Anda di halaman 1dari 3

Bismillah.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...dan salam satu Malaysia saya


ucapkan buat hadirin hadirat sekalian.
Sekalung penghargaan kepada koordinator bicara, kombinasi dif kehakiman
menjunjung mahkota keadilannya , penjaga masa yang setia dan taat dengan
randiknya, dif-dif kehormat yang dihormati seterusnya generasi anak wawasan
Malaysia tercinta.
Sidang hadirin,
Demikianlah kata-kata pembuka bicara saya , pengiring mauduk pilihan hati pada hari
ini ..buat santapan minda hadirin iaitu Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa.
Sidang penonton..penuh santun,
Sebelum bahtera belayar, eloklah sama-sama kita merungkai dan menghurai mauduk
pidato yang dimeterai secara literal dan konseptual.
Bahasa melayu bermaksud sistem lambang suara sesuatu bangsa. Menurut kamus
dewan edisi keempat, tonggak bermaksud asas sesuatu benda. Perpaduan pula
bermaksud penggabungan. Manakala bangsa bermaksud kumpulan manusia dalam satu
ikatan ketatanegaraan
Berdasarkan mauduk pidato saya, secara konseptualnya Bahasa melayu tonggak
perpaduan bangsa bermaksud penyatuan bangsa diantara rakyat Malaysia yang
berbilang kaum dan agama di bawah satu bahasa iaitu bahasa melayu.
Sidang.. hadirin,
Usul bicara saya pada hari ini, akan melihat tiga aspek Utama yang mana bahasa
melayu merupakan tonggak perpaduan bangsa malaysia pada hari ini. Bagi mengupas
dan mengulas persoalan, tiga cetusan idea saya unjurkan.
Lontaran idea saya yang pertama, BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN
Warga dewan..budiman,
Memandangkan Bahasa Melayu telah digunakan sekian lama sebagai bahasa rasmi dan
basahan, sebagai bahasa komunikasi dan persuratan maka Bahasa Melayu telah
dipersetujui dan disepakati bersama oleh pemimpin pelbagai kaum di negara ini agar
menjadi bahasa kebangsaan bagi persekutuan Malaysia yang merdeka pada tahun
1957.
1

Selain itu, Penyata Razak yang termaktub di dalam Ordinan Pelajaran 1957 juga
mendukung tujuan utamanya iaitu menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah. Pelaksanaan bahasa
melayu sebagai bahasa kebangsaan diharapkan mengeratkan perpaduan antara kaum
melayu, cina dan india sebagai rumpun bangsa di tanah melayu. Berdasarkan Penyata
Razak 1956, tujuan dasar pelajaran bermaksud hendak menyatukan murid-murid dari
semua bangsa di dalam negara ini dengan menggunakan satu peraturan pelajaran yang
meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
penghantar besar.
Jelas sekali Bahasa Melayu telah diiktiraf oleh semua kaum sebagai bahasa utama dan
dapat digunakan bersama-sama untuk mencapai matlamat perpaduan.
Lontaran idea saya yang kedua Bahasa melayu sebagai bahasa komunikasi ejen
perpaduan bangsa.
Meninjau kembali Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 iaitu rusuhan kaum yang berlaku
dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan
kehilangan nyawa serta harta benda dan merupakan satu titik hitam dalam sejarah
Negara Malaysia. Peristiwa tersebut berlaku akibat salah faham antara kaum melayu
dan cina suatu ketika dahulu.
Melalui penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi, sebarang
konfrantasi, buruk sangka dan salah faham antara kaum dapat dikikis dengan mudah.
Saya suka untuk meminjam kata-kata pujangga pendeta Zaaba yang berbunyi bahasa
menunjukkan bangsa. Apabila kita melihat masyarakat bertutur dalam bahasa
Melayu, sudah terang lagi bersuluh bahawa mereka ialah bangsa Malaysia. Daripada
kata-kata hikmat tersebut, saya sangat percaya bahawa bahasa Melayu sedikit
sebanyak akan mengurangkan semangat kecinaan, kemelayuan ataupun keindiaan.
Perkara yang penting, setiap kaum di Malaysia tidak akan kekok untuk berbicara
dalam bahasa kebangsaan. Apabila tidak kekok berbicara, sudah tentulah juga tidak
kekok untuk bermesra. Apabila sudah bergaul mesra, nyatalah bahawa perpaduan
dalam kalangan masyarakat majmuk itu akan terbina kukuh di bawah payung
perpaduan 1Malaysia.
Sidang saksi.. bervisi,
Beralih kepada idea saya yang ketiga, Bahasa melayu mendaulatkan maruah bangsa.
Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca
atau bahasa komunikasi utama sejak zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke15 lagi. Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan
diplomatik.

Dalam konteks hubungan antarabangsa surat-surat rasmi dan dokumen perjanjian


turut menggunakan Bahasa Melayu bertulis jawi. Hal Ini membuktikan bahasa Melayu
dapat difahami oleh pelbagai kaum termasuk pihak British.
Begitu juga dokumen-dokumen lain seperti undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu
telah menggunakan Bahasa Melayu dengan tulisan Jawi sebagai medium. Semua ini
membuktikan kepada kita betapa Bahasa Melayu pernah mencapai tahap yang
tertinggi dan diguna sehingga ke peringkat antarabangsa.
Sehubungan ini, jelaslah bahawa Bahasa Melayu dapat mengankat maruah bangsa
Malaysia kita di pentas dunia. Hal ini, secara tidak langsung rakyat berbilang bangsa
kita akan berbanga dengan Bahasa Melayu dan seterusnya menjadi tonggak perpaduan
negara.
Sidang pendengar setia,
Imtiharnya, Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, Bahasa melayu sebagai
bahasa komunikasi, dan mendaulatkan maruah bangsa merupakan antara prasyarat
bagi mewujudkan perpaduan bangsa di Malaysia, Negara kita, bukan Negara orang
lain, kita penghuninya.
*Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa
Sekianpejuang bahasa ibunda, mohon mengundur diri.
Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum, warahmatullahi wabarakatuh dan
Salam1 Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai