Anda di halaman 1dari 4

Isi 1

kisah Nabi Yusuf merupakan kisah yang paling indah yang terdapat di
dalam Al-Quran. Allah menyebut secara jelas di dalam Al-Quran mengenai
cerita terbaik yang pernah diturunkan.

Sebagaimana firman Allah dalam surah Yusuh ayat 3:

Maksudnya: Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah


kisah.

Rakan-rakan,
Islam menegah kita daripada melakukan hasad dengki kerana hasad
dengki hanya akan menyebabkan kerugian kepada orang yang
memilikinya dan kepada agama Islam sendiri. Sifat buruk orang hasad
dapat diibaratkan sebagai bara api dalam jiwa yang memakan diri sendiri
sedikit demi sedikit.

Nabi yusuf telah diuji dengan pelbagai dugaan.


Kisah Nabi Yusuf dihuraikan panjang lebar dalam Surah Yusuf. Di dalam
surah Yusuf terhimpun kisah tentang bagaimana cabaran dan dugaan
yang telah dilalui oleh nabi Yusuf a.s yang dianiaya sejak kecil hingga
dewasa, tetapi akhirnya baginda menjadi wazir (setaraf jawatan Perdana
Menteri pada zaman sekarang). Begitulah ketentuan Allah dan tiada
sesiapa yang boleh mengubahnya. Ia menjadi contoh bagaimana
seseorang yang beriman menghadapi dan menangani segala
penganiayaan serta fitnah.
Nabi yusuf merupaka putera kepada nabi Yaakub. Baginda juga
merupakan keturunan nabi Ibrahim. Nabi Yusuf merupakan seorang anak
lelaki yang segak dan pintar. Oleh sebab itu, ayahnya sangat sayang
kepadanya lebih daripada saudara-saudaranya yang lain. Keadaan
tersebut menimbulkan rasa iri hati dan dengki di kalingan saudarasaudaranya terhadap nabi Yusuf.

Pada suatu hari nabi Yusuf telah bermimpi melihat sebelas bintang,
matahari dan bulan sujud kepadanya. Lalu nabi Yusuf menceritakan
kepada ayanhandanya sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran dalam
surah Yusuf ayat 4:

Maksudnya: (ingatlah peristiwa) ketika nabi Yusuf berkata kepada


ayahandanya, Wahai ayahanda, sesungguhnya anakanda bermimpi
melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan, aku melihat mereka
tunduk hormat kepadaku.
Dialog nabi yusuf dan nabi yaakub fasal mimpi.

Nabi Yusuf berasa sungguh hairan bagaimana bintang, matahari dan


bulan boleh tunduk menghormati manusia? Lalu, nabi Yusuf menceritakan
mimpinya itu kepada ayahandanya. Nabi Yaakub sangat gembira
mendengar mimpi itu dan memberi nasihat agar nabi Yusuf tidak
menceritakan mimpinya itu kepada saudara-saudaranya kerana nabi
Yaakub bimbang saudara-saudaranya akan iri hati dan bermusuh
dengannya sebagaimana dalam firman Allah:

Maksudnya : Bapanya berkata, Wahai anakku, janganlah engkau


ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu kerana aku khuatir
mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu.
Oleh sebab nabi Yusuf masih kecil pada ketika itu, baginda telah
menceritakan mimpi itu kepada saudara-saudaranya. Saudara-saudaranya
sangat marah dan sifat iri hati semakin menebal dalam hati mereka.
Dialog saudara-saudara nabi yusuf
Mereka telah merancang untuk menghapuskan nabi Yusuf kerana takut
kehilangan kasih sayang dari ayahandanya. Salah seorang dari mereka
mencadangkan supaya nabi Yusuf dibunuh. Tetapi seorang lagi
mencadangkan agar nabi Yusuf dicampakkan ke dalam perigi.
Firman Allah :

Maksudnya : salah seorang di antara mereka berkata, Janganlah kamu


membunuh Yusuf, tetapi buanglah dia ke dalam perigi supaya dia
dipungut oleh sebahagian dari orang-orang musafir (yang lalu di situ),
kalaulah kamu tetap hendak menjalankan racangan kamu itu.

Salah seorang daripada mereka berkata, Bunuhlah yusuf atau asingkan


dia di suatu tempat yang jauh.
Lalu salah seorang pula berkata, Jangan, kita buangkan saja yusuf itu ke
dalam perigi di jalan supaya dia diambil oleh orang musafir.
Hal ini telah diceritakan dalam firman Allah :

sebagai seorang khalifah kita diperintahkan untuk memakmurkan muka


bumi ini, menyayangi sesama umat Islam, berlaku adil, membuat
kebaikan dan meninggalkan segala keburukan dan kejahatan. hasad
dengki hanya akan menyebabkan kerugian kepada orang yang
memilikinya dan kepada agama Islam sendiri.
Peribahasa
Gelang di tangan orang yang hendak dirampas tidak dapat, cincin di jari
sendiri terlucut hilang.
Takrif
Orang yang dengki dan tamak itu selalu mendapat kerugian.

Dengan takdir Allah, nabi Yusuf telah diselamatkan oleh sekumpulan ahli
perniagaan yang sedang bermusafir. Salah seorang daripada meraka telah
ditugaskan untuk mencari air kerana kehausan.

Sudahlah ditinggalkan di dalam perigi bersendirian, dugaan demi dugaan


telah menimpa nabi yusuf. Baginda telah dijual di pasar oleh sekumpulan
ahli perniagaan yang menjumpai baginda ketika mencari air di perigi
tersebut.

siapa mahu membeli budak ini? kata ahli perniagaan tersebut.


Seorang pembesar mesir bernama Al-Aziz telah membeli baginda dengan
beberapa dirham sahaja. Lalu baginda telah dibawa oleh pembesar
tersebut ke istananya.
Maka ditakdirkan Yusuf yang masih kanak-kanak telah diselamatkan oleh sekumpulan peniaga yang singgah di
telaga itu, lalu beliau dibawa ke Mesir dan dijual dengan harga yang murah sebagai hamba sahaya kepada
seorang pembesar negara.

Anda mungkin juga menyukai