Anda di halaman 1dari 4

KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.

Terima kasih pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta hadirin
sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk : Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

Nabi Muhammad S.A.W berasal daripada keturunan Bani Hasyim, sebuah kabilah yang
paling mulia dan tinggi darjatnya di kalangan suku Quraisy yang mendominasi masyarakat Arab.
Ayahnya bernama Abdullah bin Abdul Muttalib, yang merupakan seorang pembesar Quraisy yang
besar pengaruhnya. Ibunya pula bernama Aminah binti Wahab dan berasal dari Bani Zuhrah dan
baginda juga merupakan keturunan daripada Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S.

Rasulullah dilahirkan di dalam keluarga yang cukup berpengaruh di tanah Arab. Lahirnya
baginda di kalangan keluarga pilihan adalah asas lahiriah yang kuat, apatah lagi ketika itu masyarakat
masih berpegang kepada semangat Assabiyah yang kuat.

Adapun, tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W juga dikenali sebagai tahun gajah kerana
pada masa itu sebuah peristiwa telah berlaku di Kota Mekah:

(sajak)
Datanglah Abrahah bersama bala tentera
Pasukan bergajah yang sangat gagah
Datang menyerbu kota Mekah
Menghancurkan Ka’abah satu matlamat
Ingin membina empayar jajahannya

Kuasa Allah maha berkuasa


Tentera Abrahah hancur dan musnah
Tatkala burung Ababil melempari tentera bergajah dengan batu-batuan neraka
Manakala Abrahah melarikan diri meniggalkan tenteranya

Firman Allah surah al-Fil ayat 1-5

Sebelum kelahiran Rasulullah, berita tentang akan lahirnya nabi akhir zaman telah pun
menjadi buah mulut di kalangan pendita-pendita agama Samawi yang lain. Berita ini telah tersebar
dengan cepat sekali dan seakan-akan semua sudah tahu dan sedaang menuggu lahirnya insan
istimewa itu. Malah Nabi Isa sendiripun telah mendapat wahyu daripada Allah swt bahawa akan
lahirnya seorang rasul kedunia dan merupakan nabi yang terakhir yang akan memimpin ajaran
sebenar.
Firman Allah surah as-Sof ayat 6:

Maksudnya :” …yang akan datang kemudian daripadaku bernama Ahmad.”

Adapun setelah Abdul Muttalib menikahkan anaknya Abdullah dan Aminah binti Wahab, tidak lama
berkahwin maka mengandunglah si ibu.

Satu hari Aminah bermimpi didatangi seseorang, kemudian berkatalah orang itu kepadanya,
“ Sesungguhnya engkau mengandung pemimpin umat ini. Jika engkau melahirkannyaucapkan. “ aku
meminta perlindungan untuknya kepada Allah yang maha esa dari kebuurukan semua pendengki
dan beri nama dia Muhammad.”

Selama masa kehamilannya, Aminah juga melihat sebuah cahaya memancar dari perutnya.
Dengan cahaya itu ia dapat melihat istana istana Busra di Syam. Kejadian yang menakjubkan ini
menunjukkan bahawa di masa hadapan Muhammad akan diangkat sebagai nabi Allah.

Namun begitu kesedihan melanda keluarga Abdul Muttalib tatkala anaknya Abdullah
meninggal dunia ketika berada di Syam. Lebih-lebih lagi Aminah yang sedang mengandungkan anak
mereka, alangkah sedih pilu hatinya apabila menerima perkabaran tersebut.

Akhirnya,
Masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba
Tanggal 12 Rabiul Awal tahun gajah
Tarikh kelahiran junjungan mulia
Seluruh alam bersyukur dan bergembira
Lahirnya insan yang teristimewa
Membawa kemuliaan dan juga kerahmatan

Dalam masa yang sama berlakulah perkara yang tidak diduga:


Terpadamlah api di biara Majusi
Runtuhnya istana Kisra di Parsi
Dan terpancarnya cahaya putih dari langit yang menerangi kota Mekah
Tanda kelahiran junjungan mulia

Firman Allah surah al-Fath ayat 8:

Maksudnya : Sesungguhnya kami telah mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai seorang rasul yang
menjadi saksi (yang diterima keterangannya); dan sebagai pembawa berita kegembiraan kepada
orang-orang yang beriman serta pemberi amanah kepada orang-orang yang ingkar.
Sebaik sahaja dilahirkan oleh ibunya, baginda lalu dibawa kepada datuknya Abdul Muttalib.
Beliau menyambutnya dengan penuh gembira dan membawanya ke Kaabah untuk memanjatkan
doa kesyukuran kerana telah dikurniakan seorang cucu lelaki. Baginda diberi nama Muhammad yang
telah diilham oleh Allah kepada keluarga baginda. Muhammad bererti orang yang terpuji. Ia adalah
nama yang paling layak untuk Rasulullah.

Orang yang paling gembira manyambut kedatangan Rasulullah adalah bapa saudara baginda
iaitu Umar bin Hashim ataupun Abu Jahal. Sebaik sahaja dilahirkan Abu Jahal terus berlari di
sekeliling kota Mekah untuk memberitahu perkabaran gembira itu. Kerana itulah pada hari kelahiran
nabi, Allah menghentikan seksaan pada Abu Jahal kerana menyambut kelahiran nabi dengan begitu
gembira sekali.

Sungguhpun Muhammad lahir tidak berbeza dengan bayi-bayi, tapi keadaan sekelilingnya
amat luar biasa. Aminah tidak berasa sakit sewaktu melahirkannya. Sambil disaksikan oleh mak
bidan. Muhammad lahir dengan sihat dan selamat.

Biasanya, bayi yang sudah lahir sudah tentu menangis, tetapi Muhammad tidak begitu, dia
diam sahaja. Mak bidan menepuk-nepuk tubuhnya, tapi Muhammad tetap diam. Keadaannya
seperti orang berfikir. Matanya kelihatan bersinar-sinar seperti hendak melihat sesuatu.

“ Luar biasa anakmu ini, dia tidak menangis, tapi matanya liar seolah-olah merenung sesuatu
di atas.” Kata mak bidan. Aminah terbaring, diwajahnya terbayang kegembiraan, bagai mendapat
sebuah gunung emas. “Luar biasa anak ini.” Ulang mak bidan. Sambil membelek-belek tubuh bayi
itu. “ Apa yang luar biasa?” Tanya aminah. “ Biasanya, bayi lahir terlentang, tapi dia tertiarap,
kepalanya mendongak kelangit, jari-jarinya terangkat-angkat seolah-olah mengira sesuatu, matanya
juga merenung ke langit, seolah-olah ada benda yang dipandangnya. Macam dia mengerti sesuatu,
walaupun dia baru dilahirkan.

Kisah keganjilan Muhammad itu diceritakan oleh mak bidan kepada jiran-jirannya. Mereka
turut hairan mendengarkan cerita tu. Sejak Muhammad dilahirkan, keadaan dalam rumah itu tiba-
tiba sahaja berubah. Rumah yang tidak bermaya selama ini, tiba-tiba sahaja berseri-seri dipandang
dan menjadi tumpuan orang ramai.

Pada waktu malam, rumah itu kelihatan terang benderang seperti bulan terang walaupun
adakalanya bulan gelap. Wanita-wanita amat suka ke rumah Aminah, mereka datang berduyun-
duyun untuk melihat Aminah dan anaknya yang baru lahir. Mereka suka melihat bayi itu. Seolah-olah
ada satu tarikan pada tubuhnya.

Ada diantaranya datang berkali-kali, semata-mata mahu melihat Muhammad. Mereka


sayang kepada Muhammad. “ Alangkah gembiranya aku kalau mendapat seorang anak seperti ini.”
Kata di antara wanita yang datang itu.

Kisah keistimewaan Muhammad itu telah tersebar di merata-rata tempat. Orang semakin
ramai yang datang. Malah orang yang tidak kenal dengan Aminah pun turut datang melihat
Muhammad.
Keadaan cuaca juga berseri-seri. Seolah-olah tersenyum menyambut kelahiran Muhammad.
Sekitar kampung kelahirannya begitu meriah. Seolah-olah dia memberi semangat dan cahaya baru
kepada penduduk-penduduk di situ.

“ Budak ini bertuah, boleh jadi dia akan menjadi pemimpin besar di masa akan datang.
Semua orang sukakan kepadanya.” Kata seorang tua sambil menepuk-nepuk tubuhnya. Beberapa
hari selepas kelahiran nabi, baginda disusukan oleh Thuwaibah , hamba perempuan Abu Lahab.
Kemudian Abdul Muttalib mencari perempuan yang bersedia untuk mengambil upah bagi
menyusukannya di kalangan orang Badwi. Begitulah hal orang Arab yang ingin bayi dilahirkan
dibesarkan dalam suasana harmoni dan jauh dari unsur yang tidak baik di kota Mekah.

Allah berfirman dalam surah al-Ahzab:

Ertinya : “ Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.”

Berdasarkan ayat itu tadi dapat kita fahami bahawa Allah telah menurunkan seorang insan
yang mulia untuk melengkapkan akhlak dan iman kita supaya sentiasa tunduk menjunjung perintah
Allah Azzawajalla dalam kehidupan seharian. Kita sebagai seorang Islam wajib mengikut dan
meneladani setiap perbuatan yang ditunjukkan dan dianjurkan oleh Rasulullah sepanjang hayat
baginda.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Anda mungkin juga menyukai