Anda di halaman 1dari 9

KISAH NABI AYYUB ALAIHI SALAM

Di pagi yang indah kita ditemukan


Di acara bercerita kisah Al Quran
Pantun
Ketabahan Ayyub ingin disampaikan
Semoga menjadi kisah teladan

Assalamualaikum W.B.T.

Yang saya muliakan, tuan pengerusi majlis, para juri yang maha arif, adil
dan bijaksana. Seterusnya rakan-rakan seperjuangan sekelian.

Bismillahirrahmanirrahim
Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (wahai
Muhammad), sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada
Nabi Nuh, dan Nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya; dan Kami
juga telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, dan Nabi Ismail,
dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub, serta Nabi-nabi keturunannya, dan
Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi
Sulaiman; dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud: Kitab
Zabur.
(An-Nisaa' 4:163)

Nabi Ayyub bin Amush b. Tawakh b. Rum b. Al Aish b. Ishaq alaihi


salam b. Ibrahim Khalilullah adalah berbangsa Roma, manakala ibunya
adalah anak puteri Nabi Luth a.s. Dan Nabi Ayyub adalah seorang yang,
bersih, sopan santun serta bijaksana. Baginda merupakan seorang yang
kaya raya

Nabi Ayyub telah berkahwin dengan Siti Rahmah anak puteri Afrayin
putera kepada Nabi Yusuf a.s. Dan dikurniakan anak yang ramai.

Kemudian dia diutuskan Allah kepada kaumnya, iaitu penduduk Hauran


dan Tiih.

Rakan rakan sekelian

Walaupun Nabi ayyub seorang yang kaya, baginda seorang yang


dermawan. Begitu jugalah dengan kita, janganlah kita menjadi seorang
bakhil kerana harta yang kita miliki hanyalah pinjaman dari Allah, bila
bila masa Allah akan ambil balik apa yang dia berikan.
Sumbangan rakyat Malaysia kepada Somalia dan Palestin
walaupun sedikit amatlah bermakna buat mereka yang dalam kedaifan.

Rakan rakan sekelian

Berkata salah seorang malaikat kepada kawan-kawannya yang


berkumpul berbincang-bincang tentang tingkah-laku makhluk Allah
s.w.t., jenis manusia di atas bumi

"Aku tidak melihat seorang manusia yang hidup di atas bumi


Allah s.w.t. yang lebih baik dari hamba Allah Ayyub". Dia adalah
seorang mukmin sejati ahli ibadah yang tekun. Dari rezeki yang luas
dan harta kekayaan yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepadanya, dia
memperuntuk sebahagian untuk menolong orang-orang yang fakir
miskin. Hari-harinya terisi penuh dengan ibadah dan syukur atas segala
nikmat Allah kepadanya."

Rupa-rupanya mereka tidak sendirian,ada sepasang telinga yang


mendengar perbualan mereka. Tidak lain dan tidak bukan, siapa lagi
Iblis laknatullah. Berdesing telinganya mendengar pujian terhadap anak
Adam.

Rakan-rakan sekelian,

Turunlah Iblis ke dunia yang fana


Mencari si Ayyub insan terpuji
Syair
Hajat di hati melihat sendiri
Manusia hebat pujian malaikat
Dan
Memang betul bagai dikata

Hidup Nabi Ayyub penuh dengan ibadat kepada Allah. Tiada satu pun
masanya terluang tanpa ibadat.

Langsung tak termakan dengan bisikan iblis.

Lalu Iblis , di saat itu naik ke langit , maka Allah Swt berfirman
kepadanya: Hai Iblis terkutuk! Bagaimana engkau melihat hambaKu
Ayyub? Apaka engkau dapat mengambil daripadanya manfaat walaupun
sedikit?

Kata Iblis:

Tuhanku, sesungguhnya Ayyub menyembahMu hanya kerana


sayangkan harta pemberianMu,jika tidak aku percaya dia tidak akan
tekun beribadat kepadaMun.

Firman Allah swt kepada Iblis:

Engkau dusta! Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui, bahawa


sesungguhnya dia menyembah Aku serta berterima kasih kepadaKu,
walaupun dia tidak mempunyai kelapangan rezeki di dunia.

Kata Iblis:
Tuhanku, berilah aku kekuatan untuk menggoda Ayyub dan
lihatlah bagaimana saya membuat dia lupa dari mengingatiMu

Rakan rakan sekalian,

Dengan izin Allah, Iblis dan kuncu-kuncunya memusnahkan semua harta


harta kepunyaan baginda Nabi Ayub sehingga baginda jatuh miskin
dalam sekelip mata.

Namun Usaha Iblis tidak berjaya untuk memalingkan Baginda.

Dicubanya kali kedua dengan membunuh kesemua anakanda-anakanda


Nabi Ayub.

Dan adakah Iblis berjaya kali ini ?

Tidak , dia masih lagi gagal untuk memesongkan Nabi Ayub.

Rakan-rakan sekalian,

Segala cubaan itu datang dari Allah, sebagai seorang islam kita
seharusnya tabah menghadapi dugaan.Seperti mana kita lihat
bagaimana rakyat Jepun yang tetap tabah walaupun dilanda tsunami
dan selepas itu diuji pula dengan kebocoran reaktor nuclear di
Fukushima.
Rakan-rakan sekalian,

Alang alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.


Alang alang mandi biarlah basah

Iblis terus mencuba.


Kali ini ditabur benih benih penyakit ke badan baginda nabi Ayub.Habis
seluruh tubuhnya ditumbuhi penyakit yang memualkan hidung sehingga
baginda disisihkan oleh masyarat.Dengan sabar dan penuh kasih,
isterinya merawat sakit nya itu.

Rakan-rakan sekelian,

Sebagaimana sabar dan tekun siti Rahmah menjaga suaminya.kita juga


tidak seharusnya membiarkan orang yang memerlukan bantuan kita
terkapai kapai sendiri.

Kerana..

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:

Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan


kepada setiap penyakit itu ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan
berubat dengan benda-benda yang haram.
( Abu Daud )

Namun rakan rakan sekalian si Iblis masih gagal dalam usahanya itu.
Dalam kebuntuan, si iblis termenung.

Hai ! apa dayaku menyesatkan Ayub.

Lalu, salah seorang mengajukan pandangan.

"Engkau telah berhasil mengeluarkan Adam dari syurga, bagaimanakah


engkau lakukan ?"

"Dengan memujuk isterinya", jawab Iblis laknatullah.


"Jika demikian" berkata syaitan itu kembali, "Laksanakanlah cara itu.

Akhirnya Iblis berjaya dalam usahanya. Dia berjaya menghasut isteri


baginda. Dengan lembut Rahmah memujuk suaminya supaya meminta
Allah menghapuskan kesusahan mereka.

Aku hendak bertanya kepadamu, berapa lama kita menikmati masa


hidup yang mewah, makmur dan sejahtera ?"

"Lapan puluh tahun", jawab isteri Ayyub.

"Lalu berapa lama kita hidup dalam penderitaan ini?"

"Tujuh tahun", jawab isterinya.

"Aku malu, memohon dari Allah s.w.t.

Ku kiranya engkau telah termakan hasutan dan bujukan syaitan


laknatullah, Tunggulah ganjaranmu sekiranya aku pulih kembali.,Aku
akan memukul mu seratus kali. Dan sejak detik ini aku haramkan diriku
makan dan minum dari tanganmu atau menyuruh engkau melakukan
sesuatu untukku. Tinggalkanlah aku seorang diri di sini.

Firman Allah dalam surah Saad ayat 41 da 42


Dan

(ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa


merayu kepada Tuhannya dengan berkata: " Sesungguhnya aku
diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa)
kesusahan dan azab seksa (penyakit)".(41)

(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan


kepadanya): " Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu " (setelah ia
melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya):
" Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi
menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ".( 42 )

Rakan rakan sekelian,

Rasa cinta Rahmah kepada suaminya membawanya kembali ke


pangkuan baginda Nabi Ayub.Namun sebagai manusia, baginda tidak
sampai hati untuk memukul isterinya sebanyak seratus kali.

Allah berfirman

"Hai Ayyub, ambillah dengan tanganmu seikat rumput dan cambuklah


isterimu dengan rumput itu seratus kali sesuai dengan sesuai dengan
sumpahmu, sehingga dengan demikian tertebuslah sumpahmu."

Rakan-rakan sekelian,
Adat berumahtangga, ada pasang surutnya, buang yang keruh, ambil
yang jernih.

Dewasa ini banyak kes-kes penceraian yang berlaku hanya disebabkan


perkara yang remeh temeh. Sepatutnya mereka cuba untuk
mempertahankan rumahtangga yang mereka bina dengan
mengamalkan pendekatan saling percaya mempercayai dan saling
memaafkan kesalahan.

Rakan-rakan sekelian

Kehidupan Baginda Nabi Ayub pulih seperti sediakala, malahan lebih


hebat daripada itu.Si Iblis sudah mengangkat bendera putih tanda gagal
meyesatkan baginda.

Dan berkat kesabaran jugalah, rakyat Acheh bangkit dari segala


kemusnahan dan musibah yang mereka alami.

Sekian Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai