Anda di halaman 1dari 1

GURU OBOR HEMAH MENYINARI PERTIWI

Tema Hari Guru tahun ini - ‘Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi’. Tema ini diilhamkan daripada sebuah
sajak Obor Hemah hasil karya Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said untuk meningkatkan martabat
guru sebagai ejen penting dalam memperteguhkan peradaban bangsa melalui pendidikan.

Gelaran ‘Obor Hemah’ diberikan kepada guru menggambarkan kemuliaan, keikhlasan, pengorbanan,
tanggungjawab, cabaran, peranan dan komitmen dalam profesion keguruan. Peradaban bangsa di
Malaysia akan terus utuh dan mantap hanya apabila guru dapat memastikan generasi dilahirkan adalah
generasi holistik cemerlang yang mampu memenuhi keperluan kepesatan pembangunan negara dan
keperluan global.

Dalam konteks ‘Obor Hemah’ batin suci hati nurani seseorang berupaya melahirkan anak didik yang
glokal, iaitu berakar nasional dan berakal internasional. Aspirasi negara terhadap guru pembina negara
bangsa dalam menyinari pertiwi menuntut komitmen tinggi daripada semua warga pendidik.

Dalam konteks ini, guru berperanan sebagai pembentuk masyarakat berilmu, pemupuk perpaduan,
berupaya melahirkan masyarakat berkeyakinan tinggi, mempunyai nilai etika kukuh dan mampu
bersaing di peringkat global.

Di sini saya ingin berkongsi petikan puisi indah untuk guru, Obor Hemah karya Datuk A Samad Said:
‘Guru adalah awan indah terbang rendah, melimpahkan hujan pada musim gersang, menyegarkan benih
ilmu, berbuah hikmah, ia renjis embun pada tanah bakat, suara insan ketika manusia kalah, sepi yang
syahdu dalam dunia resah.

‘Guru... minda segar dan kukuh akar menghidupkan batin yang bersih, di daerah dunia cemar kasih dan
pada ketika tak tersangkakan, walau diambilnya kembali semua buku, sempat ditinggalkannya asas ilmu.
Guru adalah batin suci hati nurani, penjunjung budi, manusia yang taqwa, obor hemah kehidupan
bangsa’.

Anda mungkin juga menyukai