Anda di halaman 1dari 8

KISAH NABI AYYUB ALAIHI SALAM

Di pagi yang indah kita ditemukan


Di acara bercerita kisah Al Quran
Ketabahan Ayyub ingin disampaikan
Semoga menjadi kisah teladan

Pantun

Assalamualaikum W.B.T.
Yang saya muliakan, tuan pengerusi majlis, para juri yang
maha arif, adil dan bijaksana. Seterusnya rakan-rakan
seperjuangan sekelian.
Bismillahirrahmanirrahim
Sungguhnya Kami telah memberikan wahyu
kepadamu (wahai Muhammad), sebagaimana Kami telah
memberikan wahyu kepada Nabi Nuh, dan Nabi-nabi
yang diutus kemudian daripadanya; dan Kami juga telah
memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, dan Nabi
Ismail, dan Nabi Ishak, dan Nabi Yaakub, serta Nabi-nabi
keturunannya, dan Nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi
Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman; dan juga
Kami telah memberikan kepada Nabi Daud: Kitab Zabur.
(An-Nisaa' 4:163)

Nabi Ayyub bin Amush b. Tawakh b. Rum b. Al Aish b.


Ishaq alaihi salam b. Ibrahim Khalilullah adalah
berbangsa Roma, manakala ibunya adalah anak puteri
Nabi Luth a.s. Dan Nabi Ayyub adalah seorang yang,

bersih, sopan santun serta bijaksana. Baginda merupakan


seorang yang kaya raya
Nabi Ayyub telah berkahwin dengan Siti Rahmah anak
puteri Afrayin putera kepada Nabi Yusuf a.s. Dan
dikurniakan anak yang ramai.
Kemudian dia diutuskan Allah kepada kaumnya, iaitu
penduduk Hauran dan Tiih.
Rakan rakan sekelian
Walaupun Nabi ayyub seorang yang kaya, baginda
seorang yang dermawan. Begitu jugalah dengan kita,
janganlah kita menjadi seorang bakhil kerana harta yang
kita miliki hanyalah pinjaman dari Allah, bila bila masa
Allah akan ambil balik apa yang dia berikan.

Rakan rakan sekelian


Berkata salah seorang malaikat kepada kawan-kawannya
yang berkumpul berbincang-bincang tentang tingkah-laku
makhluk Allah s.w.t., jenis manusia di atas bumi
"Aku tidak melihat seorang manusia yang hidup di
atas bumi Allah s.w.t. yang lebih baik dari hamba Allah
Ayyub". Dia adalah seorang mukmin sejati ahli ibadah
yang tekun. Dari rezeki yang luas dan harta kekayaan
yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepadanya, dia
memperuntuk sebahagian untuk menolong orang-orang

yang fakir miskin. Hari-harinya terisi penuh dengan


ibadah dan syukur atas segala nikmat Allah kepadanya."
Rupa-rupanya mereka tidak sendirian,ada sepasang
telinga yang mendengar perbualan mereka. Tidak lain
dan tidak bukan, siapa lagiIblis laknatullah. Berdesing
telinganya mendengar pujian terhadap anak Adam.

Rakan-rakan sekelian,
Turunlah Iblis ke dunia yang fana
Mencari si Ayyub insan terpuji
Hajat di hati melihat sendiri
Manusia hebat pujian malaikat

Syair

Dan
Memang betul bagai dikata
Hidup Nabi Ayyub penuh dengan ibadat kepada Allah.
Tiada satu pun masanya terluang tanpa ibadat.
Langsung tak termakan dengan bisikan iblis.
Lalu Iblis , di saat itu naik ke langit , maka Allah Swt sa
berfirman kepadanya: Hai Iblis terkutuk! Bagaimana
engkau melihat hambaKu Ayyub? Apaka engkau dapat
mengambil daripadanya manfaat walaupuan sedikit?

Kata Iblis:
Tuhanku, sesungguhnya Ayyub menyembahMu
hanya kerana sayangkan harta pemberianMu,jika tidak
aku percaya dia tidak akan tekun beribadat kepadaMun.
Firman Allah swt kepada Iblis:
Engkau dusta! Sesungguhnya Aku Maha
Mengetahui, bahawa sesungguhnya dia menyembah Aku
serta berterima kasih kepadaKu, walaupun dia tidak
mempunyai kelapangan rezeki di dunia.
Kata Iblis:
Tuhanku, berilah aku kekuatan untuk menggoda
Ayyub dan lihatlah bagaimana saya membuat dia lupa
dari mengingatiMu
Rakan rakan sekalian,
Dengan izin Allah, Iblis dan kuncu-kuncunya
memusnahkan semua harta harta kepunyaan baginda
Nabi Ayub sehingga baginda jatuh miskin dalam sekelip
mata.
Namun Usaha Iblis tidak berjaya untuk memalingkan
Baginda.
Dicubanya kali kedua dengan membunuh kesemua
anakanda-anakanda Nabi Ayub.
Dan adakah Iblis berjaya kali ini ?

Tidak , dia masih lagi gagal untuk memesongkan Nabi


Ayub.
Rakan-rakan sekalian,
Segala cubaan itu datang dari Allah, sebagai seorang
islam kita seharusnya tabah menghadapi dugaan.Seperti
mana kita lihat bagaimana rakyat Jepun yang tetap tabah
walaupun dilanda tsunami dan selepas itu diuji pula
dengan kebocoran reaktor nuclear di Fukushima.
Rakan-rakan sekalian,
Alang alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal
lengan.
Alang alang mandi biarlah basah
Iblis terus mencuba.
Kali ini ditabur benih benih penyakit ke badan baginda
nabi Ayub.Habis seluruh tubuhnya ditumbuhi penyakit
yang memualkan hidung sehingga baginda disisihkan
oleh masyarat.Dengan sabar dan penuh kasih, isterinya
merawat sakit nya itu.
Rakan-rakan sekelian,
Sebagaimana sabar dan tekun siti Rahmah menjaga
suaminya.kita juga tidak seharusnya membiarkan orang
yang memerlukan bantuan kita terkapai kapai sendiri.
Kerana..

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:


Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan
dijadikan kepada setiap penyakit itu ada ubatnya,
berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda
yang haram.
( Abu Daud )
Namun rakan rakan sekelian si Iblis masih gagal dalam
usahanya itu.
Dalam kebuntuan, si iblis termenung.
Hai ! apa dayaku menyesatkan Ayub.
Lalu, salah seorang mengajukan pandangan.
"Engkau telah berhasil mengeluarkan Adam dari syurga,
bagaimanakah engkau lakukan ?"
"Dengan memujuk isterinya", jawab Iblis laknatullah.
"Jika demikian" berkata syaitan itu kembali,
"Laksanakanlah cara itu.
Akhirnya Iblis berjaya dalam usahanya. Dia berjaya
menghasut isteri baginda. Dengan lembut Rahmah
memujuk suaminya supaya meminta Allah
menghapuskan kesusahan mereka.
Aku hendak bertanya kepadamu, berapa lama kita
menikmati masa hidup yang mewah, makmur dan
sejahtera ?"

"Lapan puluh tahun", jawab isteri Ayyub.


"Lalu berapa lama kita hidup dalam penderitaan ini?"
"Tujuh tahun", jawab isterinya.
"Aku malu, memohon dari Allah s.w.t.
Ku kiranya engkau telah termakan hasutan dan bujukan
syaitan laknatullah, Tunggulah ganjaranmu sekiranya aku
pulih kembali.,Aku akan memukul mu seratus kali. Dan
sejak detik ini aku haramkan diriku makan dan minum
dari tanganmu atau menyuruh engkau melakukan
sesuatu untukku. Tinggalkanlah aku seorang diri di sini.
Firman Allah dalam surah Saad ayat 41 da 42
Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub
ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan
berkata: " Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan
dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan dan
azab seksa (penyakit)".(41)
(Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami
perintahkan kepadanya): " Hentakkanlah (bumi) dengan
kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah
air, lalu Kami berfirman kepadanya): " Ini ialah air sejuk
untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan
penyakitmu zahir dan batin) ".( 42 )

Rakan rakan sekelian,


Rasa cinta Rahmah kepada suaminya membawanya
kembali ke pangkuan baginda Nabi Ayub.Namun sebagai
manusia, baginda tidak sampai hati untuk memukul
isterinya sebanyak seratus kali.
Allah berfirman
"Hai Ayyub, ambillah dengan tanganmu seikat rumput
dan cambuklah isterimu dengan rumput itu seratus kali
sesuai dengan sesuai dengan sumpahmu, sehingga
dengan demikian tertebuslah sumpahmu."
Rakan-rakan sekelian
Kehidupan Baginda Nabi Ayub pulih seperti sediakala,
malahan lebih hebat daripada itu.Si Iblis sudah
mengangkat bendera putih tanda gagal meyesatkan
baginda.
Sekian Terima kasih.
Wabillahi taufik wal hidayah..wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh..

Anda mungkin juga menyukai