Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh

Yang dihormati puan pengerusi majlis, barisan kepimpinan hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati sekelian. Maryam
Binti Imran begitulah tajuk cerita yang akan saya perdengarkan…

Maryam yang disebut-sebut dalam kisah Zakaria adalah anak tunggal dari Imran
seorang daripada pemuka ulama Bani Isra’il. Ibunya saudara ipar dari Nabi
Zakaria seorang wanita mandul yang sejak bersuamikan Imran belum merasa
bahagia kerana belum memperoleh cahayamata.. hidup tanpa cahayamata
adalah sunyi dan membosankan. Mereka mendambakan keturunan untuk
menjadi pengikat yang kuat dalam kehidupan bersuami-isteri, penyeri dan
penglipur lara dalam kehidupan berkeluarga. Akibat kerana terlalu
menginginkan keturunan, beliau akan merasa iri hati apabila melihat seorang
ibu menggandungkan bayinya atau seekor burung yang sedang memberi makan
anaknya.

Warga dewan sekelian…

Apa yang diidamkan tidak menjadi kenyataan. Berbagai cara dicubanya dan
berbagai nasihat dan petunjuk orang diterapkan namun tidak mendatangkan
hasil seperrti yang diinginkan. Segala usaha yang bersumberkan dari
kepandaian dan kekuasaan manusia tidak juga membawa buah yang diharapkan,
oleh itu, sedarlah si isteri Imran bahawa hanya Allah tempat memenuhi
keinginan dan sanggup mengurniakannya seorang anak yang didambakan
walaupun rambutnya sudah beruban dan umurnya sudah dimamah usia.

Maka dengan itu, bersujudlah beliau siang dan malam, kepada allah dia
bernazar, ke baitul maqdis anak di serahkan, di rumah suci menjadi pelayan,
kepentingan diri tidak diutamakan. semoga Allah tidak sia-siakan.

Nazarnya jua tidak sesekali akan mengambil manfaat dari anaknya untuk
kepentingan keluarga dan diri sendiri.

Harapan isteri Imran yang dibulatkan kepada Allah tidak sia-sia. Allah
menerima permohonan dan doanya, sesuai dengan apa yang telah ditakdirkan.
Bahawa dari suami isteri Imran akan diturunkan seorang nabi besar. Maka
tanda-tanda permulaan kehamilan yang dirasakan oleh setiap wanita yang
mengandung tampak pada isteri Imran yang lama kelamaan merasa gerakan
janin di dalam kandungannya..Bahagia si isteri lantaran idamannya menjadi
kenyataan. Suasana suram yang selalu meliputi rumah tangga Imran menjadi
riang, wajah sepasang suami isteri menjadi berseri-seri tanda bahagia.

1
Ini menunjukkan bahawa kuasa tuhan adalah mengatasi segala-galanya, tiada
siapa dapat menghalang. Dan kita sebagai insan biasa mohonlah pertolongan
kepada Allah kerana Allah akakn mengabulkan permintaan hamba-hambanya
yang meminta.

Warga dewan

Akan tetapi sangat benarlah kata mutiara “Manusia merancang, Tuhan


menentukan.” Imran yang sangat dicintai telah menyahut seruan ilahi tanpa
sempat melihat kelahiran cahayamata yang di dambakan dan meninggalkan
isterinya dalam keadaan kehamilan.

Dalam kesedihan bayi yang dinantikan selamat dilahirkan beliau skali lagi
ditimpa kekecewaan. Ini kerana bayi yang di lahirkan adalah seorang puteri
sedangkan nazarnya seorang putera untuk dihibahkan kepada Baitulmaqdis.
Dengan nada sedih dan kecewa berucaplah ia seraya menghadapkan wajahnya
ke atas: “Wahai Tuhanku, aku telah melahirkan seorang puteri, sedangkan aku
bernazar akan menyerahkan seorang putera yang lebih layak menjadi pelayan
dan pengurus Baitulmaqdis. Allah akan mendidik puterinya itu dengan
pendidikan yang baik dan akan menjadikan Zakaria, iparnya dan bapa saudara
Maryam sebagai pengawas dan pemeliharanya.”

Tatkala Maryam diserahkan oleh ibunya kepada pengurus Baitulmaqdis, para


rahib berebutan masing-masing sebagai wali bertanggungjawab atas
pengawasan dan pemeliharaan Maryam. Dan kerana tidak ada yang mahu
mengalah, maka terpaksalah diundi diantara mereka yang akhirnya undian telah
jatuh kepada Zakaria sebagaimana dijanjikan oleh Allah taala.

Warga dewan sekalian ketahuilah bahawa janji manusia terbatas berbanding


dengan janji Allah.

Sebagai menjalankan kewajipan, Zakaria menjaga keselamatan Maryam


dengan menjauhkannya dari keramaian sekeliling dan para pengunjung yang
tiada henti-hentinya datang ingin melihatnya. Di kamar diatas loteng
Baitulmaqdis yang tinggi yang tidak dapat dicapai melainkan dengan
menggunakan sebuah tangga maryam di tempatkan. Zakaria berasa beruntung
dan bangga kerana undian menjaga anak saudaranya berpihak kepadanya.

Dicurahkan kasih sayang sepenuhnya kepada Maryam kerana beliau juga


mendambakan seorang anak seperti yang dicitakan imran. Setiap ada
kesempatan, Zakaria datang melihat keadaan, mengurus keperluan dan
menyediakan segala sesuatu yang membawa ketenangan dan kegembiraan..
Tiada satu hari pun Zakaria pernah meninggalkan tugasnya menjenguk Maryam

2
Begitulah hendaknya apabila dipertanggungjawabkan ke atas sesuatu maka kita
hendaklah memikul tanggung jawab itu dengan amanah dan penuh keikhlasan .
Sepertimana warga dewan maklum pada hari ini ramai remaja yang tidak
berakhlak yang sesuka hati mereka berlaku zalim terhadap bayi yang
dikandungkan 9 bulan lamanya. Dengan adanya kesempatan ini, saya ingin
menyeru bahawa tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah hendaklah
dipikul dengan sepnuh hati yang ikhlas seperti yang telah dilaksanakan oleh
nabi Zakaria.

Warga dewan yang dihormati sekalian,

Kasih sayang Zakaria terhadap Maryam sebagai anak saudara isterinya yang
ditinggalkan ayahnya meningkat menjadi rasa hormat dan takzim tatkala terjadi
peristiwa yang menandakan bahawa Maryam bukanlah gadis biasa tetapi ia
adalah wanita pilihan Allah untuk suatu kedudukan di kemudian hari.

Saat Zakaria datang mengunjungi Maryam yang berada di mihrabnya tekun


beribadah berzikir dan bersujud kepada Allah, terperanjat dan terpaku matanya
melihat hidangan makanan berupa buah-buahan musim panas terletak di depan
Maryam . Lalu bertanya dalam hatinya, dari manakah buah-buahan itu datang,
padahal mereka masih lagi berada pada musim dingin dan setahu Zakaria tiada
seorang pun selain dari dirinya yang datang mengunjungi Maryam.

Maka ditegurlah Maryam takkala selesai ia bersujud.

“Wahai Maryam, dari manakah engkau memperolehi rezeki ini, padahal tidak
seorang pun mengunjungimu dan tidak pula engkau pernah meninggalkan
mihrabmu? Selain itu buah-buahan ini adalah buah-buahan musim panas yang
tidak dapat dibeli di pasar dalam musim dingin ini.”

Maryam menjawab: “Inilah pemberian Allah kepadaku tanpa aku berusaha


atau minta. Dan mengapa engkau merasa hairan dan takjub? Bukankah Allah
Yang Maha Berkuasa memberikan rezekinya kepada sesiapa yang Dia
kehendaki dalam bilangan yang tidak ternilai besarnya?”

Demikianlah Allah telah memberikan tanda pertamanya sebagai mukjizat bagi


Maryam, gadis suci, yang dipersiapkan oleh-Nya untuk melahirkan seorang
nabi besar yang bernama Isa AlahisSalam..

3
Dengan itu, sampai disini sahajalah kisah asal usul gadis suci yang bernama
Maryam binti Imran dapat disampaikan oleh saya. Diharap warga dewan
sekalian dapat mengambil iktibar daripada kisah kesungguhan ibu kepada
Maryam yang inginkan seorang anak yang berdoa dan meminta kepada Allah
sehingga dikurniakan seorang gadis suci daripada –Nya. Sidang dewan yang
dikasihi, saya juga ingin menyeru bahawa pikullah tanggungjawab yang telah
diamanahkan kepada kita sebaik-baiknya. Sesungguhnya Allah akan membalas
hamba-hambanya yang berlaku ikhlas terhadap setiap yang dilakukannya
dengan pahala yang cukup besar.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai