Anda di halaman 1dari 12

Rokok : Satu Kajian Terhadap Hukum.

1. Hadith

‫ﺳﺘَ َﻮاﺋِ ﱢﻲ ﻋَﻦْ أَﺑِﻲ ﱡ‬


ْ‫اﻟﺰﺑَ ْﯿ ِﺮ ﻋَﻦ‬ ْ ‫َﺎم اﻟ ﱠﺪ‬
ٍ ‫َﺎم ﻋَﻦْ ِھﺸ‬ َ ‫َﺣ ﱠﺪﺛَﻨَﺎ أَﺑُﻮ ﺑَ ْﻜ ِﺮ ْﺑﻦُ أَﺑِﻲ‬
ٍ ‫ﺷ ْﯿﺒَﺔَ َﺣ ﱠﺪﺛَﻨَﺎ َﻛﺜِﯿ ُﺮ ْﺑﻦُ ِھﺸ‬
‫َﺟﺎﺑِ ٍﺮ ﻗَﺎ َل‬
‫ﺎﺟﺔُ ﻓَﺄ َ َﻛ ْﻠﻨَﺎ ِﻣ ْﻨ َﮭﺎ ﻓَﻘَﺎ َل‬
َ ‫ث ﻓَ َﻐﻠَﺒَ ْﺘ َﻨﺎ ا ْﻟ َﺤ‬ َ َ‫ﺳﻠﱠ َﻢ ﻋَﻦْ أَ ْﻛ ِﻞ ا ْﻟﺒ‬
ِ ‫ﺼ ِﻞ َوا ْﻟ ُﻜ ﱠﺮا‬ َ ‫ﷲُ َﻋﻠَ ْﯿ ِﮫ َو‬ ‫ﺻﻠﱠﻰ ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ‫ﺳﻮ ُل ﱠ‬ ُ ‫ﻧَ َﮭﻰ َر‬
‫ﺲ‬ ِ ْ ُ‫ﺴ ِﺠ َﺪﻧَﺎ ﻓَﺈِنﱠ ا ْﻟ َﻤ َﻼﺋِ َﻜﺔَ ﺗَﺄ َ ﱠذى ِﻣ ﱠﻤﺎ ﯾَﺘَﺄ َ ﱠذى ِﻣ ْﻨﮫ‬
ُ ‫اﻹ ْﻧ‬ ْ ‫َﻣﻦْ أَ َﻛ َﻞ ِﻣﻦْ َھ ِﺬ ِه اﻟﺸ َﱠﺠ َﺮ ِة ا ْﻟ ُﻤ ْﻨﺘِﻨَ ِﺔ ﻓَ َﻼ َﯾ ْﻘ َﺮﺑَﻦﱠ َﻣ‬

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar Bin Abi Syaibah, telah menceritakan kepada kami
Kathir Bin Hisyam daripada Hisyam Al Dastawai, daripada Abi Al Zubair, daripada jabir
berkata:
Rasulullah s.a.w melarang makan bawang merah dan bawang muda. Oleh kerana terpaksa
memakannya lalu kami makan. Kemudian baginda bersabda: Sesiapa yang makan dari pohon
yang tidak sedap ini iaitu berbau busuk maka janganlah dia mendekati masjid kami kerana para
Malaikat juga akan terhidu bau busuk (terganggu)sebagaimana manusia.

2. Takhrij Al Hadith :

Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam kitabnya Sahih Muslim, Kitab Masjid dan
Tempat Solat, bab Larangan orang yang makan bawang putih, bawang merah, bawang muda atau
yang seumpama dengannya yang mempunyai bau busuk dari pergi ke masjid sehinggalah hilang
bau tersebut atau orang itu dikeluarkan dari masjid. Jilid 3 muka surat 188.

3. Fiqh Al Hadith :

Hadith yang diriwayatkan oleh Jabir ini menerangkan bahawa Rasulullah SAW melarang
seseorang yang makan bawang supaya tidak mendekati masjid. Di sini saya datangkan beberapa
hadith lain yang menunjukkan larangan terhadap pemakan bawang daripada mendatangi masjid.
 Hadis riwayat Ibnu Umar ra berkata: Sesungguhnya Rasulullah saw. dalam perang
Khaibar pernah bersabda : Barang siapa yang telah makan buah ini (bawang putih), maka
janganlah ia memasuki masjid. (Sahih Muslim No.870)

 Hadis riwayat Umar bin Khathab ra berkata : Wahai manusia, sungguh kalian suka
makan dua pohon yang menurutku adalah pohon yang jelek, yakni bawang merah dan
bawang putih. Aku menyaksikan sendiri Rasulullah saw. ketika mencium bau dua pohon
itu dari seseorang di masjid, beliau menyuruh orang itu keluar ke Baqi. Barang siapa
yang ingin makan, maka hendaklah dimasak terlebih dahulu. (Shahih Muslim No.879)

Hadith-hadith ini bukanlah menunjukkan larangan memakan buah bawang dan yang seumpama
dengannya, tetapi ia hanyalah larangan (pemakan bawang) daripada mendekati masjid.
Sepertimana peristiwa tatkala dihadirkan kepada Nabi S.A.W. bekas berisi sayur-sayuran dan
biji-bijian hijau lalu baginda mendapati baunya yang tidak sedap. Maka baginda memerintahkan
agar didekatkan kepada para sahabat yang hadir di sisinya. Tatkala orang yang hadir di situ
melihat ketidaksukaan baginda, ia mengira hal itu diharamkan lantas ragu untuk memakannya.
Kemudian baginda memberitahu kepada mereka bahawa makanan itu tidaklah diharamkan dan
ketidaksukaannya bukan bererti kerana ia haram dimakan. Lalu baginda memerintahkan agar
memakannya dan memberitahu kepada mereka bahawa yang mencegahnya daripada
memakannya hanyalah kerana baginda sedang mengadakan hubungan dengan Rabbnya dan
bermunajat di mana tidak seorang pun yang dapat sampai kepada tingkatan itu. Oleh sebab itu,
wajib bagi baginda untuk berada dalam keadaan yang paling baik di kala melakukan ibadah
kepada Rabb SWT.

Hadith yang diriwayatkan oleh Umar juga “Barang siapa yang ingin makan, maka hendaklah
dimasak terlebih dahulu” menjadi dalil bahawa bawang tidak haram untuk di makan.

Imam Nawawi dalam kitabnya Syarah al-Nawawi ‘Ala Muslim juga menyatakan bahawa hadith
ini adalah dalil terhadap larangan pemakan bawang dan yang seumpama dengannya untuk
memasuki masjid kerana ianya adalah tempat para malaikat.
Perlu kita fahami di sini bahawa larangan ini bukan sahaja dikhususkan kepada pemakan bawang
tetapi juga kepada mereka yang makan buah-buahan mahupun ulam yang menghasilkan bau
busuk seperti durian, petai, jering, dan seumpama dengannya.
Larangan ini adalah bertujuan untuk memelihara kesucian dan keharmonian masjid. Islam
menggalakkan umatnya supaya mendatangi masjid dalam keadaan yang bersih, cantik, dan
memakai wangi-wangian. Allah Swt. berfirman :

ْ ‫ﯾَﺎ ﺑَﻨِﻲ آ َد َم ُﺧ ُﺬ‬


‫وا ِزﯾﻨَﺘَ ُﻜ ْﻢ ِﻋﻨ َﺪ ُﻛ ﱢﻞ َﻣ ْﺴ ِﺠ ٍﺪ‬
“Hai anak-anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah setiap (memasuki) masjid”
(Surah al-A’raf: Ayat 31)

Selain dari memelihara kesucian dan keharmonian masjid, ia juga bertujuan untuk mengelakkan
gangguan ketika solat. Di dalam kitab Al-Minhaj Fi Syarhi Sahih Muslim Bab Larangan orang
yang memakan bawang merah, bawang putih, kucai dan sejenisnya menerangkan bahawa orang
yang memakan bawang putih, bawang merah atau juga makanan-makanan lain yang memiliki
bau busuk yang dapat mengganggu kekhusyukan solat, dilarang untuk mendekati masjid
sehingga ia dapat menghilangkan bau yang mengganggu tersebut.

4. Hadits ini mengandungi hukum-hukum seperti berikut :

 Larangan mendatangi masjid-masjid bagi sesiapa yang memakan bawang putih, bawang
merah, dan seumpama dengannya.
 Dapat di kaitkan dengan tembakau yang digunakan oleh para perokok. sesiapa yang
memiliki tabiat merokok, maka tidak boleh menghisapnya ketika pergi ke masjid.
Perlulah ia membersihkan gigi dan mulut sehingga baunya hilang.
 Dimakruhkan memakan benda-benda tersebut bagi sesiapa yang ingin mendirikan solat di
masjid dan barangsiapa yang mejadikan ianya alasan untuk tidak ke masjid maka
hukumnya adalah haram.
 Hikmah larangan ialah supaya malaikat dan juga para jema’ah solat yang lain tidak
terganggu.
 Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan bahawa hokum merokok adalah
haram. Hadith ini antara salah satu dalil pengharamannya.
5. Isu Semasa

Rokok ialah tembakau yang digulung di dalam daun nipah, kertas dan lain-lain lagi1. Rokok juga
adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm. Dengan diameter sekitar
10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah diracik. Rokok dibakar pada salah satu
hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat disedut ke dalam mulut melalui hujung
yang lagi satu2.

Rokok sebagaimana yang kita maklum merupakan sejenis objek yang biasa dalam masyarakat.
Bahkan tidak keterlaluan jika kita katakan anak-anak kecil yang belum mumayyiz pun mengenali
apa itu rokok. Ianya bukan sekadar menjadi bahan hisapan ibarat ‘gula-gula’ kepada golongan
dewasa dan berumur, namun turut menjadi kegilaan anak muda khususnya remaja yang terkenal
dengan tabiat ‘suka mencuba’.

Sungguhpun begitu, berapa ramai dalam masyarakat kita yang prihatin dengan hukum-hukum
kontemporari mengenai rokok? Dan berapa ramai pula yang menyedari dan memegang pendapat
yang kuat dan didokong oleh jumhur ulama’? Oleh yang demikian,‘buah tangan’ ini bertujuan
untuk mengkaji sekian banyak pendapat ulama’ berkenaan rokok & menganalisis pendapat
tersebut berpandukan ayat-ayat Al-Quranul Karim dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W.

6. Hukum Merokok

Harus : Suatu yang tidak mendatangkan bahaya jika melakukannya dan syariat membenarkan
perbuatannya.

Makruh: Syariat melarang melakukannya, tetapi tidak memberatkan larangannya kepada perkara
itu, pelakunya tidak dikenakan siksa sebagaimana yang dikenakan keatas pelaku yang haram.
Jika dilakukan perkara makruh itu sentiasa, maka hukum melakukannya adalah haram.

1
--------, 2005, Kamus Dewan Edisi Empat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, cet. 1, h. 1339.
2
Kertas Kerja Munaqashah Sufi Peringkat Kebangsan, 12-24 Ogos 2004, Anjuran Jabatan Mifti Kerajan Negeri
Sembilan Darul Khusus
Haram: Perkara yang dilarang syariat dengan larangan yang pasti. Sesiapa melanggarnya, akan
disiksa oleh Allah.

Ulama’ silam khilaf dalam menentukan hukum merokok, antaranya ada yang menghukum ianya
harus, makruh dan juga haram.

3
7. Pendapat yang Membolehkannya (Harus)

Pendapat ini mengatakan bahawa hukum rokok menurut syaria’h adalah mubah (boleh),
pendapat ini dinisbahkan kepada Al ‘Alamah Asyeikh Abdul Ghani Annablisi dan Syeikh
Mustafa Assuyuti Arrahbani4. Adapaun dalil dan alasan mereka tentang bolehnya rokok iaitu:

‫اﻷﺻﻞ ﻓﻰ اﻷﺷﯿﺎء اﻟﻤﺒﺎح‬

Asal dari segala sesuatu itu adalah Mubah (boleh) sebelum ada dalil Syari’ah yang jelas
mengharamkannya5.

Bagi golongan ulama yang membolehkan atas dasar ‘asal setiap sesuatu itu adalah harus’.
Hukum ini akan kekal sebagai harus sehingga ada dalil yang mengharamkannya.. Mengenai
rokok, tidak ada dalil yang mengharamkannya. Oleh itu ia kekal hukumnya sebagai harus6.

Mereka mengatakan bahawa orang-orang yang mengatakan rokok itu memabukkan dan
melemahkan adalah tidak benar, kerana mabuk adalah hilangnya akal yang disertai oleh gerakan
tubuh sedangkan hilangnya akal adalah tidakkan sedarkan diri, dan keadaan tersebut tidak
terdapat dan terjadi pada si perokok. Adapun masalah boros dan menghambur-hamburkan wang
bukan hanya dalam hal rokok dan masih banyak lagi hal lain yang lebih besar dimana diboroskan
wang untuk hal tersebut7.

3
Muhammad El-Muhammmady, Hukum Berkenaan Merokok Dalam Syariat Islam, lihat
http://www.islamset.com/arabic/ahip/adict/smoking.html
4
Al-Maqrizi, 1325, Kitab al-Khitat al-Maqriziyah, Kaherah, vol. 4, h. 142
5
Abdul Monir Yaacob dan Wan Roslili Abd. Majid (Peny), op.cit, h. 45
6
Al-Maqrizi, op.cit, h. 145
7
Abdullah al-Qari Salleh, Masalah Merokok di Kalangan Pelajar-Pelajar dan Belia Islam dan Keharamannya,
Pustaka Asa : Kelantan, h. 39
Kemudian Syeikh Mustafa Al-Suyuti Al-Rahbani dalam Syarah “Ghayatul Muntaha” dalam fiqh
Hanbali berkata: Semua orang yang meneliti masalah ini haruslah bersumber dari Usuluddin dan
cabang-cabangnya tanpa harus mengikuti hawa nafsu. Sekarang orang-orang bertanya tentang
hukumnya rokok semakin popular dan telah diketahui oleh semua orang. Kemudian beliau
membantah dalil orang-orang yang mengharamkannya disebabkan oleh mudarat terhadap akal
dan badan, karena asal dari segala sesuatu yang belum jelas dharar dan juga nasnya adalah
mubah (boleh) kecuali bila ada dalil nas yang jelas tentang pengharamannya8.

Ulama dari golongan ini tidak melihat satu dalil qat‘ie yang mengharamkan rokok. Mereka
menolak hujah pendapat ulama yang mengharamkan rokok kerana:

8. Pendapat Yang Menyatakan Ianya makruh:

Abu Sahl (bermazhab Hanafi) berpendapat bahawa rokok itu adalah makruh dengan alasan rokok
itu hanya mengeluarkan bau busuk. Perkara ini dikiaskan dengan hadith berkenaan memakan
bawang merah atau putih yang telah dinyatakan sebelum ini.

Hadis Jabir r.a katanya:

Rasulullah s.a.w melarang makan bawang merah dan bawang kecil. Oleh kerana terpaksa
memakannya lalu kami memakan. Kemudian baginda bersabda: Sesiapa yang makan dari pohon
yang tidak sedap ini iaitu berbau busuk maka janganlah dia mendekati masjid kami kerana para
Malaikat juga akan terhidu bau busuk sebagaimana manusia. (Diriwayatkan Oleh Muslim)

Bau busuk ini lebih teruk daripada bau mulut orang yang memakan bawang. Ini disebabkan oleh
kandungan Tar dalam rokok dan ia sukar untuk dihilangkan walaupun dengan memberus gigi.
Hal ini bertentangan dengan agama islam yang begitu mementingkan kebersihan mulut
bertepatan dengan hadis nabi s.a.w:

‫ﻟﻮ ﻻ أن أﺷﻖ ﻋﻠﻰ أﻣﺘﻲ ﻷﻣﺮﺗﮭﻢ ﺑﺎﻟﺴﻮاك ﻣﻊ ﻛﻞ وﺿﻮء‬

8
Muhammad Makhluf, 1965, Fatawa Syaria’h wa Bahuth Islamiyah, Kaherah, vol. 1, h. 15
“ sekiranya tidak kerana akan membebankan umatku, pastila aku memerintahkan
mereka bersugi pada tiap-tiap kali sembahyang”

Manakala sabda nabi yang diriwayatkan oleh Ibn Majah pula:

‫ﻣﻦ ﺧﯿﺮ ﺧﺼﺎل اﻟﺼﺎﺋﻢ اﻟﺴﻮاك‬


“ Dari pekerjaan-pekerjaan yang baik yang dilakukan oleh orang yang berpuasa
ialah menggosok gigi”9

Berdasarkan dua hadith di atas, dapatlah disimpulkan bahawa islam begitu mengambil
berat aspek kebesihan mulut dan menyuruh umatnya membersihkan gigi dan mulut
mereka dari bau busuk sekalipun ketika berpuasa. Justeru, bagi mereka yang merokok
sepatutnya sedar bahawa bau mulut mereka itu tergolong di dalam perkara yang keji dan
dibenci oleh Allah S.W.T.

“Hukum makruh ini adalah pendapat ulama’ silam yang mana pada zaman mereka belum ada
lagi kajian yang khusus bagi menerangkan kesan rokok terhadap kesihatan sebagaimana kajian-
kajian yang dilakukan pada masa kini”

9. Pendapat Yang Menyatakan Ianya Haram

Bagi ulama’ yang menghukum rokok sebagai haram, sekurang-kurangnya terdapat empat faktor
yang di ambil kira bagi meletakkan hukum menghisap rokok sebagai haram iaitu:

i) Merbahayakan kesihatan dan punca penyakit.


ii) Membazir.
iii) Membahayakan orang lain.

Syariat islam telah menetapkan satu kaedah umum iaitu setiap benda yang merbahaya di makan,
diminum dan dihisap adalah haram hukumnya. Hal ini bertepatan dengan Sabda Rasulullah
s.a.w. kerana rokok mengandungi kemudaratan yang amat ketara sekali:

9
Sunan Ibn Majah, Bab Ma Ja’a fi al-Siwak wa al-Hukum li al-Soim, Juz. 5, hlm. 188, no Hadith (1667).
‫ﻻ ﺿﺮر وﻻ ﺿﺮار‬

Daripada Abu Sai’id Sa’ad bin Sinaan al-Khudri r.a bahawasanya Rasullullah s.a.w bersabda:
Tidak boleh melakukan kemudaratan dan tidak boleh membalas kemudaratan.10 (Riwayat Ibn
Majah dan al-Daaruqtuni)

Bersesuaian dengan kaedah ini, Syeikh Yusuf Qardawi pada tahun 1960 telah mengeluarkan
fatwa berikut :

“ Rokok (tembakau) selama-salamanya merbahaya, maka menghisap rokok


hukumnya haram. Lebih-lebih lagi jika ada doktor yang sudah menetapkan
perkara ini”

Dr. Ahmad Sakr11 pula mengatakan:

“Sesungguhnya rokok itu adalah merbahaya, islam menetapkan setiap bahan


yang merbahaya kepada kesihatan adalah haram hukumnya. Dengan itu, muslim
mesti berhenti dari merokok sepenuhnya dan menjauhi diri dari merokok”

Biasanya rokok dikaitkan dengan kanser, terutama paru-paru. Bagaimana ia boleh menyebabkan
serangan jantung pula?

Menurut Dr Lee Chiang Heng (Perunding Kardiologi ):

“lebih 4,300 bahan kimia berbahaya dalam asap rokok akan merosakkan sel
badan yang penyebab kanser.”

10
Ibn Majah, Sunan Ibn Majah, No. Hadith. (2340), Disahihkan oleh albani.
11
Pakar pemakanan dan ilmuwan islam yang terkenal di Amerika Syarikat.
Asap rokok ini merosakkan sel pada lapisan dalam (dinding) salur darah. Pada bahagian yang
rosak inilah kolesterol akan melekat dan berkumpul. Lama kelamaan, penimbunan kolesterol ini
menyempitkan arteri (salur darah) dan menyekat aliran darah.

Jantung adalah otot hidup dan memerlukan oksigen daripada darah. Bahagian yang tidak
menerima darah akan mati dan ia boleh menyebabkan serangan jantung. Mungkin ada perokok
menganggap masalah ini tidak akan berlaku kepada mereka kerana berasakan diri sentiasa
sihat.Rokok juga telah membunuh 5 juta orang setiap tahun dan membunuh hampir 5,000 rakyat
Malaysia setiap tahun.

Tabiat merokok juga di kenalpasti menjadi punca utama berlakunya kanser paru-paru. Risiko
yang dihadapi adalah melebihi 20 kali ganda bagi perokok berbanding mereka yang tidak
merokok. 12

Tiada beza dalam mengharamkan sesuatu yang memudaratkan, di antara yang bahayanya
sekaligus (datang serta merta sekali) atau beransur-ansur. Firman Allah S.W.T

              

 

Dan belanjakanlah kerana agama Allah, dan janganlah kamu mencampakkan


diri kamu kedalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah kerana
sesungguhnya Allah mengasihani orang-orang yang berusaha memperbaiki
amalannya.13

Hal ini turut diakui oleh kajian-kajian kesihatan yang mengatakan bahawa kandungan racun yang
terdapat di dalam rokok dan asap rokok adalah begitu merbahaya kepada kesihatan14. Jika dilihat
dari aspek kesihatan, rokok sememangnya memberikan impak yang besar sama ada kepada

12
Azimahtol Hawariah (1998), Memahami Kanser, Bangi, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 41
13
Al-Baqarah: ayat 195:
14
Nik Aziz Nik Pa (1985), Islam dan Rokok Satu Pendekatan, Singapura, Pustaka Nasional Pte Ltdm hlm. 5
perokok tegar mahupun perokok pasif serta memberi kesan buruk kepada alam sekitar. Hampir
440,000 orang di Amerika Syarikat mati setiap tahun kerana merokok, dengan 3,000 orang
kerana 'merokok' secara pasif (asap terpakai) dan 1,000 bayi belum lahir maut, akibat ibu-ibu
yang merokok, selain daripada mereka yang dilahirkan dengan kecacatan.

Bahan utama dalam rokok adalah tembakau yang telah direndam di dalam larutan nikotin yg
tinggi. Dalam kandungan sebatang rokok terdapat 0.5-2.0 mg nikotin dan bergantung kepada
cara ia diproses. Nikotin15 terbukti boleh menyebabkan ketagihan dan setiap rokok yang
dinyalakan mengeluarkan 4000 bahan kimia. Di samping itu, terdapat racun-racun utama dalam
sebatang rokok antaranya Metanol (bahan api), Nitrobenzena (gasolin), Butana (cecair pemetik
api), Toulena (pelarut industri), Hearlik (bahan utama dlm lilin), Ammonia (pencuci lantai) dan
Karbon monoksida (asap kereta)16.

Antara penyakit-penyakit kronik yang berlaku akibat pengambilan rokok yang disebabkan
sedutan maut asap rokok ialah penyakit jantung17 (serangan pada sistem kardiovaskular / saluran
darah), bronkitis (jangkitan pada saluran pernafasan), Enisima (keadaan paru-paru yang
kembang), 90% adalah berpunca dari rokok, penyakit mulut, kanser paru-paru atau sekatan
pulmonori kronik, penyakit perut (meransang pengeluaran asid yg berlebihan dan menyebabkan
gastrik ulser/luka pada lapisan perut) dan kegencatan pertumbuhan anak di dalam rahim (bagi
ibu yang mengandung).

Faktor kedua pengharaman rokok ialah membazir. Membelanjakan wang untuk rokok
merupakan suatu pembaziran. kerana rokok tidak membawa sebarang faedah malah
mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Di samping itu juga perokok terpaksa membayar kos
tambahan iaitu kos perubatan akibat sakit dari merokok. Syeikh Yusuf Qardawi menerangkan
bahawa seandainya ahli sains tidak dapat membuktikan dengan jelas bahaya rokok terhadap
kesihatan manusia, islam tetap melarang umatnya menghisap rokok atas alasan ianya adalah satu
perbuatan pemborosan. Hal ini bertepatan dengan
firman Allah S.W.T:

15
Nikotin yang terdapat dalam tar rokok adalah sejenis racun yang sangat berbisa. Satu suntikan yang mengandungi
70 mlg nikotin dapat membunuh manusia dalam hanya beberapa minit sahaja.
16
Nik Aziz Nik Pa, hlm. 5
17
Ibid. 9
          

Dan berikanlah kepada keluarga-keluarga yang dekat akan haknya, kepada


orang miskin dan orang yang dalam perjalanan janganlah kamu menghambur-
hamburkan (hartamu) secara boros.18

Selain itu, asap rokok juga boleh mengganggu dan membahayakan19 kesihatan orang lain yang
berada di persekitaran mereka yang merokok dan ini merupakan faktor kedua pengharamannya.
Perkara ini adalah dilarang keras oleh islam bersesuaian dengan sabda nabi s.a.w:

‫ﺳﻠﱠ َﻢ ﻗَﺎ َل َﻻ ﯾَﺪ ُْﺧ ُﻞ ا ْﻟ َﺠﻨﱠﺔَ َﻣﻦْ َﻻ‬


َ ‫ﷲُ َﻋﻠَ ْﯿ ِﮫ َو‬ ‫ﺻﻠﱠﻰ ﱠ‬ َ ِ‫ﷲ‬ ُ ‫ﻋَﻦْ أَﺑِﻲ ھُ َﺮ ْﯾ َﺮةَ اَنﱠ َر‬
‫ﺳﻮ َل ﱠ‬
ُ‫ﯾَﺄْ َﻣﻦُ َﺟﺎ ُرهُ ﺑَ َﻮاﺋِﻘَﮫ‬
Seseorang itu tidak akan masuk syurga apabila jirannya tidak berasa
selesa/aman daripada tindakan-tindakan salahnya. (Riwayat Muslim)

Bagi mereka yang tidak merokok ( pasif ), mereka juga turut terdedah kepada penyakit kronik
akibat terdedah kepada asap-asap rokok. Antara penyakit-penyakit tesebut ialah Keguguran
janin, tumbesaran janin terencat, kematian janin dalam kandungan dan pendarahan dari uri
(abruptio placentae), bayi ( SIDS ) sudden infant syndrome, bayi yang mati dalam buaian ada
kaitannya dengan ibu bapa yang merokok, kanak-kanak terdedah kpd jangkitan telinga ( telinga
bernanah dan inflamasi pada telinga tersebut), sakit kepala, sakit kerongkong, sakit mata, pening
kepala dan Batuk-batuk yang melampau.

Justeru, kesan rokok bukan hanya melibatkan diri sendiri, malahan turut melibatkan orang lain
Perkara ini seharusnya dihindari kerana Islam menganjurkan supaya kita mencintai saudara kita
dan mengasihaninya sebagaimana kita mencintai dan mengasihi diri kita sendiri. Atas alasan
inilah maka islam melarang umatnya menghisap rokok kerana rokok itu boleh menggangu dan
membahayakan orang lain. Sabda Rasulullah s.a.w:

18
al-Isra’:26
19
Ahli Sains juga telah membuktikan bahawa mereka yang menyedut udara yang mengandungi asap rokok juga
akan mengalami kesan yang sama seperti mereka yang merokok. ( Cooper, K.H. Guy G.O dan Battenberg, 1968)
‫ﻻ ﯾﺆﻣﻦ أﺣﺪﻛﻢ ﺣﺘﻰ ﯾﺤﺐ ﻷﺧﯿﮫ ﻣﺎ ﯾﺤﺐ ﻟﻨﻔﺴﮫ‬
“Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mencintai saudaranya
20
sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri”

Sabda Baginda s.a.w:

‫ﻖ ﱠ‬
‫ﷲُ َﻋﻠَ ْﯿ ِﮫ‬ ‫ﺿﺎ ﱠرهُ ﱠ‬
‫ َو َﻣ ْﻦ َﺷﺎ ﱠ‬، ‫ﷲُ ﺑﮫ‬
‫ق َﺷ ﱠ‬ َ ‫َﻣ ْﻦ‬
َ ‫ﺿﺎ ﱠر‬
"Sesiapa yang menyakiti muslim maka sesungguhnya ia menyakiti akan daku dan
sesiapa menyakiti akan daku maka sesungguhnya ia menyakiti Allah".21

10. Kesimpulan

Kita perlu ingat bahawa istilah haram membawa maksud satu ketentuan larangan dari syariat
islam yang tidak boleh dikerjakan. Sekiranya seorang muslim melanggarnya maka berdosalah ia
dan ia berkemungkinan menerima hukuman di dunia ini dan juga akan menerima seksaan oleh
Allah S.W.T di hari akhirat kelak.

20
Sahih Bukhari, Bab min al-Iman an Uhibbu al-Akhih ma yajibu linafsihi, No hadis (12), juz 1, hlm. 21
21
Al-Tirmidzi, No. Hadith (1863), hadis ini hadith hasan.

Anda mungkin juga menyukai