Anda di halaman 1dari 3

KISAH NABI YUNUS DITELAN IKAN NUN.

Assalamualaikum wbt.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, gabungan panel hakim yang arif lagi bijaksana, para
hadirin dan rakan-rakan yang dirahmati Allah SWT sekelian.
Assalamualaikum wbt.
Jika mengail si anak ikan
Jangan lupa membawa teman
Kisah Nabi Yunus saya persembahkan
Semoga ia menjadi pedoman. (pantun)
Nabi Yunus ialah anak kepada Matta bin Matan yang berketurunan Bani Israil.
Baginda adalah seorang pemuda yang beriman kepada Allah. Baginda diutus menjadi rasul
untuk menyeru penduduk negeri bernama Ninawa yang menyembah berhala supaya
beriman kepada Allah SWT.
Yunus menyeru pada kaumnya,
Beriman kepada Allah yang Esa,
Kaumnya engkar dan juga alpa,
Baginda tidak berputus asa. (pantun)
Nabi Yunus berkata : “Wahai kaumku, kembalilah kamu kepada Allah yang benar.
Sesungguhnya kemewahan itu melalaikan kamu.”
Tetapi mereka tetap menolak lalu berkata : Ini adalah tuhan kami dan kami tetap tidak akan
berganjak dari meninggalkan agama kami”.
Ya rakan-rakan, kita tidak tidak boleh sesekali berputus asa dan hendaklah terus
berusaha. Kita pernah dikejutkan dengan berita murid yang mengantung dirinya hanya
kerana gagal dalam peperiksaan UPSR. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis
qudsi :

  ‫وال تيأس من رحمة هللا‬


Maksudnya : Janganlah kamu perputus asa dari rahmat Allah.
Nabi Yunus berdakwah 23 tahun tetapi hanya dua orang yang menerima
dakwahnya. Allah mewahyukan kepada baginda agar terus berdakwah selama 40 hari lagi,
dan selepas itu Allah akan menurunkan azab kepada mereka. Oleh kerana tidak tahan
dengan kerenah kaumnya ,Nabi Yunus hanya berdakwah selama 33 hari sahaja kemudian
meninggalkan kaumnya yang dalam kesesatan.
Ya rakan-rakan, kita hendaklah terus berusaha berdakwah kepada Allah SWT
seperti ulama-ulama hari ini yang gigih menyampaikan ilmu dan dakwah dengan pelbagai
cara.

1
Nabi Yunus berjalan tanpa arah dan tujuan siang dan malam. Akhirnya Baginda
sampai di tepi pantai dan menumpang sebuah kapal yang telah sarat dengan penumpang.
Seperti firman Allah dalam surah as-Soffat ayat 140 :

Maksudnya : ”Ketika dia lari ke kapal yang penuh dengan muatan”


Setibanya ditengah lautan, kapal tersebut dipukul ombak yang besar dan angin
kencang menyebabkan ia hampir karam. Untuk mengelakkan kapal tengelam, pemilik kapal
terpaksa membuang salah seorang penumpang dengan mengadakan undian dan Nabi
Yunus telah diundi untuk meninggalkan kapal itu. Seperti firman Allah dalam surah As-Soffat
ayat 141 :

Maksudnya : “Dia turut mrngundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah”.
Nabi Yunus tahu, itu adalah balasan dari Allah kepadanya kerana meninggalkan
kaumnya. Dengan berserah diri kepada Allah baginda terjun ke dalam laut.
Ya rakan-rakan, balasan Allah SWT tidak mengira pangkat dan kedudukan
seseorang. Gempa bumi yang berlaku seperti di Indonesia dan tsunami di Jepun
memusnahkan tidak kira negara itu maju atau mundur dan meragut nyawa, yang beriman
mahupun ingkar.
Nabi Yunus ditengah Lautan,
Datang sesalan demi sesalan,
Kepada Allah pohon keampunan,
Semoga selamat dalam kegelapan. (syair)
Ketika Nabi Yunus hanyut dilambung ombak, Allah SWT mewahyukan seekor ikan
Nun untuk menelan Baginda dan menyimpannya dalam perut tanpa mencederakannya. Lalu
baginda pun berdoa seperti firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya ayat 87 :

Maksudnya : “Tiada Tuhan yang berhak disembah hanyalah Engkau Ya Allah, Maha suci
Engkau, Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim”.
Ya rakan-rakan, jika kita dalam kesusahan, berdoa dan mintalah keampunan
daripada Allah SWT. Program Indahnya Iman di TV Astro sangat bermanfaat kerana
mengajar kita berdoa dan berzikir kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan senang
ataupun susah.

2
Nabi Yunus nabi yang mulia,
Siang dan malam tetap berdoa,
Pohon keampunan pada yang Esa,
Allah mendengar segala rayuannya. (nasyid)

Allah SWT yang memakbulkan doa Nabi Yunus dan mengilhamkan kepada ikan itu
supaya memuntahkan baginda ditepi pantai. Baginda telah terkeluar dari perut ikan dan
terdampar ditepi pantai dalam keadaan lemah dan uzur setelah tiga hari tiga malam di
dalamnya. Firman Allah dalam surah al-Anbiya ayat 88 :

Maksudnya : ” Dan demikianlah kami selamatkan orang-orang yang beriman”.


Allah SWT tidak membiarkan Nabi Yunus begitu sahaja tetapi telah menghidupkan
pokok labu yang membolehkan baginda bernaung dan buahnya boleh dimakan. Akhirnya
Nabi Yunus kembali segar dan bertenaga. Setelah itu, Allah memerintahkan Nabi Yunus
untuk kembali kepada penduduk Ninawa yang telah beriman kepada Allah SWT dan hidup
dengan aman dan sejahtera.
Inilah kisah penuh pengajaran,
Janganlah gentar hadapi ujian,
Kuasa Allah tiada batasan,
Sabar dan tabah asas kejayaan. (pantun)

Sekian, Wabillahi Taufiq Wal Hidayah, Wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai