Anda di halaman 1dari 4

Maryam di bawah jagaan Nabi Zakaria

Kawan-kawan,

Nabi Zakaria alaihissalam menjaga Maryam dengan penuh amanah. Maryam diasuh
seperti anaknya sendiri. Dididik tanpa jemu.

  


Maksudnya : dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik
(surah Ali Imran : ayat 37)

Ingatlah semua hadirin sekalian.... anak adalah amanah daripada Allah yang perlu
dipelihara bukan diseksa. Sedihnya kita mendengar kematian adik Syafia Humairah yang
menjadi mangsa dera tanpa perikemanusiaan oleh teman lelaki ibunya .... Astaghfirullah....

Kawan-kawan pendengar budiman,

Dalam menjaga Maryam, Nabi Zakaria telah menyediakan bilik khusus tempat beribadat
untuk Maryam di atas loteng.

(Pantun) Siang dan malam beribadah tak mengah,

Di dalam bilik duduk bersendirian,

Nabi Zakaria datang menjengah,

Peliknya di sana banyak makanan.

Nabi Zakaria terkejut!!!!! Lalu Maryam ditanya.....

          
Zakariya berkata: "Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?" Maryam menjawab:
"Makanan itu dari sisi Allah". (Surah Ali Imran ayat 37)

Tahulah Nabi Zakaria, bahawa Allah telah memuliakan Maryam. Sifat mulia, budi pekerti yang
baik, ketaatan dan kesucian Maryam telah menjadi idola kaum Bani Israel. Demikianlah.... kalau kita
buat baik, pasti akan dibalas baik.
Kedatangan malaikat menemui Maryam

(sajak) Datanglah Jibril berjumpa Maryam

Membawa berita..
Perintah yang Esa....

yang menggoncaaaang dadanya....

Menumbuh resah..... di jiwa...

Bersuara Jibril, dia utusan Tuhan...

Yang datang

Mahu memberi Maryam seorang putera....

Terkejut. Risau. Hairan. Maryam gusaaarrrr.... Dirinya tidak pernah disentuh lelaki. Jauh
sekali seorang penzina! Bagaimana pula mungkin hamil?

Tetapi Allah yang Maha Berkuasa mampu menjadikan apa sahaja. Hal sebegini....sangat
mudah bagi Allah. Allah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 47:

         


     
Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. apabila Allah berkehendak menetapkan
sesuatu, Maka Allah Hanya cukup Berkata kepadanya: "Jadilah", lalu jadilah Dia.

Maka hamillah Maryam.

Apabila mengetahui dirinya hamil, beliau pergi ke tengah padang pasir mengasingkan diri.
Kelahiran bayi dinanti tanpa berteman. Hanya bersama Allah Yang Maha Penyayang. Namun,
Maryam menyulam hari-hari yang penuh ujian dengan tabah.

Lain pula remaja hari ini. Apabila hamil bahana zina...bayi digugurkan. Sudah lahir, bayi tak
berdosa dibuangnya. Kukuhkan lah iman di dada kita, kawan-kawan. Supaya terhindar daripada
kemungkaran.

Kelahiran Nabi Isa Alaihissalam

Kawan- kawan...

Tibalah saat kelahiran.... Di bawah sebatang pohon kurma yang kering, dalam kesakitan yang
sangat dahsyat dan bersendirian, Maryam melahirkan... seorang bayi lelaki yang comel. Ia
itulah.... Nabi Isa alaihissalam.
Selepas bayi itu lahir, Allah telah menghiburkan hati Maryam dengan sebatang anak
sungai yang mengalir di bawahnya dan buah kurma dari pokok yang digoncangnya. Maka makan
dan minumlah Maryam untuk mengembalikan tenaganya.

Kawan-kawan yang setia,

Mengikut pendapat ulama, Maryam membawa Nabi Isa pulang ke kampungnya selepas
40 hari. Semua ahli keluarga terkejut dan marah kepadanya. Ada yang memfitnahnya berzina.

(nasyid..alangkah indahnya hidup ini)

Alangkah sedihnya hidup ini,

Diriku difitnah berlaku keji,

Andai takdir Allah begini,

Kuredha dengan iman di hati

Kawan-kawan, ketahuilah... Dosa fitnah lebih dahsyat daripada membunuh. Allah menegaskan
dalam surah Al Baqarah ayat 217

    


Maksudnya : dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh.

Maryam tetap tenang. Beliau hanya mendiamkan diri dan memberi isyarat yang dirinya
bernazar dan berpuasa. Dia tidak akan bercakap dengan sesiapa pun. Maryam mengisyaratkan
kepada mereka supaya bercakap dengan bayinya. Alangkah marahnya mereka dengan tindakan
Maryam itu. Terasa seperti dipermainkan. Mana boleh bayi berkata-kata!!!

Lalu, bersuaralah si kecil membela ibunya..


“Sesungguhnya Aku Ini hamba Allah, dia memberiku Al Kitab (Injil) dan dia menjadikan Aku seorang
nabi”
“Dan dia menjadikan Aku seorang yang diberkati di mana saja Aku berada, dan dia memerintahkan
kepadaku (mendirikan) shalat dan (menunaikan) zakat selama Aku hidup”
“Dan berbakti kepada ibuku, dan dia tidak menjadikan Aku seorang yang sombong lagi celaka”
Surah Maryam ayat 30 hingga 34

Kawan-kawan,
Nabi Isa yang masih bayi sendiri.... mahu membela ibunya. Ayuhlah... berbakti kepada ibu selagi
masih ada. Sedihnya... melihat sesetengah anak yang tega membiarkan ibunya mengemis di kaki lima.
Dengan comot dan compang-camping. Ish...ish...ish....Ingat....Syurga itu di bawah kaki ibu.

(Pantun)
Sungguh Maryam wanita mulia
Peribadi solehah idaman hati
Bercerita sudah sampaihujungnya
Izinkan saya mengundur diri

Sekian, Wabillahi taufik wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

*****************************************************************

Anda mungkin juga menyukai