Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum W.B.T dan salam negaraku Malaysia.

Sekalung aprisiasi ditujukan kepada saudara/saudari peneraju acara, barisan juri


bermahkotakan akal kebijaksanaan bertunjangkan keadilan, penjaga masa yang setia dengan
peredaran masa, seterusnya warga pendidik bestari serta rakan seperjuangan sekalian.

Prof. Dr. Awang Sariyan menyatakan bahawa “kisah kegemilangan Bahasa Melayu pada zaman
silam telah membuana di jagat raya. Namun sekadar mengagumi sejarah silam, kita tidak akan
dapat mengangkat martabatnya”. Justeru berdirinya saya di pentas perdana ini dengan iltizam
untuk menyebarkan dogma berpandukan tinta dan wacana para sarjana melalui mauduk pidato
saya. “Memartabatkan Bahasa dan budaya”

Memartabatkan menurut kamus dewan edisi keempat adalah kedudukan pada mata
masyarakat iaitu darjat, pangkat atau tingkat. Bahasa pula bermaksud sistem lambang bunyi
suara yang di gunakan sebagai alat perhubungan dalam sesuatu kelompok manusia. Manakala
budaya bermaksud tamadun atau peradaban. Dalam konteks pidato saya konsep bahasa dan
budaya merujuk kepada budaya Malaysia dan bahasa kebangsaan kita yakni Bahasa Melayu.

Persoalannnya sidang dewan sekalian, mengapakah kita perlu memartabatkan bahasa dan
budaya kita di Malaysia ini? Apakah keistimewaan bahasa melayu dan budaya kita yang sekian
lama di agung -agungkan dalam adikarya seantero dunia? Marilah bersama-sama saya
merungkai persoalan ini satu persatu melalui tiga indikator inspirasi maha karya.

Sidang hadirin sekalian,

Indikator saya yang pertama, BAHASA DAN BUDAYA MENCERMINKAN JATI DIRI BANGSA
MALAYSIA.

Heraclitus menyatakan bahawa bahasa sangat berkait rapat dengan semua aspek kehidupan
manusia. Melalui bahasa, sesuatu masyarakat mempamerkan nilai-nilai dan budaya mereka
kepada bangsa lain. Pepatah Melayu menyatakan “Bahasa Menunjukkan Bangsa”

Jati diri atau identiti sesuatu bangsa merujuk kepada ciri-ciri yang membezakan sesuatu
kumpulan manusia dengan kumpulan manusia yang lain. Menuturkan sebuah bahasa dan
mengamalkan budaya yang sama ialah antara ciri yang menentukan jati diri sesebuah bangsa.
Tahukah anda? Bahawa rakyat Switzerland menuturkan 4 bahasa yang berlainan iaitu bahasa
Perancis, Jerman, Itali dan Roman. Mereka semua berbangsa Swiss dan hanya mengamalkan
satu budaya sahaja.

Sayugia buat Malaysia, walaupun pelbagai budaya dan agama, namun berteraskan Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan kita mempunyai satu bahasa Kebangsaan yang dituturkan oleh
seluruh masyarakat lambang kebanggaan iaitu Bahasa Malaysia. Tuntasnya realiti bahasa dan
budaya dapat mencerminkan jati diri bangsa Malaysia.
Hadirin yang di hormati sekalian,

Indikator saya yang kedua, di bawah lembayung kata, BAHASA DAN BUDAYA PEMANGKIN
PERPADUAN

Pernahkah anda, anda dan kita semua berfikir, bagaimakah 214 etnik bangsa boleh berkongsi
air mata yang sama? Konsep perpaduan telah lama diterapkan dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Sehingga hari ini, perpaduan masih lagi menjadi agenda utama di bawah gagasan 1
Malaysia. Menerusi bahasa yang sama, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum
tetap bersatu padu bagai irama dan lagu, bagai aur dengan tebing walaupun mempunyai
latar belakang agama dan budaya yang berbeza.

Bahasa Melayu juga telah menjadi agen penyatuan rakyat dari segenap ceruk rantau. Kesatuan
dan persatuan, sama-sama melupakan perbezaan ras dan dogma serta saling hormat-
menghormati agama dan budaya walaupun tinggal di bawah satu bumbung. Ironisnya, rakyat di
Malaysia yang sentiasa hormat-menghormati terhadap budaya masing-masing dan sentiasa
menuturkan bahasa Melayu dapat memangkin perpaduan antara satu sama lain.

Sidang saksi yang bervisi,

Indikator saya yang ke-3, di bawah kata kunci, BAHASA DAN BUDAYA TERAS PEMBINAAN
NEGARA BANGSA.

Bahasa melayu dan budaya setiap kaum telah menjadi teras pembinaan negara bangsa
Malaysia yang merdeka. Bahasa Melayu, menurut Prof. Dr. Teo Kok Seong dalam makalahnya
jelas menerangkan “Maruah bangsa terletak pada martabat bahasa Melayu yang menjadi
lambang kedaulatan pemerintah dan negara. Ini kerana Bahasa Melayu telah mendukung
peranan penting sebagai bahasa peradaban dan tamadun tinggi pada suatu ketika dahulu.

Demi memartabatkan bahasa malaysia seiring dengan bahasa ilmu dunia, program MBM MBI
Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris terus diperkasa, Bulan
Bahasa Kebangsaan terus dijana sebagai wahana membina negara bangsa yang berdaulat dan
berjaya.

Sidang dewan sekalian,

Tuntasnya, Bahasa dan budaya juga mencerminkan identiti dan citra penuturnya dan daripada
bahasa dan budaya jugalah lahir budi bahasa, ilmuan dan kecermelangan bangsannya.

Akhir kata daripada saya,Untuk menjadi bangsa yang di hormati dan di segani, martabat bahasa
dan budaya perlu di julang tinggi... marilah MEMARTABATKAN BAHASA DAN BUDAYA.

Sekian wabillahitaufik walhidayahW.B.T

Anda mungkin juga menyukai