Anda di halaman 1dari 5

1

KISAH KETABAHAN NABI AYYUB



Dengarlah kisahku ini, Kisah yang sungguh menyayat hati,
Semaikan insaf di hati ini, syukur sentiasa pada Ilahi,
Alirkan kesedaran diri, saksikan kebesaran Ilahi,
Keagungan alam kurniaan Pencipta,
Marilah bersama suburkan takwa dijiwa.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh..

Indah gemilang cahaya fajar,
Kejora berkelipan ke dinihari,
Menyambut tiba subuh nan nyaman,
Kisah Al-Quran penuh iktibar,
Jadikan panduan setiap hari,
Kisah Ketabahan Nabi Ayyub menjadi pilihan.
Hadirin sekalian,
Nabi Ayyub bin Mawsh bin Razakh bin Aish bin Ishak bin Ibrahim alaihissalam
adalah seorang Rasul yang tinggi kesabaran dan keimanannya kepada Allah subhanahu
wataala. Baginda dianugerahi Allah anak-anak yang ramai serta harta yang banyak berupa
tanaman serta haiwan ternakan seperti kambing, biri-biri, sapi dan unta. Namun begitu, Nabi
Ayyub sentiasa bersyukur ke hadrat Allah atas nikmat yang diterimanya.
Hal ini menyemarakkan rasa dendam dan dengki Iblis, Iblis memohon perkenan Allah
untuk membuktikan bahawa Ayyub bukan seorang yang ikhlas beribadah. Kerana Allah ingin
menjadikan Nabi Ayyub lebih meningkat imannya maka Iblis pun diberikan Allah keizinan.
Ha...hahaawas kau Ayyub. Akanku musnahkan kekayaan dan anak-anaknya.
HahahaAkuIblis, tidak pernah kering dengan tipu daya.

2

Gembira sekali si Iblis celaka. Tanpa bertangguh disusun rencana; Dikerahkan tenaga
seluruh konco-konconya; Segala gedung harta dan haiwan ternakan dimusnahkannya; Semua
cahaya mata tercinta, mati dihempap bencana; Kehidupan Ayyub menjadi papa; Yang tinggal
hanyalah Siti Rahmah, isterinya yang setia. Iman nabi terjejas tiada. Lantas bersujud kehadrat
yang Esa.
Iblis durjana tak putus ikhtiar. Dititipnya virus penyakit cacar. Bernanah kudis
bengkak menular. Simpati Rahmah jadi penawar.
Kurus dan lesu di pembaringan,
J ijik pandangan saudara dan jiran,
Tiada sedikit belas dan ihsan,
Khuatir penyakit membawa jangkitan.
Kaum Nabi Ayyub mula memperlihat keanggkuhan mereka, Hei Rahmah, kami takut
penyakit Ayyub itu berpindah kepada anak cucu kami! Jadi, keluarkanlah Ayyub dari sini.
Jika tidak, kami akan mengusirnya secara paksa.
Hati Rahmah bagai disayat sembilu, kepada Allah ia berseru Ya Allah, mengapakah
kami diusir dari rumah dan kampung kami sendiri! Bagai sudah jatuh ditimpa tangga nasib
Nabi Ayyub. Namun Nabi Ayyub semakin tabah dan bibirnya tidak putus-putus memuji
Allah. Firman Allah dalam Surah Al-Anbia ayat 83
O)E+......... =/j_OO4` GOO- ^g@...
Maksudnya
Sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit
Siti Rahmah mengendung suaminya dengan kepayahan. Disebuah pondok usang yang
ditinggalkan mereka menumpang. Rahmah bekerja memotong roti bagi mendapatkan
makanan. Namun, apabila diketahui ia adalah isteri Ayyub, niat Rahmah terhalang oleh
majikannya. Demi kasih sayang sejati pada suami, Rahmah isteri misali tiada resah dihati.
Nabi Ayyub pula terus menerus bermunajat sepenuh jiwa raganya, Ya Allah aku
redha segala yang Engkau cabut dariku. Hanya aku bermohon agar janganlah Engkau

3

cabut dua nikmat- Mu iaitu aqal dan lidahku kerana akau memerlukannya untuk
mengingati-Mu dan memuji-Mu.
Cis, aku tak akan berdiam diri. Tunggu wahai Ayyub. Pasti kali ini aku tidak
kecewa lagi. Iblis tetap berusaha memesongkan akidah Ayyub . Kini isterinya pula pula jadi
sasaran. Memang betul. Rahmah mula menampakkan keraguan. Kepada suaminya persoalan
diajukan:
Bilakan berakhir, siksaan I lahi,
Telah lamaku nanti, hidup lebih bererti,
Saudara tiada, jua teman dan jiran,
Anak-anak tersayang, harta dan kemewahan.

Cukupkah bagimu, berdoa selalu,
Sabarmu tak bertepi, sengsaraku harungi,
Di manakah bukti, rahmat kasih I lahi,
Puji syukurmu itu, tiada akhir penentu.
Rupa-rupanya Engkau telah disesatkan oleh Iblis. Engkau menangis atas kemewahan
yang telah hilang dan anak-anak yang telah meninggal.
Kenapakah engkau tidak berdoa supaya Allah melenyapkan kesedihan dan petaka
atas dirimu ini.
Berapa lamakah kita hidup senang?
Selama berpuluh-puluh tahun.
Berapa tahunkah kita hidup menderita?
Baru tujuh tahu.
Oleh itu aku malu kepada Allah untuk menghilangkan derita yang baru seketika.
Ternyata iman engkau begitu tipis. Mulai saat ini tinggalkan aku sendirian. Bila aku sembuh

4

nanti engkau akan kupukul seratus kali sebagai hukuman atas kelemahan imanmu. Biarlah
aku menunggu kadar Allah atas diriku.
Tiap yang mula ada akhirnya; Setiap derita ada bahagia; Setiap penyakit ada
penawarnya. Demikianlah ketentuan Allah sebagaimana firmannya Surah Shaad ayat 43:
E4lE-44 N. N-u-
...^j@......
Maksudnya :
Dia ( mengumpulkan kembali) keluarganya
Seketika kemudian, Nabi Ayyub kembali pulih seperti sediakala. Siti Rahmah turut
kembali kesisinya. Bagi menunaikan sumpahnya Nabi Ayyub telah diperintahkan memukul
isterinya dengan seikat rumput seperti arahan Allah Surah Shaad ayat 44:
'O4 Eg4O) L1^ )O;g
gO) 4 ;+E4^4` ..........
Maksudnya:
Dan ambillah dengan tanganmu seikat (rumput), Maka pukullah dan janganlah kamu
melanggar sumpah.
Hadirin sekalian, marilah kita kutip pengajaran pengajaran dari kisah tadi;
Hidup didunia; penuh dugaan,
Ketegapan iman; menjadi sandaran,
Subur takwa di jiwa; penawar sengsara,
Limpahan sejahtera, kudrat Pencipta.


Bakti diberi, ikhlas dihati,
Perisai diri, I blis yang dengki,

5

Andainya sesaat, kita terleka,
Tertewas pada tipu dayanya.

Berakhir sudah, saya berperi, salah dan silap harap maafi; Jika terselit kehebatan diri;
semuanya milik yang maha suci.
Sekian wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai