Anda di halaman 1dari 1

SIPNOSIS NABI YUNUS A.

S DAN KEINSAFAN PENDUDUK NINUNI

Penduduk Ninuni menyembah berhala dan Nabi Yunus datang membawa agama
baharu iaitu agama Islam. Baginda mengatakan patung-patung berhala yang disembah tidak
berkuasa dan hanyalah Allah s.w.t yang berkuasa. Namun penduduk Ninuni tidak dapat
menerima agama yang dibawa Nabi Yunus dan menentangnya. Walaupun baginda
diperlakukan dengan buruk namun beliau tetap bersabar.
Penduduk Ninuni terus menyembah berhala dan mengejek Nabi yunus dan
membuatkan baginda memberi amaran bahawa sekiranya penduduk Ninuni tetap berdegil
mereka akan ditimpa bencana oleh Allah.S.W.T.
Kedegilan dan kesombongan Penduduk Ninuni menyebabkan Nabi Yunus mengalah
dan keluar dari negeri tersebut. Allah S.W.T menurunkan seksaan kepada Penduduk Ninuni
dengan menjadikan hawa terlalu panas walaupun mereka telah berlindung didalam gua.
Penduduk Ninuni menyesal dan bertaubat kepada Allah. SWT dan taubat mereka diterima
oleh Allah SWT.
Nabi Yunus meninggalkan kaumnya dengan menaikki sebuah kapal sehingga ke
tengah lautan. Apabila di tengah lautan kapal tersebut terumbang ambing dipukul ribut.
Nakhoda kapal perlu meringankan beban muatan kapal tersebut dengan mencampak salah
seorang penumpang. Nabi yunus dipilih secara undian sebanyak 3 kali berturut-turut. Hal ini
menyebabkan baginda menyedari perkara tersebut merupakan kehendak Allah SWT sebagai
hukuman kepada beliau kerana meninggalkan kaumnya sehingga menerima seksaan Allah
SWT.
Sebaik dicampak ke laut, baginda di telan oleh ikan yang sangat besar iaitu ikan paus.
Baginda berada didalam perut ikan paus selama tiga hari tiga malam. Baginda berdoa kepada
Allah SWT supaya diampunkan dosa baginda dan Allah SWT menerima taubat baginda.
Ikan tersebut memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai dalam keadaan yang lemah
kerana tidak makan dan minum. Dengan kuasa Allah SWT tumbuh sepohon pokok yang
rendang dan berbuah lebat untuk dijadikan tempat berteduh dan sumber makanan kepada
Nabi Yunus.
Nabi Yunus A.S pulang ke kampung menemui kaum baginda dengan perintah Allah.
Baginda disambut dengan gembira oleh Penduduk Ninuni. Baginda hidup aman damai
bersama kaumnya selama 40 tahun.

Anda mungkin juga menyukai