Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PERLAKSANAAN PROGRAM TRANSISI DAN

GURU PENYAYANG TAHUN 1 2019


NAMA PROGRAM PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG TAHUN 1
2019
TARIKH 1 JANUARI 2019 – 17 JANUARI 2019
PELAKSANAAN
TEMPAT Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh
KUMPULAN Murid Tahun 1
SASARAN
PENILAIAN Program Transisi Tahun 1 2019 ini telah berjalan dengan lancar.
Semua guru yang terlibat memberikan kerjasama dalam
melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancang untuk murid-
murid. Murid-murid juga memberikan kerjasama dan reaksi yang
positif sepanjang 3 minggu program ini berlangsung. Masing-
masing kelihatan sangat teruja dan gembira untuk meneruskan sesi
persekolahan. Malah ibu bapa juga turut memberikan kerjasama
yang baik dalam memastikan semua aktiviti yang dirancang untuk
anak-anak mereka sempena minggu transisi ini berjalan sepertimana
yang dimahukan oleh pihak sekolah.
PENAMBAHBAIKA 1. Mempelbagaikan lagi aktiviti yang mampu menarik minat
N murid.
2. Guru-guru tahun 1 perlu lebih peka dengan jadual yang telah
ditetapkan.
3. Taklimat yang lebih terperinci perlu diberikan kepada ibu
bapa bagi memastikan ibu bapa dapat menyiapkan keperluan
anak-anak.
CATATAN Program Transisi Tahun 1 pada tahun 201 ini telah berjalan dengan
baik hasil kerjasama daripada semua pihak. Pihak sekolah berharap
semua ibu bapa/penjaga dapat menghantar anak-anak mereka yang
telah cukup umur untuk mendaftar di sekolah supaya mendapat
pendidikan awal secara menyeluruh. Program Transisi yang
dijalankan dalam masa yang singkat ini diharapkan dapat memupuk
sifat yakin dan berani dalam diri murid-murid tahun satu terutama
dalam pergaulan seharian.

LAPORAN BERGAMBAR
Disediakan oleh : Disemak oleh :

_____________________________ _____________________________
PN NAZATUL HASHIMA BINTI MD RAZALI PN ERNIWATI BINTI
MOHAMED
PENYELARAS TRANSISI GPK PENTADBIRAN
SK SUNGAI BULOH SK SUNGAI BULOH
Disahkan oleh :

____________________________________
EN MD NASIR BIN MUDA
GURU BESAR SK SUNGAI BULOH

Anda mungkin juga menyukai