Anda di halaman 1dari 1

Baca petikan di bawah ini dengan telitinya.

Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah


ringkasan tentang peranan-peranan guru. Panjangnya ringkasan anda hendaklah antara
80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sultan Perak,Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pernah bertitah bahawa penghargaan


terhadap jasa guru oleh murid-murid merupakan nilai murni yang perlu disuntik sehingga
menjadi budaya dalam kalangan masyarakat di negara ini. Tambah baginda, nilai tersebut
hendaklah dijadikan sebahagian daripada komponen dalam kandungan pendidikan negara.
Titah baginda lagi, bentuk dan kaedah apresiasi terhadap jasa bakti guru perlu diperluas
dengan membangunkan kesedaran masyarakat secara lebih menyeluruh. Titah baginda,
guru merupakan perantara yang menyempurnakan amanah untuk menyampaikan,
memanjangkan dan mengembangkan ilmu. Guru begitu instrumental mewujudkan
persekitaran sekolah yang memberikan keyakinan untuk memenuhi harapan ibu bapa dan
merealisasikan impian anak. Baginda turut mengingatkan bahawa anak-anak perlu
dinasihati agar tidak biadab dan menderhaka kepada guru kerana masyarakat Melayu
berpegang bahawa ilmu yang diturunkan oleh guru itu akan hilang berkatnya jika murid
bersifat derhaka dan bongkak terhadap guru.
Tugas guru dipandang tinggi dan amat mulia. Guru penggerak kepada pembangunan
pendidikan dengan menyahut cabaran transformasi pendidikan negara. Menerusi
transformasi tersebut, peradaban bangsa dapat diperkukuh apabila guru melaksanakan
peranan untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti seiring era kemajuan terkini.
Guru pada masa ini dituntut untuk sentiasa bersedia untuk berubah, melaksanakan tugas
daripada cara biasa kepada cara luar biasa, berdaya tahan, futuristik dan berfikiran aras
tinggi. Guru juga berperanan untuk membentuk murid agar berdaya tahan dan kebolehan
untuk berhadapan dengan persekitaran global yang dinamik.

Anda mungkin juga menyukai