Anda di halaman 1dari 12

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah
sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.

Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam
menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya
tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas.

Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal
nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:

• Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.
• Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim
melalui ilham dan sebagainya.
• Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di
sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap.

Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di sebalik kelahiran baginda
Junjungan Besar s.a.w.

Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak
merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.

Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang
tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada
seluruh umat manusia.

Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah
Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat
supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun
dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang
kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama
Mahmudi.
Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin
Allah.

Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka
sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan
dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan
melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata ``Khabar bahagia untuk saudara, wahai
ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan
dia Ahmad.''

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia
merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir
zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda.
Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.

Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat
dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat
dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya
terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke
langit seperti seorang yang sedang berdoa.

Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah
seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang
akan menghapuskan segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi
dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai
tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami
kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala
jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah
berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada
berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan
mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara
tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam
dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai
tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam
ke dalam tanah.

Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan
dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus
Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi
tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi
baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba
datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.

Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu
dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas
dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya.

hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu
(wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan
tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali
gus sebagai bukti kerasulannya.

Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab
Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.

Build your own FREE website at Tripod.com Share: Facebook | Twitter | Digg | reddit
BAB 4
KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA
DI MAKKAH

Pengenalan:
Tamadun Awal Dunia secara umum terletak di Sungai Tigris, Euphrates, Nil, Hwang Ho, dan Indus.
Berbeza dengan Tamadun Islam . wujud di yempat terpencil di kawasan padang pasir yang panas
dan kering kontang – Hijjaz. Ia berasaskan pemikiran dan ajaran agama – anugerah Allah kepada
manusia. Perkembangan tamadun islam diikuti bersama perkembangan tamadun Parsi dan Rom.

Masyarakat Arab Jahiliyah

Jahiliyah berasal dari perkataan arab jahala – bermaksud jahil dan tidak mengetahui atau tidak
mempunyai ilmu pengetahun.
Masyarakat Jahilioyah – masyarakat arab yang hidup selepas runtuhnya empangan Maarib di Sabak
sehingga turunya wahyu kepada Nabi Muhamad saw. Jangka masa lebih kurang 310 tahun dari
300sm hingga 610sm.
Sebab empangan maarib runtuh : berlaku banjir besar, kelalaian pemimpin sabak untuk
membaikinya.
Kerajaan sabak : 2 peringkat – 950 – 650 sm, 650 – 115 sm. Ekonominya berasaskan pertranian, dan
perdagangan. Pernah diterajui oleh Ratu Balqis.
Dikatakan jahiliyah kerana mereka tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran nabi dan
rasul sebelumnya.
Zaman jahiliyah dianggap zaman kegelapan kerana tidak sembah allah. Keadaannya kucar-kacir
Akhlaknya rendah spt kejam, angkuh, dan degil sebab tiada petunjuk dan pembimbing spt nabi dan
rasul serta kitab suci..

[Atas Halaman ] [Masyarakat Arab Jahiliyah][ Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyah] [Keperibadian
Nabi Muhamad saw][ Kerasulan Nabi Muhamad saw.][Penyebaran Islam di Makkah] [Reaksi
Masyarakat Arab Terhadap Islam] [Penyelesaian masalah oleh Nabi Muhamad saw.]

Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyah.


1. Dua golongan : Arab Badwi dan Arab Hadari. Arab Badwi tinggal di gurun dan pedalaman.
Bahagian Tengah Semenanjung Arab. Arab Hadari – menetap di kawasan pesisiran pantai.
2. Ciri-cirinya dapat dilihat dari aspek agama, ekonomi , kepercayaan, nilai hidup dan sosial.
a. Amalkan perbuatan berzina, berjudi, dan meminum arak.
b. Kedudukan waanita rendah sehingga tidak dapat mewarisi harta pusaka.
c. Menanam bayi perempuan – percaya ia pembawa sial kepada keluarga.
d. Perkahwinan tidak ada peraturan khusus. Lelaki boleh berkahwin dengan seberapa banyak
wanita sekali gus, begitu juga wanita.
e. Aktiviti p[erniagaan berasaskan riba dan penindasan.Lebih pentingkan untung.
f. Merompak kafilah antara punca pencarian. Merompak satu kewajipan dalam kabilah Kafilah –
sekumpulan manusia yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat bertujuan berniaga atau
berpindah.
g. Ekploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin.
h. 4 bentu kepercayaan.
i. Agama wathani – menyembah berhala.
ii. Animisme – memuja alam
iii. Samawi – Kristian dan Yahudi
iv. Kepercayaan – menilik nasib, sihir dan percayai roh orang mati
menjadi burung.
i. Catatan Al Quran ada sebilangan orang yang menganut agama Hanif – Agama yang
disampaikan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail . Penganutnya digelar Hunafa. Antara pengikutnya
ialah Waraqah bin Naufal, Uthman bin Huwarith, Abdullah bin Jahsh, dan Umaiyah bin Abi Saif.
Ada juga yang mencampurkan agama ini dengan amalan jahiliyah. Beransur-ansur hilang setelah
3500 tahun.
j. Amalkan sistem kabilah hidup berpuak dan berkelompok. Dalam kabilah ada suku dan tinggal
dalam sebuah kawasan. Ada identiti dan peraturannya – taasub kepada kabilah masing-masing.
i. Diketuai oleh Sheikh – lambang perpaduan kabilah.
1. Syarat Pelantikan sheikh – Mesti disukai ahli kabilah
2. Dilantik atas persetujuan ramai
3. Berfikiran matang, gagah, berani, dan pandai berpidato
ii. Amalan datangkan kesan.
1. Kemunculan semangat assabiah atau kesukuan yang melampau. –
a. Berpunca dari sistem kabilah yang berasaskan keturunan.
b. Keadaan geografi dan suasana tempat tinggal yang kering kontang.
2. Menjadikan kehidupan kucar-kacir dan persengketaan.
3. Peperangan antara kabilah berlaku. Perang Al-Basua selama 40 tahun – antara Bani Tagrib dan
bani bakar. Sebab berlaku:
a. Tindakan seorang ahli Bani Bakar membunuh ahli Bani Tagrib

[Atas Halaman] [Masyarakat Arab Jahiliyah][ Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyah] [Keperibadian
Nabi Muhamad saw][ Kerasulan Nabi Muhamad saw.][Penyebaran Islam di Makkah] [Reaksi
Masyarakat Arab Terhadap Islam] [Penyelesaian masalah oleh Nabi Muhamad saw.]

Kehidupan Nabi Muhamad saw sebelum menjadi Rasul

Keperibadian Nabi Muhamad saw


1. siddiq ( Berkata Benar)
2. amanah ( dipercayai )
3. Tabliq ( menyampaikan )
4. fatanah ( bijaksana )

1. Mendapat gelaran Al Amin – sentiasa dipercayai dan berkata benar. Kesannya


a. Mendapat kepercayaan Khadijah Khuwailid untuk memberikan modal perniagaan.
b. Menyelesaikan persengketaan di kalangan kabilah Quraish dalam peristiwa Hajar Aswad..
c. Menjadi pemimpin unggul.
2. Ketua keluarga yang patut dicontohi. Sifat pengasih, melayan anak, memasak, menampalkan
pakaian koyak, dan membersihkan rumah. Anak diberikan didikan agama.
3. Penyayang terhadap orang tua dan kanak-kanak, pengampun.
4. Bijaksana dalam menyelesaikan masalah. Cth Perjanjian Hudaibiyah 628M. Walau berat
sebelah tetapi berjaya sebar Islam di Makkah.
5. Ubah nilai masyarakat jahiliyah dengan cara bertahannuth ( mengasingkan diri untuk beribadat)
di gua Hira yg terletak di Jabal Nur kira-kira 6 km dari Mekah..
6. 6 Ogos 610M ( 17 Ramadhan ) turun wahyu pertama. Surah Al- Alaq – menjadi tanda pemisah
Zaman Jahiliyah dengan Zaman Islam. Umur Nabi ketika itu 40 tahun.

[Atas Halaman] [Masyarakat Arab Jahiliyah][ Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyah] [Keperibadian
Nabi Muhamad saw][ Kerasulan Nabi Muhamad saw.][Penyebaran Islam di Makkah] [Reaksi
Masyarakat Arab Terhadap Islam] [Penyelesaian masalah oleh Nabi Muhamad saw.]

Kerasulan Nabi Muhamad saw.

1. Wahyu pertama Surah Al-Alaq ayat 1-5 – memerintah umat Islam membaca. Mula tamadun
Islam yang bersandarkan ilmu.
2. Kepentingan pembacaan dari aspek Ilmu :
a. Pembacaan melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan.
b. Bacaan menggalakkan kajian.
c. Bangsa yang maju ialah bangsa yang berilmu – ilmu hanya wujud jika masyarakat rajin
membaca.
d. Kewujudan dan peningkatan tamadun adalah kerana penguasaan ilmu.
3. Wahyu kedua Surah Al-Muddasir ayat 1 –7. Mengistiharkan Muhamad sebagai rasul dan
mewajibkan Nabi saw menyampaikan kepada masyarakat Arab Jahiliyah.
4. Cara pertama yang dilakukan ialah
a. membetulkan akidah dan kehidupan masyarakatnya.
b. Menggesa meninggalkan amalan yang keji seperi penindasan , pembunuhan dan mencuri.

[Atas Halaman] [Masyarakat Arab Jahiliyah][ Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyah] [Keperibadian
Nabi Muhamad saw][ Kerasulan Nabi Muhamad saw.][Penyebaran Islam di Makkah] [Reaksi
Masyarakat Arab Terhadap Islam] [Penyelesaian masalah oleh Nabi Muhamad saw.]

Penyebaran Islam di Makkah

1. Cara dakwah beperingkat.


a. Secara rahsia
i. Selama 10 tahun di kalangan ahli keluarga, sahabat rapat
dan kaum kerabay baginda.
ii. Antaranya kepada Khadijah Khuwailid, Ali Bin Abi Talib
( 10 Tahun ), Zaid Bin Harithah, anak angkat Nabi, Abu bakar Assiddiq dan beberapa tokoh Qiraisyh
spt Uthman Bin Affan, Zubair bin Awam, Al- Arqam bin Abu Arqam.
iii. Al- Arqam menjadikan rumah sebagi pusat dakwah yang
pertama di Makkah
iv. Nabi menyebarkan melalui keperibadiannya seperti
ketinggian akhlak Nabi, kejujuran para sahabat.
b. Terbuka - apbila mendapat perintah daripada Allah swt.
i. Kepada keluarga Abul Muttalib. Diadakan di rumah Ali
bin Abu Talib. Penentang kuat Abu Lahab , bapa saudara Nabi.
ii. Secara terangan di Bukit Safa. Menerusi wahyu Allah al-
Hijr ayat 94. kepada bani Abdul Muttalib, Zuhrah, Tamim, Makhzum dan Asad.
iii. Berlaku perdebatan terbuka dengan Abu Lahab.-
menghina Nabi saw.

[Atas Halaman] [Masyarakat Arab Jahiliyah][ Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyah] [Keperibadian
Nabi Muhamad saw][ Kerasulan Nabi Muhamad saw.][Penyebaran Islam di Makkah] [Reaksi
Masyarakat Arab Terhadap Islam] [Penyelesaian masalah oleh Nabi Muhamad saw.]

Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam

Peringkat awal tidak ambil tahu kerana hal keluarga. Bila ramai memeluk Islam mula proses
penentangan terhadap Islam. Asasnya reaksi masyarakat Arab dapat dilihat melalui dua unsur:

Penerimaan Terhadap Islam

1. Reaksi positif – kerana dibuat secara rahsia bagi mengelakkan ajaran ini dihancurkan dan
melemahkan penganutnya.
2. Peringkat awal penganut dari kalangan ahli keluarga , para sahabat yang terdekat dan golongan
hamba. Sebab layanan yang sama antara sesama manusia.
3. Sebab penerimaan Islam oleh penganutnya kerana
a. Layanan yang saksama
b. Kemurnian ajarannya.
c. Kebijaksanaan dakwah Nabi saw secara lemah lembut dan berhikmah
d. Seruan tanpa paksaan tetapi memujuk dengan menggunakan akal.
e. Pendekatan yang baik seperti:
i. Membandingkan nilai akhlak jahiliyah dan nilai akhlak
Islam.
ii. Pembacaan ayat suci Al-Quran untuk menjawab soalan
yang dikemukakan
iii. Penerangan dan teladan yang baik.
f. Penyebaran dibuat dengan menanam kekuatan iman. Harta bukan matlamat , tetapi kesabaran
dan pengorbanan
g. Keperibadian Nabi saw yang berakhlak mulia.
h. Nabi saw mempunyai kekuatan mental, fizikal, dan rohani

Penentangan Terhadap Islam

1. Penentangan dilakukan dengan pelbagai cara . Antaranya


a. Dicemuh.
b. Diganggu dalam membuat ibadat. Sebagai cth. Diletakkan benda kotor pada tengkuk baginda
Nabi saw.
c. Cubaan membunuh Nabi.
d. Hamba yang peluk Islam disiksa. Bilal bin Rabah dijerut lehernya oleh Umaiyah bin Khalaf,
Keluarga Yassir dijemur di tengah padang pasir, Isterinya Sumaiyah mati syahid, Amir bin Fuhairah
disiksa dengan kejam sehingga gila dan Zunainah disiksa Abu Lahab sehingga buta.
e. Melalui syair – sering ejek melaluimpuisi.
f. Pujukan dengan menyerahkan wanita cantik dan harta.
g. Pemulauan terhadap Nabi dan keluarga baginda. Pernyataan pemulauan digantungkan di
kaabah. Berjalan selama 3 tahun. Tidak begitu berjaya sebab:
i. Bantuan daripada Abu Talib.
ii. Ada orang Quraish yang tidak mematuhi pemulauan.
iii. Orang Islam yang berkeupayaan membantu. Khadijah serahkan
semua hartanya untuk Islam. Selain Khadijah wanita Islam yang berjuang spt Aisyah dan Ummu
Salamah di Madinah.
h. Bentuk pemulauan orang Quraish:
i. Tidak menjalankan perniagaan dengan keluarga Nabi.
ii. Tidak memberikan sebarang bentuk pertolongan kepada keluarga
Nabi.
iii. Tidak berkahwin dengan anggota keluarga Nabi.
2. Sebab penentangan:
a. Perbezaan kepercayaan dan amalan. Islam berasaskan kepercayaan kepada Allah swt. Jahiliyah
– berhala.
b. Ajaran Islam menyarankan prinsip persamaan , Jahilaiyah tidak.
c. Islam bertunjangkan konsep persaudaraan, Jahiliyah menolak lebih kepada Assabiyah.
d. Amalan dan akhlak yang murni, Jahiliyah banggakan mencuri, merampas harta orang, dan
menindas.
e. Politiknya – Mereka merasakan jika menerima Islam mereka akan tunduk kepada kepimpinan
Nabi. Sebab mereka dari dulu bersaing untuk menjadi ketua.
f. Islam boleh menggugat pengaruh politik kabilah mereka dan menaikkan kabilah bani Qusai /
Hashim.
g. Aspek ekonomi – Islam menggugat dan jejaskan perusahaan ukir patung berhala.

[Atas Halaman] [Masyarakat Arab Jahiliyah][ Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyah] [Keperibadian
Nabi Muhamad saw][ Kerasulan Nabi Muhamad saw.][Penyebaran Islam di Makkah] [Reaksi
Masyarakat Arab Terhadap Islam] [Penyelesaian masalah oleh Nabi Muhamad saw.]

Penyelesaian masalah oleh Nabi Muhamad saw.

1. Penentangan terhadap Islam semakin meningkat setelah kematian Abu talib dan Khadijah. Maka
Nabi mengambil langkah tertentu. Antaranya ialah
a. Hijarh ke Habsyah untuk dapatkan perlindungan.
b. Nabi dan Zaid bin Harithah ke Taif – kurang dapat sambutan.
c. Hijrah ke Madinah pada 622M

[Atas Halaman] [Masyarakat Arab Jahiliyah][ Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyah] [Keperibadian
Nabi Muhamad saw][ Kerasulan Nabi Muhamad saw.][Penyebaran Islam di Makkah] [Reaksi
Masyarakat Arab Terhadap Islam] [Penyelesaian masalah oleh Nabi Muhamad saw.]

Anda mungkin juga menyukai