadi pilihan.

Maryam seorang yang sangat menjaga kesucian dirinya.

Pernah suatu ketika Jibril datang kepada Maryam dalam keadaan lelaki yang

sempurna. Maryam terus memohon perlindungan kepada Allah dan meminta laki-

laki tersebut menjauh.


Hingga akhirnya Jibril mengatakan, seperti dalam surah Maryam ayat 19

bahawa

“Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang utusan Tuhanmu, untuk memberimu

seorang anak laki-laki yang suci”.

Setelah mengandung, Maryam membawa diri jauh.

Jibrail menjalankan tugas dengan perintah Allah sehingga Maryam selamat

melahirkan seorang anak yang bernama Isa.

Kawan-kawan,

Kes pembuangan bayi semakin meningkat saban tahun. Purata bayi yang

dibuang adalah sebanyak 3 kes dalam seminggu.

Kenapa ini terjadi kawan-kawan? MasyaAllah.

Anak atau zuriat adalah amanah yang telah diberikan Allah. Anak perlu dijaga,

disuburkan dengan iman dan taqwa agar sebuah institusi kekeluargaan menjadi

kukuh dan utuh.

Kawan-kawan,

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.

(Hadis Riwayat Muslim)


Marilah sama-sama kita contohi sikap ketaqwaan Maryam dan peribadinya yang

Allah janjikan syurga.

Sekian wabillahitaufikwalhidayah, wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai