Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS PRA/PASCA KONVO

Greetings

Yang Berusaha Dekan FKK, Prof Dr Sharifah Aisah Syed Abdul Kadir, Timbalan
Dekan Akademik FKK, Prof Madya Ruzitah Mohd Salleh dan Timbalan Dekan
Sumber dan Pelajar, Prof Madya Dr Norazah Abd Rahman, Pengerusi-pengerusi
Pusat Pengajian, Ketua-ketua Program, para pensyarah, para ibu bapa dan
seterusnya para graduan yang diraikan sekalian.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat Datang

Selamat datang diucapkan ke Majlis Pra/Pasca Konvokesyen Fakulti Kej. Kimia


tahun 2010.

tuan2 dan puan2 sekalian.

Sirih junjung penyeri majlis,


majlis pasca konvo kita raikan,
selamat datang tamu ke majlis,
penganugerahan pelajar kita diraikan.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dipertemukan di dalam majlis yang indah ini.
Untuk makluman hadirin sekalian, majlis ini diraikan para pelajar cemerlang
sempena konvokesyen yang ke-??? Universiti Teknologi MARA.

Hadirin sekalian,

Bacaan Doa

Untuk tidak melengahkan masa lagi, majlis menjemput, Saudara??? Untuk


membacakan doa. Majlis mempersilakan…

Terima kasih diucapkan kepada Saudara … di atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan Dekan

Seterusnya, majlis dengan ini mempersilakan Yang berbahagia Dekan, Prof Dr


Sharifah Aisah Syed Abdul Kadir untuk memberi ucapan alu-aluan.majlis dengan ini
mempersilakan.

terima kasih diucapkan kepada Prof di atas ucapan aluan sebentar tadi.
Penyampaian Hadiah

Kini tibalah masanya untuk acara penyampaian hadiah buat graduan-graduan FKK
yang cemerlang.

Diumumkan, graduan terbaik FKK bagi Program EH220 ialah ???

Seterusnya Saudara…..

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.

Ucapan Wakil Pelajar

Sebelum memulakan majlis makan tengah hari, dijemput Saudara …. untuk


menyampaikan ucapan selaku wakil pelajar.

Terima kasih Saudara…

Jemput Makan

Untuk tidak melengahkan masa lagi, majlis mempersilakan hadirin dan hadirat
sekalian untuk menjamu selera yang disediakan.

Bertamu rai sandakan,


gendang gendut tali kecapi,
sambil menonton kita makan,
persembahan video akan menyerikan.

Sambil menikmati hidangan, beberapa persembahan video akan dipertontonkan


kepada para hadirin sebagai hiburan sampingan.

kalau ada sumur di ladang,


bolehlah kita menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
bolehlah kita berjumpa lagi.

segala kesilapan dan kekurangan daripada pihak penganjur harap dimaafkan.


sekian, wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum w.b.t.

Sesi Fotografi

Di sini terdapat sedikit pengumam.

Para graduan penerima anugerah dijemput untuk ke sesi fotografi bersama


pensyarah-pensyarah di …???

Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai