Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t.
Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang tuamu, hanya kepadaKu lah tempat
kembalimu.
Hanya untuk mendidik kita, mereka korbankan jiwa, raga, harta, dan waktu
maka sudah sepatutnya kita menempatkan nereka pada kedudukan yang
semestinya, yakni menghormati dan menyanyangi mereka.
Rasulullah SAW bersabda: Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat
malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu
wahai Rasulullah? Baginda menjawab: seseorang yang mendapati kedua ibu
bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal
memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).
Namun, apa yang berlaku pada hari ini amat menyedihkan. Ibu bapa yang
perlu disayangi, dijaga dan dihormati diperlakukan seperti orang asing, diseksa
hanya kerana tidak mampu memenuhi kehendak nafsu semata. Paling memilukan
hingga ada yang sanggup mebunuh ibubapa tanpa rasa belas.
Bagaimana hal ini boleh terjadi dalam masyarakat kita yang asas agamanya
Islamrenungkan wahai saudara..
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian
Ma Ridhallahu illa fi Ridha-il-walidaini
Ingatlah, sesungguhnya redha Allah terletak pada redha kedua orang tua, dan
kemurkaan Alah ada pada kemurkaan orang tua,(hadis riwayat Tirmidzi)
Islam adalah agama yang sangat menjunjung tinggi ajaran berbakti kepada
kedua orang tua. Bahkan Islam menjadikan berbakti kepada orang tua sebagai
jaminan meraih syurga Allah. Sungguh sangat rugi dan celaka seorang muslim yang
kedua orang tuanya masih hidup namun tidak mampu memuliakan mereka
selayaknya.
Ramai diantara manusia zaman sekarang yang tidak lagi mahu menjaga
orang tuanya, bahkan sampai ada yang mencelakannya atau membunuhnya.
Naudzu billahi min dzalik.
Hadirin sekalian
Mari kita selidiki, antara hal yang kita anggap remeh, namun sebenarnya
mampu mengguris hati kedua ibubapa kita secara tidak langsung. Antaranya,
Pertama, membuat keduanya menangis dan bersedih dengan cara apapun baik
dengan ucapan mahupun perbuatan,