Anda di halaman 1dari 7

Kisah ketabahan Nabi Ayub

Sk Ulu Sungai

KISAH KETABAHAN NABI AYUB

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

Terima kasih tuan pengerusi majlis, yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru,kawan-kawan serta hadirin hadirat sekalian.

Ketabahan nabi ayub tajuk cerita,


Di lembaran sejarah kisah tertera
Sentiasa diuji pelbagai cara
Namum iman teguh di jiwa

Nabi ayub ialah putera Isy bin ishak bin Ibrahim. Berketurunan bani Israel dan tinggal
di hauran sehingga berusia 90 tahun. Nabi ayub seorang yang kuat berusaha dan
mempunyai harta kekayaan yang sangat banyak. Baginda juga seorang hamba Allah yang
beriman dan sentiasa mematuhi perintah Allah.

Nabi ayub keluarga hartawan


Kuat beribadat kepada tuhan
Isterinya rahmah wanita beriman
Kehidupan mereka mendapat keredhaan

Ini bertetapan dengan firman Allah yang berbunyi…

ٞ ‫صا ِب ٗر ۚا ِنعۡ َم ۡٱل َع ۡبد ُ ِإنَّ ٓۥهُ أ َ َّو‬


‫اب‬ َ ُ‫ِإنَّا َو َج ۡد َٰنَه‬

Sesungguhnya kami dapati dia (ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba.
Surah sod ayat 44

Kawan-kawan..sabar itu sebahagian daripada iman. Kesabaran rakyat syiria di Aleppo


menghadapi dugaan peperangan dari tentera musuh patut dicontohi.
Kisah ketabahan Nabi Ayub
Sk Ulu Sungai

Hadirin hadirat sekalian,

Iman dan sabar Ayub tiada tandingannya


Iblis dendam mahu mengujinya
Lantas iblis menghadap Allah yang Esa

Ya Tuhan, sebenarnya Ayub itu hanya berpura-pura beriman dan beribadat kepadaMu.

Lalu iblis meminta dari Allah yang Esa untuk merosakkan iman Nabi Ayub. Allah
menyanggah tuduhan iblis itu dan mencabar iblis untuk membuktikannya.

Ujian pertama datang menghimpit,


Kekayaan hilang sedikit demi sedikit,
Binatang peliharaan mati seolah berpenyakit,
Nabi Ayub menjadi ,miskin, papa sangatlah perit.

Sebagaimana firman Allah:

‫عذَاب‬ َ َٰ ‫ش ۡي‬
ٖ ۡ‫طنُ ِبنُص‬
َ ‫ب َو‬ َّ ‫ِي ٱل‬ َّ ‫أَنِي َم‬
َ ‫سن‬

Yang bermaksud..
: " Sesungguhnya Aku diganggu oleh Syaitan Dengan (hasutannya semasa Aku ditimpa)
kesusahan dan azab seksa (penyakit)".
Surah Sod,ayat 41

Ya kawan-kawan, Syaitan itu sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia. Lihat sajalah
hari ini pelbagai kes jenayah terus menjadi-jadi. Baru-baru ini , seorang ibu di Kelantan
sanggup mengelar leher anaknya yang berumur 2 bulan. Inilah akibatnya bila syaitan
menguasai hati.
Kisah ketabahan Nabi Ayub
Sk Ulu Sungai

Kawan-kawan…

Ayub diuji kali kedua,


Hancur rumahnya dilanda gempa,
Anak-anaknya mati semua,
Tinggallah Ayub dengan isterinya,
Tiada lagi zuriat baginda,
Hilang nikmat sekelip mata.

Masya Allah…
Sudah jatuh ditimpa tangga
Kini penyakit pula datang melanda
Isteri tercinta tinggalkan baginda
Diejek dicerca kaum derhaka
Iblis gembira tidak terkira

Hei…Ayub..Sia-sia sahaja engkau beribadat kepada Tuhanmu, kata iblis yang sangat
mengharapkan agar baginda berhenti beribadah.
Kasihan Nabi Ayub..Meskipun diuji begitu berat, Allah tetap di hati baginda.

Firman Allah :
‫ُّوب إِ ۡذ نَادَ َٰى َربَّه‬
َ ‫َوأَي‬

Maksudnya : dan ingatlah kisah Nabi Ayub ketika ia menyeru Tuhannya, sesungguhnya aku
ditimpa musibah
Surah Al-Anbiya’, ayat 83

Ya kawan-kawan,
Setiap orang yang beriman akan diuji oleh Allah.Ujian banjir di Pantai Timur yang berulang
kali sangat menguji keimanan mereka. Namun sebagai orang yang beriman, kita hendaklah
sentiasa redho dan bersangka baik dengan ujian Allahnya.
Kisah ketabahan Nabi Ayub
Sk Ulu Sungai

Hadirin sekalian

Sabarnya Ayub,
Syurga menanti
Untuk menggapai bahagia diri,
Perlu ada pengorbanan suci,
Walau dihina walau dicaci,
Tabahmu tetap menguasai diri

Tujuh tahun musibah melanda


Tubuhnya semakin lemah tak bertenaga
Tiada siapa dapat membela
Kepada Allah merayu baginda.

Firman Allah :
َّ َٰ ‫ِي ٱلض ُُّّر َوأَنتَ أ َ ۡر َح ُم‬
٨٣ َ‫ٱلرحِ مِ ين‬ َّ ‫أَنِي َم‬
َ ‫سن‬

Sesungguhnya aku ditimpa penyakit. Engkau Tuhan Maha Penyayang.


Surah al-anbiya’,ayat 83

Ya kawan-kawan..

Kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah kerana doa adalah senjata orang mukmin. Kisah saudara
Mohd Azarul Mukhris bin Abdul Rahman yang hilang di Bukit Broga kemudian ditemui mengakui
bahawa dia tidak putus-putus memohon doa kepada Allah agar diselamatkan dari ujian tersebut,
oleh itu jangan lupa berdoa ya kawan-kawan.
Kisah ketabahan Nabi Ayub
Sk Ulu Sungai

Kawan-kawan…
Sesungguhnya Allah Maha mendengar rintihan hambanya. Lalu Allah
menyuruh baginda menghentakkan kaki ke bumi.

Bila dihentak kaki ke bumi


Terbitlah air sejuk sekali
Lalu diminum serta dimandi
Tubuh badan sihat kembali

Firman Allah :
‫فَٱسۡ ت َ َج ۡبنَا لَ ۥه ُ فَ َكش َۡفنَا َما ِبِۦه مِ ن ض ٖ ُّٖۖر‬
maksudnya :
Lalu kami perkenankan permohonannya dan hilangkan apa yang
bahaya bagi dirinya. (surah al-anbiya’,ayat 84)

Ya kawan-kawan,
Allah Maha berkuasa di atas segalanya. Cubalah kita renungkan
sejenak. Angkuhnya kerajaan Israil telah ditundukan Allah dengan
kuasanya, menebarkan api yang menjulang-julang membakar 11
daerah di Israil. Hebatnya kuasa Allah.
Kisah ketabahan Nabi Ayub
Sk Ulu Sungai

Akhirnya…

Nabi Ayub berjaya menempuhi ujian yang melanda


Derita berakhir sudah, taqwa kian bertambah
Anak isteri dikembalikan Allah
Harta diganda melimpah ruah
Syukur, Alhamdulillah.

Sekian..Wabillahi taufik wal hidayah wassalammualaikum w.b.t


Kisah ketabahan Nabi Ayub
Sk Ulu Sungai

Akhirnya…

Nabi Ayub berjaya menempuhi ujian yang melanda


Derita berakhir sudah, taqwa kian bertambah
Anak isteri dikembalikan Allah
Harta diganda melimpah ruah
Syukur, Alhamdulillah.

Sekian..Wabillahi taufik wal hidayah wassalammualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai