Anda di halaman 1dari 4

PENDAHULUAN

Assalamualaikum pembuka bicara

Assalamualaikum w.b.t.

terima kasih kepada pengerusi acara

Terima kasih peneraju acara,


Barisan hakim bijak berkarisma,

barisan hakim yang bijaksana

Seterusnya hadirin yang ceria.


Dengarkan kisahku persembahkan

guru-guru rakan semua mari dengar


cerita

kisah dari al-quran


jadikan renungan. Dengarkan

kisah Kelahiran Junjugan Mulia Nabi


Muhammad S.A.W

kisah Kelahiran Junjugan Mulia Nabi Muhammad S.A.W

Kawan2..
Nabi Muhammad S.A.W berasal daripada keturunan Bani Hasyim, iaitu sebuah kabilah yang paling
mulia dan tinggi darjatnya di kalangan suku Quraisy.
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
Lahirnya putera yang utama.
Berasal dari Bani Zuhrah
Dari keturunan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail A.S.

Ayahnya meninggal dunia ketika Nabi Muhammad berusia 3 bulan dalam kandungan ibunya.
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Imran ayat 185 yang berbunyi :


185. tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.
Pengajaran ayat dapat diambil, setiap yang hidup pasti akan mati dan kembali kepada penciptaNya walau siapa pun kita. Mati
tidak mengenal pangkat dan darjat. Kita telah digemparkan dengan kemangkatan Tengku Abdul Jalil seorang putera raja yang
berjiwa rakyat. Tiadasiapa yang menyangka perginya seorang putera dalam usia yang muda, di sini jelaslah bahawa ajal tidak
mengenal usia, tidak akan cepat maupun lambat walau sesaat.
..
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Siti Aminah merupakan Ibu baginda Rasulullah S.A.W, beliau begitu tabah dalam menempuh dugaan semasa kemangkatan
Abdullah suami tercinta. Suatu hari Siti Aminah bermimpi didatangi seseorang, kemudian berkatalah orang itu kepadanya,
Sesungguhnya engkau mengandung pemimpin umat ini. Jika engkau melahirkannya ucapkan Aku meminta perlindungan
untuknya kepada Allah Yang Maha Esa dari keburukan semua pendengki dan berikanlah nama Muhammad kepadanya.
Semasa kehamilannya , Siti Aminah melihat sebuah cahaya memancar dari perutnya. Dari pancaran itu, Siti Aminah dapat
melihat istana-istana Busra di Syam. Kejadian yang menakjubkan ini membuktikan Muhammmad akan diangkat sebagai
Nabi Allah.
Firman Allah S.W.T dalam surah Luqman ayat 14 yang berbunyi :

14. dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya
telah mengandungnya dalam Keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam
dua tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah
kembalimu.
Di sini kita dapat lihat Allah Maha Berkuasa ke atas sesuatu. Kejadian kejadian aneh yang berlaku
adalah tanda kebesaran Allah. Sepertimana yang kita maklum pada 8 Mac 2014, Malaysia
digemparkan dengan kehilangan pesawat MH370 yang hilang tanpa dikesan sehingga hari ini. Hal
ini telah membingungkan golongan cerdik pandai dan dianggap pelik.Semoga Allah merahmati
mangsa-mangsa MH 370. Amin.

Ya Kawan-kawan,
Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, berlakulah perkara yang tidak diduga, Terpadam api
dibiara Majusi,Runtuhnya istana kisra di Parsi, dan terpancarnya cahaya putih dari langit yang
memerangi Kota Mekah.
Malam Isnin subuh yang indah
Dua belas Rabiulawal yang cerah
Dua puluh april tahun gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah.
Tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W dikenali sebagai tahun gajah kerana pada masa itu sebuah
peristiwa besar telah berlaku di Kota Mekah .
(sajak)
Datanglah Abrahah bersama bala tenterany, Pasukan bergajah yang amat gagah
Datang menyerbu kota mekah, Menghancurkan Kaabah satu matlamat
Ingin membina empayar jajahannya, Kuasa Allah Maha Berkuasa dan Maha Pertolongan
Tentera Abrahah hancur dan musnah, Tatkala burung ababil melemapri tentera gajah dengan batubatan mereka
Manakala Abrahah melarikan diri meninggalkan tenteranya.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Fil ayat 1-5 yang berbunyi :



1. Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentara bergajah.2. Bukankah
Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka'bah) itu sia-sia?3. dan Dia mengirimkan
kapada mereka burung yang berbondong-bondong,4. yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah
yang terbakar,5. lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).

Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Pelindung. Buktinya pada 27 Febuari 2013 ratusan ikan Pari jenis
Mobula terdampar di Pantai Gaza City. Kejadian ini menjadi berkah tersendiri bagi warga Gaza
yang sedang menghadapi konflik dengan negara Israel. Hal ini membuktikan kasih sayang
Allah kepada hambaNya. Semoga Allah memberi kemenangan kepada para mujahid
Palestin. Amin.
.
Hadirin yang dihormati,
Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Hikmat Illahi sama disyukuri
Terima putera yang berbakti
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjugan mulia.

Sebaik sahaja dilahirkan oleh ibunya, baginda lalu dibawa kepada datuknya Abdul Mutalib. Beliau
menyambutnya dengan penuh gembira dan membawanya ke Kaabah untuk memanjatkan doa kesyukuran kerana
telah dikurniakan seorang cucu lelaki.
Orang yang paling gembira menyambut kedatangan Rasulullah s.a.w adalah bapa saudara baginda iaitu Abu
Jahal. Sebaik sahaja baginda lahir Abu Jahal terus berlari disekeliling Kota Mekah untuk memberitahu
perkhabaran gembira itu. Oleh sebab itu, Allah menghentikan seksaan kepada Abu Jahal semasahari kelahiran
nabi kerana menyambut kelahiran nabi dengan begitu gembira sekali.
Sungguhpun Muhammad lahir tidak berbeza dengan bayi-bayi lain., tapi keadaan sekelilingnya amat luar biasa.
Siti Aminah tidak berasa sakit sewaktu melahirkannya. Muhammad lahir dengan sihat dan selamat.
Beberapa hari selepas kelahiran nabi, disusui oleh ibunya selama tiga hari dan diserahkan kepada ibu susuan.
Firman Allah S.W.T dalam surah Ad- Dhuha ayat 6 yang berbunyi :



Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu?

Rasulullah s.a.w bersabda,


Aku dan orang yang menanggung anak yatim, kedudukannya di syurga seperti ini.
Pada Jun 2011, Masjid Negara telah menganjurkan Program Lawatan dan Penyampaian Sumbangan
kepada anak-anak yatim di Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, Banting.
Program seperti ini amat digalakkan bagi mengeratkan silaturrahim dan memupuk budaya
bersedekah di kalangan masyarakat serta melahirkan rasa gembira di kalangan yang
menerima.

Firman Allah S.W.T dalam surah Anbiya ayat 107 yang berbunyi :



107. dan Tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.
Berdasarkan ayat diatas, dapat kita fahami Allah telah menurunkan seorang insan yang mulia. Kelahiran baginda
adalah rahmat. Setiap tahun kita akan mengadakan sambutan Maulidur Rasul untuk mengingati kelahiran
baginda.
Kawan-kawan,
Sebelum saya mengakhiri cerita saya ini, izinkan saya membaca serangkap pantun.
Banyakkan selawat kepada Rasulullah
Datanglah pula ucapan salam,
Dia kekasih yang disayangi Allah
Pembawa rahmat seluruh alam.

Wabillahi taufik walhidayah, as salamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai