Anda di halaman 1dari 20

Pengabaian Warga Emas

Apakah yang dimaksudkan dengan warga emas? Merujuk kepada takrifan yang

dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) , warga emas merupakan

individu yang berusia 60 tahun ke atas berpandukan ketetapan yang dibuat di Vienna

melalui persidangan "World Assembly On Ageing 1982". Malaysia kini sedang

berkembang pesat untuk mancapai matlamat negara maju supaya dapat berdiri sama

tinggi dan duduk sama rendah dengan negara lain. Akan tetapi, semakin meluas

negara kita dengan kemudahan teknologi dan maklumat ini, statistik menunjukkan

semakin ramai warga emas telah telah dihantar ke rumah kebajikan. Hal ini

menunjukkan bahawa ramai antara kalangan mereka telah diabaikan dan kurang

diberikan kasih sayang.

Golongan muda zaman kini telah lupa akan tanggungjawab untuk menjaga orang

tua mereka , bagai kacang lupakan kulit. Selain itu ,terdapat juga warga emas yang

didera oleh anak mereka. Pada 14 March 2019, satu berita mengejutkan telah

disebarkan dimana seorang wanita warga tua telah didera dan dikurung oleh anak dan

menantunya sehingga mengalami kecederaan di belakang badan, tangan dan kepala.

Kejadian ini berlaku di Flat Sri Desa Wawasan, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Perkara ini membuktikan bahawa kurangnya perikemanusiaan dalam diri golongan

muda pada era ini. Namun, setiap perkara yang berlaku ada sebabnya yang

mengundang kepada pengabaian warga emas. Justeru, apakah yang menjadi faktor

kepada pengabaian ini?


Punca utama pengabaian warga emas ialah kurangnya kasih sayang diberikan

kepada anak-anak sewaktu kecil . Ibu bapa kurang mendedahkan anak-anak degan

ilmu keagamaan dan moral kerana terlalu leka degan kehidupan seharian mereka di

tempat kerja. Mereka jarang meluangkan masa degan anak-anak sehingga anak-anak

terasa diri mereka diabai dan kurang diberikan kasih sayang.Selain itu, terdapat juga

ibu bapa yang tidak memberikan pelajaran kepada anak-anak dan mendera anak

tersebut. Ibu bapa itu sendiri tidak menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak.

Misalnya, ibu bapa itu sendiri pernah mengabaikan orang tuanya sewaktu muda

dahulu.

Oleh itu, perkara ini akan diikuti oleh anak-anak kerana bagaimana acuan

begitulah kuihnya. Apabila anak-anak tidak mendapat kasih saynag yang mencukupi

oleh keluarganya, mereka tidak memahami erti pengorbanan kerana menurut mereka

tiada pergorbanan tanpa kasih sayang. Anak-anak akan berfikiran negatif terhadap

keluarganya dan akhirnya terjebak dengan gejala sosial seperti berjudi, minum arak,

penagih dadah dan jenayah.Akibatnya, apabila ibu bapa mereka telah berusia dan

menjadi warga emas , mereka tidak menghargai gologan ini kerana menganggap

golongan ini sebagai satu bebanan. Mereka enggan memberi kasih sayang kepada

orang tua mereka kerana terdapat perasaan kecewa , marah dan dendam dlm diri atas

pemberian kasih sayang yang tidak mencukupi sewaktu kecil.

Selain itu, kos sara hidup yang semakin tinggi pada zaman ini akibat negara yang

sedang membangun. Waris kepada warga emas ini berkemungkinan bekerja dengan

pendapatan yang sedikit yang hanya mampu untuk menampung keperluan dirinya

sahaja. Memandangkan kos sara hidup semakin tinggi, harga penyewaan rumah
semakin tinggi dan pembelian barang keperluan semakin mahal. Waris yang sudah

berumah tangga pula perlu mencari rezeki untuk isteri dan anak-anak.Yuran

pendidikan dan kepeluan barang sekolah untuk anak juga semakin meningkat.Hal ini

telah memberi tekanan kepada waris. Warga emas pula sudah tidak berupaya untuk

membiayai keperluan diri dan menjaga diri sendiri . Mereka memerlukan bantuan

daripada waris untuk mengurus diri mereka. Tambahan pula apabila warga ini

mengidap penyakit kronik kerana penuaan seperti jatuh, jangkitan kuman, tidak dapat

mengawal pembuangan air kecil dan air besar dan nyanyuk .

Penyakit kronik ini menyebabkan pesakit memerlukan penjagaan yang

berpanjangan tetapi penampungan kos rawatan sangat tinggi sehingga tidak mampu

untuk dibayar. Kos ulang-alik pengangkutan untuk melawat dan kos makanan

tambahan untuk pesakit juga perlu dipertimbangkan. Tempat yang selesa dan bersih

juga perlu diambil kira untuk menjaga pesakit agar pesakit dapat sembuh. Disebabkan

bebanan kewangan ini, waris berasa tertekan sehingga mengambil keputusan untuk

meninggalkan orang tuanya ke rumah kebajikan. Sebahagian waris membuat pilihan

ini kerana memikirkan tindakan ini adalah yang terbaik memandangkan mereka

sendiri tidak yakin dapat menjaga orang tua mereka dengan sepenuhnya.

Kesibukan mengejar kemewahan dan kesenangan hidup juga merupakan faktor

pengabaian warga emas. Waris terlalu sibuk dengan kerjanya di pejabat sehingga

tiada masa untuk orang tuanya. Warga tua ini tidak mempunyai kesempatan untuk

berkomunikasi dengan waris bagi meluahkan perasaan dan keadaan kesihatannya.

Warga emas ini akan berasa sunyi dan tidak diberikan perhatian kerana tiada siapa

yang mengambil berat tentangnya. Kesihatannya juga akan semakin terjejas kerana
tidak tidak dihiraukan. Sedangkan warga emas yang tinggal sama rumah dengan waris

diabaikan apatah lagi warga emas yang duduk berjauhan dengan waris. Waris yang

tidak prihatin terhadap orang tuanya tidak akan menjenguk gologan ini. Walaupun

kini kita telah mempunyai kemudahan komunikasi iaitu telefon bimbit, waris tidak

pernah membuat penggilan untuk menanyakan khabar berita orang tuanya. Hal ini

disebabkan oleh sikap waris yang lebih mementingkan kemewahan dunia yang

diimpikan sehingga lupa akan tanggungjawab mereka. Di negara yang semakin

moden ini, bagi mereka duit adalah segalanya demi mencapai kesenangan hidup.

Namun, kemewahan yang diimpikan ini telah membutai mata meraka sehingga lupa

bahawa tiada duit yang boleh menggantikan ibu bapa mereka. Justeru, mereka

bersikap mementingkan diri lalu menagabaikan warga emas ini demi mencapai

nikmat dunia yang hanya sementara ini.

Punca yang seterusnya ialah kurangnya nilai-nilai agama dalam diri anak-anak.

Nilai keagamaan dan kerohanian merupakan asas yang amat penting bagi membentuk

peribadi seseorang insan yang mulia. Setiap agama mengajar kita untuk melakukan

perkara yang baik dan menghindari perkara yang buruk. Oleh itu, ibu bapa

memainkan peranan yang penting bagi memupuk anak-anak dalam penghayatan

agama supaya menjadi seseorang bermoral tinggi. Apabila ibu bapa mengabaikan

tanggungjawabnya terhadap anak-anak, mereka ini tidak dapat pendidikan agama

yang diperlukan lalu moral mereka semakin lemah hari demi hari. Perkara ini

menyebabkan hilangnya perasaan kasih terhadap keluarga mereka hingga tidak

menghormati dan mengenangi pengorbanan ibu bapa yang telah bersusah payah

menjaga mereka dari kecil hingga dewasa. Di samping itu, ibu bapa juga semakin

susah untuk dijaga kerana perasaan mereka lebih sensitif apabila meningkatnya usia
mereka. Golongan tua ini juga telah kurang upaya dari segi fizikal dan mental. Justeru,

Ibu bapa yang semakin uzur dianggap sebagai satu bebanan kepada kerana

mendatangkan bayak masalah dan banyak ragamnya. Justeru, mereka lebih

mementing nikmat dan kesenangan dunia sehingga bersikap mementingkan diri

sendiri dan lepas tangan terhadap tanggungjawab mereka.

Terdapat juga faktor lain iaitu warga emas terseput tiada waris yang boleh

menjaganya. Keadaan ini biasanya berlaku kepada warga emas yang berstatus duda,

bujang atau janda. Waris mereka tidak dapat dikesan atau tidak diketahui. Golongan

ini selalunya tinggal di pusat-pusat jagaan dan dijaga oleh orang-orang yang

bersimpati terhadap mereka seperti jiran atau sahabat mereka. Faktor sampingan

seperti jurang komunikasi juga boleh menyebabkan pengabaian warga emas. Jurang

komunikasi antara anak atau menantu dengan ibu bapa atau mertua boleh

menyebabkan berlakunya perselisihan faham di antara mereka. Terdapat juga

menantu yang tidak sanggup tinggal bersama mertuanya sehingga berlaku kasar dan

mempergunakan warga tua ini sebagai pembantu rumah. Hal menyebabkan warga tua

tidak tahan hidup satu rumah dengan anaknya serta kecil hati dan rasa tidak dihargai

lalu membawa diri ke pusat jagaan. Selain itu, anak-anak yang tidak tahan dengan

ragam dan karenah ibu bapanya yang semakin uzur pula menganggap warga ini

menyusahkan hidupnya. Tambanan pula apabila warga tua ini menghidap penyakit

kronik dimana mereka memerlukan jagaan sepenuh masa. Oleh itu, mereka

mengambil jalan mudah iaitu dengan meninggalkan orang tuanya di rumah kebajikan.

Sekian sudah dengan huraian mengenai faktor-faktor pengabaian warga emas.

Kini kita beralih kepada kesan pengabaian warga emas ini kerana setiap faktor
mengundang kepada kesan yang besar sama ada kepada diri, keluarga , masyarakat

mahupun negara. Salah satu kesan yang dikaitkan dengan pengabaian warga emas

ialah penempatan di pusat kebajikan. Apabila anak-anak atau waris menghantar warga

ini ke pusat jagaan, sebahagian mereka akan menyerahkan tanggungjawab untuk

menjaga gologan ini kepada penjaga di institusi kebajikan atas pelbagai alasan. Waris

langsung tidak menjenguk dan bertanya khabar berita orang tuanya sehingga warga

ini meninggal dunia. Warga emas yang tidak mempunyai waris pula, sudah

semestinya tinggal di pusat-pusat kebajikan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan

Masyarakat. Hal ini kerena mereka tiada tempat untuk bergantung kerana mereka

sudah hilang keupayaan untuk mengurus diri sendiri dan memerlukan bantuan. Oleh

itu, jika perkara ini berpanjangan jumlah warga emas di institusi kebajikan akan

meningkat justeru menyebabkan kemasukan atau penempatan warga emas di institusi

jagaan tertentu adalah terhad.

Di samping itu, kesihatan dan keselamatan warga emas juga terancam. Perkara ini

berlaku kerana terdapat warga emas yang rela tinggal bersendirian di rumah kerana

tidak mahu mengganggu kehidupan anak-anak mereka. Walaupun mereka telah

berusia dan memerlukan kasih sayang yang lebih tetapi mereka tetap perihatin

terhadap perasaan anak-anak mereka. Kasih mereka terhadap anak tidak pernah putus

walaupun sudah uzur sehingga mereka sanggup menyembunyikan kesedihan mereka

demi kebahagiaan anak-anak. Namun, perkara ini mengundang bahaya kepada diri

mereka kerana apabila kesihatan mereka tidak dijaga, mereka yang semakin tua akan

berlaku kemorosotan fizikal dan mental. Hal ini menyebabkan mereka lebih mudah

terdedah kepada pelbagai penyakit kronik yang boleh membawa maut. Warga emas

ini sudah tua dan tidak berupaya lagi untuk menjaga kesihatan mereka sendiri.
Tambahan pula tiada siapa yang ingin membawa mereka untuk mendapatkan rawatan

yang sepatutnya dan dibiarkan berlarutan.

Selain itu, pada zaman ini terdapat ramai orang yang membahayakan lebih-lebih

lagi dengan penciptaan teknologi yang semakin canggih. Mereka tidak mempunyai

sokongan sosial di sekitar mereka seperti jiran atau keluarga yang boleh bergantung.

Disebabkan itu, mereka yang buta teknologi mudah terdedah dengan pelbagai

penipuan seperti ‘scammer’ di mana wang di akaun bank mereka boleh diambil

tanpa pengetahuan dengan hanya medapatkan sedikit maklumat daripada warga emas

ini. Akibat kelemahan fizikal dan mental, warga emas yang hidup berseorangan ini

akan mudah terjebak dalam kemalangan, kematian akibat jangkitan kuman, rompakan

dan pembunuhan.Oleh itu, hal ini amatlah mengancam kesihatan,keselamatan dan

nyawa mereka.

Seterusnya, pengabaian warga emas ini akan menjejaskan imej negara. Malaysia

merupakan sebuah negara yang penuh dengan budi bahasa. Sekiranya warga emas ini

diabaikan, akan terdapat di antara mereka yang mengemis, merayau tanpa haluan di

tempat-tempat awam. Apabila keadaan ini disaksikan oleh pelancong, perkara ini

membuktikan bahawa sikap penduduk Malaysia yang perihatin dan kasih mengasihi

terhadap golongan tua kian terhakis. Hal ini sangatlah bertentangan dengan

kebudayaan masyarakat Malaysia yang sepatutnya diamalkan. Budaya masyarakat

Malaysia sepatutnya mengutamakan nilai saling bertolak ansur, bantu-membantu,

kasih mengasihi dan hidup berkelompok. Meninggalkan warga emas juga bukanlah

satu tindakan yang wajar kerana kehidupan sebagai satu keluarga adalah lagi baik

daripada hidup berasingan. Sekiranya warga emas ini terus ditinggalkan di pusat
jagaan, kerajaan terpaksa memperuntukkan dana bagi membina institusi-institusi

kebajikan. Jumlah warga emas di rumah kebajikan yang semakin bertambah tahun

demi tahun ini melambangkan hilangnya nilai menghormati dan menghargai orang tua

dalam diri masyarakat di Malaysia dan hal ini bakal memburukkan imej negara kerana

pelancong berpendapat bahawa Malaysia tidak lagi mempunyai budi pekerti dan nilai

kasih sayang dalam diri mereka.

Pengabaian warga emas ini juga mengakibatkan runtuhnya nilai agama dalam diri

masayarakat zaman ini. Masyarakat kini lupa daratan sehingga sanggup meninggalkan

ahli keluarganya yang terpenting, iaitu ibu bapa di pusat jagaan. Mereka tidak lagi

menghayati pendidikan agama yang diberikan. Tiada lagi semangat untuk melakukan

apa sahaja bagi membalas jasa kedua ibu bapa ini yang telah banyak mengorbankan

masa dan tenaga bagi membesarkan kita. Ibu bapa inilah yang telah memberikan

pendidikan yang kita perlukan dan kasih sayang yang mencukupi, bagai menatang

minyak yang penuh. Walaubagaimanapun, akibat perubahan masa , hidup dan etika

masyarakat kini berubah ditelan zaman. Tiada lagi konsep terhutang budi terdapat ibu

bapa yang telah mendidik mereka kerana mereka kini lebih mengutamakan

kesenangan hidup dan lari daripada tanggungjawab. Pada zaman yang penuh dengan

kemudahan teknologi ini , masyarakat telah lalai dengan keseronokan yang dinikmati.

Mereka lupa akan nilai keagamaan dan moral yang perlu dihayati dan diamalkan

dalam kehidupan seharian lalu menafikan hak dan keperluan orang tua mereka.

Terdapat juga anak-anak yang sanggup mendera dan membunuh ibu bapanya demi

mendapatkan harta . Amalan ini sangat bercanggah dengan ilmu yang diajarkan oleh

setiap agama kerana agama mengajar kita untuk melalukan perkara yang mulia.
Pengabaian warga emas ini juga akan menjejaskan diri mereka sendiri akibat

tekanan perasaan. Warga emas yang tinggal serumah dengan ini merasakan diri

mereka sebagai satu bebanan kerana waris sentiasa mengeluh dan meluahkan

perasaan tidak puas hati mereka terhadap warga emas ini. Sekiranya menantu tidak

bersetuju tinggal bersama mertuanya lalu melakukan kekasaran dan anaknya sentiasa

menyebelahi isterinya, warga emas ini akan berasa kecil hati dan sedih kerana

merasakan kehidupan diri mereka tidak penting lagi. Samalah juga dengan warga

emas yang ditinggalkan di pusat kebajikan. Anaknya yang tidak memberikan

perhatian dan kasih sayang yang secukupnya sebagaimana warga tua ini berikan

kepada anaknya sewaktu kecil hingga besar menyebabkannya rasa tidak dihargai dan

pengorbanannya selama ini hanyalah sia-sia. Akibatnya, mereka akan merasai tekanan

hidup yang menyebabkan mereka berpandangan bahawa diri mereka tidak diperlukan

lagi dan sudah tiba masanya untuk mereka meninggalkan dunia ini. Kemurungan ini

membuatkan terdapat diantara mereka yang sanggup membunuh diri kerana tidak lagi

berupaya untuk menangani tekanan emosi ini.

Berpandukan faktor-faktor dan kesan-kesan yang telah dihuraikan. Kita sudah

semestinya tidak akan membiarkan jumlah warga emas diabaikan ini meningkat tahun

demi tahun. Justeru, langkah dan tindakah perlu kita diambil bagi membendung

perkara ini daripada berlaku. Oleh itu, anak-anak perlu didik dari kecil dengan nilai

agama dan moral yang tinggi. Ibu bapa hendaklah memainkan peranan untuk

memberi pendedahan awal kepada anak-anak mengenai ilmu agama dan kerohanian

agar mereka dapat mengamalkan ilmu ini sehingga dewasa. Dengan ini, tiada lagi

sifat memandang remeh dan memandang hina kepada orang tua. Hal ini juga dapat
memupuk rasa tanggungjawab, perasaan kasih sayang, dan ikatan kekeluargaan dalam

diri anak-anak.

Sesungguhnya keperibadian seseorang individu datangnya daripada pendidikan

yang diberikan oleh keluarganya. Namun sebahagian ahli keluarga masih tidak dapat

memberikan pendedahan ilmu agama ini kerana kesibukan di pejabat. Disebabkan

oleh ini, kerajaan perlu menitikbaratkan lagi subjek Pendidikan Sivik, Pendidikan

Islam dan Pendidikan Moral bagi membentuk seorang individu bermoral tinggi.

Melalui subjek ini mereka mempelajari pelbagai perkara berkaitan dengan etika dan

adab yang perlu dipratikkan dalam kehidupan seharian. Sekolah juga perlu

mengetatkan peraturan seperti pelajar hendaklah sentiasa memberi salam dan tunduk

apabila bertembung dengan guru sebagai tanda hormat. Pelajar juga perlu sentiasa

memberi salam kepada orang yang mereka jumpa sebagai tanda mesra. Sekiranya

langkah-langkah ini diamalkan dengan sempurna , maka peluang bagi penurunan

jumlah pengabaian warga emas akan tercapai.

Akan tetapi, meskipun langkah-langkah bagi mengurangkan pengabaian warga

emas ini dilaksanakan, perubahan yang dapat dilihat memerlukan masa yang lama dan

berkemungkinan langkah tersebut tidak akan berhasil. Warga emas memerlukan

sokongan kerana mereka masih berhak untuk menikmati kehidupan mereka dalam

masyarakat. Justeru pelbagai kemudahan dan perkhidmatan telah diperuntukkan oleh

pihak swasta, pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan kepada warga emas ini.

Antaranya ialah pusat jagaan. Pusat ini telah dikendalikan oleh ketiga-tiga badan atau

pihak tersebut menunjukkan betapa perihatinnya mereka terhadap warga emas ini.
Contoh pusat-pusat jagaan ialah Rumah Seri Kenangan yang didiami oleh warga

emas yang terbiar dan Rumah Ehsan yang didiami oleh warga emas yang sakit

terlantar dan terbiar. Kedua-dua pusat ini dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan

Masyarakat iaitu badan kerajaan. Selain itu, perkhidmatan perlindungan, rawatan

perubatan, sesi kaunseling, kemudahan beribadat dan riadah juga disediakan. Oleh

kerana jumlah permintaan yang meningkat, badan bukan kerajaan dan swasta juga

telah membina banyak pusat jagaan bagi warga tua yang diabaikan.

Terdapat pelbagai kemudahan lain yang dikendalikan oleh Jabatan kebajikan

masyarakat iaitu, Pusat Jagaan Harian Warga Emas, bantuan kewangan sara hidup,

kemudahan perubatan, khidmat bantu di rumah dan khidmat bimbingan kaunseling.

Pusat Jagaan Harian Warga Emas diperuntukkan untuk warga emas yang mempunyai

waris tetapi sibuk di siang hari. Mereka boleh meninggalkan warga emas di pusat ini.

Di sini warga emas tinggal berseorangan ketika ketidakhadiran penjaga atau

keluarganya kerana telah keluar bekerja. Mereka diberikan pemeriksaan kesihatan dan

sesi kaunseling. Aktiviti riadah juga turut diadakan bagi mengisi masa lapang warga

emas ini. Hal ini membolehkan mereka untuk belajar berdikari dan berkomunikasi

dengan baik dengan masyarakat tempatan. Pengatahuan, kemahiran dan pengalaman

mereka boleh dijadikan sumbangan kepada masyarakat yang menziarahi golongan ini.

Bantuan sara hidup yang diperuntukkan adalah mengikut kiteria yang

berlandaskan penilaian Jabatan Kebajikan Masyarakat, iaitu warga emas yang tiada

pendapatan, tiada waris yang ingin menjaga mereka dan tiada waris yang

menanggung kos sara hidup mereka. Bagi waris yang menjaga warga emas yang

terlantar, mereka boleh mendapat elaun bulanan bagi mengurangkan bebanan


kewangan yang dihadapi oleh waris warga emas ini. Namun, waris hendaklah

mempunyai pendapat kurang daripada RM 3,000 , merupakan warganegara Malaysia

dan bermastautin di Malaysia. Seterusnya, mengenai kemudahan perubatan,

Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah mengambil bahagian dalam

meningkatkan tahap kesihatan warga emas melalui penyediaan kemudahan perubatan

dan aktiviti rekreasi. Warga emas dikecualikan caj pendaftaran pesakit luar dan caj

pendaftaran rawatan pakar di semua klinik dan hospital. Tabung Bantuan Perubatan di

bawah Kementerian Kesihatan Malaysia adalah agensi badan kerajaan yang telah

menjadi tunjang utama mengenai usaha memberi bantuan kepada pesakit. Antara

agensi-agensi berkenaan adalah seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga dan

Pusat Zakat , Jabatan Agama Islam Negeri, Kementerian Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat dan sebagainya.

Khidmat bantu di rumah atau dikenali sebagai ’Home Help Service’ pula

merupakan khidmat sokongan sosial sukarelawan kepada warga emas dan OKU yang

telah diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Melalui program ini , secara

sukarela proses pemerkasaan komuniti menerusi penglibatan aktif dapat dilancarkan

bagi membina kesejahteraan bersama. Sukarelawan tersebut telah dilatih untuk

melaksanakan tugas berasaskan prinsip kesukarelaan dan kebajikan adalah

tanggungjawab bersama. Contoh-contoh khidmat yang diberikan oleh sukarelawan

ialah penyediaan makanan dan minuman, pembayaran bil, sebagai rakan bual ,

melakukan aktiviti riadah dan lain-lain. Seterusnya, berkaitan dengan khidmat

bimbingan dan kaunseling, warga emas akan mendapat perkhidmatan ini jika mereka

menghadapi masalah psikologi. Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) merupakan


salah satu badan yang melibatkan diri dalam pemberian bantuan kepada kelompok

warga emas ini.

Pada 1 Oktober 2019, kerajaan bercadang untuk memperkenalkan satu akta

khusus untuk melindingi hak asasi serta kebajika warga emas. Hal ini kerana setiap

tahun jumlah warga emas ini semakin bertambah. Akta yang diperkenalkan ini juga

mewujudkan sistem sokongan yang dibuntuhkan oleh warga ini. Malaysia kini

dikatakan mengalami proses untuk menjadi negara tua kerana menjelang tahun 2030 ,

7 peratus penduduk Malaysia berusia 65 tahun ke atas dan pelbagai cabaran perlu

dihadapi. Berdasarkan akta ini warga emas dapat dilindungi terutama apabila

membabitkan isu yang berkenaan dengan penderaan dan pengabaian. Akta ini secara

khusus dapat melindungi warga emas dan ia amat penting dalam usaha kita

melindungi hak golongan itu terutama membabitkan isu pengabaian dan

penderaan.Akta ini juga diperkenalkan kerana ramai warga emas hidup melarat dan

tidak dibela.

Terdapat sesetengah daripada mereka ditinggalkan di hospital dengan keadaan

tenat. Selain itu, jaringan keselamatan sosial juga perlu disediakan kerana kos sara

hidup pada masa akan datang akan semakin meningkat. Pendekatan yang diambil oleh

negara lain harus dicontohi. Pelbagai insentif kewangan bagi mejikan telah

diperkenalkan yang membolehkan pengekalan pekerja berusia dan mereka ini juga

diberikan latihan. Walaubagaimanapun, matlamat sebenar ialah untuk memastikan

agar warga emas ini dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan berkualiti di

detik-detik terakhir mereka. Oleh itu, kita perlu penghayatan dan pengamalan

nilai-nilai murni perlu dipupuk terutamanya menghormati orang tua yang telah

bertungkus lumus menjaga kita.


Gambar di bawah menunjukkan pengenalan Akta baru ini kepada warga emas

Selepas itu, pada 14 Februari 2019 di Kuala Lumpur. Isu yang dibangkitkan ialah

masyarakat setempat sendiri boleh menangani isu pengabaian warga emas dengan

penubuhan koperasi. Isu ini disuarakan di program perbincangan yang dianjurkan

oleh penyedia perkhidmatan penjagaan awam dan bertajuk ‘Bagaimana Malaysia

Bersedia Berdepan Dengan Hari Tua’. Menerusi langkah ini, masa dan kos yang

ditanggung oleh waris untuk menjaga golongan ini dapat dijimatkan. Bagi membiayai

keperluan seperti makanan dan lampain pakai buang , semua dana dikumpul bersama

menerusi perbadanan. Berdasarkan perbincangan tersebut, motif koperasi di negara

kita perlu ditukar kepada penjagaan kebajikan ahli dan bukannya demi keuntungan

semata-mata. Statistik MAKNEM memnujukkan bahawa satu per sepuluh warga

emas yang tinggal di rumah kebajikan adalah diabaikan oleh anak atau ahli

keluarganya.

Kita sering kali mendengar isu-isu pengabaian warga emas dan cuba untuk

mengenal pasti punca-punca pengabaian serta cara untuk mengatasinya. Kerajaan juga
telah mengambil tindakan menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan

sebagai sokongan kepada warga emas ini. Terdapat juga banyak artikel-artikel yang

melibatkan pengabaian warga emas ini. Artikel atau berita yang mengenai isu

pengabaian ini disebarkan atas tujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang

perbuatan mereka dan cuba untuk memperbaikinya pada masa hadapan. Namun, kita

juga perlu menyelidik jenis-jenis pengabaian yang dilakukan terlebih dahulu kerena

melalui jenis ini kita dapat mencari langkah yang sesuai bagi setiap punca yang

disenaraikan. Pengabaian warga emas ini terbahagi kepada dua jenis iaitu pengabaian

fizikal dan pengabaian psikologikal.

Pengabaian fizikal merupakan jenis pengabaian yang ketara dilihat orang mata

pandangan orang ramai. Contohya seperti tiada penyediaan nafkah hidup dan

keperluan asas yang mencukupi oleh waris. Warga emas tidak mendapat bekalan

makanan , tempat tinggal dan pakaian. Warga emas juga tidak mendapatkan rawatan

yang sepatutnya diberikan. Pemulihan kesihatan dan penjagaan dari segi kebersihan

juga tidak terurus. Mereka yang terlantar di hospital tidak dimandikan dan tiada

pembiayaan kos rawatan. Selain itu, warga ini dibiarkan tinggal berseorangan tidak

dilawati atau dihubungi oleh warisnya yang boleh mendatangkan bahaya kepada

keselamatan dan kesihatan mereka. Pengabaian jenis fizikal ini juga melibatkan

penderaan di mana mereka dipaksa dan dibiarkan untuk melakukan aktiviti keras

sehingga menjejaskan kesihatan.

Jenis pengabaian psikologikal pula melibatkan emosi warga emas itu sendiri.

Walaupun jenis pengabaian ini tidak ketara dilihat oleh orang ramai namun ia amatlah

berbahaya kerana boleh mengundang kepada pembunuhan diri atas tekanan yang
dialami. Contohnya, warga emas dibiarkan dalam keadaan murung dan kesedihan.

Kemurungan ini boleh berlaku apabila warga emas ini tidak diberikan perhatian

terhadap pandangan dan kebolehannya serta mereka dilayan dengan perkataan yang

mengguris perasaan. Terdapat juga waris yang menghalang penggunaan telefon , surat

menyurat malah pelawat juga tidak dibenarkan masuk. Waris ini ingin mengasingkan

orang tuanya daripada berkomunikasi dengan masyarakat luar. Mereka juga tidak

menghargai segala pengorbanan warga emas ini lalu tegar menghalanya keluar.

Aktiviti yang diminati oleh warga emas seperti aktiviti riadah atau kebudayaan juga

tidak dapat dilakukan atas halangan yang diberikan oleh waris. Perkara ini

membuatkan warga emas ini hilang semangat hidup kerana tiada kasih sayang yang

secukupnya diberikan.

Walaupun terdapat banyak langkah yang diambil oleh masyarakat dan kerajaan

bagi mengatasi pengabaian warga emas ini tetapi masih terdapat di antara mereka

yang masih berada di rumah kebajikan. Mereka mungkin merasakan diri mereka

terasing daripada masyarakat majmuk yang menjalani kehidupan biasa. Maka jurang

ini akan melonggarkan ikatan persaudaraan sesama masyarakat di Malaysia. Oleh itu,

kita hendaklah menjenguk warga emas ini di rumah kebajikan dan mengadakan

program-progam yang membolehkan warga emas untuk melibatkan diri. Dengan ini

mereka tidak lagi berasa sunyi dan rasa terabai kerana tali silaturahim antara warga

emas dan masyarakat luar semakin erat.

Sebagai contoh aktiviti bebasikal bersama warga emas yang telah diadakan di

Shah Alam. Pada 28 Julai 2019, sesama Jualan Gudang Pertengahanan Tahunan

Kraftangan sedang berlangsung, acara logo Surau Hamidden Bicycle Team19 telah
dilancarkan. Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Datuk Emran Kadir yang

merupakan Orang Besar Daerah Petaling. Penubuhan kelab basikal oleh ahli kariah

surau merupakan penubuhan yang pertama diwujudkan. Meskipun begitu, inisiatif ini

memberi banyak manfaat dan perlu dijadikan contoh oleh surau lain. Ahli-ahli yang

terlibat adalah semua warga Malaysia.Kanak-kanak, orang dewasa, remaja malahan

warga emas juga boleh turut terlibat.

Aktiviti berbasikal ini terhagi kepada tiga kategori . Pertama, kumpulan yang

teridiri daripada imam surau, bilal dan veteran yang berumur 50 tahun ke atas.

Kategori kedua ialah anak-anak kariah makala yang ketiga kumpulan basikal wanita.

Hampir 30 peserta telah mengambil bahagian dan mereka mengayuh dari surau

Hamiddean ke Kraftangan. Pendekatan melalui aktiviti riadah ini bukan sahaja dapat

merapatlan jurang komunikasi antara warga emas dengan warga-warga lain malah

dapat megekalkan kesihatan tubuh badan mereka.

Gambar di sebelah kiri


menunjukkan aktivti
berbasikal yang telah
dilaksanakan
Pada 25 Jun 2019 ,Sabtu yang lalu, di kampung Chokro, Simpang Renggam, satu

majlis sambutan Hari Raya aidilfitri telah diraikan di Pusat Jagaan Insan Emas Nur

Hidayah.Program ini telah dianjurkan oleh Time 2 Succes. Tujuan program ini

diadakan adalah untuk pengongsian kegembiraan bagi sambut perayaan Hari Raya

Aidilfitri supaya warga emas ini tidak berasa terpinggir semasa musim perayaan atas

ketiadaan keluarga mereka. Walaupun tanpa keluarga sebenar tetapi masih terdapat

orang disekeliling mereaka yang sudi meraikan hari yang gembira ini bersama mereka.

Menurut Datuk Ameruddin Mohamed yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif,

pengongsian rezeki dengan orang yang memerluakan adalah salah satu

tanggungjawab syarikatnya iaitu sosial koperat (CSR). Majlis ini juga diadakan

dengan tujuan untuk menyambut kejayaan penghuni di pusat jagaan tersebut. Melalui

majlis ini juga hubungan antara kakitangan Time 2 Sucess dengan warga emas dapat

dieratkan.

Gambar di atas menunjukkan Majlis Perayaan Hari Raya Aidilfitri yang


diraikan bersama penghuni Pusat Jagaan Insan Emas Nur Hidayah.
Oleh demikian, secara kesimpulannya, pengabaian warga emas ini berpunca

daripada diri seseorang individu itu sendiri. Waris yang bertanggungjawab akan

sentiasa menjaga dan menghormati orang tuanya walaupun kecewa dengan perbuatan

orang tuanya semasa kecil dahulu. Hal ini kerana masih terdapat penghayatan

nilai-niai murni yang tersimpan dalam diri mereka dan diamalkan dalam kehidupan

seharian. Meskipun begitu, ibu bapa masih mendidik anak-anak ini bagi melahirkan

seorang insan yang penuh dengan nilai murninya. Di samping itu, walaupun kerajaan

memberi banyak bantuan dan perkhidmatan kepada warga emas ini, janganlah kita

mengambil kesempatan ini untuk meninggalkan warga emas di pusat penjagaan. Hal

ini menujukkan sikap masyarakat yang ingin melepaskan tangan daripada

tanggungjawab mereka.

Khidmat sukarela juga haruslah digalakkan supaya dapat melahirkan nilai

keprihatinan agar mesyarakat sedar akan kepentingan menjaga warga emas.

Sebenarnya, melalui khidmat sukarela ini juga kita dapat memperoleh pengalaman

dan ilmu baru daripada warga emas ini kerana ilmu tradisional yang kian pupus ini

hanya warga tua yang masih mengamalkannya. Justeru, marilah kita bersama-masa

beringat kepada diri agar sentiasa menghormati dan menyayangi orang tua kita. Sekira

jumlah pengabaian warga emas ini dapat dikurangkan, maka terbuktilah bahawa

rakyat Malaysia kini kembali ke haluan yang betul di mana budaya Malaysia yang

berbudi bahasa dan saling menyayangi telah diamalkan semula. Biarlah kita yang

menjadi negara yang dipandang tinggi serta menjadi teladan kepada negara-negara

lain.
Rujukan

1. Pn. Suraiyah Binti Harun, (31 Januari 2017), Warga Emas Terabai . Retrieved

from http://www.myhealth.gov.my/warga-emas-terabai/

2. BH, New Straits Times Press (M) Bhd, (14 March 2019) , Jiran selamatkan

warga emas didera dan dikurung. Retrieved from

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/03/540659/jiran-selamatkan-wa

rga-emas-didera-dan-dikurung

3. BH, New Straits Times Press (M) Bhd, (14 Februari 2019) ,Tubuh koperasi elak

warga emas terabai. Retieved from

https://www.bharian.com.my/wanita/lain-lain/2019/02/530934/tubuh-koperas

i-elak-warga-emas-terabai

4. BH, New Straits Times Press (M) Bhd, (1 Oktober 2019) , Wujud akta lindungi

kebajikan warga emas langkah tepat. Retrieved from

https://www.bharian.com.my/rencana/surat-pembaca/2019/10/612783/wujud-

akta-lindungi-kebajikan-warga-emas-langkah-tepat

5. Mohamad Norzaharuddin Kasimon , ( 25 Jun 2019) , Berkongsi kegembiraan

dengan warga emas. Retrieved from

https://www.sinarharian.com.my/article/34253/EDISI/Johor/Berkongsi-kege

mbiraan-dengan-warga-emas

Anda mungkin juga menyukai