Anda di halaman 1dari 24

Vol.

6 [Mei 2008 / Rabi'ulawwal 1429]

AL-BAYAN Journal of Al-Quran & al-Hadith ISSN : 1394-3723

(page : 153-176)

PERTIKAIAN TERHADAP AUTORITI HADITHHADITH NABI (S.A.W): SATU ANALISIS DI INTERNET


Oleh Faisal bin Ahmad Shah Abstract This article attempts to analyze the intention of the anti hadith movement in the internet from the perspective of the method of understanding and interpreting hadith which is acceptable by previous and contemporary scholars. The anti hadith movement had taken few hadiths from Sahih al-Bukhari and Muslim and interpreted them by applying their own methods. This study exposes some agenda of the movement which seem to be misleading. The finding shows that the arguments used cannot be established in terms of the scholarly acceptable methodology of hadith interpretation. Pengenalan Kegagalan musuhmusuh Islam dalam menimbulkan keraguan terhadap al-Quran membuatkan mereka beralih kepada al-sunnah dan hadithhadith nabi (s.a.w). Musuh-musuh Islam sentiasa mengambil apa sahaja peluang yang boleh digunakan untuk menyesatkan umat Islam dan menjauhkan mereka dari ajaran agamanya. Buktinya usaha-usaha mereka yang dahulunya tertumpu kepada bahan-bahan bacaan, tulisan dan ucapan kini mula beralih kepada internet. Kemunculan internet dan perkembangan pesat dalam dunia teknologi maklumat serta pelanggan internet yang kian bertambah dari hari ke hari memudahkan lagi usaha
*

Pensyarah di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
153
Academy of Islamic Studies University of Malaya

Department of Al-Quran and al-Hadith

AL-BAYAN

dan gerak kerja mereka. Apa yang pasti tujuan dan matlamat mereka tetap sama walaupun cara dan taktik yang digunakan berbeza. Dalam penulisan ini penulis akan mengemukakan beberapa jawapan terhadap tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap sepuluh buah hadith nabi yang terdapat di alamat http://www.answering-islam.org/Bahasa/ Quran/macam2kepelikan .html. Jawapan-jawapan yang dikemukakan adalah berpandukan kepada kaedah-kaedah yang digunakan para sahabat dan ulama hadith dalam memahami hadith-hadith nabi (s.a.w). Oleh kerana tuduhan dan tohmahan mereka terhadap hadith-hadith ini melibatkan aspek matan maka jawapan yang dikemukakan juga menangani aspek yang sama. Dalam erti kata yang lain perbahasan mengenai sanad hadith tidak akan dibincangkan dalam penulisan ini. Taktik Dan Cara Golongan Anti Hadith Menimbulkan Keraguan Terhadap Hadith Nabi. Berikut di bawah ini adalah antara taktik dan cara yang digunakan oleh golongan anti hadith dalam menimbulkan keraguan terhadap hadithhadith nabi (s.a.w) di alamat http://www.answering-islam.org/Bahasa/ Quran/macam2kepelikan .html. a) Serangan terhadap Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim Kedudukan Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim sebagai dua buah buku yang merupakan rujukan utama dalam bidang pengajian hadith menjadikan kedua-duanya sasaran dan bahan kritikan musuh-musuh Islam. Golongan musuh Islam meyakini dengan menimbulkan kekeliruan dan keraguan terhadap beberapa hadith di dalam kedua-dua kitab tersebut maka sedikit sebanyak ia akan memberi kesan kepada kepercayaan dan keyakinan umat Islam terhadap kedua-dua kitab tersebut. Kaedah ini samalah juga dengan usaha mereka mempersoalkan perawi-perawi hadith antaranya Abu Hurayrah (r.a). Dengan mempersoalkan kredibiliti dan integriti Abu Hurayrah (r.a) sebagai perawi hadith maka sudah tentu ia memberi kesan kepada puluhan ribu hadith-hadith yang diriwayatkan oleh beliau seterusnya membawa kepada penolakan terhadap hadith-

154

PERTIKAIAN TERHADAP AUTORITI HADITH-HADITH NABI (S.A.W)

hadith tersebut1. b) Dakwaan bahawa ramai umat Islam mempersoalkan kewibawaan hadith.

Dalam perenggan kedua petikan dalam laman web yang beralamat http://www.answering-islam.org/Bahasa/Quran/macam2kepelikan .html. , golongan anti hadith cuba memberi keyakinan kepada pembaca dengan dakwaan bahawa ramai di kalangan umat Islam yang alim mempersoalkan kesahihan dan kewibawaan hadith yang dianggap sahih atau koleksi hadith yang dianggap kuat. Golongan anti hadith kemudiannya cuba untuk mengesahkan dakwaannya dengan meminta para pembaca merujuk kepada laman-laman web tertentu seperti Code 19, Ropers, Submission dengan alasan bahawa laman-laman web tersebut dikendali dan diuruskan oleh orang-orang Islam. Dakwaan yang dikemukakan ini tidak dapat diterima kerana ia dikemukakan tanpa bukti atau kajian yang terperinci sebaliknya lebih bersifat sangkaan dan dakwaan kosong semata-mata berasaskan perasaan benci mereka kepada Islam dan penganutnya. Malah lamanlaman web yang disebutkan itu juga merupakan laman-laman web yang diselia dan diuruskan oleh golongan anti hadith atau yang sama pemikirannya dengan mereka yang secara terang-terangan menolak hadith-hadith nabi (s.a.w). c) Memilih hadith-hadith yang zahirnya pelik dan janggal. Dalam usaha menimbulkan kekeliruan umat Islam terhadap hadithhadith nabi, golongan Anti Hadith memfokuskan pencarian mereka kepada hadith-hadith yang pelik, janggal dan tidak masuk akal di sisi
1

Kritikan dan tohmahan terhadap Sahih al-Bukhari pernah dibincangkan oleh Dr Mustafa al-Sibai dalam bukunya yang berjudul al-Sunnah wa Makanatuha fi al-Tashri al-Islami. Dalam bukunya beliau telah menjawab tuduhan dan tohmahan Ahmad Amin dalam bukunya Fajr alIslam wa Duhahu terhadap ketelusan dan kesahihan hadith-hadith Sahih al-Bukhari. Beliau juga turut mempertikaikan kredibiliti Abu Hurairah sebagai periwayat hadith. Lihat Mustafa al-Sibai (t.t). al-Sunnah wa Makanatuha fi al-Tashri al-Islami, Bayrut: al-Maktab al-Islami. h. 279 dan 298
155

AL-BAYAN

mereka sebagaimana yang digunakan oleh musuh-musuh Islam sejak dahulu lagi. Imam Abd Allah bin Muslim bin Qutaybah al-Daynuri (m. 276H) pernah mendedahkan kaedah dan taktik musuh-musuh Islam terdahulu dalam bukunya Tawil Mukhtalif al-Hadith.2 Mereka memilih hadith hadith tersebut dengan keyakinan bahawa ia dapat mengubah dan mempengaruhi persepsi umat Islam terhadap hadith nabi seterusnya menimbulkan keraguan dan syak wasangka mereka terhadap sumber kedua dalam syariat Islam. Logik-logik akal menjadi sandaran mereka tanpa mengira sesuatu nas itu berkaitan dengan alam ghaib atau sebaliknya. Jawapan Kepada Tuduhan Terhadap Hadith-Hadith Nabi (s.a.w) Berikut di bawah ini disenaraikan 10 hadith yang menjadi sasaran golongan anti hadith yang terdapat di alamat http://www.answeringislam.org/Bahasa/Quran/macam2kepelikan.html. Dalam menjawab tuduhan dan tohmahan mereka, penulis akan menggunakan sebutan GAH singkatan bagi Golongan Anti Hadith. Tuduhan pertama Nabi Adam adalah setinggi 87 kaki. Jika begitu berapa tinggikah Siti Hawa, isterinya itu? Jika mereka sebenarnya setinggi itu, kenapa cucu cicit mereka iaitu manusia hari ini tidak setinggi begitu? Adakah ini mungkin dari segi perubatan mahupun biologis bagi mereka menjadi setinggi itu? Jawapan Tuduhan pertama ini membuktikan dengan jelas bagaimana golongan anti hadith menggunakan logik akal mereka untuk menolak hadithhadith nabi s.a.w. Namun tidak dapat dipastikan sumber rujukan mereka yang secara pasti menyatakan bahawa nabi Adam tingginya 87 kaki. Terdapat sebuah hadith yang kandungannya hampir sama dengan nada
2

Lihat Abd Allah bin Muslim bin Qutaybah al-Daynuri (1995), Tawil Mukhtalif al-Hadith, Bayrut: Dar al-Fikr.
156

PERTIKAIAN TERHADAP AUTORITI HADITH-HADITH NABI (S.A.W)

ejekan GAH iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah (r.a) daripada nabi (s.a.w) dengan sabdanya:

3 ....
Maksudnya: Allah menjadikan Adam dengan ketinggian enam puluh hasta. Kemudian Allah memerintahkan Adam untuk memberi salam kepada para malaikat dan meminta Adam mendengar ucapan salam yang akan diucapkan oleh para malaikat kepadanya. Ucapan salam itu akan menjadi ucapan salam bagi engkau dan keturunan engkau. Adam memberi salam kepada para malaikat dengan ucapan assalamualaikum dan dijawab oleh para malaikat dengan assalamualaika wa rahmatullah. Para malaikat menambah perkataan wa rahmatullah. Dakwaan wujudnya kepelikan dan kejanggalan dalam hadith ini tidak dapat diterima kerana jarak masa antara umat nabi Muhammad (s.a.w) dengan nabi Adam (a.s) adalah selama beratus ribu tahun. Lantaran itu sudah tentu wujud perbezaan antara kedua-dua umat ini sama ada dari sudut fizikal, tabiat serta cara kehidupan mereka. Nabi Nuh (a.s) sendiri berdakwah selama lebih dari sembilan ratus lima puluh tahun. Adakah ia juga dianggap suatu yang pelik dan janggal? Sudah tentu tidak. Umur yang begitu panjang sudah seharusnya mempunyai bentuk fizikal dan tubuh badan yang besar dan kuat. Berbeza pula dengan umur umat nabi Muhammad (s.a.w) yang secara puratanya berada dalam lingkungan enam puluh sehingga tujuh puluh tahun sebagaimana sabdanya

Muhammad ibn Ismail al-Bukhari al-Jufi, Sahih al-Bukhari, Dar al-Fikr, Bayrut, cet 1416H/1996 kitab (60) hadith (3326)
157

AL-BAYAN

Maksudnya: Umur-umur umatku (kebanyakannya) adalah di antara enam puluh sehingga tujuh puluh. Hadith ini menunjukkan bahawa sememangnya terdapat perbezaan yang ketara antara umur umat nabi Muhammad dengan umat-umat terdahulu. Dalam kalangan umat nabi Muhammad sendiri wujud perbezaan yang jelas dan ketara dari sudut fizikal dan bentuk tubuh badan apatah lagi jika dibandingkan dengan umat-umat terdahulu. Kisah seorang Badwi yang mengadu kepada Rasulullah tentang kulit anaknya yang hitam sedangkan dia dan isterinya berkulit cerah. Begitu juga perbezaan warna kulit antara Usamah bin Zayd dan bapanya Zayd bin Harithah. Allah berkuasa menjadikan sesuatu mengikut kehendaknya. Faktor makanan, cuaca, iklim, adat dan budaya sesuatu masyarakat menjamin perubahan tersebut. Malah kejadian makhluk haiwan juga berubah antara satu zaman dengan zaman yang lain seperti kewujudan dinasour dan bandingannya dengan haiwan-haiwan lain yang ada pada hari ini. Jika mereka boleh mempercayai kewujudan binatang raksasa seperti dinasour sudah tentu juga mereka boleh menerima fakta ketinggian Adam. Kesimpulannya, setinggi mana Adam dan Hawa pun ia tetap tidak mencacatkan atau mengurangkan kesucian dan kebenaran agama Allah dan ketulenan risalah yang dibawa oleh Rasulnya. Perubahan yang berlaku tidak melibatkan soal akidah atau hukum hakam yang boleh menggugat kebenaran Islam dan kemurniannya. Allah (s.w.t) berkuasa menjadikan sesuatu mengikut kehendaknya. Hukum alam dan kejadian manusia menyaksikan generasi manusia sentiasa berubah dari satu generasi dengan generasi yang lain apatah lagi antara nabi Adam (a.s) dan umat nabi Muhammad (s.a.w).

.4

Abu Isa Muhammad ibn Isa ibn Sawrah. Sunan al-Tirmidhi. Dar alKutub al-Ilmiyyah, Bayrut. 1408H/1987, kitab (49), bab (102)
158

PERTIKAIAN TERHADAP AUTORITI HADITH-HADITH NABI (S.A.W)

Tuduhan Kedua Nabi Muhammad adalah pembenci anjing dengan alasan bahawa malaikat tidak akan memasuki rumah yang terdapat anjing di dalamnya. Begitu juga nabi mengajar umatnya bahawa anjing yang berwarna hitam itu adalah iblis. Nabi juga telah mengarahkan supaya anjing anjing dibunuh serta ditegah daripada menjual anjing Jawapan Hadith-hadith berkaitan layanan terhadap anjing yang dijadikan hujah oleh GAH boleh mengelirukan dan menimbulkan buruk sangka orang bukan Islam terhadap agama Islam dan umatnya. Islam merupakan agama yang sentiasa menjaga dan menjamin hak-hak haiwan berbanding dengan agama lain. Malah beberapa surah di dalam al-Quran menggunapakai nama haiwan seperti surah al-Baqarah, surah al-Naml, surah al-Nahl dan seumpamanya. Islam dengan tegas mengingatkan umatnya mengenai peri pentingnya mereka menjaga dan memelihara hak-hak haiwan apatah lagi ia juga berkait dengan dosa dan pahala seterusnya balasan syurga dan neraka. Kemungkinan hadith-hadith yang menjadi sandaran GAH ialah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Talhah daripada nabi s.a.w bersabda:
5

Maksudnya: Malaikat tidak akan memasuki rumah yang mempunyai anjing dan gambar-gambar. Perkara penting yang perlu difahami daripada hadith di atas ialah kejadian malaikat berbeza dengan kejadian manusia. Sikap, perlakuan dan citarasa malaikat juga berbeza dengan manusia. Walaupun begitu tidak dinafikan terdapat persamaan di antara malaikat dan manusia antaranya perkara yang tidak disukai oleh manusia akan juga tidak disukai oleh para malaikat. Persoalannya apakah logik untuk menuduh nabi sebagai pembenci anjing disebabkan perkhabaran nabi mengenai
5

Muhammad ibn Ismail al-Bukhari al-Jufi, Sahih al-Bukhari, Dar al-Fikr, Bayrut, cet. 1416H/1996 kitab (77) bab (88)
159

AL-BAYAN

keenganan malaikat untuk memasuki rumah yang mempunyai anjing. Kemungkinan faktor najis anjing dan kekotoran yang dibawa oleh anjing menghalang malaikat untuk memasukinya. Begitu juga hadith kedua yang secara jelas menggambarkan anjing hitam sebagai syaitan iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abd Allah

- - - - 6

Maksudnya: Rasulullah s.a.w telah memerintahkan kami untuk membunuh anjing sehinggakan seorang wanita yang datang ke perkampungan dengan anjingnya maka kami bunuh anjingnya. Kemudian Rasulullah melarang kami membunuh anjing dan bersabda: Bunuhlah anjing yang hitam dan ular yang mempunyai dua mata di atas kepalanya kerana ia jelmaan syaitan.

Terdapat dua pandangan ulama dalam memberi makna syaitan dalam hadith ini. Pertamanya, syaitan di sini merupakan majaz atau kiasan kepada sifat ganas, liar dan jahat. Ini berdasarkan kaedah memahami hadith yang dinyatakan oleh Dr Yusuf al-Qaradawi 7 iaitu membezakan di antara hakikat dengan majaz. Rasulullah (s.a.w) adalah orang Arab yang tinggi bahasanya. Oleh itu tidak hairanlah jika hadith Rasulullah banyak mengandungi majaz yang menerangkan sesuatu maksud dengan bahasa yang sangat indah. Menurut Dr Yusuf al-Qaradawi lagi sesetengah hadith menimbulkan musykil khususnya di kalangan kaum terpelajar moden jika hadith itu diberi makna mengikut lafaznya yang asal. Namun jika hadith itu diberi maknanya yang majaz maka akan hilanglah kemusykilan itu dan terserlah maksudnya.
6

Abu Husayn Muslim ibn Hajjaj, Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi, Dar al-Marifah, Bayrut, Lubnan, 1416H/1995, kitab (22) bab (10) Yusuf al-Qaradawi Dr, Bagaimana Berinteraksi Dengan Sunnah, Pentj: Huda Mohsin, Jawiah Dakir, ms 192-196.
160

PERTIKAIAN TERHADAP AUTORITI HADITH-HADITH NABI (S.A.W)

Keduanya, sesungguhnya syaitan boleh berupa dengan rupa manusia dan haiwan. Sebagai contoh, dalam peperangan Badar syaitan telah berupa dengan rupa Suraqah bin Malik untuk menjanjikan kemenangan kepada tentera musyrikin. Begitu juga syaitan boleh berupa dalam rupa haiwan lebih-lebih lagi anjing, unta dan kucing8 Warna hitam pula merupakan lambang dan simbol kekuatan syaitan berbanding dengan warna-warna yang lain.9 Sungguhpun begitu, realiti pada hari ini menyaksikan anjing-anjing bewarna hitam banyak dijadikan sebagai anjing pengesan dan pemburu oleh pihak polis, kastam, imigresen dan seumpamanya. Dalam hal ini jika anjing-anjing tersebut dapat digunakan untuk kepentingan manusia maka arahan untuk membunuhnya tidak perlu dilakukan. Suruhan nabi saw supaya membunuh anjing sebagaimana yang tersebut di atas berlaku pada awal permulaan Islam yang kemudiannya telah dinasakhkan.10 Arahan supaya membunuh sesuatu binatang bukan bermakna binatang tersebut dibenci tetapi adalah kerana binatang tersebut membawa mudarat kepada manusia. Buktinya nabi membenarkan penggunaan anjinganjing yang mendatangkan manfaat kepada manusia seperti digunakan untuk berburu, membantu dalam pertanian, menjaga rumah dan seumpamanya.11 Setengah ulama berpendapat anjing-anjing yang diarahkan oleh Rasulullah untuk dibunuh sebagaimana yang terdapat dalam hadith di atas ialah anjing-anjing yang berkeliaran dengan banyaknya di Madinah pada waktu itu. Anjing-anjing tersebut juga sangat liar dan mendatangkan bahaya kepada orang ramai. Pendapat ini disokong oleh al-Baghawi dalam kitabnya Sharh al-Sunnah. Menurut al-Baghawi anjing yang dimaksudkan oleh Rasulullah ialah anjing-anjing di Madinah kerana kedudukan Madinah sebagai tempat turunnya Malaikat menyampaikan wahyu.12
8

9 10

11 12

Umar Sulayman al-Ashqar, Dr, Alam al-Jin wa al-Shayatin, Maktabat al-Falah, 1989/1409, ms 29 Ibid, ms 29 Abu Husayn Muslim ibn Hajjaj, Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi, juzuk 10, m.s 181 Sulayman bin al-Ashath, Sunan Ibn Majah, kitab 28 bab 2 Al-Mulla Ali al-Qari (t.t) Mirqat al-Mafatih Sharh Misykat al-Masabih
161

AL-BAYAN

Namun setelah anjing-anjing tersebut tidak lagi mendatangkan mudarat kepada orang ramai, Rasulullah menarik perintah larangan membunuhnya apatah lagi ia merupakan satu umat daripada umat-umat yang dijadikan oleh Allah s.w.t. Anggapan bahawa Rasulullah sebagai pembenci anjing adalah tidak benar. Ini adalah kerana Rasulullah sendiri pernah mengisahkan kepada para sahabatnya mengenai seorang lelaki Bani Israil yang memberi minum anjing yang kehausan dan kebaikannya itu telah melayakkannya untuk diberi ganjaran syurga. Syeikh Atiyyah Muhammad Salim berpendapat bahawa arahan Rasulullah supaya membunuh anjing sebagaimana yang terdapat dalam hadith di atas ialah jika anjing tersebut mendatangkan bahaya kepada manusia. Ini dibuktikan lagi dengan keringanan yang diberikan oleh Rasulullah bagi anjing-anjing yang mendatangkan faedah dan manfaat kepada manusia seperti anjing-anjing yang digunakan untuk berburu, menjaga binatang ternakan atau anjing-anjing yang mengawal dan menjaga keselamatan.13 Dari sudut jualbeli anjing pula, hadith yang mungkin menjadi sandaran golongan anti hadith ialah hadith yang diriwayatkan oleh Rafi bin Khadij daripada nabi s.a.w bersabda:
14

Maksudnya: Hasil jualbeli anjing adalah keji, hasil penzina keji dan upah berbekam juga keji. Imam al-Shafii berpendapat berjualbeli anjing sama ada anjing itu terlatih ataupun tidak hukumnya tidak harus. Berbeza dengan Imam Abu Hanifah yang mengharuskannya. Manakala pendapat mazhab Hanafi pula jualbeli anjing adalah makruh kerana kedudukan anjing yang hina dan rendah martabatnya. Antara alasan ulama yang
13 14

j.12 h.356 Atiyyah Muhammad Salim (t.t) Sharh Bulugh al-Maram, j.3 h.194-195 Abu Hussayn Muslim ibn Hajjaj, Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi, kitab (22) bab (9)
162

PERTIKAIAN TERHADAP AUTORITI HADITH-HADITH NABI (S.A.W)

mengharuskannya ialah ialah kalimah khabith yang terdapat dalam hadith tidak melambangkan pengharaman sebagaimana upah berbekam yang dianggap khabith tetapi harus hukumnya. Namun ada pendapat yang menganggap larangan jualbeli anjing terpakai pada waktu arahan nabi supaya membunuhnya termasuklah mengambil manfaat dan faedah daripadanya tidak dibenarkan. Apapun alasan yang dikemukakan sama ada harus atau tidak harusnya jualbeli anjing, ia sama sekali tidak menunjukkan Islam membenci haiwan tersebut. Malah Islam merupakan satu-satunya agama yang menekankan mengenai penjagaan hak-hak haiwan termasuklah anjing. Tuduhan ketiga Syaitan dan Iblis menginap di dalam lubang hidung manusia di waktu malam. Ia boleh disembur keluar dengan menghembus air ke dalam hidung dan kemudian disembur keluar melalui lubang hidung yang sama. Soalannya betapa besarkah saiznya iblis itu?.Apakah ia menginapi lubang-lubang hidung setiap orang? Adakah si iblis itu wujud di merata tempat pada waktu yang sama? Sesudah dikeluarkan dari hidung-hidung manusia apakah rupa dan bentuk si iblis itu?. Jawapan Tuduhan dalam bentuk soalan betapa besarkah saiznya iblis itu jelas menunjukkan penggunaan akal yang ketara tanpa had oleh golongan anti hadith. Tuduhan ini membuktikan jahilnya mereka mengenai kejadian syaitan . Hadith yang kemungkinan dijadikan sandaran oleh GAH ialah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah (r.a) bahawasanya nabi saw bersabda:

15

Muslim bin Hajjaj al-Nisaburi kitab (2) bab (8)


163

15

AL-BAYAN

Maksudnya:Daripada Abu Hurairah sesungguhnya nabi s.a.w bersabda: Jika bangun seseorang kamu daripada tidurnya maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam lubang hidungnya kerana syaitan tidur dalam kedua lubang hidungnya. Al-Khayshum dalam hadith ini bermaksud hidung yang di bahagian atas. Ada pula di kalangan ulama yang mengatakan al-khayshum ialah hidung keseluruhannya atau tulang halus dan lembut di bahagian atas hidung yang terletak di antara hidung dengan otak.16. Al-Qadi Iyad telah memberikan dua kemungkinan terhadap mafhum hadith ini. Pertamanya, mungkin benar syaitan menginap di hidung manusia kerana hidung adalah salah satu pintu atau rongga untuk menuju ke hati. Tidak ada jalan-jalan lain bagi syaitan menembusi hati melainkan melalui hidung dan telinga kerana syaitan tidak akan membuka tempat-tempat yang tertutup dalam tubuh badan manusia.17Suruhan supaya menutup mulut juga menunjukkan syaitan berusaha untuk masuk ke dalam tubuh badan manusia. Keduanya, kemungkinan hadith ini merupakan salah satu daripada bentuk-bentuk istiarah yang banyak terdapat dalam hadith-hadith nabi (s.a.w). Dalam erti kata lain syaitan suka tinggal di lubang hidung kerana keadaannya yang kotor dan lembab.18 Berkaitan persoalan bilangan syaitan pula, setiap manusia sentiasa ditemani oleh temannya dari kalangan jin dan malaikat sebagaimana sabda Rasulullah (s.a.w).

. 19

Maksudnya: Tidak ada seorang daripada kamu melainkan akan ditemani oleh rakannya daripada jin. Sahabat-sahabat

16 17 18 19

Ibid, juzuk 3, ms 121 Ibid, juzuk 3, ms 121 Ibid, juzuk 3, ms 121 Muslim bin Hajjaj al-Nisaburi kitab 53 bab 17
164

PERTIKAIAN TERHADAP AUTORITI HADITH-HADITH NABI (S.A.W)

bertanya termasuk engkau Ya Rasulullah. Rasulullah s.a.w bersabda: Termasuk aku melainkan Allah membantu aku ke atas kejahatan jin dan jin tersebut memeluk Islam dan tidak menyuruhku melainkan kebaikan. Begitu juga tidak timbul soal saiz dan bentuk fizikal syaitan kerana mereka diberikan kekuatan untuk berupa dalam apa sahaja bentuk yang dikehendaki sama dalam bentuk manusia ataupun binatang.20 Kaedah yang dipegang oleh ulama hadith ketika mensyarahkan hadith seperti ini ialah membezakan antara isu-isu yang melibatkan alam ghaib dengan alam realiti. Sebagai contoh kejadian malaikat merupakan isu yang melibatkan alam ghaib maka sudah tentu kemampuan akal untuk memahaminya adalah terhad dan terbatas. Tuduhan keempat Muhammad melarang permainan catur. Larangan pelik ini langsung tidak masuk akal sekali bagi sesiapa pun. Jawapan Hadith yang kemungkinan menjadi sandaran golongan anti hadith ialah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Ashari daripada nabi s.a.w bersabda:
21

Maksudnya: Sesiapa yang bermain dengan al-Nard sesungguhnya dia telah menderhaka Allah dan rasulnya

20

21

Sila lihat hadith panjang yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah dalam Sahih al-Bukhari yang membuktikan syaitan boleh berupa dalam rupa manusia dan haiwan. Muhammad ibn Ismail al-Bukhari al-Jufi, Sahih al-Bukhari, Dar al-Fikr, Bayrut, cet 1416H/1996, kitab (40) bab (10). Sulayman bin Ahmad al-Tabrani (t.t.), al-Mu jam al-Kabir, j.20, h. 204
165

AL-BAYAN

Walaupun hadith ini tidak menyebutkan lafaz al-Shatranj (catur) namun menurut Imam al-Shafii, al-Shatranj lebih banyak keburukannya daripada al-Nard. Para fuqaha berselisih pendapat dalam menentukan hukum bermain catur kepada harus, makruh dan haram. Walaupun begitu terdapat ulama yang tidak bersetuju dengan pandangan yang mengharamkan catur dengan alasan catur tidak muncul melainkan pada zaman sahabat. Antara sahabat dan tabiin yang mengharuskannya ialah Ibn Abbas, Abu Hurayrah, Ibn Sirin, Hisham bin Urwah, Said bin Musayyib dan Said bin Jubayr. Dr Yusuf al-Qardawi juga mempunyai pandangan mengharuskan permainan catur kerana ia bukan sahaja satu permainan semata-mata tetapi ia lebih kepada penggunaan akal, minda dan strategi yang digalakkan dalam Islam.22 Penulis berpendapat dalam memahami hadith ini, lafaz shatranj mestilah difahami dengan teliti kerana makna sesuatu lafaz itu berbeza mengikut masa dan tempat. Kemungkinan shatranj yang wujud di zaman nabi atau sahabat berbeza dengan shatranj yang wujud pada masa sekarang. Kemungkinan juga larangan nabi dalam permainan shatranj disebabkan terdapat di dalamnya unsur-unsur judi, atau dipenuhi dengan ucapan dan perkataan yang tidak baik dan seumpamanya. Tetapi jika permainan itu sekadar untuk bersukaria dan bergembira di samping mempertajamkan akal, minda dan fikiran maka ia dibolehkan. Dalam memahami hadith ini kaedah yang dipegang oleh para ulama ialah mengambil kira al-Bud al-Zamani wa al-Makani23 bagi lafaz hadith. Maksud lafaz bagi sesebuah hadith itu harus difahami mengikut waktu hadith tersebut dikemukakan, tempat dikemukakan dan kesesuaian penggunaannya pada masa kini. Perkara ini pernah diulas oleh Dr Muhammad Abu al-Layth al-Khayr Abadi dalam kertas kerjanya yang berjudul Manhajiyyah al-Taamul Maa al-Bud alZamani wa al-Makani fi al-Sunnah inda al-Muhaddithin.24
22

23

24

Yusuf al- Qaradawi Dr, al-Halal wa al-Haram fi Islam, Maktabah Wahbah, ms 288. Al-Bud al-Zamani wa al-Makani ialah suasana masyarakat dan keadaan mereka yang diambil kira oleh nabi ketika berinteraksi dengan mereka sepanjang tempoh nubuwwah yang mengambil masa selama 23 tahun. Lihat Muhammad Abu al-Layth al-Khayr Abadi dalam kertas kerjanya yang berjudul Manhajiyyah al-Taamul ma a al-Bud al-Zamani wa al166

PERTIKAIAN TERHADAP AUTORITI HADITH-HADITH NABI (S.A.W)

Kesimpulannya larangan Rasulullah bermain catur jika terdapat di dalamnya unsur-unsur judi atau bercampur aduk dengan perkara yang haram. Tuduhan kelima Manusia telah diubah ke dalam bentuk tikus, khinzir dan juga monyet. Jawapan Antara hadith yang mungkin dijadikan dalil dan hujah oleh GAH ialah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Malik bahawa dia mendengar Rasulullah saw bersabda:

- - . 25
Maksudnya: Kelak di antara umatku ada suatu kaum yang menghalalkan zina, sutera secara penuh, arak dan al-Maazif (alat muzik). Hendaklah kaum-kaum itu sama menghentikan sifat kikirnya yang menolak orang miskin yang datang kepada mereka kerana didorong hajat yang sangat mendesak di mana mereka hanya mengatakan Datanglah lagi kepada kami besok Nanti Allah akan menghancurkan mereka di waktu malam, menghilangkan ilmu dan merubah muka sebahagian yang lain menjadi binatang kera dan babi sampai hari kiamat.

Imam al-Shawkani ketika mengupas hadith di atas menegaskan bahawa hadith ini menunjukkan bahwa al-Maskhu (sumpahan) berlaku
Makani Fi al-Sunnah inda al-Muhaddithin. Dibentangkan dalam Seminar Antarabangsa Warisan Hadith pada 8-9 Julai 2004 Muhammad ibn Ismail al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, kitab (74) bab (6)
167

25

AL-BAYAN

pada umat ini sebagaimana berlaku pada umatumat yang terdahulu. Ada juga ulama yang mengatakan bahawa perubahan yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah perubahan dari sudut perangai kepada perangai binatang-binatang yang disebutkan.26 Rujukan kepada kitab Fath alBari menunjukkan kecenderungan Ibn Hajar kepada pendapat yang pertama. Penulis berpendapat Allah berkuasa untuk menghukum sesuatu umat itu dengan hukuman seperti ini lebih-lebih lagi jika ciri-ciri untuk dikenakan hukuman tersebut wujud dalam sesebuah umat seperti menghalalkan sutera, arak, al-maazif dan seumpamanya. Apa yang tidak berlaku kepada umat ini ialah hukuman secara total sahaja. Isu yang sama juga timbul ketika para ulama mengupas hadith amaran Allah kepada sesiapa yang mendahului imam ketika sembahyang bahawa Allah akan menukar kepalanya kepada kepala himar.27 Ada di kalangan ulama yang memahaminya secara majaz dan ada pula yang memahaminya secara zahir. Tuduhan keenam Umat Islam mempunyai satu usus sementara mereka yang bukan Islam mempunyai tujuh usus. Jawapan Hadith yang kemungkinan dijadikan sandaran oleh GAH dalam tuduhan mereka ialah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar dari Rasulullah saw bersabda:

- 28 -
26 27 28

Ibid, juzuk 9, ms 323 Lihat Muslim bin al-Hajjaj al-Nisaburi, juzuk 3 halaman 195 Muhammad ibn Ismail al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, kitab (70) bab (12)
168

PERTIKAIAN TERHADAP AUTORITI HADITH-HADITH NABI (S.A.W)

Maksudnya: Sesungguhnya orang mukmin makan dalam satu usus manakala orang kafir atau munafik (aku tidak pasti yang mana satu) Ubay Allah berkata: dia (orang kafir) makan dengan tujuh usus. Kekeliruan yang berlaku ketika memahami hadith ini ialah apabila lafaz makan itu difahami dengan maknanya yang sebenar. Menurut Dr Yusuf al-Qaradawi Memberi makna sesebuah nas kepada maknanya yang asal sedangkan ia bertentangan dengan akal yang waras dan kesahihan syarak serta ilmu pengetahuan yang telah diakui benarnya atau bertentangan dengan kenyataan tetap juga ditolak29 Kadangkala menolak penggunaan majaz akan membuka ruang fitnah kepada golongan yang menggunakan akal sedangkan Islam telah mengajar mereka bahawa tidak ada pertentangan di antara nas yang sahih dengan akal yang waras. Hadith ini merupakan kiasan kepada kurangnya orang beriman mengambil berat tentang hal-hal keduniaan, kekayaan dan mencari kemewahan berbanding dengan golongan yang bukan Islam. Hadith ini bukan bermaksud bahawa penciptaan orang mukmin berbeza dengan penciptaan orang kafir. Tetapi maksudnya ialah orang kafir tidak ambil peduli tentang agamanya malah akal dan fikirannya sentiasa ditumpukan kepada memikir ke arah mencari kemewahan dunia tanpa memikirkan halal dan haram dan tidak takut kepada Allah (s.w.t). Tujuh usus di sini tidak boleh dimaksudkan dengan menurut zahirnya. Hadith ini juga bukan satu penghinaan kepada orang bukan Islam. Ini adalah kerana pada hari ini kita melihat ramai di kalangan orang bukan Islam yang lebih menjaga makan dan minum serta kesihatan mereka berbanding orang Islam. Apa yang hendak ditegaskan dalam hadith ini ialah ciri-ciri yang sepatutnya wujud dalam diri orang yang beriman iaitu berpada dalam makan dan minum mereka.

29

Yusuf al-Qaradawi Dr (1994), Bagaimana Berinteraksi Dengan alSunnah, Budaya Ilmu Sdn Bhd, h. 199
169

AL-BAYAN

Tuduhan ketujuh Semasa bersolat jika sesiapa mengangkat kepalanya menghala ke atas ke arah syurga matanya akan dicungkil keluar. Jawapan Hadith yang mungkin dijadikan sandaran oleh GAH ialah hadith yang diriwayatkan oleh Anas daripada nabi s.a.w.

. 30
Maksudnya: Kenapalah beberapa kaum mengangkat pandangan mereka ke langit ketika solat. Rasulullah mengeraskan suaranya sehingga baginda bersabda: mereka seharusnya berhenti daripada melakukan perbuatan tersebut atau mata mereka akan dicabut keluar.

Hadith ini merupakan amaran keras ( )kepada sesiapa yang memandang ke langit ketika sembahyang kerana hukumnya haram. Ibn Hazam pula menghukumkan batal sembahyangnya bagi orang memandang ke langit. Terdapat pendapat pula yang mengatakan bahawa larangan tersebut adalah kerana ditakuti mata akan terkena cahaya yang dibawa turun oleh malaikat kepada orang yang bersembahyang.31 Berbeza dengan keharusan memandang ke langit ketika berdoa. Hukuman terhadap perbuatan memandang ke langit ketika bersembahyang adalah bertujuan untuk menimbulkan rasa takut di kalangan umat Islam akan perbuatan tersebut yang boleh menganggu tumpuan dan kekusyukan sembahyang mereka.

30

31

Muhammad ibn Ismail al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, kitab (10) bab (92) hadith (750) Ahmad bin Ali bin Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari bi sharh Sahih alBukhari, Dar al-Marifah juzuk 2, ms 476
170

PERTIKAIAN TERHADAP AUTORITI HADITH-HADITH NABI (S.A.W)

Tuduhan kelapan Sebelah sayap seekor lalat beracun tetapi sayap di sebelah lainnya pula terdapat mujarab untuk mengubatinya. Lalat oh lalat sejak bilakah engkau memiliki nilai mujarab? Pakar perubatan sebulat suara mengutuk engkau sebagai penyebar bermacam-macam penyakit dan kekotoran. Jawapan Hadith yang menjadi sandaran golongan anti hadith dalam dakwaan mereka ialah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah daripada nabi s.a.w seperti berikut:

32
Maksudnya: Jika lalat jatuh dalam bekas salah seorang daripada kamu maka hendaklah ditenggelamkan lalat tersebut kemudian dibuang. Ini adalah kerana pada salah satu sayapnya penawar dan salah satu yang lain membawa racun.

Hadith-hadith berkaitan perubatan sering menjadi mainan dan ejeken musuh-musuh Islam sebagai tidak relevan dengan kehidupan zaman moden. Sebagai contoh dalam hadith lalat, mereka berhujah bahawa lalat biasa hinggap di tempat-tempat yang kotor, penuh dengan kuman-kuman penyakit, makan dari benda-benda yang kotor, membawa kuman pada seluruh badannya maka apabila ia hinggap pada makanan atau minuman, kuman-kuman yang dibawa juga akan ditempelkan pada makanan tersebut sehingga makanan itu tidak boleh dimakan lagi. Mereka menambah lagi, hadith ini tidak berhenti sampai di situ sahaja bahkan dianjurkan agar kuman itu semakin ditambahi dengan cara lalat tersebut dibenamkan ke dalam makanan lalu dimakan.

32

Muhammad ibn Ismail al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, kitab (76) bab (58)
171

AL-BAYAN

Menurut Ibn Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah33, Arab Badwi sejak purbakala lagi telah mempraktikkan pelbagai amalan perubatan yang kebanyakannya diasaskan kepada pengalaman yang terhad juga sebagai sesuatu yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Antara dukun-dukun Arab yang mashyur ialah al-Harith ibn Kaldah. Amalan perubatan tradisional Arab Badwi ini kadang-kadang berkesan namun ia tidaklah menepati susur galur ilmu perubatan tabii kerana ia hanyalah suatu percubaan yang kadang-kadang menjadi dan kadangkadang tidak. Jika ada orang yang membawa masuk amalan perubatan ini ke dalam Islam dengan dinamakan sebagai perubatan Islam atau perubatan menurut sunnah sebenarnya tidaklah tepat. Tidak patut sekali jika ia digabungkan sekali ke dalam kitab sirah Rasulullah (s.a.w) atau menamakan dengan perubatan nabawi kerana ia bertentangan dengan tujuan wahyu diturunkan. Hadith-hadith berkaitan perubatan ini tiada kaitan dengan usuluddin (pokok agama). Malah ia tidak ditetapkan dengan unsur ilahiyyat (yang diwahyukan oleh al-Quran) dan nubuwwah (ajaran yang ditetapkan oleh nabi). Ia juga tiada kaitan dengan kewajipan agama yang wajib dilaksanakan serta tiada kaitan dengan hukum halal dan haram. Jika pada zaman sekarang dan perubatan moden telah menemui hampir kesemua ubat penyakit yang tidak diketahui masa dahulu maka hadith ini tidak perlu diungkitkan. Apa yang disampaikan oleh nabi hanyalah apa yang biasa dilakukan oleh tradisi Arab Badwi dan bukanlah suatu yang diwahyukan khusus mengenai perubatan. Jika kita tidak mahu beramal dengannya tidaklah menyebabkan kita terkeluar dari Islam. Apa yang penting sekali ialah jangan kita menolak hadithhadith tersebut. Selain itu bukan semua rahsia-rahsia hadith yang disebutkan oleh nabi dapat diketahui pada masa sekarang. Mungkin selepas beberapa tahun kebenaran hadith tersebut baru ditemui. Bukan suatu perkara yang pelik dan janggal bagi mana-mana binatang untuk mempunyai bisa dan penawarnya pada waktu yang sama. Kita biasa dengar tentang bisa ular yang dijadikan vaksin untuk
33

Ibn Khaldun, Muqaddimah Ibn Khaldun,Dar al-Qalam, Bayrut, Lubnan, cet 1992/1413, ms 493-494
172

PERTIKAIAN TERHADAP AUTORITI HADITH-HADITH NABI (S.A.W)

menyembuhkan seseorang itu dari gigitan ular. Begitu juga binatangbinatang yang lain. Tuduhan kesembilan Kita semua seharusnya meminum air kencing unta kerana itu adalah satu ubat yang mujarab Jawapan Hadith yang menjadi hujah dan dalil bagi golongan anti hadith ialah hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik seperti berikut:

- - - - - - . 34
Maksudnya: Sesungguhnya beberapa orang yang datang ke Madinah telah jatuh sakit. Lalu nabi memerintahkan kepada mereka supaya meminum daripada susu dan kencing unta lalu mereka pun meminumnya sehingga sihat tubuh badan mereka. Namun kemudiannya mereka telah melakukan jenayah dengan membunuh pengembala unta nabi dan membunuh untanya. Berita ini telah sampai kepada pengetahuan nabi. Lalu nabi memerintahkan sahabatnya mencari pembunuh-pembunuh tersebut. Mereka dapat ditangkap dan dibawa ke hadapan nabi lalu nabi memerintahkan supaya tangan dan kaki mereka dipotong dan biji mata mereka dikeluarkan. Qatadah berkata: Muhammad bin Sirin telah menceritakan kepadaku peristiwa ini berlaku sebelum turunnya ayat Hudud.

34

Muhammad ibn Ismail al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, kitab (76) bab (6)
173

AL-BAYAN

Kelebihan unta padang pasir pernah diulas oleh beberapa orang ulama terdahulu antaranya Ibn Sayyid al-Nas. Menurut Ibn Sayyid alNas keistimewaan unta padang pasir ialah ia memakan wormwood dan southernwood (sejenis tumbuhan yang pahit rasanya). Wormwood adalah daripada kalangan herba yang sangat berguna dalam memperbetulkan kecelaruan dalam proses pencernaan antaranya membantu menyahtoksik(membuang racun) hati dan berguna dalam mengubati hepatitis.35 Keistimewaan kencing unta yang bunting adalah kerana ia mempunyai nutrien tertentu dan ia dipercayai mampu membantu dalam menyembuhkan penyakit perut dan luka mulut (ulser). Dalam artikel yang ditulis oleh Dr Ahlam al-Awadi yang diterbitkan di dalam Majalah Dawah (isu no 1938) pada 15 April 2004, beliau menegaskan bahawa kencing unta sangat baik untuk pemulihan jangkitan kulit seperti ringworm (kurap), tinea dan abscesses (bengkak yang bernanah), luka yang berada di badan, rambut dan ulser yang kering dan basah. Kencing unta juga membawa kepada faedah yang berlipat ganda untuk memulihkan rambut dan menebalkannya dan membuang seluruh kelemumur di kepala. Tuduhan kesepuluh Penyakit demam berpunca dari api neraka dan ia boleh disejukkan dengan air sejuk Jawapan Hadith yang mungkin dijadikan dalil dan hujah oleh golongan anti hadith ialah hadith yang diriwayatkan oleh Aishah r.a daripada nabi s.a.w.

35

http://mac.abc.se/-onesr/f/Camel%20 Milk.html dan http://www://fahad. com/2006/03/benefits-of-camel-urine.html


174

PERTIKAIAN TERHADAP AUTORITI HADITH-HADITH NABI (S.A.W)

36

Haba dan wap yang terdapat dalam tubuh badan orang yang demam merupakan satu bahagian daripada bahagian-bahagian jahannam. Allah memberi keizinan supaya haba dan wap neraka ini dirasai oleh manusia supaya manusia mengambil pengajaran. Ini disokong oleh sebuah hadith yang terdapat dalam Musnad al-Bazzar melalui hadith Aishah dengan sanad yang hasan. Begitu juga hadith Abu Umamah dalam musnad Ahmad, Abu Rayhanah di sisi Tabrani dan Ibn Masud dalam Musnad Shihab yang bermaksud: Demam panas itu merupakan bahagian manusia daripada neraka Ada pula di kalangan ulama yang memahaminya secara tasybih iaitu panas demam panas itu umpama kepanasan jahannam. Pertikaian terhadap hadith ini telah bermula semenjak zaman al-Khattabi lagi. Al-Khattabi pernah mengkritik beberapa kalangan doktor yang memahami hadith ini secara salah. Menurut al-Khattabi, hadith ini tidak menerangkan kaedah menggunakan air apatah lagi suruhan supaya mandi. Apa yang ditekankan oleh hadith ialah menyejukkan kepanasan dengan air dan menggunakan air mengikut keperluan sekadar yang boleh mendatangkan kemanfaatan. Dalam memahami hadith demam berpunca dari bahang api neraka pula, ada ulama yang mengupasnya mengikut maknanya yang hakiki. Ada pula yang menganggapnya sebagai satu bentuk penyerupaan. (al-Tashbih). Dari sudut praktikalnya ia mestilah mengikut kehendak doktor supaya apa yang dilakukan itu tidak mendatangkan mudarat kepada dirinya.

36

Muhammad ibn Ismail al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, kitab (59), bab (10).
175

AL-BAYAN

Penutup Dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan oleh musuh-musuh Islam terhadap hadith-hadith nabi (s.a.w) jelas menunjukkan betapa bencinya mereka kepada Rasulullah (s.a.w) dan umatnya. Tanpa merujuk kepada kitab-kitab muktabar dalam bidang hadith, mereka dengan mudah mengulasnya menurut akal dan logik mereka semata-mata. Hasil daripada kajian ini menunjukkan betapa perlunya umat Islam meningkatkan kefahaman mereka terhadap-hadith-hadith nabi saw. Kaedah-kaedah yang digunakan oleh para ulama dalam memahami hadith nabi (s.a.w) perlu dipelajari dan diketahui bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham terhadap hadith-hadith nabi (s.a.w).

176

Anda mungkin juga menyukai