Anda di halaman 1dari 1

NAMA : HASLINDA BINTI KHALID

TAJUK BUKU : LANGIT ILAHI 2: KEMBARA HAMBA MENCARI CAHAYA

PENULIS : HILAL ASYRAF

SINOPSIS

Siri kedua Langit Ilahi ini mengumpulkan 60 tazkirah ringkas berkisarkan isu-isu yang berlegar di sekeliling
kita. Penulis menyentuh soal hubungan sesama manusia yang dapat mencipta hubungan yang lebih erat dengan
Yang Maha Pencipta, Allah SWT. Isu kekeluargaan juga dikaitkan sebagai pelengkap di dalam aturan
kehidupan manusia di muka bumi. Dengan pengolahan yang santai dan bahasa yang mudah difahami, siri
tazkirah ini sesuai dijadikan bahan bacaan untuk semua peringkat umur. Antara kandungan:
* Berbicara dengan Waktu
* Kelazatan Menjadi HAMBA
* Cinta Sejati Tiada Kecewa dan Putus Asa
* Teguran Tanda Sayang
* Menyembur Api ke Langit?
* Muhasabah Mengejutkan Diri dari alpa
* Tanggungjawab Hamba Hanya Taat

NAMA : HASLINDA BINTI KHALID

TAJUK BUKU : LANGIT ILAHI : TUHAN TIDAK LUPAKAN KITA

PENULIS : HILAL ASYRAF

SINOPSIS

Tiada siapa yang inginkan kehidupan yang sengsara. Mehnah yang ditempuh bagaikan badai yang bisa
membuatkan hati yang rapuh cepat tergugah.

Pernah juga terfikir betapa malangya hidup yang hanya ada derita, seolah-olah bahagia itu tidak mahu singgah
walau seketika. Sesekali mengadu kepada Tuhan, terasa hina dan kerdilnya menumpang di bumi-Nya.
Menghimpunkan siri tazkirah yang disampaikan dalam bentuk penulisan yang bersahaja, buku ini mudah
dihadam dan dihayati satu-persatu. Buku ini mengajak kita untuk kembali meraih kehebatan hamba bersama
Tuhan, Pencipta Yang Maha Agung, kerana kita yakin Tuhan tidak pernah sesekali pun lupakan kita!

Anda mungkin juga menyukai