Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS SELANGOR

Jalan Pinang Raja 18/2, Seksyen 18,40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-55420620 Fax : 03-55420621 E-mail : skpks98@yahoo.com.my ____________________________________________________________________________________

TEKS CERITA
Assalamualaikum dan selamat pagi. Yang Dihormati Tuan hakim yang bijaksana, guru-guru dan kawan-kawan semua. Saya. dari Negeri Selangor akan menyampaikan cerita yang bertajuk

Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya


Nabi Yaakub mempunyai dua belas orang anak lelaki. Antara mereka itu ialah Nabi Yusuf dan Binyamin. Pada suatu malam, Nabi Yusuf bermimpi melihat sebelas bintang. Matahari dan bulan pula sujud kepadanya. Sebagaimana firman Allah dalam surah Yusuf ayat 4 yang bermaksud: Apabila Yusuf berkata kepada bapanya, Ayah, saya melihat sebelas bintang, matahari, dan bulan, saya melihat mereka sujud kepada saya. Nabi Yaakub memberitahu Nabi Yusuf mimpi itu benar. Nabi Yaakub juga memberitahu Nabi Yusuf jangan menceritakan hal itu kepada abang-abangnya.

Nabi Yaakub bertambah sayang kepada Nabi Yusuf. Abang-abang Nabi Yusuf semakin cemburu kepadanya. Abang-abang Nabi Yusuf bermuafakat untuk membunuhnya. Abangnya yang bernama Yahuza tidak bersetuju untuk membunuh Nabi Yusuf. Sebagaimana firman Allah dalam surah Yusuf ayat 10 yang bermaksud: Seorang dari mereka berkata, tidak, janganlah membunuh Yusuf tapi lemparlah dia ke dasar perigi dan sebahagian pengembara akan memungutnya jika kamu mahu lakukan.Yahuza mencadang membuang Nabi Yusuf ke dalam telaga Jub. Telaga itu terletak jauh dari rumah mereka. Abang-abang Nabi Yusuf memujuk bapa mereka membenarkan nabi Yusuf dibawa berjalan-jalan.

Nabi Yusuf dibawa ke telaga Jub. Mereka sampai di telaga itu lalu menjatuhkan Nabi Yusuf ke dalam telaga. Abang-abang Nabi Yusuf melumuri bajunya dengan darah binatang. Mereka memberitahu bapa mereka, Nabi Yusuf dimakan serigala. Nabi Yusuf mendapat pertolongan Allah. Di dalam telaga yang gelap itu menjadi terang-benderang. Allah memberitahu Nabi Yusuf yang dia akan selamat. Dia juga akan bertemu dengan abang-abangnya semula. Ketabahan dan kesabaran Nabi Yusuf ini perlu dicontohi walaupun dianiaya oleh saudaranya sendiri namun beliau tetap memaafkannya. Kita sebagai manusia hendaklah sentiasa memberi kemaafan kepada sesiapa yang menyakiti kita. Firman Allah dalam surah An-Nur ayat 22 yang bermaksud: Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada....

Tidak lama kemudian, satu kafilah lalu disitu. Mereka berehat di tepi perigi. Salah seorang daripada mereka pergi mengambil air di perigi itu. Nabi Yusuf diselamatkan. Kemudian dia dibawa ke negeri Mesir. Di negeri Mesir, Nabi Yusuf dijual bersama hamba abdi yang lain. Dia dibeli oleh pembesar negeri Mesir. Dia dijadikan anak angkat.

Setelah remaja, Nabi Yusuf difitnah oleh isteri pembesar itu. Nabi Yusuf telah digoda oleh wanita tersebut kerana tidak tahan dengan ketampanan Nabi Yusuf. Maka Nabi Yusuf berdoa untuk dipenjarakan supaya dijauhkan dari perbuatan wanita tersebut. Dia dipenjarakan. Dapat dilihat disini, betapa kuatnya iman Nabi Yusuf kepada Allah sehingga terhindar dari godaan syaitan dan tipu muslihat wanita. Tetapi pada masa sekarang ini, ramai anak muda tergoda dan terjerumus ke lembah maksiat dan perbuatan mungkar sehingga membawa kepada banyaknya kes buang bayi.

Di dalam penjara, Nabi Yusuf dilantik menjadi Rasul oleh Allah. Dia menyeru banduanbanduan supaya menyembah Allah. Raja Mesir membebaskan Nabi Yusuf. Oleh sebab kecerdikannya, dia dilantik menjadi menteri. Dia menyuruh rakyat Mesir menyimpan makanan. Negeri Mesir dan negeri-negeri sekitarnya mengalami kemarau panjang. Rakyat negeri Mesir mempunyai makanan kerana mereka menyimpan makanan. Keluarga Nabi Yaakub tinggal di negeri Kanan. Nabi Yaakub menyuruh anak-anaknya pergi ke Mesir. Mereka hendak meminta bantuan makanan. Akhirnya Nabi Yusuf bertemu

semula dengan abang-abangnya. Dia menerima kembali abang-abangnya yang pernah menyiksanya. Mereka meminta maaf kepadanya dan Nabi Yusuf telah pun memaafkannya. Sebagaimana firman Allah dalam surah Baqarah ayat 109 yang bermaksud: Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka sehingga Allah mendatangkan perintahnya. Sesungguhnya Allah maha kuasa atas segala sesuatu.

Pengajaran daripada cerita ini ialah:

1. Janganlah kita berhasad dengki 2. Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar. 3. Nabi Yusuf menerima penderitaan dengan tabah dan sabar, kuat iman kepada

Allah sehingga terhindar dari godaan isteri pembesar. 4. Anak muda sekarang mudah tergoda dan terjerumus ke lembah maksiat.

Sekian, terima kasih dan assalamualaikum.

Anda mungkin juga menyukai