Anda di halaman 1dari 4

Pembelajaran Terbeza

Pembelajaran Terbeza bermaksud murid belajar secara


optimum mengikut aras atau situasi murid. Pembelajaran
Terbeza mengambil kira tahap pembelajaran murid,
kecenderungan serta kemampuan pembelajaran.

Dalam sesuatu PDPC adalah perlu untuk pembelajaran


terbeza ini berlaku supaya murid dapat mencapai objektif
pembelajaran.

Pembelajaran Terbeza mengambil kira 3 aspek iaitu melalui


kandungan, proses dan hasil. Ia dizahirkan melalui RPH
sehinggalah kepada PdPc.

3 aspek dalam pembelajaran terbeza adalah:

 Kandungan
 Proses
 Hasil

1. Pembelajaran terbeza dari segi kandungan adalah


apabila kandungan yang diberikan berbeza mengikut
tahap murid.
2. Contohnya.Kemahiran: Murid boleh mencari isi penting
berdasarkan petikan yang diberi.

1. Murid pandai/sederhana diberikan teks biodata


Datuk Lee Chong Wei. Teksnya lebih panjang
serta banyak info yang diberikan (3 perenggan). 
2. Murid lemah pula diberikan biodata Datuk Lee
Chong Wei yang lebih ringkas (2 perenggan).

Pembelajaran terbeza dari segi proses pula adalah murid


melakukan aktiviti yang sama tetapi melalui proses yang
berbeza.
1. Murid pandai/sederhana mencari isi penting
dengan aktiviti think pair share.

2. Murid lemah pula mencari isi penting dengan


menggariskan isi-isi penting.

Pembelajaran terbeza dari segi produk pula memerlukan


murid berlainan menghasilkan produk yang berlainan.
1. Murid pandai/sederhana membuat peta minda
atau rumusan untuk menerangkan isi-isi penting.

2. Murid lemah membuat jadual senarai isi penting. 


* Adalah perlu diingat, pembelajaran terbeza tidak
membezakan kemahiran murid pandai/sederhana dengan yang
lemah. Kemahiran tetap sama yang berbeza ialah kandungan,
proses ataupun hasil.

Untuk hasil, ia boleh berada dalam bentuk sesuatu itu


dihasilkan atau pun bilangan.

Contohnya, murid pandai/sederhana hasilkan 5 isi penting


sementara murid lemah cuma 3 isi penting.

Perkara yang boleh menjayakan pembelajaran terbeza


adalah:
1. Ada analisa kemahiran murid. Guru sudah tahu
pencapaian murid. (Aras/tahap pembelajaran)

2. Guru mengenal kemampuan murid. Maksudnya


sejauh mana murid mampu menghasilkan
sesuatu tugasan. (Kemampuan pembelajaran)

3.Kencenderungan pembelajaran murid


dikenalpasti melalui ujian psikometrik ataupun
pemerhatian. (Kecenderungan pembelajaran).

Bagaimanakah pembelajaran terbeza itu dizahirkan dalam


RPH:
1. Bilangan minimum jumlah hasil diberikan. Contoh, murid
menyenaraikan sekurang-kurangnya 3 isi penting berdasarkan
petikan yang diberikan (elemen 4.1.1 SKPMg2).
2. Pada bahagian aktiviti disenaraikan nama aktiviti mengikut
aras murid atau bentuk produk dinyatakan. 

Dengan adanya pembelajaran terbeza, semua murid diraikan.


Semua murid mendapat peluang yang sama untuk mencapai
tahap optimum dalam pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai