Anda di halaman 1dari 9

Nabi Yusuf a.s.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pergi ke pandu arahPergi ke carian

Sebahagian daripada siri berkaitan

Islam

Buka

Pegangan

Buka

Perundangan

Buka

Sumber

Buka

Sejarah

Buka

Budaya and masyarakat

Buka

Topik berkaitan
 Portal Islam

 l
 b
 s

Yusuf
‫يوسف‬
Joseph

Nama Nabi Yusuf dalam tulisan khat

Pangkat Nabi

Ibu Rahýl(Rachel)

Bapa Ya'qub AS

Nabi Yusuf a.s. - (‫ )نبي يوسف عليه السالم‬- merupakan salah seorang daripada
golongan nabi dan rasul yang wajib diketahui. Kisah baginda dikisahkan dalam al-
Qur'an iaitu dalam Surah Yusuf. Kisah baginda turut dikisahkan dengan
nama Joseph, dalam Perjanjian Lama, (Yosef, Hebrew: ‫)יֹוסֵ ף‬.

Isi kandungan

 1Keluarga
o 1.1Mimpi agung
o 1.2Yusuf dimasukkan ke dalam perigi
 2Kehidupan di Mesir
o 2.1Isteri Futhifar (Zulaikha)
o 2.2Penjara dan tafsiran mimpi
o 2.3Ganjaran Firaun
o 2.4Sebagai wazir Mesir
 3Pertemuan kembali
o 3.1Bunyamin ditahan
o 3.2Pertemuan kembali keluarga Ya'akub
 4Maqam Nabi Yusuf
 5Nota
 6Rujukan

Keluarga[sunting | sunting sumber]


Baginda merupakan putera ketujuh (ada sumber mengatakan anak kesebelas) Nabi
Ya'akub a.s. dan baginda berkongsi ibu yang dikenali sebagai Rahil dengan adiknya,
Bunyamin. Baginda mempunyai 12 orang adik beradik lelaki dan baginda mempunyai
rupa paras yang tampan dan dimanjai oleh bapanya. Walau bagaimanapun, ibu
kandungnya wafat ketika baginda berusia 12 tahun.
Kasih sayang yang diperolehi dan kelebihan pada baginda dan Bunyamin mendorong
10 adik-beradik lelaki dari ibu yang lain berasa iri-hati dan dengki yang mewujudkan
komplot menarik perhatian bapa mereka. Mereka bercadang untuk membunuh
baginda.
Yahudza, anak lelaki keempat dari Nabi Ya’akub dan yang paling cekap dan bijaksana
di antara mereka tidak bersetuju dengan cadangan pembunuhan memandangkan
perlakuan tersebut adalah dilarang. Maka, demi menghalau Yusuf, dia mencadangkan
untuk mencampakkan baginda ke dalam sebuah "perigi buta" yang terletak di
persimpangan jalan kafilah-kafilah dagang dan para musafir beristirahat. Dengan itu,
berkemungkinan Yusuf akan diselamatkan dari perigi tersebut dan di bawa oleh
sesiapa sahaja untuk dijadikan hamba.
Mimpi agung[sunting | sunting sumber]
Pada malam saudara baginda mengadakan komplot tentang baginda, Yusuf sedang
tidur dan bermimpikan suatu yang aneh lalu menceritakan kepada ayahnya:
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku!
Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku
melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". Bapanya berkata: "Wahai anakku!
Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku
khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu.
Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia." Dan demikianlah
caranya Tuhanmu memilihmu dan akan mengajarmu tafsir mimpi serta akan
menyempurnakan nikmatNya kepadamu dan kepada keluarga Ya’akub sebagaimana
Dia telah menyempurnakannya kepada datuk nenekmu dahulu: Ibrahim dan Ishak.
Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. [al-Quran 12:4-
6 (Terjemahan oleh Basmeih)]

Mimpi tersebut menunjukkan kelebihan yang diberikan Tuhan kepada baginda


Nabi Yusuf. Amatlah berbahaya untuk membongkarkan mimpi tersebut kepada
adik-beradiknya yang lain memandangkan dia dan adiknya, Bunyamin sudahpun
dicemburui.
Yusuf dimasukkan ke dalam perigi[sunting | sunting sumber]
Pada hari sebelum mereka menjalankan rancangan, adik beradik Yusuf
menghadap Nabi Yaakub a.s. untuk meminta izin membawa Yusuf bermain
bersama mereka tetapi bapanya bimbang akan keselamatan Yusuf yang
berkemungkinan baginda akan dimakan serigala jika mereka tidak menjaganya.
Mereka berjaya menjalankan rancangan mereka dengan mencampakkan Yusuf
ke dalam sebuah perigi buta dan pulang ke rumah pada senjanya dengan berpura-
pura menangis dan mengatakan kepada Nabi Yaakub bahawa Yusuf dimamah
serigala sambil menunjukkan baju Yusuf yang dilumuri darah kambing biri-
biri (kibash) .
Nabi Yaakub tetap tidak percaya dan mengatakan anak-anaknya berdusta kerana
cerita mereka itu tidak masuk akal. Meskipun demikian Nabi Yaakub hanya
bersabar sahaja sambil memohon pertolongan dari Allah semata-mata.

Kehidupan di Mesir[sunting | sunting sumber]


Sementara itu, baginda Nabi Yusuf telah ditemui oleh rombongan pedagang yang
berhenti untuk mengambil air di perigi. Rombongan pedagang itu terkejut apabila
melihat bahawa perigi yang disangka mempunyai takungan air itu hanya terdapat
seorang kanak-kanak kecil sahaja, lalu rombongan pedagang tersebut
mengeluarkan Yusuf dari telaga/perigi dan membawa baginda ke Mesir. Di sana,
baginda dijual dengan harga beberapa dirham sahaja. Baginda dibeli oleh seorang
bangsawan berbangsa Qibti atau Mesir yang bernama Futhifar (dalam al-
Qur'an digelar al-Aziz - diceritakan bahawa beliau adalah Ketua Polis Mesir).
Baginda berkhidmat sebagai hamba di Mesir sehingga dewasa.
Isteri Futhifar (Zulaikha)[sunting | sunting sumber]
Yusuf hidup tenang dan tenteram di rumah Futhifar, Ketua Polis Mesir,[nota 1][1] sejak
ia menginjakkan kakinya di rumah itu dan kepercayaan penuh dari kedua
majikannya. Nabi Yusuf yang telah dewasa mempunyai rupa yang menawan dan
menarik minat ramai perempuan Mesir dan salah satu daripadanya ialah isteri
kepada tuannya.
Setelah lama menahan kehendak, isteri Futhifar memancing Yusuf agar baginda
terlebih dahulu mendekatinya dan bukannya dia dulu yang mendekati Yusuf demi
menjaga kehormatan dirinya sebagai isteri Ketua Polis. Dia selalu berdandan dan
berhias malah menggoda Yusuf apabila baginda berada di rumah. Sikap dingin
dan acuh tak acuh baginda terhadap rayuan dan ajakan Zulaikha membuat
Zulaikha terdesak dengan nafsunya dan memerangkap baginda untuk ke bilik
tidurnya dan menawarkan dirinya. Penolakan baginda membuatkan wajah
Zulaikha kemerahan, tanda marah yang meluap-luap kerana merasakan dirinya
dihina dan diremehkan oleh Yusuf dan menganggapnya suatu perbuatan kurang
ajar dari seorang hamba terhadap seorang tuan .
Akhirnya, Yusuf terperangkap apabila Futhifar pulang ketika Zulaikha menarik
koyak belakang baju baginda ketika mengejar baginda yang hendak ke pintu.
Tanpa sempat Yusuf membuka mulut, Zulaikha memfitnah baginda di hadapan
suaminya. Walau bagaimanapun, baginda terselamat dengan bukti yang berada
di hadapan mereka iaitu baju baginda koyak di belakang dan bukan di hadapan.
Akhirnya, Futhifar menyebelahi Yusuf dan berita itu sampai ke masyarakat umum.
Cacian dan cemuhan yang diterima Zulaikha membuatkan Zulaikha mempunyai
niat untuk mengenakan Yusuf kembali. Lalu diadakan satu jamuan (di kalangan
wanita) dan para jemputan diberikan pisau untuk memotong makanan mereka.
Kemudian, Yusuf disuruh untuk keluar di hadapan para jemputan lalu rupa
parasnya membuatkan mereka ternganga hingga mereka tidak sengaja telah
melukai jari-jari tangan sendiri dan mengatakan yang Yusuf bukanlah manusia
biasa tetapi malaikat.
Dengan mengambil kesempatan tentang apa yang terjadi, Zulaikha menerangkan
betapa Yusuf tidak mendengar arahan tuannya dan betapa Zulaikha tidak bersalah
dalam hal ini dengan mengatakan pasti dia takkan jatuh hati kepadanya kalau
bukan kerana paras rupanya. Maka, ramai undangan bersetuju dan menggesa
Yusuf untuk menurut sahaja. Yusuf yang tidak rela dengan gesaan itu berdoa agar
dia lebih rela dimasukkan ke dalam penjara.
Futhifar, Ketua Polis Negara, suami Zulaikha memang pasti Yusuf bersih dari
tuduhan yang dilemparkan dan sedar isterinya yang mencemarkan nama baik
keluarganya. Kerana itu dia sanggup mengikut kata isterinya untuk memenjarakan
Yusuf agar orang berpendapat yang Yusuf bersalah untuk mengembalikan nama
baiknya.
Penjara dan tafsiran mimpi[sunting | sunting sumber]

Kitab lama dalam tulisan Jawi mengenai Hikayat Nabi Yusuf a.s.

Yusuf dimasukkan ke dalam penjara bukan disebabkan telah melakukan


kesalahan, tetapi kerana tuannya ingin meletakkan kesalahan pada diri baginda.
Walau bagaimanapun, bagi baginda, penjara adalah tempat yang aman untuk
menghindari segala godaan dan tipu daya yang akan menjerumuskannya ke
dalam kemaksiatan dan perbuatan mungkar dan keadaan yang sempit dan tidak
selesa membolehkan baginda beribadat.
Yusuf dipenjarakan bersama dua orang pegawai istana Firaun yang dituduh
hendak meracuni Firaun atas perintah dan dengan kerjasama pihak musuh istana.
Salah seorang daripada mereka ialah penjaga gudang makanan dan seorang lagi
ialah pelayan meja istana. Pada suatu hari, kedua tahanan itu menceritakan
kepada baginda bahwa mereka telah mendapat mimpi.
Si pelayan bermimpi dia akan memerah anggur dan si penjaga gudang melihat
dirinya menjunjung roti sambil dipatuk dan disambar burung. Mereka berharap
agar Yusuf mentafsirkan mimpi tersebut memandangkan mereka melihat baginda
sebagai orang yang boleh berbuat demikian.
Yusuf memberi tafsiran bahawa si pelayan yang memerah anggur akan
dibebaskan manakala yang disambar burung akan dihukum mati. Maka, benarlah
apa yang dikatakan baginda dan si pelayan itu dibebaskan.
Baginda memesan agar si pelayan itu menyebut namanya di hadapan siapa dia
bekerja iaitu Firaun dan memberitahu yang dia dipenjarakan bukan atas
kesalahannya. Walau bagaimanapun, si pelayan itu telah terlupa dan
menyebabkan baginda terperangkap di dalam penjara untuk beberapa tahun lagi.
Ganjaran Firaun[sunting | sunting sumber]
Pada suatu hari, firaun Mesir mengumpulkan para pembesar, penasihat dan
cendekiawan untuk mentafsir mimpi yang telah merunsingkan dan
menakutkannya. Firaun itu bermimpi melihat tujuh ekor lembu gemuk dimakan
oleh tujuh ekor lembu yang kurus-kurus. Dia juga melihat dalam mimpinya tujuh
tangkai gandum hijau di samping tujuh tangkai yang lain kering sekali.
Tiada siapapun yang dapat memberikan tafsiran bagi mimpi Firaun bahkan
sebahagian mereka menganggapnya hanyalah mimpi kosong yang tidak bererti
dan menganjurkan Firaun agar melupakan saja mimpinya itu.
Pelayan Firaun, pemuda yang pernah berjumpa Yusuf di dalam penjara teringat
pesan Nabi Yusuf kepadanya sewaktu dia dikeluarkan dari penjara. Lalu dia
memberanikan diri untuk menghampiri Firaun mengesyorkan agar Firaun merujuk
kepada Yusuf.
Dengan izin Firaun, pelayan tersebut mengunjungi Nabi Yusuf di dalam penjara
dan menceritakan apa yang berlaku kisah mimpi Firaun dan jawapan penasihat
Firaun. Dia mengatakan kepada Nabi Yusuf jika Firaun dapat dipuaskan dengan
tafsir mimpinya, berkemungkinan baginda akan dikeluarkan dari penjara setelah
bertahun lamanya.
Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun
berturut-turut, kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya;
kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang
selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan
makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan
(untuk dijadikan benih). "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya
orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil
anggur, zaitun dan sebagainya)". [al-Quran 12:47-49 (Terjemahan oleh Basmeih)]
Nabi Yusuf yang sudah cukup derita hidup sebagai banduan yang tidak
berdosa enggan keluar dari penjara sebelum peristiwanya dengan isteri Ketua
Polis Negara diselesaikan terlebih dahulu dan fitnah yang dituduh ke atasnya.
Baginda ingin keluar dari penjara sebagai orang yang suci bersih.
Firaun Mesir yang sudah banyak mendengar tentang Nabi Yusuf dan terkesan
oleh tafsir mimpi baginda, membantu baginda lalu Firaun Mesir mengeluarkan
titah untuk mengumpulkan para wanita yang telah menghadiri jamuan makan
Zulaikha dan terhiris jari ketika itu. Mereka menceritakan tentang apa yang
mereka lihat dan alami dalam jamuan itu dan mengatakan Nabi Yusuf adalah
ia seorang yang jujur, dan bersih. Zulaikha pula mengaku dialah yang
bersalah.
Hasil pertemuan itu diumumkan ke seluruh lapisan masyarakat dan atas
perintah Firaun, Nabi Yusuf dikeluarkan dari penjara secara hormat dan bersih
dari segala tuduhan.
Sebagai wazir Mesir[sunting | sunting sumber]
Kecerdasan, pengetahuan, kesabaran , kejujuran, keramahan dan akhlak
serta budi pekerti baginda membuatkan Firaun terfikir untuk menyerahkan
tugas untuk membantunya memimpin negara dan rakyat. Maka, Yusuf
ditawarkan untuk tinggal di istana dan mewakili Firaun menyelenggarakan
pemerintahan serta pengurusan negara serta memimpin rakyat Mesir yang
diramalkan akan menghadapi masa-masa sukar dan sulit.
Nabi Yusuf tidak menolak tawaran Firaun Mesir itu. Baginda meminta agar
diberi kuasa untuk pada bahagian perbendaharaan (kewangan dan
pengedaran makanan). Pada hari penobatan yang dihadiri oleh para pembesar
dan bangsawan, Nabi Yusuf dinaikkan sebagai wazir dengan mengenakan
pakaian kerajaan dan hiasan yang mewah.
Kemudian, Firaun Mesir berkenan untuk mengahwinkan Yusuf dengan
Zulaikha, janda majikannya yang telah mati ketika Nabi Yusuf masih dalam
penjara. Yusuf menerima dan mendapat dua orang putera (menurut pendapat
ulama, putera baginda dinamakan Ifratsim dan Minsya).
Dalam masa tujuh tahun pertama Nabi Yusuf menjalankan pemerintahan di
Mesir, rakyat merasakan hidup tenteram, aman dan sejahtera. Barang-barang
keperluan untuk semua tanpa terkecuali. Baginda juga tidak lupa peringatan
yang terkandung dalam mimpi Firaun Mesir, lalu mempersiapkan gudang bagi
penyimpanan makanan untuk musim kemarau yang bakal tiba. Maka, tempoh
kemarau telah dilalui tanpa sebarang kesukaran.

Pertemuan kembali[sunting | sunting sumber]


Musim kemarau membuatkan ramai orang luar Mesir seperti
dari Palestin datang untuk meminta bantuan. Antara mereka ialah adik-beradik
Nabi Yusuf sendiri. Walau bagaimanapun, mereka tidak tahu bahawa Yusuf
masih hidup malah menjadi orang besar memimpin negara Mesir sebagai
wakil Firaun.
Abang-abang Nabi Yusuf yang tinggal di Palestin pergi ke Mesir bagi menukar
barangan dengan makanan. Mereka masuk ke bandar Mesir dan pergi
menemui Nabi Yusuf yang menjaga gudang simpanan makanan. Dalam
pertemuan itu Nabi Yusuf serta-merta telah mengenali abang-abangnya tetapi
mereka tidak mengenalinya.
Yusuf ingin menguji abang-abangnya dengan meragukan identiti dan
mengesyaki mereka sebagai musuh dan meminta bukti. Oleh kerana mereka
adalah orang-orang musafir gharib, maka sukar sekali bagi mereka untuk
memberi bukti atau membawa saksi. Nabi Yusuf memberi peluang kepada
mereka dengan membenarkan mereka membeli gandum dari gudang dengan
syarat mereka harus membawa Bunyamin atau mereka tidak akan mempunyai
peluang lagi. Mereka kini sukar untuk membawa Bunyamin memandangkan
bapa mereka Ya’akub menyayanginya dan lebih berat untuk meninggalkannya
selepas khabar akan "kematian" Yusuf.
Yusuf bukanlah ingin menganiaya atau membalas dendam tetapi hanya
sekadar ingin mengetahui keadaan ayah dan adik bongsunya, Bunyamin yang
sudah bertahun-tahun ditinggalkan dan hanya sekadar taktik untuk
mempertemukan kembali dengan ayah dan saudara-saudaranya yang sudah
lama terpisah. Kemudian baginda memerintahkan pegawai-pegawainya
mengisi karung-karung dengan makanan yang perlu tanpa mengambil
sedikitpun barangan mereka untuk ditukar.
Tanpa mengetahu hal itu, mereka kembali di Palestin dan memberitahu
Ya'akub tentang perjalanan mereka dan bagaimana Yusuf menerima mereka.
Tetapi ayah mereka tidak mengizinkan mereka membawa Bunyamin kerana
tidak mempercayai mereka lagi setelah apa yang berlaku ke atas Yusuf.
Setelah mengetahui bahawa barang untuk ditukar dengan makanan
dipulangkan kembali, mereka lebih mudah meyakinkan ayah mereka,
Bunyamin dibenarkan mengikuti mereka ke Mesir.
Setibanya di istana, mereka disambut oleh Yusuf yang masih mereka belum
menyedari hakikat bahawa itu adalah adik mereka. Mereka disediakan jamuan
dan tempat penginapan untuk setiap dua orang sebuah rumah tetapi,
Bunyamin diajak bersamanya menginap di istana. Di istana, Yusuf
memberitahu segalanya kepada adiknya dan adiknya memberitahu tentang
ayahnya pula.
Bunyamin ditahan[sunting | sunting sumber]
Kemudian, Allah telah memberi ilham kepada Nabi Yusuf supaya Nabi Yusuf
menyediakan barang-barang makanan untuk dibawa pulang oleh abang-
abangnya, baginda Nabi Yusuf telah meletakkan piala minuman Raja Mesir di
dalam karung barang-barangan yang diletakkan di atas unta Bunyamin.
Kemudian Nabi Yusuf menyuruh pembantunya berpura-pura menjerit
mengatakan Raja Mesir (Firaun) telah kehilangan piala minuman baginda dan
menuduh abang-abang Nabi Yusuf yang mencuri piala raja itu.
Selepas meminta diri, mereka pulang tetapi dikejar oleh pengawal istana
berkuda untuk memeriksa barangan mereka. Para pengawal mengatakan
piala minuman firaun telah hilang dan mungkin salah seorang daripada mereka
telah mencurinya. Mereka mengatakan mereka ke sana bukan untuk mencuri
tetapi penggeledahan tetap dilakukan lalu mereka menemui piala minuman itu.
Oleh kerana piala minuman itu ditemui dalam karung kepunyaan Bunyamin,
maka Bunyamin ditahan dan tidak dibenarkan menyertai rombongan untuk
pulang. Kerisauan muncul dalam fikiran yang lain kerana khuatir akan ayah
mereka yang telahpun sengsara dengan kehilangan Yusuf.
Lalu mereka menghadap Yusuf dan merayu agar Bunyamin digantikan dengan
sesiapa daripada mereka. Oleh kerana rayuan mereka tidak diterima, Yahudza
sanggup menemani Bunyamin. Yang lain pula pulang ke Palestin untuk
memberitahu ayah mereka.
Pertemuan kembali keluarga Ya'akub[sunting | sunting sumber]
Apabila berita itu disampaikan kepada ayah mereka, Nabi Yaakub tersangat
berdukacita dan sentiasa menitiskan air mata sehingga dia menjadi buta.
Selepas beberapa waktu, Nabi Yaakub menyuruh abang-abang Nabi Yusuf
pergi semula ke Mesir membeli barang makan dan mencari berita tentang Nabi
Yusuf dan Bunyamin.
Maka mereka pun sekali lagi pergi ke Mesir. Setibanya di sana mereka terus
pergi menemui Nabi Yusuf dengan membawa barang-barang tukaran yang
kurang elok mutunya bagi membeli bahan makanan, kerana itu mereka
merayu supaya mereka dikasihani.
Pada saat itulah Nabi Yusuf memperkenalkan siapa dirinya yang sebenar dan
memperingatkan abang-abangnya akan apa yang telah mereka lakukan
kepadanya suatu masa dahulu.
Kemudian apabila abang-abangnya sudah bersedia pulang ke Palestin, Nabi
Yusuf mengirimkan bajunya dengan pesanan supaya baju itu disapukan ke
muka Nabi Yaakub. Nabi Yusuf juga menyuruh abang-abangnya datang
semula ke Mesir dengan membawa ibu bapanya bersama (untuk berpindah
dan bermastautin di Mesir).
Semasa abang-abang Nabi Yusuf masih dalam perjalanan pulang, Nabi
Yaakub memberitahu saudara-maranya dia tercium-cium bau badan Nabi
Yusuf.
Setelah abang-abang Nabi Yusuf tiba di Palestin dari Mesir, mereka
menyapukan baju Nabi Yusuf ke muka Nabi Yaakub lalu ayah mereka dapat
melihat kembali. Abang-abang Nabi Yusuf mengaku telah berdosa dan
meminta supaya ayah mereka meminta ampun bagi pihak mereka lalu Nabi
Yaakub memohon Allah mengampun anak-anaknya yang sudah insaf.
Abang-abang Nabi Yusuf kemudian membawa ibu bapa mereka ke Mesir bagi
berjumpa semula dengan Nabi Yusuf. Apabila mereka berjumpa, Nabi Yusuf
memeluk kedua ibu bapanya lalu menjemput mereka duduk di atas kerusi
kebesaran. Dan setelah itu mereka tunduk memberi hormat kepada Nabi
Yusuf.
Kata Nabi Yusuf, itulah makna taabir mimpinya dahulu, iaitu sebelas adik-
beradiknya menghormati dirinya sebagai manusia yang mulia di sisi Allah.
Menurut cerita riwayat tradisi, baginda Nabi Yusuf wafat ketika berumur 110
tahun di Mesir dan kerandanya di bawa oleh Nabi Musa a.s. ketika baginda
berhijrah keluar dari Mesir agar dapat dikebumikan di Palestin.

Maqam Nabi Yusuf[sunting | sunting sumber]


Sejarahnya, Muslim juga beranggapan bahawa Maqam Yusuf yang dicatat
dalam kisah biblikal sebagai maqam atau tempat jasad Nabi Yusuf
disemadikan. Namun tahun-tahun kebelakangan ini, mereka menuntut
bahawa Sheikh ul Islam Sheikh Yussuf Dawiqat, telah dikebumikan di sana
pada 2 abad yang lalu.[2] Berdasarkan tradisi Islam, Yusuf biblikal telah
dikebumikan di Hebron, bersebelahan dengan Gua Para Patriak di mana
struktur binaan pertengahan yang dibina di maqam itu dikenali sebagai Yussuf-
Kalah, "Istana Nabi Yusuf", berada.[3]

Anda mungkin juga menyukai