Anda di halaman 1dari 7

TONGKAT MUKJIZAT NABI MUSA AS.

Bismillahir rahmanir rahim .. Assalamualaikum wbt


Syukran Jazilan kepada tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang duduk di hadapan saya,
arif lagi bijaksana, guru-guru yang saya hormati serta rakan-rakan sekalian. Berdirinya saya di
hadapan ini adalah untuk menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Tongkat mukjizat nabi
Musa
Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian
Nabi Musa dilahirkan ketika Mesir diperintah oleh Raja Firaun yang sangat zalim. Pada
zaman itu, semua anak lelaki yang lahir ke dunia akan dibunuh. Firaun mempercayai ramalan
seorang ahli nujum yang mengatakan bahawa ada seorang bayi lelaki yang bakal menghancurkan
kerajaannya. Hal ini telah disebutkan di dalam al-Quran surah al-Qasas sepotong ayat 4

Maksudnya mereka menyembelih anak-anak lelaki dan membiarkan hidup anak


perempuan mereka,
Peristiwa ini mengajak kita agar tidak membeza-bezakan antara anak lelaki dengan anak
perempuan. Sedangkan setiap anak yang dilahirkan di muka bumi ini adalah anugerah dan
rahmat daripada Allah serta ianya ibarat sehelai kain putih yang suci dan bersih.
Para hadirin yang dirahmati Allah
Ibu Nabi musa bernama Yukabad manakala ayahnya pula bernama Imran yang
merupakan keturunan Nabi Yaakob. Nabi Musa dilahirkan secara bersembunyi kerana takut akan
diketahui kelahirannya. Yukabad tidak menyangka yang dia melahirkan anak lelaki. Selama 3
bulan Yukabad menjaga Nabi Musa, namun Yukabad juga berasa bimbang jika kelahiran anak
lelakinya itu diketahui oleh para askar Firaun. Subhanallah, Allah maha Pengasih, Allah
mengilhamkan kepada Yukabad untuk menghanyutkan Nabi Musa ke sungai Nil di dalam di
sebuah peti besi. Dengan hati yang pilu dan sedih Yukabad melepaskan anaknya itu sambil
berdoa kepada Allah supaya anaknya dilindungi Allah.
Hanyutlah peti besi yang berisi Nabi Musa itu hingga ke sepohon pokok dan dijumpai
oleh para dayang Asiah, isteri kepada Firaun. Lalu mereka membuka peti besi dan mendapati
seorang bayi yang comel. Asiah tertawan sehingga timbul rasa kasih lalu digendongnya Nabi
Musa dan menamakannya Musa yang bermaksud pohon dan air. Begitulah para hadirin, kasihnya

ibu boleh menjamin kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa seorang ibu itu boleh
memberikan kebaikan dan keberkatan dalam hidup kita. Janganlah sesekali kita berlaku jahat
kepada ibu kita.
Para hadirin yang dirahmati Allah
Benarlah Allah melakukan sesuatu mengikut IradatNya. Siapa sangka, bayi yang
diramalkan menghancurkan kerajaan Raja Firaun, telah menjadi anak angkat kepada Raja Firaun.
Nabi Musa dibesarkan di istana bagaikan menatang minyak yang penuh. Walaupun Firaun tidak
menyukai Musa namun demi kasih kepada isterinya Asiah, Nabi Musa disayang seperti anak
sendiri. Namun terjadi satu peristiwa yang menyebabkan kemurkaan Raja Firaun terhadap Nabi
Musa. Berlaku pergaduhan antara dua orang lelaki dari kaum raja Firaun. Nabi Musa datang
meleraikan pergaduhan malangnya, hanya kerana satu tumbukan daripada Nabi Musa, Fatun
jatuh ke tanah lalu meninggal dunia. Hal ini menyebabkan Raja Firaun marah dan menitahkan
askarnya untuk menangkap Nabi Musa. Namun begitu, nabi Musa Berjaya melarikan diri ke
negeri Madyan. Para hadirin, peristiwa itu tadi mengajar kita agar sentiasa berhati hati dalam
membuat keputusan mahupun tingkah laku. Silap langkah pasti mengundang padah. Jangan kita
terlalu ikutkan perasaan sebaliknya kita harus mengawal kemarahan kita agar tidak menyesal
kelak.
Para hadirin yang dikasihi Allah
Setelah bertahun lamanya Nabi Musa meninggalkan Mesir, Nabi Musa teringatkan
keluarganya, lalu pergi ke Mesir bersama isterinya. Apabila sampai di Bukit Tursina, baginda
terdengar suara seruan yang datang dari sebatang pohon kayu. Seperti firman Allah dalam Surah
Toha ayat 12 yang bermaksud sesungguhnya aku ini adalah Tuhanmu, maka tanggalkanlah
kedua terompahmu. Sesungguhnya kamu berada di Lembah Tuwa yang suci.
Inilah wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Musa a.s sebagai tanda kenabiannya.
Baginda juga telah diangkat menjadi Rasul dan dikurniakan 2 Mukjizat. Allah juga
memerintahkan Nabi Musa untuk berdakwah kepada Raja Firaun. Sebagai pengajarannya, kita
hendaklah sentiasa mempercayai kekuasaan Allah dan sentiasa beriman kepadaNya hingga hari
akhirat.
para hadirin yang dirahmati Allah
Nabi Musa dan Nabi Harun berjumpa Firaun di istana untuk berdakwah. Maka berlakulah
perdebatan di antara nabi Musa dengan Firaun. Nabi Musa menyeru Firaun untuk beriman

kepada Allah, lalu Firaun mencabarnya untuk melihatkan bukti-bukti kebenaran ajaran Allah.
Nabi Musa menerima cabaran itu, lalu melemparkan tongkatnya ke lantai lalu menjelmalah
seekor ular yang besar menghala ke arah Firaun hingga menyebabkan dia lari ketakutan. Setelah
takutnya reda, Firaun menyuruh Nabi Musa menunjukkan lagi bukti yang lain. Nabi Musa
menyeluk sakunya lalu mengeluarkan tangannya yang bercahaya hingga kilauannya itu menyilau
pandangan mata para hadirin. Raja Firaun tetap tidak berpuas hati, lalu firaun memerintahkan
ketua Ahli sihirnya yang hebat iaitu Haman untuk mencabar Nabi Musa As. Peristiwa ini ada di
ceritakan di dalam al-Quran surah asy-syuraa ayat 38 yang berbunyi

Maksudnya lalu dikumpulkanlah para sihir pada waktu (ditetapkan) pada hari yang
ditetapkan.
Seluruh ahli sihir datang untuk menewaskan mukjizat Nabi Musa. Para sihir itu
membawa peralatan masing-masing seperti tongkat dan tali. Raja Firaun menitahkan kesemua
para sihir itu untuk melemparkan tongkat dan tali ke lantai, lalu berubah menjadi ular-ular yang
kecil. Maka Nabi Musa melemparkan tongkat itu , dengan izin Allah maka muncullah seekor ular
yang besar menelan kesemua ular-ular kecil tersebut. Melihat akan mukjizat itu, para sihir itu
pun beriman kepada Allah. Para hadirin yakinlah kepada mukjizat para Nabi. Mukjizat tidak
sama dengan silap mata ataupun sihir yang ditunjukkan kepada kita pada zaman ini. Amalan sihir
ini adalah sama seperti mensyirikkan Allah. Segala bantuan hendaklah kita memohon kepada
Allah.
Para hadirin yang dikasihi Allah
Kemenangan Nabi Musa itu, menyebabkan ramai kaum bani Israil beriman kepada Allah
dan mengikuti ajaran Nabi Musa. Raja Firaun bertambah marah dan semakin menindas mereka
yang menerima ajaran Nabi Musa. Keadaan ini menyebabkan mereka mendesak kepada nabi
musa agar berdoa kepada Allah. Lalu Nabi Musa berdoa kepada Allah memohon agar segala
kekayaan dan harta benda raja Firaun dan kaumnya itu dimusnahkan dan dihancurkan.
Allah memperkenankan doa Nabi Musa itu, maka turunlah bala dari langit. Kerajaan
firaun dilanda krisis kewangan dan makanan. Setelah itu, berlaku pula banjir besar yang
memusnahkan harta benda mereka. Bak kata pepatah sudah jatuh ditimpa tangga. Satu persatu
bala diturunkan, wabak penyakit, kutu-kutu dan katak-katak menganggu ketenteraman dan

kenikmatan hidup mereka. Tanpa segan silu, mereka datang berjumpa Nabi Musa untuk
memohon pertolongan. Apabila Nabi Musa memohon pertolongan daripada Allah swt, maka
keadaan kemabli pulih seperti sediakala. Namun keinsafan kaum firaun itu hanya sementara.
Mereka kembali menyiksa kaum yang beriman kepada ajaran Nabi Musa. Para hadirin sekalian,
janganlah kita berasa bongkak dan sombong di muka bumi ini, segala kekayaan dan nikmat yang
kita perolehi adalah datangnya daripada Allah. Janganlah kita menjadi seperti kaum firaun yang
tidak tahu mensyukuri nikmat Allah walaupun telah diberikan pengajaran. Perbuatan ini adalah
terkutuk dan boleh digolongkan sebagai orang yang kufur.
Para hadirin yang dirahmati Allah
Kerana tersiksa mereka berpindah
Ke baitulmaqdis jalan bersembunyi
Berjalanlah mereka di waktu malam
Melarikan diri dari firaun yang zalim
Laut merah terbentang luas
Hanya Allah maha Berkuasa
Tongkat mukjizat membelah laut
Menyeberanglah mereka dengan selamat
Raja Firaun berfikir jalan itu adalah selamat buat mereka. Dengan angkuhnya, Raja Firaun

dan bala tenteranya menyeberangi lautan yang terbelah itu. Ketika meraka berada ditengahtengah lautan terbelah itu, Allah menutup belahan itu lalu lemaslah mereka di perut laut itu.
Maka berakhirlah riwayat raja Firaun yang kononnya mengaku dirinya tuhan dan hebat dari
segala-galanya. Di dalam surah al-Mukmin ayat 39 Allah berfirman yang bermaksud barang
siapa yang melakukan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalas melainkan setanding
dengan kejahatannya
Para hadirin, janganlah sesekali kita melakukan kejahatan di dalam kehidupan kita. Setiap
perbuatan kita akan dibalas mengikut amalan dan perbuatan kita. Namun begitu, janganlah pula
kejahatan itu dibalas dengan kejahatan, bersabarlah sesungguhnya kesabaran itu adalah cagaran
hadiah kebahagiaan dalam perjuangan. Sekian sahaja cerita saya.. wabillahi taufiq walhidayah
wasaalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh

SITI HAJAR BONDA NABI ISMAI


Bismillahir rahmanir rahim .. Assalamualaikum wbt
Syukran Jazilan kepada tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang duduk di hadapan saya,
arif lagi bijaksana, guru-guru yang saya hormati serta rakan-rakan sekalian.
Ibu mithali Ibu sejati
Tonggak pada keluarga bahagia

nasyid

Para hadirin ..
Di dalam islam ada banyak cerita tentang ibu mithali. Hari ini saya ingin bercerita
tentang siti Hajar bonda Nabi Ismail. Siti Hajar adalah isteri kedua kepada Nabi Ibrahim. Isteri
pertama nabi Ibrahim adalah siti sarah. Walaupun sudah lama mendirikan rumahtangga namun
mereka tidak dikurniakan zuriat. Oleh itu siti sarah mencadangkan kepada nabi Ibrahim agar
berkahwin dengan siti Hajar yang merupakan hamba mereka. Biarpun hidup bermadu namun siti
hajar dan siti sarah, hidup berbaik baik dengan antara satu sama lain. Nabi Ibrahim selalu berdoa
kepada Allah supaya dikurniakan anak yang soleh. Hal ini telah disebutkan dalam sepotong ayat
daripada surah as shaafat ayat 100 yang berbunyi
Auzubillahi minas syaitanir rojim
Robbi hablii minas solihin .. sodakallahu aziim
Maksudnya : Ya Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak-anak yang soleh
Sesungguhnya peristiwa ini mengajak kita untuk hidup berkasih sayang antara satu sama lain.
Walaupun berbeza taraf kita haruslah mengasihi dan melayan orang dengan baik. Tidak seperti
hari ini, kebanyakan orang kita suka bergaduh dan tidak menghormati antara satu sama yang
lain.
Hadirin yang dirahmati Allah
Dengan takdir Allah, siti Hajar pun mengandung. Berita ini menggembirakan hati Nabi
Ibrahim dan siti sarah yang sudah lama menginginkan zuriat. Sejak siti Hajar mengandung, kasih
sayang dan perhatian Nabi Ibrahim diberikan kepada siti Hajar. Hal ini menyebabkan siti sarah
cemburu kepada siti Hajar. Disebabkan cemburu siti sarah itu, Allah memerintahkan nabi
Ibrahim agar membawa siti Hajar ke suatu lembah yang jauh dari rumah mereka. Walaupun siti
Hajar tidak merelakan, namun Nabi Ibrahim memujuknya mengatakan itu adalah perintah
daripada Allah. Akhirnya siti Hajar redha dan menerima perintah Allah itu dengan hati yang
berat. Lalu berhijrahlah siti Hajar ke satu lembah yang kering kontang. Walaupun siti hajar

berasa takut dan sedih namun beliau redha akan perintah Allah yang diturunkan kepadanya.
Biarpun jauh dari suaminya, namun siti Hajar tetap setia dengan suaminya. ni menunjukkan
betapa taatnya siti Hajar kepada suaminya dan perintah Allah. Berbanding zaman sekarang,
acapkali kita mendengar di halwa telinga kita ini kes-kes kecurangan isteri kepada suami atapun
sebaliknya. Masya Allah hebatnya keimanan umat islam di zaman terdahulu. Marilah kita samasama mencontohi ketaatan siti Hajar ini.
Para hadirin yang dirahmati Allah
Tinggal sendiri tidak berteman
Hanya tawakkal kepada Allah
Melahirkan anak tiada berteman
Nabi Ismail Nabi Mulia
Keimanan teruji sekali lagi
Susunya kering habis bekalan
Meraunglah Hajar pilunya hati
Mengenang Ismail menangis kehausan
Maka berusahalah siti Hajar untuk mendapatkan seteguk air. Hinggakan fatamorgana
disangkakan air, berlarilah beliau berulang alik sebanyak tujuh kali antara bukit safa dan bukit
marwa untuk mencari sumber air. Allah Maha berkuasa, ketika Nabi Ismail menangis kehausan
sambil menghentak hentakkan kakinya, keluarlah mata air di bawah tolakkan tumit Nabi Ismail.
Siti hajar terkejut dan bergembira sambil mengambil air itu dan berkata zam zam yang
bermaksud berkumpullah, berkumpullah. Rasa bersyukur kepada Allah, anaknya yang kehausan
diberikan minum air tersebut. Itulah dia para hadirin, mata air yang mengalir di bawah tumit kaki
nabi ismail itulah air zam zam yang hingga ke hari ini tidak pernah kering airnya. Air zam zam
itulah menjadi punca wujudnya kota mekah yang menjadi kota makmur dan didatangi oleh
ribuan umat islam untuk menunaikan haji dan umrah. Peristiwa ini mengajak kita untuk tidak
hanya mengharapkan sesuatu tanpa berusaha. Walaupun penat siti Hajar sanggup berlari lari
sebanyak tujuh kali untuk mendapatkan air. Sungguh kasih ibu hingga ke syurga. Pengorbanan
siti Hajar itu patut dijadikan panduan kepada setiap ibu agar sentiasa berusaha untuk anaknya.
Namun cukup menyedihkan apabila zaman ini, kita sering mendengar di corong-corong radio
dan di kaca tv, kes mengabaikan, mendera dan membuang anak. Nauzubillahi min zalik.

Para hadirin yang dirahmati Allah


Nabi Ibrahim terasa rindu
Sekian lama tidak bertemu
Di dakap di peluk anakanda tercinta
Tanah gersang makmur jadinya.
Sekali lagi Allah swt menguji siti Hajar. Allah menurunkan wahyu untuk memerintahkan nabi
Ismail disembelih. Walaupun berat rasa hati siti Hajar, namun demi ketaatannya kepada Allah,
beliau redha akan perintah itu. Saat itu, datanglah iblis menghasut siti Hajar dengan mengatakan
bahawa Nabi Ibrahim membunuh anaknya Nabi Ismail. Namun hasutan itu tidak dapat melawan
ketaatan siti Hajar kepada Allah. Malah perintah itu, menambahkan lagi keimanan siti hajar.
Maiti hajar. Masya Allah, semoga kita punyai keimanan yang kuat seperti ibu mithali ini. Nabi
Ismail pula turut redha menerima perintah daripada Allah swt. Masya Allah begitulah kuatnya
didikan siti Hajar hinggakann anaknya pun redha dengan perintah Allah.
Namun perintah itu hanyalah dugaan keimanan Nabi Ibrahim semata mata. Di saat Nabi
Ibrahim hendak menyembelih Nabi ismail ternyata Allah telah menyuruh nabi Ibrahim
menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas. Legalah hati siibu dan siayah mendengar
perintah Allah itu. Para hadirin, agak2nya lah.. adakah kita mampu menghadapi dugaan seperti
ini? Sabarkah kita menempuhi cabaran. Semoga kita tergolong di dalam golongan hamba Allah
yang tabah dan mempunyai keimanan yang tinggi seperti siti Hajar, Nabi Ismail dan Nabi
Ibrahim.

Sekian sahaja cerita saya.. wabillahi taufiq walhidayah wasalamualaikum

warhamatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai