Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PROGRAM PEMBANGUNAN

PASUKAN SEPAK TAKRAW


SK ISKANDAR SHAH 2018 - 2021

PENDAHULUAN

Permainan sepak Takraw merupakan salah satu antara 10 sukan teras yang
disasarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan baru-baru ini .Menyedari potensi anak-
anak berumur 7-12 tahun boleh dilentur dengan suntikan kemahiran dan teknik
permainan sepak takraw yang betul, Unit Sukan dan Permainan SK Iskandar Shah
mengambil inisiatif menubuhkan Program Pembangunan Pasukan Sepak Takraw
khusus bagi melatih anak-anak diperingkat umur ini dengan cara yang lebih sistematik
dan teratur. Program ini juga mencungkil bakat murid-murid sekaligus mencari bakat-
bakat untuk pemilihan pemain pasukan sepak takraw sekolah.

RASIONAL

Sepak takraw merupakan sukan permainan yang popular di negara kita sehingga
ke peringkat antarabangsa. SK Iskandar Shah berhasrat menjadi pelopor ke arah itu
bagi peringkat sekolah rendah, khususnya. Dengan adanya perancangan “Satu Murid
SatuSukan” yang diperkenalkan diharap dapat menggerakkan program pembangunan
para pemain di peringkat awal seterusnya dapat melahirkan lebih ramai bakat muda
bagi pasukan sepak takraw negeri khususnya dan negara amnya.

MATLAMAT

Melahirkan generasi pemain yang mempunyai kemahiran dan ilmu yang mampu
mengangkat martabat permainan sepak takraw di peringkat sekolah ,daerah,negeri dan
kebangsaan.

OBJEKTIF

 Melatih kemahiran asas dan teknik permainan sepak takraw.


 Memupuk minat terhadap permainan sepak takraw di kalangan anak-anak
secara aktif.
 Meningkatkan kecergasan fizikal,mental dan daya ketahanan diri.
KUMPULAN SASAR

Murid-Murid SK Iskandar Shah

 Lelaki Tahap 2 : Tahun 4, 5 dan 6.

JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Pn. Norlia Binti Abdul Wahab


(Guru Besar Sk Iskandar Shah)

Pengerusi : En. Fazreel Bin Abdul Fatah


(Pk Kokurikulum Sk Iskandar Shah)

Penyelaras : En. Muhammad Afifi Syazwan Bin Johari


Ahli Jawatankuasa : Guru-guru penasihat Sepak Takraw

JADUAL TENTATIF

Selasa
Masa : 4.00 – 5.30 Petang
Tempat :
Khamis Dataran Perhimpunan SK Iskandar Shah
Masa : 4.00 – 5.30 Petang

* Sebarang perubahan dan pindahan akan dimaklumkan secara berkala

MODUL LATIHAN

 Kecergasan fizikal
 Skim Peningkatan Kemahiran dan Kemahiran Asas
 Latihan berperingkat dan Permainan Kecil
 Klinik Sepak Takraw
 Tayangan video
 Pertandingan kemahiran
 Pertandingan persahabatan
JURULATIH

Jurulatih Hoki amatur:

 En. Muhammad Afifi Syazwan Bin Johari


 En. Mohd Zamani Bin Sapiei

ANGGARAN PERBELANJAAN

Perbelanjaan ini ialah bagi alatan sukan :

SUMBER BUTIRAN JUMLAH


Bola Takraw RM 35.00 x 10 biji
JUMLAH BESAR RM 350.00

PENUTUP

Adalah diharapkan program ini dapat memberi impak yang besar kepada
kemajuan sepak takraw Sk Iskandar Shah. Dengan segala perancangan yang diatur
InsyaAllah tunas sepak takraw yang ingin dicambah akan membuahkan hasil dalam
tempoh 3 tahun seterusnya mencapai objektif yang disasarkan.

Disediakan oleh,

………………………
(MUHAMMAD AFIFI SYAZWAN BIN JOHARI)
KERTAS CADANGAN
PROGRAM
PEMBANGUNAN
SEPAK TAKRAW
2018 – 2021

SK ISKANDAR SHAH, PARIT

Disediakan Oleh :

MUHAMMAD AFIFI SYAZWAN BIN JOHARI


SK ISKANDAR PERDANA
32610 SERI ISKANDAR , PERAK
TEL : 05 - 3711584

___________________________________________-__

Ruj: (1) dlm Koku.05


Tarikh :
Kepada:

Guru Besar
SK Iskandar Perdana
32610 Seri Iskandar
Perak Darul Ridzuan

Tuan,

PROGRAM PEMBANGUNAN HOKI 2013-2016

Adalah dimaklumkan perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan program pembangunan ini akan dilaksanakan bermula


pertengahan November ini bersempena cuti akhir tahun persekolahan.

3. Sehubungan dengan itu, Unit Kokurikul Sk Iskandar Perdana memohon


peruntukan sebanyak RM 2000.00 bagi perbelanjaan aktiviti tersebut .Bersama ini
dilampirkan Kertas Kerja pelaksanaan untuk makluman tuan.

Segala perhatian dan komitmen tuan amat dihargai dan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

……………………..
(FAZREEL BIN ABDUL FATAH)
Penyelaras
Program Pembangunan Hoki
Sk Iskandar Perdana

Anda mungkin juga menyukai