Anda di halaman 1dari 9

Sumber Pendidikan

ditulis oleh:

FADZLIATON ZAINUDIN

Pengenalan
Kualiti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat ditingkatkan melalui
penggunaan sumber pendidikan yang baik, memudahkan pembelajaran dan menarik
minat murid. Penggunaan sumber pendidikan secara terancang dan teratur akan
menjadikan proses PdP lebih bermakna dan berkesan, membantu guru menerangkan
sesuatu konsep dengan lebih mudah dan menarik serta membantu murid memahami
perkara yang dipelajari dan seterusnya berkemahiran mengurus pembelajaran
mereka secara proaktif dan bertanggungjawab.

Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan


supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai sumber pendidikan untuk
meningkatkan keberkesanan PdP. Teknologi Pendidikan merupakan satu bidang dan
amalan etika yang dipraktikkan untuk memudahcara dan meningkatkan keberkesanan
PdP melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan sumber pendidikan dan
proses teknologi yang sesuai.

Definisi Sumber Pendidikan


Koleksi bahan dan media dalam pelbagai format yang digunakan untuk pengajaran
dan pembelajaran. Secara ringkasnya, sumber pendidikan ini dibahagikan kepada
kepada dua, iaitu bahan cetak, bahan bukan cetak dan bahan digital.

Bahan cetak terdiri daripada buku-buku fiksyen, buku-buku bukan fiksyen, kamus,
majalah, jurnal, laporan tahunan, surat khabar, risalah, brosur dan sebagainya.

Bahan bukan cetak pula merangkumi radio, kaset, CD, DVD, filem, kit permainan,
model, realia, bahan digital, glob, specimen, replika dan sebagainya.

Bahan digital meliputi dokumen dan media dalam format digital


Ciri-ciri Sumber Pendidikan yang Berkesan
Membantu guru dan murid menjalani proses PdP dengan lebih berkesan
Penggunaan sumber pendidikan dirancang dalam tiga peringkat iaitu sebelum,
semasa dan selepas
Sumber pendidikan memenuhi keperluan kurikulum untuk mencapai objektif dan
peringkat perkembangan PdP
Sumber pendidikan dipilih berdasarkan kos, masa dan teknologi yang sesuai untuk
mengoptimum PdP
Sumber pendidikan dipilih berdasarkan kesesuaiannya dari segi topik dan objektif
PdP, latar belakang dan strategi pembelajaran murid, saiz kelas dan keadaan fizikal
bilik darjah
Sumber pendidikan yang dipilih menarik minat murid serta mengayakan
pengetahuan dan pengalaman murid
Kepentingan Sumber Pendidikan dalam P&P
Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) oleh Howard Gardner (1983)
menyatakan bahawa setiap individu mempunyai sekurang-kurangnya lapan
kecerdasan (intelligences) merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau
kemahiran yang wujud secara semulajadi. Gardner menjelaskan bahawa setiap
kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung seseorang mungkin
lemah dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi cemerlang dalam domain (bidang
kecerdasan) yang lain. Menurut beliau lagi, setiap individu mempunyai kelapan-lapan
kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan
kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan menerusi pendidikan,
pengalaman dan persekitaran.
Pengurusan Sumber Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia memperuntukkan sejumlah wang bagi meningkatkan
koleksi Sumber Pendidikan melalui per capita grant (PCG) dan sumber kewangan
tambahan setiap tahun. Justeru, Sumber Pendidikan ini perlu diurus dengan baik,
efisien dan sistematik bagi memudahkan akses dan penggunaan oleh guru dan murid
dalam mempertingkatkan kualiti PdP.
Kemudahan bagi menempatkan pelbagai jenis dan format Sumber Pendidikan turut
diberi perhatian oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, antaranya:

Pusat Sumber Sekolah (Bilik Perpustakaan, Bilik Media, Bilik Bahan Bantu
Mengajar)
Pusat Akses Sekolah
Makmal Komputer
Selain itu, sekolah-sekolah yang proaktif mewujudkan kemudahan dan Sumber
Pendidikan tambahan seperti Bilik Sumber Mata Pelajaran, Bilik / Ruang Akses
Kendiri, Laluan Ilmu, Taman Ilmu dan sebagainya yang dapat menjadikan suasana
pembelajaran lebih kondusif, menarik dan bermakna kepada murid.

Sumber Pendidikan Berteknologi Tinggi


Menjelang abad ke-21, perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) telah mengubah lanskap pendidikan di Malaysia. Dengan wujudnya Sekolah
Bestari pada tahun 1997, penekanan diberikan kepada Sumber Pendidikan
berteknologi tinggi agar pengetahuan dan kemahiran murid adalah seiring dengan
perkembangan teknologi semasa dalam usaha membangunkan Malaysia sebagai
sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing (k-economy).

Pembelajaran berasaskan Sumber Pendidikan berteknologi tinggi merujuk kepada


pewujudan dan penyediaan kemudahan resos dan peralatan seperti perkakasan,
perisian, dan rangkaian Internet kepada semua warga sekolah yang ingin
mendapatkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai sama ada melalui proses P&P
secara formal atau secara kendiri. Pembelajaran berasaskan sumber pendidikan
berteknologi tinggi pada dasarnya dapat dilaksanakan merentas sempadan dan masa
dengan adanya peralatan digital berbentuk maya.

Perkembangan pesat berbilion-bilion maklumat dan Sumber Pendidikan di Internet


menyukarkan carian dan penilaian Sumber Pendidikan yang berkualiti dan sesuai
dengan murid. Pengurusan Sumber Pendidikan yang berkesan, sistematik dan efisien
perlu dititik berat dan ditingkatkan. Murid juga perlu diberi pendedahan Kemahiran
Abad Ke-21 (21st Century Skills) dan Literasi Maklumat (Information Literacy) supaya
mereka mampu mengenal pasti, mencari, menilai dan mengguna maklumat secara
berkesan dan efisien.
Penilaian Sumber Pendidikan
Penilaian sumber pendidikan dilaksanakan berasaskan penggunaan dan hasil
pembelajaran yang diperolehi oleh murid. Penilaian ini termasuk Penilaian Formatif
(ketika penyediaan sumber pendidikan) dan Penilaian Sumatif (selepas sumber
pendidikan disedia dan digunakan). Keberkesanan sumber pendidikan dinilai dai
aspek berikut:

1. Kurikulum
Sumber pendidikan yang digunakan perlu sesuai dengan kehendak kurikulum dan
objektif PdP. Ia perlu membantu guru dalam penyampaian isi kandungan pelajaran
serta sesuai dengan tahap pemahaman dan perkembangan kognitif murid.

2. Proses
Pengalaman berinteraksi secara langsung dengan sumber pendidikan dapat
menggalakkan proses pembelajaran. Pembelajaran dapat ditingkatkan lagi sekiranya
sumber itu memerlukan gerak balas murid secara lisan atau perbuatan.

3. Sikap
Penggunaan sumber pendidikan yang sesuai dapat menarik minat dan perhatian
murid terhadap proses PdP. Sumber pendidikan yang berkesan dapat menerapkan
nilai-nilai murni dan meningkatkan motivasi murid dan.

4. Penggunaan
Sumber pendidikan harus mudah digunakan, mudah alih dan mudah disimpan.
Pengalaman menunjukkan bahawa sumber pendidikan yang sukar atau dialih dan
disimpan, tidak mendapat sambutan dalam kalangan guru.

5. Kualiti
Kualiti sumber pendidikan yang digunakan haruslah memuaskan supaya mesej yang
hendak disampaikan dapat diterima oleh murid dengan berkesan. Contohnya, bahan
cetak harus senang dibaca dan mempunyai kosa kata yang sesuai dengan tahap
penguasaan bahasa murid.

6. Kos
Kebanyakan sumber pendidikan hanya digunakan beberapa kali sahaja dalam
setahun. Oleh itu, kos penghasilan sesuatu bahan haruslah rendah. Bagi tujuan
tersebut, sumber pendidikan yang boleh diguna semula dan direka ganti lebih
berkesan dari segi kos.
SUMBER PENDIDIKAN DIGITAL

ditulis oleh:

FADZLIATON ZAINUDIN
Bahan sumber digital terdiri daripada bahan berasaskan Internet, CD-ROM, video dan
audio. Sumber pendidikan digital boleh digunakan untuk tujuan pemulihan, rujukan
dan pengayaan.

Sumber digital mudah diguna, disesuai, diperbanyak dan diedarkan dengan serta
merta. Guru dan murid perlu mempunyai kemahiran mencari, memilih, memproses
dan menggunakan maklumat dan bahan digital.

Terdapat beberapa sumber pendidikan digital, iaitu:

1. Laman web
Bahan sumber dimuatkan dalam pelayan (server) dan disusun mengikut indeks.
Bahan ini boleh dimuat turun dengan menggunakan enjin carian maklumat seperti
Google, Yahoo, Bing dan sebagainya.

2. Portal
Portal ialah pusat sehenti (one-stop centre) yang digunakan untuk mendapatkan
maklumat khusus contohnya berkaitan pendidikan, ekonomi, alam sekitar,
perkhidmatan seperti berita, forum, dan sebagainya. Portal atau gerbang pendidikan
merupakan trenda pendidikan terkini yang seharusnya dimanfaatkan oleh semua
pihak.

3. Pembelajaran Dalam Talian


Pembelajaran Dalam talian (Online learning) merupakan kaedah pembelajaran yang
membolehkan pengguna untuk belajar di mana-mana pada bila-bila masa melalui
komputer dan Internet.
4. Persekitaran Pembelajaran Maya (Virtual Learning Environment VLE)
Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) atau platform pembelajaran ialah sistem e-
pembelajaran berasaskan web yang menyediakan akses kepada bilik darjah,
kandungan PdP, pentaksiran, tugasan, sumber pendidikan dan pautan pendidikan,
secara maya. VLE juga menyediakan ruang sosial yang digunakan oleh guru dan
murid berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain. Selain daripada
pembelajaran secara jarak jauh, VLE boleh diintegrasikan dalam persekitaran
pebelajaran secara fizikal yang selalunya dirujuk sebagai pembelajaran blended.
5. CD-ROM / VCD / DVD / CD Audio
Sumber pendidikan digital bagi PdP selain daripada Internet ialah CD-ROM / VCD /
DVD / CD Audio. Bahan ini terdiri daripada perisian kursus, perisian interaktif dan
perisian berbentuk maklumat. Ianya bertujuan untuk membolehkan penggunakan
menjalankan pembelajaran kendiri dan mencari maklumat.

Anda mungkin juga menyukai