Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum w.b.

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,
seterusnya hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Diceritakan oleh, para sejarawan


Nabi Yunus ditelan ikan,
Menyeru Ninawa untuk beriman,
Itulah cerita pembuka kalam.

Nabi Yunus ialah anak kepada Matta bin Matan, Raj’am bin Malik Itasyan bin Sulaiman
bin Daud. Baginda berketurunan Bani Israil dan dikenali dengan nama Matan bin Amtai.
Nabi Yunus adalah seorang pemuda yang soleh dan beriman kepada Allah. Ketika
berumur 30 tahun baginda diutus menjadi rasul untuk menyeru penduduk negeri
bernama ’Ninawa’ yang menyembah berhala.Tetapi mereka tetap engkar dan tidak
beriman kepada Allah.

Yunus menyeru pada kaumnya,


Beriman kepada Allah yang Esa,
Kaumnya engkar dan juga alpa,
Baginda tidak berputus asa.

”Wahai kaumku... kembalilah kamu kepada Allah yang benar. Sesungguhnya


kemewahan itu melalaikan kamu.” Namun mereka tetap menolak lalu berkata ” Ini
adalah tuhan kami dan kami tetap tidak akan berganjak dari meninggalkan agama
kami”.

Nabi Yunus berdakwah kepada mereka selama 23 tahun. Hanya dua orang sahaja
yang menerima dakwahnya. Allah mewahyukan kepada baginda agar terus berdakwah
selama 40 hari lagi, dan selepas itu Allah akan menurunkan azab kepada mereka. Oleh
kerana tidak tahan dengan kerenah kaumnya ,Nabi Yunus hanya berdakwah selama 33
hari sahaja. Lalu ia meninggalkan Ninawa dengan marah dan memohon kepada Allah
supaya menurunkan azab kepada kaumnya.

1
Pilunya hati tidak terkira,
Membawa diri dalam derita,
Kerana ajaran tidak diterima,
Tinggallah kaumnya dalam sengsara.

firman Allah dalam surah Al-Anbiya:87

Yang bermaksud,
“Ketika dia pergi dalam keadaan marah.”

kawan-kawan sekalian,

Pengajarannya ialah seseorang yang berdakwah ke jalan Allah tidak boleh kecewa dan
berputus asa bila dakwahnya tidak diterima. kita perlu tabah dan sabar walaupun
menghadapi pelbagai cemuhan dan dugaan. Contohnya para ulama kita yang sentiasa
terus berdakwah walaupun ada tentangan dan halangan.

Nabi Yunus berjalan tanpa arah dan tujuan. Baginda berjalan siang dan malam.
Akhirnya baginda sampai di tepi pantai dan menumpang sebuah kapal yang telah sarat
dengan penumpang.

Seperti firman Allah dalam surah Ash-Shaffat ayat 140 :

Maksudnya : ”Ketika dia lari ke kapal yang penuh dengan muatan”

Sepeninggalan Nabi Yunus, penduduk Ninawa mulai melihat hukuman Allah membawa
kehancuran dan kebinasaan.

Dalam keadaan panik dan ketakutan itu, segeralah mereka menyatakan taubat dan
memohon ampun atas segala perbuatan mereka.

Untuk menebus dosa, mereka keluar dari kota dan menangis memohon ampun dan
rahmat Allah agar dihindarkan dari bencana azab dan seksaan-Nya. Dengan itu, Allah
menurunkan rahmat-Nya kepada mereka. Udara gelap yang meliputi Ninawa menjadi
terang dan tenang. Kemudian kembalilah orang-orang itu kerumah masing-masing
dengan penuh rasa gembira dan syukur kepada Allah.

2
kawan-kawan sekalian,

Adapun tentang keadaan Nabi Yunus Setibanya ditengah lautan, kapal tersebut
dipukul ombak yang besar dan angin kencang menyebabkan ia hampir karam. Untuk
mengelakkan kapal tengelam, pemilik kapal terpaksa membuang salah seorang
penumpang dengan mengadakan pengundian.Termasuk dalam undian itu ialah Nabi
Yunus.

Seperti dalam firman Allah dalam surah Ash-Shaffat ayat 141 :

Maksudnya : ”Lalu dia termasuk orang-orang yang kalah”.

Nabi Yunus tahu itu, adalah balasan dari Allah kepadanya kerana meninggalkan
kaumnya tanpa izin dari Allah. Dengan berserah diri kepada Allah baginda terjun ke
dalam laut. Pengajarannya, Allah akan memberi balasan kepada siapa saja tidak
mengira pangkat ataupun keturunan. Sesiapa yang bersalah akan mendapat balasan di
dunia dan di akhirat.

Nabi Yunus ditengah Lautan,


Datang sesalan demi sesalan,
Kepada Allah pohon keampunan,
Semoga selamat dalam kegelapan.

Allah pun mewahyukan seekor ikan Nun untuk menelan Nabi Yunus hidup-hidup. Maka
ikan Nun itu pun menelan Nabi Yunus dan menyimpannya dalam perut tanpa cacat
celanya. Nabi Yunus berada di dalam kegelapan di dalam perut ikan. Lalu baginda pun
berdoa

seperti firman Allah dalam Surah Al- Anbiyak ayat 87 :

Maksudnya : ”Tiada Tuhan yang berhak disembah hanyalah Engkau Ya Allah, Maha
suci Engkau, Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim”.

Nabi Yunus nabi yang mulia,


Siang dan malam tetap berdoa,
Pohon keampunan pada yang Esa,
Allah mendengar segala rayuannya.

Akhirnya Allah memakbulkan doa Nabi Yunus dan mengilhamkan kepada ikan itu
supaya memuntahkan baginda ditepi pantai. Dengan itu , baginda telah terkeluar dari
perut ikan dan terdampar ditepi pantai dalam keadaan lemah dan uzur setelah tiga hari
tiga malam di dalam perut ikan.

3
Seperti Firman Allah dalam surah Al-Anbiyak ayat 88 :

Maksudnya : ” Dan demikianlah kami selamatkan orang-orang yang beriman”.

Allah akan sentiasa menolong orang yang beriman dan sentiasa mengingati Nya. Di
tempat Nabi Yunus dilemparkan, Allah telah menghidupkan pokok labu yang
membolehkan baginda bernaung dan buahnya boleh dimakan. Akhirnya Nabi Yunus
kembali segar dan bertenaga. Setelah itu, Allah memerintahkan Nabi Yunus untuk
kembali kepada penduduk Ninawa yang telah beriman kepada Allah SWT. Bersama
merekalah Nabi Yunus hidup aman dan sejahtera.

Indah sungguh kalamMu tuhan,


Seindah embun dipagi hari,
Kisah Yunus jadi panduan,
Buat ingatan di sanubari.

wabillahi taufid wal hidayah wassalamualikum w.b.t

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai