Anda di halaman 1dari 10

Kisah Nabi Yunus Ditelan Ikan Nun

KISAH NABI YUNUS DI DALAM PERUT IKAN NUN.

Bismillahhirrahmanirrahim pembuka bicara,


Pohon Rahmat dari yang Esa,
Terima kasih tuan pengacara,
Izinkan hamba mula cerita.

Tuan hakim , hadirin yang ada,


Dengarkanlah cerita hamba,
Kisah Nabi Yunus yang berwibawa,
Ditelan ikan Nun tajuk cerita.

Nabi Yunus ialah anak kepada Matta bin Matan, Rajam bin Malik Itasyan bin Sulaiman bin Daud.
Baginda berketurunan Bani Israil dan dikenali dengan nama Matan bin Amtai. Nabi Yunus adalah
seorang pemuda yang soleh dan beriman kepada Allah. Ketika berumur 30 tahun baginda diutus
menjadi rasul untuk menyeru penduduk negeri bernama Ninawa yang menyembah berhala.Tetapi
mereka tetap engkar dan tidak beriman kepada Allah.

Yunus menyeru pada kaumnya,


Beriman kepada Allah yang Esa,
Kaumnya engkar dan juga alpa,
Baginda tidak berputus asa.

Wahai kaumku... kembalilah kamu kepada Allah yang benar. Sesungguhnya kemewahan itu melalaikan
kamu. Namun mereka tetap menolak lalu berkata Ini adalah tuhan kami dan kami tetap tidak akan
berganjak dari meninggalkan agama kami. Nabi Yunus berdakwah kepada mereka selama 23 tahun.
Hanya dua orang sahaja yang menerima dakwahnya. Sebab kecewa dengan kaumnya, baginda berdoa
kepada Allah agar dakwahnya diterima oleh kaumnya. Allah mewahyukan kepada baginda agar terus
berdakwah selama 40 hari lagi, dan selepas itu Allah akan menurunkan azab kepada mereka. Oleh
kerana tidak tahan dengan kerenah kaumnya ,Nabi Yunus hanya berdakwah selama 33 hari sahaja.

Pilunya hati tidak terkira,


Membawa diri dalam derita,
Kerana ajaran tidak diterima,
Tinggallah kaumnya dalam sengsara.

Firman Allah dalam surah Al-Anbiyak ayat 87 :



Maksudnya : Ketika dia pergi dalam keadaan marah

Pengajarannya ialah seseorang yang berdakwah ke jalan Allah tidak boleh kecewa dan berputus asa bila
dakwahnya tidak diterima. kita perlu tabah dan sabar walaupun menghadapi pelbagai cemuhan dan
dugaan. Contohnya para ulama kita yang sentiasa terus berdakwah walaupun ada tentangan dan
halangan.
Nabi Yunus berjalan tanpa arah dan tujuan. Baginda berjalan siang dan malam. Akhirnya baginda sampai
di tepi pantai dan menumpang sebuah kapal yang telah sarat dengan penumpang. Seperti firman Allah
dalam surah Ash-Shaffat ayat 140 :


Maksudnya : Ketika dia lari ke kapal yang penuh dengan muatan

Setibanya ditengah lautan, kapal tersebut dipukul ombak yang besar dan angin kencang menyebabkan ia
hampir karam. Untuk mengelakkan kapal tengelam, pemilik kapal terpaksa membuang salah seorang
penumpang dengan mengadakan pengundian.Termasuk dalam undian itu ialah Nabi Yunus. Seperti
dalam firman Allah dalam surah Ash-Shaffat ayat 141 :


Maksudnya : Lalu dia termasuk orang-orang yang kalah.

Nabi Yunus tahu itu, adalah balasan dari Allah kepadanya kerana meninggalkan kaumnya tanpa izin dari
Allah. Dengan berserah diri kepada Allah baginda terjun ke dalam laut. Pengajarannya, Allah akan
memberi balasan kepada siapa saja tidak mengira pangkat ataupun keturunan. Sesiapa yang bersalah
akan mendapat balasan di dunia dan di akhirat.

Nabi Yunus ditengah Lautan,


Datang sesalan demi sesalan,
Kepada Allah pohon keampunan,
Semoga selamat dalam kegelapan.

Ketika Nabi Yunus berlawan dengan arus ombak, Allah mewahyukan seekor ikan Nun untuk menelan
Nabi Yunus hidup-hidup. Maka ikan Nun itu pun menelan Nabi Yunus dan menyimpannya dalam perut
tanpa cacat celanya. Nabi Yunus berada di dalam tiga kegelapan. Kegelapan malam, kegelapan di dasar
lautan dan kegelapan di dalam perut ikan. Lalu baginda pun berdoa seperti firman Allah dalam Surah Al-
Anbiyak ayat 87 :


Maksudnya : Tiada Tuhan yang berhak disembah hanyalah Engkau Ya Allah, Maha suci Engkau,
Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.

Nabi Yunus nabi yang mulia,


Siang dan malam tetap berdoa,
Pohon keampunan pada yang Esa,
Allah mendengar segala rayuannya.

Akhirnya Allah memakbulkan doa Nabi Yunus dan mengilhamkan kepada ikan itu supaya memuntahkan
baginda ditepi pantai. Dengan itu , baginda telah terkeluar dari perut ikan dan terdampar ditepi pantai
dalam keadaan lemah dan uzur setelah tiga hari tiga malam di dalam perut ikan. Seperti Firman Allah
dalam surah Al-Anbiyak ayat 88 :


Maksudnya : Dan demikianlah kami selamatkan orang-orang yang beriman.
Allah akan sentiasa menolong orang yang beriman dan sentiasa mengingati Nya. Di tempat Nabi Yunus
dilemparkan, Allah telah menghidupkan pokok labu yang membolehkan baginda bernaung dan buahnya
boleh dimakan. Akhirnya Nabi Yunus kembali segar dan bertenaga. Setelah itu, Allah memerintahkan
Nabi Yunus untuk kembali kepada penduduk Ninawa yang telah beriman kepada Allah SWT. Bersama
merekalah Nabi Yunus hidup aman dan sejahtera.

Sekian dulu ceritaku,


Kisah Nabi pilihan yang satu,
Di lain lkembaran bertemu daku,
Ku mohon undur diri dahulu.....

TAJUK :
KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW

Terima kasih Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana , guru-guru serta
hadirin sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk: kelahiran Nabi
Muhammad S.A.W
Nabi Muhammad SAW berasal daripada keturunan Bani Hasyim, sebuah kabilah yang paling mulia dan tinggi
darjatnya di kalangan suku Quraisy yang mendominasi masyarakat Arab. Ayahnya bernama Abdullah bin Abdul
Muttalib, yang merupakan seorang pembesar Quraisy yang besar pengaruhnya. Ibunya pula bernama Aminah binti
Wahab dari yang berasal dari Bani Zuhrah dan baginda juga merupakan keturunan daripada Nabi Ibrahim a.s dan
anaknya Nabi Ismail A.S.

Rasulullah dilahirkan didalam keluarga yang cukup berpengaruh di tanah arab. Lahirnya baginda dikalangan
keluarga pilihan adalah asas lahiriah yang kuat, apatah lagi ketika itu masyarakat masih berpegang kepada semangat
Assabiyah yang kuat.

Adapun, tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW juga dikenali sebagai Tahun Gajah kerana pada masa itu
sebuah peristiwa besar telah berlaku di Kota Mekah:

Datanglah Abrahah bersama bala tenteranya


Pasukan bergajah yang amat gagah
Datang menyerbu kota mekah
Menghancurkan Kaabah satu matlamat
Ingin membina empayar jajahannya
sajak

Kuasa Allah Maha berkuasa


Tentera abrahah hancur dan musnah
Tatkala Burung ababil melempari tentera gajah dengan batu-batuan neraka
Manakala Abrahah melarikan diri meninggalkan tenteranya.

Firman Allah: Surah Al-Fil ayat 1-5 :









Sebelum kelahiran Rasulullah, berita tentang akan lahirnya nabi akhir zaman telahpun
menjadi buah mulut dikalangan pendita-pendita agama samawi yang lain. Berita ini telah
tersebar dengan cepat sekali dan seakan-akan semua sudah tahu dan sedang menunggu lahirnya
insan istimewa itu. Malah Nabi Isa sendiripun telah mendapat wahyu daripada Allah
swt bahawa akan lahirnya seorang rasul kedunia dan merupakan nabi yang terakhir yang akan
memimpin ajaran sebenar.

Firman Allah Surah Ash-Shaff (61) ayat ke-6:



Maksudnya: .......yang akan datang kemudian daripadaku bernama Ahmad.


-------------------
Adapun setelah Abdul Mutallib menikahkan anaknya Abdullah dan Aminah binti Wahab, tidak
lama berkahwin maka mengandunglah si ibu.

Suatu hari Aminah bermimpi didatangi seseorang, kemudian berkatalah orang itu
kepadanya, "Sesungguhnya engkau mengandung pemimpin umat ini. Jika engkau melahirkannya
ucapkan, "Aku meminta perlindungan untuknya kepada Allah Yang Maha esa dari keburukan
semua pendengki, dan beri nama dia Muhammad."
Selama masa kehamilannya, Aminah juga melihat sebuah cahaya memancar
dari perutnya. Dengan cahaya itu ia dapat melihat istana-istana Busra di Syam. Kejadian yang
menakjubkan ini menunjukkan bahwa di masa depan Muhammad akan diangkat sebagai Nabi
Allah.
Namun begitu kesedihan melanda keluarga Abdul Mutallib tatkala anaknya Abdullah
meninggal dunia ketika berada di Syam. Lebih-lebih lagi Aminah yang sedang mengandungkan
anak mereka, alangkah sedih pilu hatinya apabila memerima perkhabaran tersebut.
Akhirnya,
Masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba.
Tanggal 12 rabiul awal tahun gajah
Tarikh kelahiran junjungan mulia
Seluruh alam bersyukur dan bergembira
Lahirnya insan yang teristimewa
Membawa kemuliaan dan juga kerahmatan.

Dalam masa yang sama berlakulah perkara yang tidak diduga:


Terpadamlah api di biara Majusi
Runtuhnya istana kisra di parsi
Dan terpancarnya cahaya putih dari langit yang menerangi kota Mekah.
Tanda kelahiran junjungan mulia.

Firman Allah Surah Al-Fath (48) ayat ke 8:




Maksudnya: Sesungguhnya kami telah mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai seorang rasul
yang menjadi saksi (yang diterima keterangannya); dan sebagai pembawa berita kegembiraan
kepada orang-orang yang beriman serta pemberi amarah kepada orang-orang yang ingkar.

Sebaik sahaja dilahirkan oleh ibunya, baginda lalu dibawa kepada datuknya Abdul Muttalib.
Beliau menyambutnya dengan penuh gembira dan membawanya ke kaabah untuk memanjatkan
doa kesyukuran kerana telah dikurniakan seorang cucu lelaki. Baginda diberi nama Muhammad
yang telah diilhamkan oleh Allah kepada keluarga baginda. Muhammad bererti orang yang
terpuji. Ia adalah nama yang paling layak untuk rasulullah.

Orang yang paling gembira menyambut kedatangan Rasulullah adalah bapa saudara baginda
iaitu Umar bin Hashim ataupun Abu Jahal. Sebaik sahaja baginda lahir Abu Jahal terus berlari
disekeliling kota mekah untuk memberitahu perkhabaran gembira itu. Kerana itulah pada hari
kelahiran nabi, Allah menghentikan seksaan kepada Abu Jahal kerana menyambut kelahiran nabi
dengan begitu gembira sekali.

Sungguhpun Muhammad lahir tidak berbeza dengan bayi-bayi lain, tapi keadaan
sekelilingnya amat luar biasa. Aminah tidak berasa sakit sewaktu melahirkan.Sambil disaksikan
oleh mak bidan, Muhammad lahir dengan sihat dan selamat.

Biasanya, bayi yang baru lahir sudah tentu menangis, tapi Muhammad tidak begitu, dia
diam sahaja. Mak Bidan menepuk-nepuk tubuhnya, tapi Muhammad tetap diam. Keadaannya
seperti orang berfikir. Matanya kelihatan bersinar-sinar seperti hendak melihat sesuatu.

"Luar biasa anakmu ini, dia tidak menangis, tapi matanya liar seolah-olah merenung sesuatu
diatas," kata Mak Bidan. Aminah terbaring, diwajahnya terbayang kegembiraan, bagai mendapat
sebuah gunung emas.
"Luar biasa anak ini, " ulang Mak Bidan, sambil membelek-belek tubuh bayi itu. "Apa yang luar
biasa?' Tanya Aminah. "Biasanya, bayi lahir terlentang, tapi dia tertiarap, kepalanya mendongak
kelangit, jari-jarinya terangkat-angkat seolah-oleh mengira sesuatu, matanya juga merenung ke
langit, seolah-oleh ada benda yang dipandangnya. Macam dia mengerti sesuatu, walaupun dia
baru di lahirkan."

Kisah keganjilan Muhammad ini diceritakan oleh Mak Bidan kepada jiran-jirannya. Mereka
turut hairan mendengarkan cerita itu. Sejak Muhammad dilahirkan, keadaan dalam rumah itu
tiba-tiba sahaja berubah. Rumah yang tidak bermaya selama ini, tiba-tiba sahaja berseri-seri
dipandang serta menjadi tumpuan orang ramia.

Pada waktu malam, rumah itu kelihatan terang benderang seperti bulan terang walaupun
adakalanya bulan gelap. Wanita-wanita amat suka ke rumah Aminah mereka datang berduyun-
duyun untuk melihat Aminah dan anaknya yang baru lahir. Mereka suka melihat bayi itu.
Seolah-olah ada satu tarikan pada tubuhnya.

Ada diantaranya datang berkali-kali, semata mahu melihat Muhammad. Mereka sayang
kepada Muhammad. "Alangkah gembiranya aku kalau mendapat seorang anak seperti ini," kata
diantara wanita yang datang itu.

Kisah keistimewaan Muhammad itu telah tersebar di merata-rata tempat. Orang semakin
ramai yang datang. Malah orang yang tidak kenal dengan Aminah pun turut datang melihat
Muhammad.
Keadaan cuaca juga berseri-seri. Seolah-olah tersenyum menyambut kelahiran
Muhammad. Sekitar kampung tempat kelahirannya begitu meriah. Seolah-olah dia memberi
semangat dan cahaya baru kepada penduduk-penduduk di situ.

"Budak ini bertuah, boleh jadi dia akan menjadi pemimpin besar di masa akan datang.
Semua orang sukakan kepadanya," kata seorang tua sambil menepuk-nepuk tubuhnya.
Beberapa hari selepas kelahiran nabi, baginda disusukan oleh Thuwaibah, hamba
perempuan Abu Lahab. Kemudian Abdul Muttalib mencari perempuan yang bersedia untuk
mengambil upah bagi menyusukanya dikalangan orang badwi. Begitulah hal orang arab yang
ingin bayi yang dilahirkan dibesarkan dalam suasana harmoni dan jauh dari unsur yang tidak
baik di kota mekah.

Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 21:




Ertinya : Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang
baik

Berdasarkan ayat itu tadi dapat kita fahami bahawa Allah telah menurunkan seorang
insan yang mulia untuk melengkapkan Akhlak dan iman kita supaya sentiasa tunduk menjunjung
perintah Allah azzawajalla iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Justeru itu jelaslah bahawa kita sebagai
seorang Islam wajib mengikut dan meneladani setiap perbuatan yang ditunjukkan dan dianjurkan
oleh Rasulullah sepanjang hayat baginda.

Sekian..

Wabillahi Taufik walhidayah..assalamualaikum wbt


Nabi Ibrahim membangunkan Kabah

Nabi Ibrahim hidup jauh terpisah dengan Ismail, putranya, dalam waktu yang cukup lama. Kemudian
datanglah kepadanya perintah yang sangat mulia. Allah telah memerintahkannya untuk membangun
Ka'bah, agar menjadi rumah pertama yang dibangun untuk beribadah kepada Allah.

Ibrahim kemudian mencari Ismail. Akhirnya beliau dapat bertemu dengan Ismail ketika Ismail sedang
meruncingkan anak panahnya dekat sumur zamzam. Mereka kemudian berpelukan melepas kerinduan
dan kegembiraannya.

Kemudian Nabi Ibrahim memberitahukan kepada Ismail, bahwa Allah telah memerintahkan kepadanya
agar membangun sebuah rumah untuk beribadah kepada-Nya di tempat ini. Lalu beliau menunjukkan
tempatnya, yaitu di atas bukit yang rendah.

"Kerjakan apa yang diperintahkan Tuhan kepada Ayah, dan aku akan membantu di dalam pekerjaan
mulia ini," kata Ismail.

Maka mulailah Ibrahim melaksanakan pekerjaannya dibantu Ismail.

"Bawalah batu yang baik kepadaku untuk kuletakka di sudut, sehingga batu itu menjadi tanda bagi
manusia," kata Ibrahim kepada Ismail.

Malaikat Jibril kemudia memberitahukan dengan batu yang hitam, maka ia mengambilnya dan
meletakkan pada tempatnya.

Demikianlah, setiap kali Ibrahim dan Ismail memulai pekerjaannya, mereka berdoa kepada Allah, "Ya
Tuhan kami, terimalah dari kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi
Maha Mengetahui".

Ketika bangunan itu telah tinggi, dan Ibrahim yang telah tua dan lemah, sehingga tidak kuat lagi
mengangkat batu ke atas, berdirilah ia di atas sebuah batu yaitu Maqam Ibrahim. Setiap kali ia
menyelesaikan satu bagian dari dinding, kemudian berpindah ke bagian lainnya, ia tetap berdiri di atas
maqamnya. Dan setiap kali ia selesai dari satu dinding, ia memindahkan maqamnya itu ke dinding
lainnya.

Demikianlah, hingga sempurna Ibrahim dan Ismail membangun dinding-dinding Ka'bah. Batu menempel
di dinding Ka'bah dari dahulu hingga masa Umar bin Khatab yang telah mengundurkan sedikit dari
Ka'bah, agar tidak menyulitkan orang-orang yang menunaikan shalat.

Allah menerangkan pembangunan Ka'bah ini dalam firman-Nya

"Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan
tempat yang aman. Dan jadikanlah sebagian maqam Ibrahim tempat shalat. Dan Kami perintahkan
kepada Ibrahim dan Ismail, bersihkanlah rumah-rumah-Ku untuk orang-orang yang thawaf, yang i'tikaf,
yang ruku' serta yang sujud.

Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berdoa, "Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini, negeri yang aman dan sentosa,
dan berikanlah rizki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman diantara mereka kepada Allah
dan hari kemudian. "

"Dan kepada orang yang kafir pun Aku beri kesenangan sementara, kemudian Aku paksa ia menjalani
siksa neraka dan itulah seburuk-buruknya tempat kembali. Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan
dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa),"Ya Tuhan kami, terimalah dari kami (amalan
kami), sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (QS. Al-Baqarah : 125-
127).
Dialog Semut dan Nabi Sulaiman.

Semut pun menjawab dan mengisahkan pengalamannya di dasar laut.

"Di dasar lautan sana ada sebongkah batu besar yang tuli. Di tengah batu tersebut ada seekor ulat yang
mendapatkan rezeki dari Allah SWT lewat aku," jelas semut.

"Berapa kali sehari engkau mengantarkan makanan?" tanya Nabi Sulaiman as.

"Setiap hari aku melaksanakan tugas ini sebanyak 2 kali. Katak tadi punya tugas yang sama denganku, ia
membawaku menyelam sampai dasar lautan dan menuju ke batu tadi dimana ulat itu berada," jelas
semut lebih lanjut.

"Lalu bagaimana engkau memberikan daun itu ke ulat?" tanya nabi Sulaiman as.

"Setiap kali aku sampai di sana, batu pun membelah diri sehingga aku dapat memasukkan daun yang aku
bawa sebagai rezeki Allah SWT baginya," jawab semut.

"Setelah memakannya, ulat tersebut selalu bersyukur dan bertasbih kepada Allah SWT, yang tidak
menelantarkannya," lanjut semut.

"Subhanallah...Allah SWT adalah Dzat yang memiliki Kebesaran dan tak ada satu pun yang dapat
menandinginya," Nabi Sulaiman as Memuji Kebesaran Allah SWT.

Anda mungkin juga menyukai