Anda di halaman 1dari 5

Tercipta satu lembaran sejarah

Di tanah suci Kota Mekah


Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam Isnin subuh yang indah


Dua belas Rabiul ’Awal yang cerah
Dua puluh April Tahun Gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah
 

Terima kasih Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru
serta hadirin sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah kisah yang bertajuk: kelahiran
Nabi Muhammad S.A.W

        Nabi Muhammad SAW berasal dari keturunan Bani Hasyim, sebuah kabilah yang
paling mulia dan tinggi darjatnya di kalangan suku Quraisy. Ayahnya bernama Abdullah
bin Abdul Muttalib, merupakan seorang pembesar Quraisy yang besar pengaruhnya.
Ibunya pula bernama Aminah binti Wahab yang berasal dari Bani Zuhrah. Baginda juga
merupakan keturunan daripada Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s.
 
        Adapun, tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW juga dikenali sebagai Tahun Gajah
kerana pada masa itu sebuah peristiwa besar telah berlaku di Kota Mekah.
 
Firman Allah dalam surah al- Fiil ayat 1 hingga 5:

( ‫جِّيل‬ َ ‫) تَرْ ِمي ِهم بِ ِح َج‬3( ‫) َوأَرْ َس َل َعلَ ْي ِه ْم طَ ْيرًا أَبَابِي َل‬2( ‫) أَلَ ْم يَجْ َعلْ َك ْي َدهُ ْم فِي تَضْ لِي ٍل‬1( ‫ب ْالفِي ِل‬
ٍ ‫ار ٍة ِّمن ِس‬ ِ ‫ك بِأَصْ َحا‬ َ ُّ‫أَلَ ْم تَ َر َك ْيفَ فَ َع َل َرب‬
)5( ‫ول‬ٍ ‫ف َّمأْ ُك‬ ٍ ْ‫) فَ َج َعلَهُ ْم َك َعص‬4

Maksudnya: Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Robb-mu telah lakukan kepada


angkatan tentera Gajah? (Yang dipimpin oleh pembawa Gajah, yang hendak
meruntuhkan Kaabah) (1) Bukankah Robb-mu telah menjadikan rancangan jahat mereka
dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? (2) Dan Allah telah menghantarkan
kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan! (3) Yang melontar mereka
dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras! (4) Lalu Allah menjadikan
mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat! (5)
       Sebelum kelahiran Rasulullah, berita tentang akan lahirnya nabi akhir zaman telah
pun menjadi buah mulut di kalangan pendita-pendita agama samawi yang lain. Berita ini
telah tersebar dengan cepat sekali dan seakan-akan semua sudah tahu dan sedang
menunggu lahirnya insan istimewa itu.

Malah Nabi Isa sendiri pun telah mendapat wahyu daripada Allah SWT bahawa
akan lahirnya seorang rasul ke dunia yang merupakan nabi terakhir yang akan memimpin
ajaran sebenar.
 
Firman Allah dalam Surah As-Sof ayat ke 6, yang bermaksud:

” …yang akan datang kemudian daripadaku bernama Ahmad.”

Ada pun setelah Abdul Mutallib menikahkan anaknya Abdullah dan Aminah binti
Wahab, tidak lama berkahwin maka mengandunglah si ibu.

Suatu hari, Aminah bermimpi didatangi seseorang, kemudian berkatalah orang itu
kepadanya, "Sesungguhnya engkau mengandung pemimpin umat ini. Jika engkau
melahirkannya ucapkan, "Aku meminta perlindungan untuknya kepada Allah Yang Maha
Esa dari keburukan semua pendengki, dan beri nama dia Muhammad."

Selama masa kehamilannya, Aminah juga melihat cahaya memancar dari perutnya.


Dengan cahaya itu ia dapat melihat istana-istana Busra di Syam. Kejadian yang
menakjubkan ini menunjukkan bahawa di masa depan, Muhammad akan diangkat sebagai
Nabi Allah.

Akhirnya,
Masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba
Tanggal 12 Rabiul ‘Awal tahun gajah
Tarikh kelahiran junjungan mulia
Seluruh alam bersyukur dan bergembira
Lahirnya insan yang teristimewa
Membawa kemuliaan dan juga kerahmatan.
Dalam masa yang sama berlakulah perkara yang tidak diduga
Terpadamlah api di biara Majusi
Runtuhnya istana kisra di Parsi
Dan terpancarnya cahaya putih dari langit yang menerangi kota Mekah.
Tanda kelahiran junjungan mulia
 
        Sebaik sahaja dilahirkan oleh ibunya, baginda dibawa kepada datuknya Abdul
Muttalib. Beliau menyambutnya dengan penuh gembira dan membawanya ke Ka’abah
untuk memanjatkan doa kesyukuran kerana telah dikurniakan seorang cucu lelaki.

Baginda diberi nama Muhammad yang telah diilhamkan oleh Allah kepada keluarga
baginda. Muhammad bererti orang yang terpuji. Ia adalah nama yang paling layak untuk
Rasulullah.
 
        Sungguhpun Muhammad lahir tidak berbeza dengan bayi-bayi lain, tapi keadaan
sekelilingnya amat luar biasa. Aminah tidak berasa sakit sewaktu melahirkannya. Sambil
disaksikan oleh mak bidan, Muhammad lahir dengan sihat dan selamat.

Biasanya, bayi yang baru lahir sudah tentu menangis, tapi Muhammad tidak
begitu, dia diam sahaja. Mak Bidan menepuk-nepuk tubuhnya, tapi Muhammad tetap
diam. Keadaannya seperti orang berfikir. Matanya kelihatan bersinar-sinar seperti
hendak melihat sesuatu.

        "Luar biasa anakmu ini, dia tidak menangis, tapi matanya liar seolah-olah merenung
sesuatu di atas," kata Mak Bidan. Aminah terbaring, diwajahnya terbayang
kegembiraan, bagai mendapat sebuah gunung emas. 
"Luar biasa anak ini," ulang Mak Bidan, sambil membelek-belek tubuh bayi itu.

"Apa yang luar biasa?” tanya Aminah. "Biasanya, bayi lahir terlentang, tapi dia
tertiarap, kepalanya mendongak kelangit, jari-jarinya terangkat-angkat seolah-oleh
mengira sesuatu, matanya juga merenung ke langit, seolah-oleh ada benda yang
dipandangnya. Macam dia mengerti sesuatu, walaupun dia baru di lahirkan."
 
        Kisah keganjilan Muhammad ini diceritakan oleh Mak Bidan kepada jiran-jirannya.
Mereka turut hairan mendengarkan cerita itu. Sejak Muhammad dilahirkan, keadaan
dalam rumah itu tiba-tiba sahaja berubah. Rumah yang tidak bermaya selama ini, tiba-
tiba sahaja berseri-seri dipandang serta menjadi tumpuan orang ramai.
        Pada waktu malam, rumah itu kelihatan terang benderang seperti bulan terang
walaupun adakalanya bulan gelap. Wanita-wanita amat suka ke rumah Aminah. Mereka
datang berduyun-duyun untuk melihat Aminah dan anaknya yang baru lahir. Mereka
suka melihat bayi itu. Seolah-olah ada satu tarikan pada tubuhnya.

        Ada di antaranya datang berkali-kali, semata-mata mahu melihat Muhammad.


Mereka sayang kepada Muhammad. "Alangkah gembiranya aku kalau mendapat seorang
anak seperti ini," berkata salah seorang wanita yang datang itu.

Kisah keistimewaan Muhammad itu telah tersebar di merata-rata tempat.


Semakin ramai orang yang datang. Malah orang yang tidak kenal dengan Aminah pun
turut datang melihat Muhammad.

Keadaan cuaca juga berseri-seri. Seolah-olah tersenyum menyambut kelahiran


Muhammad. Sekitar kampung tempat kelahirannya begitu meriah. Seolah-olah dia
memberi semangat dan cahaya baru kepada penduduk-penduduk di situ.

         Beberapa hari selepas kelahiran nabi, baginda disusukan oleh Thuwaibah, hamba
perempuan Abu Lahab. Kemudian, Abdul Muttalib mencari perempuan yang bersedia
untuk mengambil upah bagi menyusukannya di kalangan orang Badwi.

Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab:


 
Ertinya:” Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
Yang baik”

Berdasarkan ayat itu tadi, dapat kita fahami bahawa Allah telah menurunkan
seorang insan yang mulia untuk melengkapkan akhlak dan iman kita supaya sentiasa
tunduk menjunjung perintah Allah.

Justeru itu, jelaslah bahawa kita sebagai seorang Islam wajib mengikut dan
meneladani setiap perbuatan yang ditunjukkan dan dianjurkan oleh Rasulullah sepanjang
hayat baginda.
 
Sekian
 
Wabillahi Taufik walhidayah. Assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai